1 KHUTBAH HARI RAYA AIDILFITRI TAJUK : AIDILFITRI ANUGERAH ALLAH, MENAUTKAN UKHUWAH TARIKH : 10 APRIL 2024 / 1 SYAWWAL 1445 __________________________________________________________ ُ ُ الله ُ أَکْ بَرُ ، الله ُ أَ کْ بَرُ ، الله ُ أَکْ بَر ُ الله ُ أَکْ بَرُ ، ُ ُ الله ُ أَ کْ بَرُ ، الله ُ أَکْ بَر ُ ُ الله ُ أَکْ بَرُ ، الله ُ أَ کْ بَرُ ، الله ُ أَکْ بَر الله ُ أَکْ بَرُ کَ بِيرًا وَ الْ حَ مْ د ُ لِ لَّه ِ کَ ثِيرًا وَ سُ بْ حَ ان َ الله ِ بُ کْ رَة ً وَ أَ صِ يلا ً ، ُ َ ل ُ َ إِ لَ ه ُ َّ إِ ل ُ ُ الله ُ َ وَ ل ُ نَعْ بُ د ُ َّ إِ ل إِ يَّ اه ُ مُ خْ لِ صِ ين َ لَه ُ الدِ ين َ ، وَ لَو ْ کَ رِه َ الْکَ افِ رُون َ ، ُ َ ل ُ َ إِ لَ ه ُ َّ إِ ل ُ ُ الله ، ُ حْ دَ ه ُ ، صَ دَ ق َ وَ عْ دَ ه ُ ، وَ نَ صَ رَ عَ بْدَ ه َو َ وَ أَعَ زَّ جُ نْ دَ ه ُ وَ ھَ زَم ُ َ الْْ َحْ زَاب ، ُ حْ دَ ه َو ُ ُ َ ل ُ َ إِ لَ ه ُ َّ إِ ل ُ ُ الله ُ وَ الله ُ أَ کْ بَرُ ، الله ُ أَکْ بَر وَ لِ لَّه ِ الْ حَ مْ د ُ . َ لَّ َّ إِ لَــٰه أَشۡ هَ د ُ أَ ن ُ َّ إِ ل ُ ُ الله ُ وَ حۡ دَ ه ُ ل َ شَ رِيك َ لَ ه ُ ُ ، وَ أَشۡ هَ د ُ أَ ن َّ مُ حَ مَّ دً ا عَ بۡدُ ه ُ وَ رَ سُ ولُ ه ٍ اللَّهُ م َّ صَ ل ِ وَ سَ لِ م ۡ عَ لَ ى سَ يِدِ نَ ا مُ حَ مَّ د ٍ وَ عَ لَ ى آلِ ه ِ وَ أَ صۡ حَ ابِه ِ وَ مَ ن تَبِعَهُ م بِ إِ حۡ سَ ان ُ َ إِ ل ُ َ ى يَ وۡ م ِ الدِ ين ُ ُ أَمَّ ا بَعۡ د ، فَ يَا عِ بَاد َ الله ُ ِ ، اِ تَّ قُ وا الله َ حَ ق َّ تُ قَ اتِ ه ُ َ ، وَ ل َ تَمُ وتُ ن َّ إِ ل َّ وَ أَنتُم مُّ سۡ لِ مُ ون 2 MUSLIMIN DAN MUSLIMAT YANG DIMULIAKAN, Bertaqwalah kepada Allah Azzawajalla dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala tegahan-Nya. Marilah kita memelihara diri, keluarga dan masyarakat daripada segala perkara yang mengundang kemurkaan Allah. Jangan bercakap, berbual-bual atau bermain dengan sebarang gajet supaya pahala khutbah kita tidak menjadi sia-sia. Khatib ingin mengingatkan seluruh Muslimin supaya menunaikan zakat harta serta berwakaf kepada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS). Sesungguhnya zakat menyucikan harta dan wakaf pula sebagai amal jariah yang memberikan manfaat kepada pewakaf khususnya ketika berada di alam barzakh. Khutbah Aidilfitri hari ini mengupas tajuk “ AIDILFITRI ANUGERAH ALLAH, MENAUTKAN UKHUWAH. ” MUSLIMIN DAN MUSLIMAT YANG DIMULIAKAN, Alhamdulillah dengan izin Allah Azzawajalla kita telah melalui sebulan Ramadhan dengan jayanya. Hari ini, 1 Syawal 1445, merupakan hari kemenangan untuk seluruh umat Islam. Kita berjaya menundukkan hawa nafsu makan, minum dan semua perkara yang dilarang untuk dilakukan pada siang hari bulan Ramadhan. Dengan kekuatan rohani dan jasmani, kita juga dapat menekuni ibadah sepanjang Ramadhan. Sesungguhnya peluang meraikan Aidilftiri pada hari ini ialah kenikmatan yang wajib disyukuri. Aidilfitri merupakan hari kemenangan setelah menjalani tarbiyah dalam bulan Ramadhan selama sebulan. Kita berharap semangat kita melaksanakan perintah Allah Azzawajalla dan meninggalkan larangan-Nya dalam madrasah Ramadhan dapat dikekalkan sampai bila-bila kerana itulah kejayaan sebenar bagi Mukmin. 3 MUSLIMIN DAN MUSLIMAT YANG DIMULIAKAN, Aidilfitri ialah anugerah Allah Azzawajalla yang amat bernilai. Hal ini disebabkan pada hari raya ini kita dapat bertemu dengan keluarga, sanak saudara dan taulan yang jauh dan yang dekat. Ada yang sampai di kampung halaman setelah menempuh perjalanan ribuan kilometer dengan pelbagai cabaran sepanjang pengembaraan. Objektif mereka hanya satu, merayakan hari kemenangan dan bergembira bersama keluarga yang tercinta. Aidilfitri ialah medan untuk kita menautkan ukhuwah atau persaudaraan yang sepatutnya mendasari hubungan sesama kita. Konsep ukhuwah dalam Islam merangkumi perasaan hormat- menghormati, percaya-mempercayai, mahabbah dan kasih sayang antara satu sama lain atas asas aqidah Islamiyah. Ukhuwah juga seharusnya diterapkan menerusi perpaduan antara orang Islam, ketulusan dan keikhlasan dalam silaturahim serta ithar ( إِ يثَ ار ) iaitu mengorbankan kepentingan diri sendiri untuk orang lain. Allah Azzawajalla menegaskan kepentingan ukhuwah dalam Surah al-Hujurat ayat 10: إِنَّمَا َ ٱلۡمُؤۡمِنُون َ َ أَخَوَيۡكُ م ۡ ۡۚ و ۡ يۡ َ إِخۡوَة ٞ فَأَصۡ لِحُ وا ْ ب ْ ٱتَّقُوا َ َّ للّ ٱ َ حََ ُون ۡ لَعَلَّكُ م ۡ تُر ٠١ Maksudnya: “ Sesungguhnya orang yang beriman itu bersaudara. Elokkanlah hubungan kamu dan bertaqwalah kepada Allah, agar kamu dirahmati. ” Ayat ini mengingatkan kita bahawa Islam amat mementingkan ukhuwah khususnya sesama Mukminin. 4 Hal ini dikatakan demikian kerana persaudaraan ialah tunjang kepada pembinaan sebuah masyarakat Islam yang kukuh dan sendi yang menghubungkan anggota masyarakat. MUSLIMIN DAN MUSLIMAT YANG DIMULIAKAN, Ukhuwah, perkataan yang mudah diujarkan tetapi untuk melaksanakannya mungkin payah. Kita sedia mengetahui bahawa antara tindakan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW sewaktu tiba di Madinah dalam peristiwa hijrah termasuklah mempersaudarakan antara golongan Muhajirin, iaitu yang berhijrah dari Makkah, dengan golongan Ansar yang mendiami Madinah. Langkah Rasulullah SAW yang bijaksana tersebut berjaya menamatkan perselisihan yang berlaku sejak bertahun-tahun antara kelompok Aus dengan Khazraj. Mereka didamaikan atas nama ukhuwah lalu diberi nama kaum Ansar. Merekalah yang banyak membantu golongan Muhajirin dalam menghadapi kesusahan di bumi orang. Sebagai Mukmin, kita hendaklah menjadikan Aidilfitri peluang yang baik untuk saling mengunjungi khususnya sesama kaum kerabat. Semasa berkunjung, marilah kita memaniskan wajah dan menghulurkan tangan sebagai tanda merendah diri serta memohon maaf atas kesilapan yang lalu. Dikatakan bahawa Sayidina Umar bin al-Khattab radiallahuanhu pernah meriwayatkan : ُ ِ إ ُ َ ذ ُ ْ ا ال ُ َ تَ ق ى ال ُ ْ ـ ُ ُ م ُ ْ س ُ َ لِ م ُ َ فَ س ِ ان ُ َ لَّ م َ أ ُ َ ح ُ َ دُ هُ م ُ َ ا عَ ل ُ َ ى ص ُ ِ اح ُ ِ بِ ه ُ َ ك ُ َ ان ُ أَحَ ب ُ ُ ـــ ِ هُ مَ ا إِ لَى اللَّ ه ُ ِ أَ حْ سَ نَهُ مَ ا بِ شْ رًا بِ صَ احِ بِه ُ ٍ فَ إِ ذَ ا تَ صَ افَ حَ ا أَنْزَل َ اللَّه ُ عَ لَ يْهِ مَ ا مِ ائَ ة َ رَحْ مَ ة ، ُ ْ لِ ل ِ ِ ِ بَاد ٌ تِسْ عُون َ وَ لِ لْمُ صَ افَ ح ِ عَ شَ رَة 5 Maksudnya: “ Apabila dua orang Muslim bertemu dan salah seorang daripada mereka mengucapkan salam, nescaya yang paling disukai oleh Allah ialah Muslim yang paling ceria antara mereka. Apabila mereka berjabat tangan, nescaya Allah mencurahkan seratus rahmat kepada yang orang pertama menghulurkan tangan dan sepuluh rahmat kepada yang menyambutnya. ” (Riwayat al-Bazzar dalam Majma’ az -Zawaid) Tidak ada gunanya kita bersikap takbur dan angkuh kerana kita ialah hamba Allah Azzawajalla yang lemah. Meskipun di dunia ini kita mempunyai latar belakang yang berbeza, hakikatnya penilaian di sisi Allah Azzawajalla bukanlah berdasarkan harta, pangkat dan gelaran yang dimiliki. Allah Azzawajalla hanya memerlukan ketaqwaan untuk meletakkan seseorang itu di tempat yang terbaik di sisi-Nya. MUSLIMIN DAN MUSLIMAT YANG DIMULIAKAN, Jika kaum Muslimin diibaratkan sebagai sebuah bangunan, ukhuwah ialah batu bata yang diikat untuk menegakkan bangunan tersebut. Oleh itu, pastikan batu bata itu kemas, tersusun dan utuh. Kita mungkin berbeza ideologi, tetapi kita tetap mempunyai kiblat yang satu. Kita mungkin berbeza fahaman, tetapi kita tetap melafazkan kalimah tauhid Lailahaillallah dan mengakui bahawa Nabi Muhammad SAW ialah utusan Allah Azzawajalla. Oleh sebab yang demikian, jadikanlah Aidilfitri sebagai wasilah untuk kita menyambung kembali persaudaraan yang mungkin terputus, mengeratkan persaudaraan yang renggang dan mengukuhkan ukhuwah yang sedia terjalin. 6 Ingatlah bahawa persaudaraan sesama Muslim menjadi benteng kuat yang dapat menewaskan musuh Islam yang mungkin ada di mana-mana. Mereka tidak pernah leka mengintai peluang untuk membinasakan Islam dari segenap sudut. Akan tetapi, jika orang Islam masih leka dibuai mimpi, mengabaikan ukhuwah dan mengabaikan silaturrahim, bermakna kita sengaja membuka peluang untuk diruntuhkan. MUSLIMIN DAN MUSLIMAT YANG DIMULIAKAN, Khutbah hari ini mengingatkan kita agar mengambil perhatian perkara yang berikut: 1. Aidilfitri ialah peluang yang terbaik untuk memantapkan ukhuwah sesama kita. 2. Semangat beribadah dalam bulan Ramadhan hendaklah dikekalkan sepanjang masa. 3. Ukhuwah yang kukuh menjadi benteng yang mampu menahan Islam daripada serangan musuh. Firman Allah SWT dalam Surah Ali ‘Imran ayat 133: وَسَ ارِعُو لَ َ ٰ مَغۡفِرَة ٖ مِن رَّبِكُ م ۡ وَجَ نَّة ٍ عَرۡضُ هَا ِ ا ْ إ ُ ٱلسَّ مَ ٰوَ ٰت َ و ُ لۡ ۡ َ رۡض ٱ َ يۡ ِ أُعِدَّ ت ۡ لِلۡمُتَّق ٣٣١ Maksudnya: “ Segeralah mengerjakan amalan yang baik demi meraih keampunan daripada Allah dan mendapat syurga yang luasnya menjangkaui keluasan langit dan bumi, yang disediakan bagi golongan yang bertaqwa. ” ُ ُ الله ُ أَکْ بَرُ ، الله ُ أَ کْ بَرُ ، الله ُ أَکْ بَرُ ، وَ لِ لَّه ِ الْ حَ مْ د ُ ۡ أَقُ ول ُ قَ وۡ لِ ي هَ ذَ ا وَ أَ سۡ تَغۡ فِ رُ الله َ الۡعَ ظِ يم َ لِي وَ لَكُ م ، وَ لِ سَ اۤ ئِ رِ ا لۡۡ ُسۡ لِ مِ ين َ وَ ا لۡۡ ُسۡ لِ مَ اتِ ، ُ ِ وَ ا لۡۡ ُؤۡ مِ نِين َ وَ ا لۡۡ ُؤۡ مِ نَ ات ، فَ اسۡ تَ غۡ فِ رُوه ُ فَ يَ ا ُ َ فَ وۡ ز َ ا لۡۡ ُسۡ تَغۡ فِ رِين َ وَ يَ ا نَ جَ اة َ التَّ اۤئِبِين