1 2 1. NAMA 1.1. Biro ini dinamakan Badan Khairat Kematian Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Taman Temerloh Jaya (BKK MTTJ). 2. PEJABAT DAN ALAMAT SURAT MENYURAT 2.1. Pejabat dan alamat surat-menyurat BKK MTTJ adalah seperti berikut: Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah (Masjid Taman Temerloh Jaya) Jalan TJ 6/7, Taman Temerloh Jaya 28000 TEMERLOH, Pahang 3. OBJEKTIF/TUJUAN PENUBUHAN 3.1. Untuk menyempurnakan keperluan tuntutan Fardhu Kifayah penduduk setempat meliputi semua anak kariah dan taman-taman perumahan berdekatan yang mengalami musibah kematian kepada ahli Khairat Kematian Taman Temerloh Jaya dan tanggungannya. 3.2. Mementingkan hidup bermasyarakat dengan mengutamakan anak kariah Taman Temerloh Jaya dan Taman-taman perumahan berdekatan sekitarnya yang berdaftar sebagai ahli BKK MTTJ serta merupakan jemaah Masjid Taman Temerloh Jaya. 3.3. Menyediakan satu persekitaran yang harmoni dan sangat mesra kejiranan dengan semangat kasih sayang, ukhuwah islamiah, musyawarah dan kerjasama yang jitu. 3.4. Menanggung kos urusan pengurusan dan pengangkutan jenazah, pengkebumian, mempercepatkan urusan birokrasi dan memberi khidmat nasihat serta bantuan kewangan secara tunai kepada Ahli Khairat semoga dapat meringankan bebanan keluarga Ahli. 3.5. Menjaga kebajikan dan kemaslahatan Ahli Khairat yang berdaftar apabila berlaku kematian. 3.6. Mewujudkan pengurusan yang profesional agar kebajikan Ahli Khairat dapat dititikberatkan apabila berlaku kematian kepada Ahli atau kepada tanggungan Ahli. 4. JAWATANKUASA PENGURUSAN 4.1. Pengerusi BKK MTTJ ini hendaklah terdiri daripada Pegawai/AJK Masjid Taman Temerloh Jaya yang dilantik oleh Pengerusi Masjid dan AJK induk Masjid Taman Temerloh Jaya melalui mesyuarat AJK, manakala Ahli Jawatankuasa BKK MTTJ yang lain boleh terdiri daripada ahli aktif Badan Khairat yang dipilih oleh Pengurusi BKK MTTJ. 3 4.2. Pengurusan BKK MTTJ adalah dipertanggungjawabkan sepenuhnya kepada Biro Khairat Kematian Masjid Taman Temerloh Jaya dengan mendapat restu dan keizinan daripada Pengerusi Masjid Taman Temerloh Jaya dengan nasihat daripada seorang ulamak/ustaz kariah Masjid ini yang dilantik oleh AJK Masjid. 4.3. Penaung Badan Khairat ini diperuntukkan kepada Pengerusi Masjid Taman Temerloh Jaya atau mana-mana individu yang dilantik oleh AJK Masjid Taman Temerloh Jaya. 5. SYARAT KEAHLIAN 5.1. Terbuka kepada penduduk Islam yang bermastautin dalam kariah Masjid Taman Temerloh Jaya termasuk Taman Temerloh Makmur, Temerloh Jaya Indah, Pinggiran Damai, Kuarters PDRM, Sri Kemuning, Paya Kecik, Taman Bunga Raya, Bahagia Permai, Bahagia Court, Kampung Tualang lelaki atau perempuan berusia tidak kurang dari lapan belas (18) tahun 5.2. Satu keahlian akan mewakili satu rumah kediaman atau satu keluarga di bawah tanggungannya dan hendaklah didaftarkan dalam Borang Pendaftaran Keahlian: 5.2.1. Ahli; 5.2.2. Pasangan semasa (suami/isteri/isteri-isteri); 5.2.3. Tanggungan - Anak-anak (termasuk anak tiri, anak angkat berdaftar, cucu yang kematian ibubapa, adik yang kematian ibubapa) yang belum berkahwin atau tidak bekerja atau; i. Belum mencapai umur 26 tahun bagi lelaki; ii. Belum mencapai umur 27 tahun bagi perempuan; iii. Anak OKU yang berdaftar (tiada had umur). 5.2.4 Ibubapa/Mertua atau penjaga TIDAK LAYAK menjadi Tanggungan Ahli. Sekiranya mereka ingin mendapat faedah Khairat, mereka perlu tinggal bersama Ahli BKK MTTJ. 5.2.5. Ibu tunggal adalah layak menjadi Ahli dan perlu menyenaraikan tanggungannya, jika ada. 5.3. Keahlian berkuatkuasa apabila Borang Pendaftaran Keahlian telah disahkan oleh Pengerusi/Bendahari BKK MTTJ dan telah menjelaskan Yuran Pendaftaran serta Yuran Tahunan . 5.4. Permohonan menjadi Ahli hendaklah dibuat di dalam Borang Pendaftaran Keahlian yang telah ditentukan dan dihantar kepada Setiausaha/Bendahari BKK MTTJ atau Pejabat Masjid Taman Temerloh Jaya. 5.5. Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah disertakan wang tunai berjumlah RM70.00 yang meliputi bayaran seperti berikut: 4 5.5.1. Yuran Pendaftaran : RM 10.00 5.5.2. Yuran Tahunan : RM 60.00 5.6. Penerimaan sebagai Ahli Kehormat/Jemputan adalah atas budi bicara Jawatankuasa BKK MTTJ. Ahli Kehormat/Jemputan akan menerima segala kemudahan yang sama seperti Ahli Biasa. 5.7. Ahli ( keahlian minima dua (2) tahun ) yang berpindah masih boleh kekal menjadi Ahli BKK MTTJ dengan syarat membayar Yuran Tahunan dan alamat serta nombor telefon terkini hendaklah diberitahu agar mudah dihubungi. 5.8. Sekiranya Ahli ingin berhenti menjadi Ahli secara sukarela, ianya hendaklah terlebih dahulu memberitahu kepada Setiausaha secara bertulis dan menjelaskan segala hutang piutang kepada BKK MTTJ. Segala bayaran yang telah dijelaskan kepada BKK MTTJ tidak akan dikembalikan. 5.9. Ahli juga boleh mendaftar sebagai Ahli Seumur Hidup atau Ahli Sekali Gus dengan kadar bayaran seperti berikut. Sekiranya Ahli meninggal dunia, keahlian BKK MTTJ akan dipindah milik kepada pasangan Ahli yang masih hidup. 5.9.1. Umur semasa mendaftar 70 tahun keatas – RM300.00 5.9.2. Umur semasa mendaftar 60-70 tahun – RM500.00 5.9.3. Umur semasa mendaftar 50-60 tahun – RM800.00 5.9.4. Umur semasa mendaftar 50 tahun kebawah – RM1,000.00 5.10. Ahli yang telah digugurkan/berhenti dari menjadi Ahli BKK MTTJ (status “BATAL”) boleh memohon semula untuk menyambung keahlian dengan syarat Ahli tersebut melunaskan Yuran Tahunan yang tertunggak serta dikenakan Yuran Pembaharuan Keahlian (Renewal Fee) bernilai RM10.00 dan menjelaskan yuran tahunan semasa RM60.00 5.11. Keahlian BKK MTTJ ini tidak boleh dipindahmilik kecuali kepada pasangan Ahli Seumur Hidup. 5.12. Apabila Ahli meninggal dunia, semua Tanggungan yang telah disenaraikan masih dikira sebagai Tanggungan dalam tempoh 4 (empat) bulan selepas tarikh kematian Ahli. Adalah disarankan Tanggungan yang tinggal, agar segera mendaftar sebagai Ahli Baru untuk terus menikmati segala faedah/kemudahan yang disediakan oleh BKK MTTJ. 5.13 Sekiranya berlaku kematian kepada tanggungan yang didaftarkan, dan pihak BKKMTTJ telah menjelaskan bayaran pampasan, maka beliau yakni ahli tersebut perlu menjelaskan semula yuran tahunan sebanyak RM60.00 untuk meneruskan keahlian dan menerima segala faedah-faedah yang disediakan oleh BKK MTTJ. 5.14. Setiap ahli dikehendaki memaklumkan dengan segera kepada BKK MTTJ sekiranya berlaku perubahan keatas nama-nama tanggungan seperti dalam borang permohonan asal samada tambahan atau pengurangan tanggungan. 5.15. Bagi ahli baru yang mendaftar menjadi ahli selepas bulan Februari, keahlian beliau tetap akan berakhir pada bulan 31 Disember tahun tersebut dan perlu menjelaskan 5 yuran tahunan berikutnya pada bulan Januari dan Februari tahun berikutnya sekiranya ingin meneruskan keahliannya. 6. KEWAJIPAN AHLI 6.1. Setiap Ahli bertanggungjawab untuk membaca dan memahami Buku Panduan Khairat Kematian yang disediakan, memahami serta mematuhi segala peraturan yang telah dibuat oleh BKK MTTJ. Tiap-tiap ahli hendaklah diberi dengan percuma satu salinan buku panduan keahlian ini. 6.2. Ahli atau wakil Ahli hendaklah sentiasa memberitahu dan mengemaskini maklumat mengenai pertukaran alamat, pertambahan ahli keluarga dan nombor telefon yang boleh dihubungi kepada Jawatankuasa BKK MTTJ dari masa ke semasa. Sekiranya tiada kemaskini dibuat, segala notis atau urusan surat-menyurat yang dihantar kepada nombor telefon atau alamat yang didaftarkan semasa membuat permohonan akan disifatkan sampai kepada Ahli. 6.3. Ahli atau wakil Ahli hendaklah menjelaskan Yuran-Yuran yang dikenakan kepada Setiausaha/Bendahari BKK MTTJ atau Pejabat Masjid Taman Temerloh Jaya. 6.4. Semua Ahli disaran untuk menghadiri Majlis Dialog dan Mesyuarat Agung Tahunan BKK MTTJ yang akan diadakan dari masa ke semasa. 6.5. BKK MTTJ melalui mesyuarat agung atau mesyuarat AJK Induknya berhak untuk mengubah, menambah atau membatalkan syarat-syarat atau terma yang sedia ada apabila ianya didapati sudah tidak relevan dengan keadaan semasa. BKK MTTJ juga boleh membatalkan keahlian atau tidak menjelas pampasan kepada mana-mana ahli yang didapati menipu atau memalsukan maklumat yang diisi semasa permohonan menjadi ahli BKK MTTJ. 6.6. Mana-mana ahli yang bertindak dengan apa-apa cara sekali pun sehingga boleh mendatangkan nama buruk atau kerugian kepada BKK MTTJ boleh dipecat dari menjadi ahli. 7. YURAN DAN HUTANG TERTANGGUH 7.1. Adalah menjadi tanggungjawab Ahli untuk membayar Yuran Tahunan sebanyak RM60.00 (Ringgit Malaysia Enam Puluh sahaja) sebelum 28 hb Feb setiap tahun semasa bagi tujuan memperbaharui keahlian BKK MTTJ ini. 7.2. Pembayaran Yuran Tahunan sekaligus hanya dibenarkan untuk tempoh tidak melebihi tiga (3) tahun berturut-turut. 7.3. Ahli yang tidak menjelaskan Yuran Tahunan mengikut tahun kewangan semasa yang telah ditetapkan(28/29 Feb), akan hilang kelayakan keahliannya daripada daftar BKK MTTJ. Tertakluk kepada budi bicara Pengurusan BKK MTTJ untuk menghantar notis atau pesanan pemberitahuan mengenai pembaharuan keahlian samada melalui (surat/email/sms/whatsapp/telegram atau paparan di papan kenyataan Masjid Taman 6 Temerloh Jaya). Pendaftaran semula selepas digugurkan dari menjadi ahli BKK MTTJ dikira sebagai ahli baru dan akan dikenakan yuran pendaftaran sebanyak RM10.00. 7.4. Pengguguran keahlian kepada ahli engkar secara mandatori akan dilakukan pada 3 1hb Mei tahun semasa setelah diberi tempoh untuk membuat rayuan secara bertulis selama 3 bulan dengan memberi alasan yang kukuh di atas kegagalan beliau menjelaskan yuran tahunan. Pihak BKK MTTJ melalaui mesyuarat AJKnya akan memutuskan samada rayuan tersebut diterima atau ditolak. 7.5. Setiausaha/Bendahari BKK MTTJ akan memaklumkan kepada Ahli yang mungkir selepas 31hb Mei tahun semasa melalui surat/email/sms/whatsapp/telegram untuk memaklumkan bahawa keahlian beliau telah terbatal ataupun telah ditamatkan. 7.6. Mantan Ahli dan tanggungannya (seperti Para 7.5 ). akan hilang semua kelayakan sumbangan khairat yang telah diperuntukkan oleh BKK MTTJ dan tidak berhak menuntut apa-apa sumbangan khairat. 8. HAK AHLI 8.1. Seseorang yang telah diterima sebagai Ahli BKK MTTJ (tertakluk kepada Para 5.3, Para 5.11 dan Para 10 ) adalah layak untuk mendapat segala hak sebagai Ahli sebagaimana tersebut dalam Buku Panduan ini terutamanya kelayakan menerima sumbangan khairat kematian berdasarkan perincian dalam Para 9 8.2. Mana-mana Ahli yang ingin meminda atau memberi cadangan tambahan kepada peraturan BKK MTTJ boleh mengajukan cadangan secara bertulis kepada Setiausaha BKK MTTJ. Cadangan itu akan dibincangkan dalam Mesyuarat BKK MTTJ untuk kelulusan. 9. SYARAT-SYARAT SUMBANGAN DAN NILAI SUMBANGAN 9.1. Sumbangan khairat kematian untuk pengurusan jenazah dan pengkebumian adalah layak diterima oleh: 9.1.1. Ahli; 9.1.2. Pasangan (suami/isteri) 9.1.3. Tanggungan seperti yang disenaraikan dalam Borang Permohonan Keahlian. 9.2. Pembayaran Nilai Sumbangan Khairat s ebanyak RM1,200.00 akan diberikan kepada setiap ahli/waris apabila berlaku kematian ahli atau tanggungan yang didaftarkan. Nilai wang bantuan boleh dipinda mengikut kesesuaian semasa melalui mesyuarat agung BKKMTTJ. 9.3 Perbelanjaan asas Pengurusan dan pengkebumian jenazah Ahli Khairat lelaki/perempuan atau Tanggungan yang dikenakan oleh BKK MTTJ adalah seperti disenaraikan di bawah. Walau bagaimanapun kadar ini boleh berubah mengikut keadaan perbelanjaan semasa. Jika sekiranya ada baki perbelanjaan asas ini akan diserahkan kepada ahli atau warisnya. 7 9.1 Pengangkutan dari HOSHAS ke MTTJ - RM 100.00 9.2 Pengangkutan dari rumah ke MTTJ - RM 100.00 9.3 Upah Memandikan jenazah - RM 300.00 9.4 Kelengkapan mengkafankan jenazah - RM 150.00 9.5 Imam solat dan talkin - RM 60.00 9.6 Upah menggali tanah kubur - RM 450.00 9.7 Papan Liang Lahad - RM 60.00 9.8 Pengurusan - RM 80.00 9.4. Kadar untuk bayaran van jenazah untuk perjalanan jauh di luar sempadan kariah Masjid Taman Temerloh Jaya hendaklah dirujuk kepada BKK MTTJ dan Urusetia Kenderaan Masjid Taman Temerloh Jaya 9.5. Hanya suami/isteri/anak yang dewasa/keluarga terdekat yang menguruskan jenazah sahaja yang layak diserahkan sumbangan khairat ini. Sekiranya Ahli yang meninggal itu tidak mempunyai waris, maka sesiapa yang menanggung perbelanjaan mengurus dan mengebumikan Ahli itu dibenarkan menuntut bayaran khairat kematian ini dengan syarat dijamin dan disahkan oleh dua (2) orang Ahli BKK MTTJ yang lain. 9.6. Hanya satu pembayaran khairat kematian sahaja dikeluarkan untuk satu kematian. Segala tuntutan pembayaran kewangan hendaklah disertakan atau dibuktikan dengan Sijil Kematian atau Permit Kubur Untuk Pengkebumian. Tuntutan hendaklah dikemukakan dalam tempoh 90 hari dari tarikh kematian 9.7. Jika berlaku dua atau lebih kematian serentak dalam satu keluarga/rumah (multiple death), kematian pertama akan menerima sumbangan penuh manakala kematian kedua dan seterusnya akan menerima separuh (50%) sumbangan kewangan. 9.8. Sumbangan kepada Ahli yang ditimpa musibah adalah bergantung kepada keputusan Jawatankuasa BKK MTTJ dan ianya bergantung kepada pindaan dan keperluan semasa. 9.9. Bantuan khairat kematian bagi tanggungan yang berumur di bawah 3 tahun adalah berjumlah RM 500.00 sahaja.(Tidak termasuk yang keguguran) Bantuan/perbelanjaan kematian anak yang keguguran ditanggung sepenuhnnya oleh Badan Khairat Kematian Masjid Taman Temerloh Jaya. 9.10. Badan Khairat Kematian juga akan menguruskan majlis tahlil dan doa selamat untuk arwah simati samada ahli atau tanggungannya di Masjid Taman Temerloh Jaya pada hari pertama selepas pengkebumian. 9..11. Kematian dengan sebab membunuh diri tidak layak untuk mendapat faedah dari Khairat Kematian. 8 10. HAD MASA KELAYAKAN MENERIMA SUMBANGAN – TEMPOH MATANG 10.1. Lanjutan dari Para 5.3 dan Para 5.11 , semua sumbangan khairat kematian akan dibayar mengikut kadar yang telah ditetapkan mengikut Para 9 kepada Ahli atau waris apabila berlaku kematian ahli atau tangungannya mulai tarikh pembayaran yuran tahunan samada semasa permohonan menjadi Ahli Badan Khairat Kematian atau pembaharuan keahlian. 11. TUGAS PEGAWAI PENTADBIRAN 11.1. Pengerusi BKK MTTJ yang telah dilantik oleh Jawatankuasa Masjid Taman Temerloh Jaya hendaklah menjadi Pengerusi dalam semua Mesyuarat Jawatankuasa BKK MTTJ dan juga mewakili Badan Khairat Kematian ke mesyuarat badan Induk Masjid Taman Temerloh Jaya dan dalam sebarang urusan dengan pihak luar. 11.2. Timbalan Pengerusi yang dilantik akan memangku jawatan Pengerusi semasa ketiadaannya. 11.3. Setiausaha hendaklah menyimpan segala buku-buku peringatan (rekod) kecuali buku-buku kenyataan wang dan juga bertanggungjawab atas penyelenggaraan dan kesempurnaan buku-buku (rekod) tersebut. Ianya termasuk penyelenggaraan dan kesempurnaan rekod dalam bentuk digital (data komputer). Setiausaha akan menyedia dan menyimpan segala butiran Minit Mesyuarat Jawatankuasa dan segala urusan surat- menyurat. Semua dokumentasi ini sentiasa siap sedia untuk diaudit pada bila – bila masa. 11.4. Bendahari hendaklah menyimpan wang Badan Khairat Kematian serta memungut dan menjelaskan perkara kewangan atas perbelanjaan pengurusan jenazah. Bendahari juga hendaklah menyimpan segala buku-buku dan resit kenyataan wang dan juga bertanggungjawab atas penyelenggaraan dan kesempurnaan buku-buku (rekod) tersebut. Ianya termasuk penyelenggaraan dan kesempurnaan rekod dalam bentuk digital (data komputer). Semua dokumentasi kewangan ini sentiasa siap sedia untuk diaudit pada bila – bila masa. 11.5. Bendahari boleh menyimpan wang tunai bernilai tidak lebih dari RM2,000.00 (Ringgit Malaysia Dua Ribu sahaja) di tangan pada sebilang masa. Bendahari juga boleh menyerahkan wang tunai bernilai RM1,000.00 (Ringgit Malaysia Sati Ribu Sahaja) pada sebilang masa kepada pihak Pengurusan Jenazah sebagai Wang Sumbangan Khairat. Segala lebihan wang tunai perlu disimpan di dalam bank. Semua penerimaan dan perbelanjaan perlulah dibukti dengan resit rasmi yang asal. 11.6. Tugas dan tanggungjawab Jawatankuasa yang lain akan ditetapkan oleh Pengerusi BKK MTTJ mengikut jawatan dan tugasnya. 11.7. Ahli Jawatankuasa yang meninggal dunia, berpindah jauh at au diberhentikan, perlu digantikan tempatnya dan lantikan adalah dibuat oleh Jawatankuasa BKK MTTJ. 9 12. KEWANGAN 12.1. Kewangan BKK MTTJ ini diperolehi dari sumber berikut: 12.1.1. Yuran Ahli dan Yuran Tahunan. 12.1.2. Sumbangan derma/sedekah 12.1.2. Lain-lain ikhtiar dan pendapatan yang halal. 12.2. Kewangan Badan Khairat Kematian ini tidak boleh digunakan untuk membayar cengkeram, denda-denda kompaun mahkamah, atau untuk tujuan persendirian. Jika ada yang melakukannya, ianya boleh didakwa, melainkan ianya dibincang dan diluluskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa BKK MTTJ. 12.3. Tahun kewangan Badan Khairat Kematian ini adalah dari 1hb Januari hingga 31hb Disember 12.4. Penyata Kewangan Tahunan akan dibentangkan satu (1) kali dalam setahun iaitu semasa Mesyuarat Agung Tahunan Masjid Taman Temerloh Jaya 13. PERKARA WANG 13.1. Tertakluk kepada Para 11.5 semua wang Badan Khairat Kematian hendaklah disimpan di Bank Muamalat cawangan Temerloh yang urusannya adalah mengikut dan menepati syariat Islam dan dipersetujui oleh mesyuarat Jawatankuasa dan mestilah atas nama BKK MTTJ. 13.2. Perbelanjaan yang melebihi RM500.00 (Ringgit Malaysia Lima Ratus sahaja) tetapi tidak melebihi RM10,000.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Ribu sahaja) perlu mendapat kelulusan dari Mesyuarat Jawatankuasa BKK MTTJ atau satu pertiga (⅓) dari jumlah Ahli Jawatankuasa BKK MTTJ. 13.3. Perbelanjaan yang melebihi RM10,000.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Ribu sahaja) hendaklah terlebih dahulu mendapat kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Masjid Temerloh Jaya. 13.4. Sebahagian daripada kumpulan wang khairat yang terkumpul dan tidak segera digunakan, boleh dilabur dalam cagaran-cagaran amanah yang dibenarkan syariat tertakluk kepada kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa BKK MTTJ. 13.5. Semua cek dan lain-lain wang/surat yang akan dikeluarkan untuk urusan pembayaran dari bank hendaklah ditandatangani oleh dua (2) orang penandatangan terdiri dari: 13.5.1. Pengerusi/Setiausaha BKK MTTJ, atau 13.5.2. Pengerusi/Setiausaha Masjid, dan 13.5.3. Bendahari BKK MTTJ 13.6. Penyata Kira-Kira BKK MTTJ adalah berakhir pada 31hb Disember tiap-tiap tahun dan disahkan oleh dua (2) Pemeriksa Kira-Kira. 10 14. PEMERIKSA KIRA-KIRA 14.1. Dua (2) Pemeriksa Kira-Kira Jawatankuasa Masjid Taman Temerloh Jaya akan bertindak sebagai Pemeriksa Kira-Kira Badan Khairat Kematian ini. Pemeriksa Kira-Kira akan memeriksa kira-kira kewangan tahunan dan menyampaikan hasil pemeriksaan kepada Mesyuarat Agung Tahunan Masjid. Walau bagaimanapun Pengerusi Masjid berhak untuk meminta Pemeriksa Kira-Kira membuat pemeriksaan buku kira-kira kewangan Badan Khairat Kematian pada bila-bila masa yang difikirkan sesuai dan membentangkan hasil pemeriksaan kepada pihak Jawatankuasa Pengurusan Masjid Taman Temerloh Jaya. 15. MESYUARAT 15.1. Mesyuarat Agung hendaklah diadakan tiap-tiap tahun tidak lewat daripada bulan Mac. Tujuan mesyuarat ini ialah untuk mengesahkan minit mesyuarat yang lepas dan mengesahkan penyata kewangan tahunan yang lalu, melantik ahli-ahli jawatankuasa yang baru dan membincangkan perkara-perkara yang ada dalam agenda mesyuarat. Ahli mesyuarat mesti tidak kurang dari 2/3 jumlah ahli. Notis mesyuarat dan penyata kewangan perlu diedar kepada semua ahli 14 hari sebelum tarikh mesyuarat. 15.2. Mesyuarat Agung Khas boleh diadakan bila difikirkan perlu oleh mesyuarat jawatankuasa atau permintaan bertulis oleh tidak kurang dari 20 orang ahli untuk membincang satu perkara mustahak dan tidak dapat menunggu mesyuarat agung tahunan. Mesyuarat mestilah diadakan dalam tempoh 10 hari selepas penerimaan surat permintaan itu. Hanya perkara yang dipertikaikan dalam surat permintaan sahaja dibincangkan.Notis mesyuarat perlu dikeluarkan sekurang-kurangnya 7 hari sebelum mesyuarat.Bilangan ahli mesyuarat sama seperti mesyuarat agung. 15.3. Mesyuarat Jawatankuasa BKK MTTJ hendaklah diadakan sekurang-kurangnya tiga (3) bulan sekali. Walau bagaimanapun, Mesyuarat Khas Jawatankuasa boleh diadakan dari masa ke semasa mengikut keperluan yang mendesak dan perlu disegerakan. Notis dan agenda mesyuarat akan diedarkan oleh Setiausaha tiga (3) hari sebelum mesyuarat diadakan. Walau bagaimanapun tempoh tersebut boleh dikurangkan berdasarkan keperluan. Segala keputusan mesyuarat hendaklah mendapat persetujuan dari dua pertiga (⅔) kehadiran. 15.4. Mesyuarat dan Laporan Tahunan Badan Khairat Kematian akan dibentangkan semasa Mesyuarat Agung Tahunan Masjid di dalam Laporan Biro-Biro. 16. TEMPAT MESYUARAT 16.1. Semua mesyuarat hendaklah diadakan di Masjid Taman Temerloh Jaya atau yang ditetapkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa BKK MTTJ. 17. KUATKUASA DAN PINDAAN PERATURAN 17.1. Buku Panduan BKK MTTJ ini berkuatkuasa bermula 1hb April 2020 kecuali melibatkan Para yang dinyatakan secara spesifik. 11 17.2. Sebarang pindaan kepada segala peraturan dalam Buku Panduan ini adalah tertakluk kepada keperluan semasa. Rujuk Para 18 18. PERTIKAIAN 18.1. Sekiranya timbul sebarang masalah atau pertikaian atau pindaan berhubung dengan apa-apa tafsiran atau peraturan BKK MTTJ ini hendaklah diluluskan dalam mesyuarat agung. Keputusan semasa Ahli Jawatankuasa Masjid Taman Temerloh Jaya adalah muktamad Tarikh berkuatkuasa pula ialah pada tarikh yang telah diluluskan oleh pihak Biro Masjid. 18.2. Semua pindaan yang telah diluluskan oleh BKK MTTJ hendaklah dihantar kepada semua ahli atau setidak-tidaknya dipamirkan di papan kenyataan Masjid Taman Temerloh Jaya atau di mana-mana tempat yang difikirkan sesuai atau dibuat secara pengumuman. 1 9. PEMBUBARAN 19.1. Pertubuhan ini tidak boleh dibubarkan melainkan dengan persetujuan ¾ ahli-ahli yang hadir dalam mesyuarat agung yang diadakan khas kerana ini. Apabila keputusan telah disepakati maka segala hutang piutang yang sah hendaklah diselesaikan terlebih dahulu dan baki wangnya dibahagikan mengikut keputusan Mesyuarat Agung Khas untuk membubarkan pertubuhan ini. Pembuburan hendaklah diberitahu kepada Pengerusi Masjid Taman Temerloh Jaya dalam tempoh 14 hari dari tarikh pembubaran.