CADANGAN CABARAN 1000 PANAHAN DALAM MASA 24 JAM (ONLINE) TUJUAN Memanah adalah salah satu sukan yang amat digemari oleh Rasulullah S.A.W. Banyak hadis Baginda yang menyatakan kelebihan dan kebaikan dalam sukan memanah ini. Mengambil semangat tersebut, tercetus idea untuk merangka cabaran 1000 panahan ini. 1000 panahan bukanlah sesuatu yang asing kepada seorang pemanah tegar. Kebanyakan juara memanah telah mengamalkan panahan ini sejak sekian lama. Bagi menimbulkan semangat ‘’sang juara’’ dalam diri setiap pemanah, Al Amnan Archery Academy mengambil inisiatif untuk menganjurkan Cabaran 1000 Panahan ini. Bukanlah bertujuan untuk melihat siapa yang kuat dan siapa yang lemah. Tetapi cabaran ini lebih kepada untuk menguji kemampuan diri seorang pemanah untuk mengatasi kelemahan diri sendiri dengan mencabar untuk mencapai cabaran ini. Panahan ini bersifat santai dan tidak memaksa pemanah untuk menyelesaikan 1000 panahan kerana setiap pemanah mempunyai kemampuan, sifat dan peribadi yang berbeza. ANJURAN Akademi Memanah Al Amnan (Al Amnan Archery Academy) dengan kerjasama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) Cawangan Wilayah Utara. OBJEKTIF - Mengumpul seluruh pemanah di Malaysia untuk meyertai cabaran ini - Mengeratkan silaturrahim antara pemanah di lapang sasar masing-masing - Mencapai misi 1000 panahan bagi setiap pemanah - Mencapai misi 1 juta panahan sebagai rekod baru dalam sukan memanah tradisional MISI Mencapai 1000 Panahan Dalam Masa 24 Jam Bagi Setiap Pemanah Yang Mendaftar MISI UTAMA Mencapai 1 Juta Panahan Dalam Masa 72 Jam (Dengan Jangkaan Pendaftaran 1000 Orang Pemanah) TARIKH 12, 13 & 14 Mac 2021 (sempena Isra’ dan Mi’raj). Pemanah boleh memilih satu (1) tarikh yang bersesuaian dengan pemanah dan menetapkan sendiri masa bermula panahan. TEMPAT Lapang Sasar Masing-Masing SYARAT 1. Jarak 18 Meter 2. Target Face 40cm 10 Rings 3. Jenis dan jumlah anak panah adalah bebas 4. Posisi memanah adalah bebas (duduk, berlutut dan sebagainya mengikut keselesaan pemanah) KATEGORI 1. Terbuka Lelaki 2. Terbuka Wanita (Terbuka kepada semua pemanah tradisional seluruh negara) SASARAN PESERTA 1000 orang peserta TEMPOH PANAHAN 24 jam bagi setiap pemanah PEMARKAHAN Pemanah hanya perlu merekodkan jumlah panahan dan markah keseluruhan panahan. KEDUDUKAN / RANKING 1. Pemanah perlu mencapai 1000 panahan untuk dimasukkan dalam ranking 2. Kedudukan ranking pemanah adalah dikira daripada jumlah panahan yang mencapai 1000 panahan dan juga jumlah markah tertinggi. SUMBANGAN RM10 bagi setiap pemanah yang ingin menyertai cabaran ini. Sebahagian dari sumbangan ini akan disalurkan kepada Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) Cawangan Wilayah Utara untuk disampaikan kepada pihak yang memerlukan. HADIAH 1. Tempat Terbaik Terbuka Lelaki (1-10) 2. Tempat Terbaik Terbuka Perempuan (1-10) PENDAFTARAN Pendaftaran penyertaan adalah dengan mengisi borang penyertaan di www.1000panahan.com CADANGAN PANAHAN Ini adalah cadangan sahaja dari pihak penganjur. Pemanah boleh menentukan sendiri tarikh dan masa untuk memanah mengikut keselesaan pemanah. CADANGAN PANAHAN MENGGUNAKAN LIMA (5) ANAK PANAH Untuk lima (5) anak panah adalah selama 4 minit (mula memanah, ambil markah dan mula semula) 4 minit = 5 anak panah 60 minit = 75 anak panah Pilihan Pertama: Gabungan hari Jumaat dan Sabtu (12 & 13 Mac 2021) @ Sabtu dan Ahad (13 & 14 Mac 2021) Hari (Tarikh) Masa Tempoh Jumlah panahan Jumaat (12 Mac 2021) 3.00 petang – 5.00 petang 2 jam 150 Jumaat (12 Mac 2021) 5.30 petang – 6.30 petang 1 jam 75 Jumaat (12 Mac 2021) 8.00 malam – 12 malam 4 jam 300 Sabtu (13 Mac 2021) 8.00 pagi – 3.00 petang 7 jam 525 Jumlah 14 jam 1050 Pilihan Kedua: Hari (Tarikh) Masa Tempoh Jumlah panahan Jumaat (12 Mac 2021) 8.00 pagi – 12.30 t/hari 4 jam 30 minit 335 Jumaat (12 Mac 2021) 2.30 petang – 6.30 petang 4 jam 300 Jumaat (12 Mac 2021) 8.00 malam – 1.00 pagi 5 jam 375 13 jam 30 Jumlah 1010 minit Pilihan Ketiga: Sabtu @ Ahad (13 @ 14 Mac 2021) Masa Tempoh Jumlah panahan 8.00 pagi – 1.00 petang 5 jam 375 2.00 petang – 6.00 petang 4 jam 300 8.00 malam – 1.00 pagi 5 jam 375 Jumlah 14 jam 1050 CADANGAN PANAHAN MENGGUNAKAN SEPULUH (10) ANAK PANAH Untuk sepuluh (10) anak panah adalah selama 6 minit (mula memanah, ambil markah dan mula semula) 6 minit = 10 anak panah 60 minit = 100 anak panah CONTOH KIRAAN PANAHAN Pilihan Pertama: Gabungan hari Jumaat dan Sabtu (12 & 13 Mac 2021) @ Sabtu dan Ahad (13 & 14 Mac 2021) Masa Tempoh Jumlah panahan 3.00 petang – 6.00 petang 3 jam 300 8.00 malam – 11.00 malam 3 jam 300 8.00 pagi – 10.00 pagi 2 jam 200 10.30 pagi – 12.30 t/hari 2 jam 200 Jumlah 10 jam 1000 Pilihan Kedua: Jumaat @ Sabtu @ Ahad (12 @ 13 @ 14 Mac 2021) Masa Tempoh Jumlah panahan 8.00 pagi – 12.00 t/hari 4 jam 400 3.00 petang – 6.00 petang 3 jam 300 8.00 malam – 11.00 malam 3 jam 300 Jumlah 10 jam 1000
Enter the password to open this PDF file:
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-