خطبة بولن دس يمب 2023 1 | P a g e Jadual Pembacaan Khutbah Jumaat Siri 12 / 202 3 (Disember Tahun 202 3 ) ب تاجوق تاري خ 1. Pembangunan Lestari, Nikmatnya Disyukuri 1 Disember 2023M/ 1 8 Jamadil Awwal 1445H 2. Tunaikanlah Zakatmu 8 Disember 2023M/ 2 5 Jamadil Awwal 1445H 3. Menginsafi Hikmah Musibah 15 Disember 2023M/ 2 Jamadil Akhir 1445H 4. Siapa Lelaki Sejati ? 22 Disember 2023M/ 9 Jamadil Akhir 1445H 5. Sediakan Payung Sebelum Hujan 29 Disember 2023M/ 16 Jamadil Akhir 1445H Khutbah Kedua دبياي اءي : كاة ز ڤ ولاو ڤ ين ڠ دتربيتكن : جابت ن حال إ ح و ا ل ا ڬ ام اسلام ڤ ولاو ڤ ين ڠ خطبة بولن دس يمب 2023 2 | P a g e Jawatankuasa Panel Semakan Teks Khutbah Negeri Pulau Pinang 1. SS Dato' Seri Dr. Haji Wan Salim bin Wan Mohd Noor (Pengerusi) Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang 2. Y.Bhg Dato’ Rosli bin Othman Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang 3. Prof. Madya Dr. Atikullah bin Abdullah Pensyarah, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia 4. Ustaz Ahmad bin Hashim Ketua Pusat Pengajian Tahfiz Al - Quran, Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang (KITAB) 5. Ustazah Rohayati binti Daud Mantan Penyelaras Program Intervensi Kaunseling, Universiti Sains Malaysia 6. Ustaz Mohd Salmi bin Shaimi Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang 7. Ustaz Subki bin Mohamed Mantan Pensyarah, IPG Kampus Tuanku Bainun 8. Ustaz Mohd Hanif bin Omar @ Wahab (Setiausaha) Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Dakwah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) خطبة بولن دس يمب 2023 3 | P a g e Siapa Lelaki Sejati? 22 Disember 2023M/ 9 Jamadil Akhir 1445H لْْ َ يمَ انَ ، لََ مَ ، وَ أَعَ زَّ هُ م ْ بَالطَّ اعَ ة َ وَ ا ْ س َ ْْل َ اله ذَ ي أَ كْ رَ م َ الرِّ جَ ال َ بَا ه َ لِلّ ُ الْ حَ مْ د َ لَ هُ ، جَ عَ ل َ ِيك َ َ لََ ش ُ ُ وَ حْ دَ ه ه لِلّ ا َّ لَ َ إَ لَ ه َ إ َ لَ ْ أَن ُ وَ أَشْ هَ د ُ أَطَ اعَ ه ْ السَّ عَ ادَ ة َ فَ يمَ ن َ خَ لْ قَ ه ْ مَ ن ُ لِلّه َ ، وَ خَ لَ يلُ ه ا ُ نَ بَ يَّ نَ ا مُ حَ مَّ دً ا رَ سُ ول َّ أَن ُ رِ ضَ اهُ ، وَ أَشْ هَ د َ وَ اتَّ بَ ع ُ وَ مُ صْ طَ فَ اه ُ لََ ه ِه َ وَ وَ ا ْ صْ َ آلَ ه َ وَ صَ حَ ابَ تَ ه َ وَ مَ ن ْ ن َ لَ َ سَ يِّ دَ نَ ا مُ حَ مَّ د ٍ وَ ع َ لَ َ الله هُ م َّ صَ ل ِّ وَ سَ لِّ م ْ ع َ و َ ب ْ ع َ د ؛ َ ف َ ي َ ا ع َ ب َ اد ه لِلّ ا ، َ ا َّ ت ق ْ و ه لِلّ ا ا ُ أ ْ و َ ص ْ ي ُ ك ْ م َ و َ ن ْ ف َ س َ ب َ ت ْ ق َ و ى ه لِلّ ا َ فَ قَ د ْ فَ از َ الْ مُ ؤْ مَ نُ وْ ن َ الْ مُ تَّ قُ وْ ن SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH SEKALIAN, Tidak ada nasihat paling agung yang ingin diseru daripada atas mimbar yang mulia ini, melainkan untuk mengajak semua muslimin untuk meningkatkan ketakwaan kepada Allah dengan mentaati segala perintah - Nya dan meninggalkan segala perkara yang dilarang oleh Allah. Semoga kita beroleh ketakwaan yang sebenar - benar di sisi Allah Di samping itu, khatib ingin mengingatkan sidang Jumaat sekalian agar memberikan fokus dan mendengar serta menghayati khutbah Jumaat خطبة بولن دس يمب 2023 4 | P a g e ini, jangan berbual - bual, tidak leka bermain gajet, melayan mesej Whatsapp, Facebook, Tiktok dan sebagainya kerana ia boleh mencacatkan pahala Jumaat. Marilah kita bersama - sama menghayati khutbah yang bertajuk: “ Siapa Lelaki Sejati?” MUSLIMIN YANG DIKASIHI SEKALIAN, Seringkali kita salah faham tentang apakah yang dimaksudkan sebagai lelaki. Ada yang menganggap badan yang sasa , kemewahan, kekayaan dan popularit i sebagai lamb a ng lelaki sebenar. Namun Islam mempunyai pandangan berbeza bagi menentukan siapa lelaki sebenar. Andai badan yang sasa menjadi ukuran dan s i mbol lelaki sejati, pasti kaum munafiqin mengungguli gelaran tersebut. Wajah yang tampan, badan yang sasa dan kepetahan berbicara persis seorang lelaki yang berkarisma ialah ciri utama kebanyakan munafiqin di zaman Rasulullah Firman Allah dalam surah al - Munafiqun ayat 4: وَإِذَا َ يََ ۡسَ بُون ۖۡ ٞ وَإِن يَقُولُوا ْ تَسۡ مَع ۡ لِقَوۡلِهِم ۡ ۡۖ كَأَنَّهُم ۡ خُشُ ب ٞ مُّسَ نَّدَ ة ۖۡ ۡ رَأَيۡتَهُم ۡ تُعۡجِبُك َ أَجۡ سَ امُهُم َ نَّ َّ َٰ يُؤۡفَكُون َ للّ َّ ُ ۡۖ أ َّ صَ يۡحَ ة ٍ عَلَيۡهِم ۡ ۡۚ هُم ُ ٱلۡعَدُ و ُّ فَٱحۡذَرۡهُم ۡ ۡۚ قَ َٰتَلَهُم ُ ٱ ُ كُ ٤ Maksudnya: “Dan apabila kamu melihat mereka, kamu kagum dengan tubuh badan mereka (dan kelakuan mereka). Jika mereka berkata - kata, kamu akan tertarik mendengar tutur kata mereka (kerana man is dan fasih ) ( Dalam pada itu) mereka seakan - akan kayu yang tersandar (tidak terpakai kerana خطبة بولن دس يمب 2023 5 | P a g e tidak ada padanya kekuatan yang dikehendaki). Mereka (berasa bersalah dan sentiasa dalam keadaan cemas sehingga) menyangka setiap jeritan ditujukan kepada mereka (untuk membahayakan mereka). Mereka itulah musuh (yang sebenarnya) m aka berwaspadalah terhadap mereka, semoga Allah membinasakan mereka. ( P elik sungguh!) Bagaimanakah mereka dapat dipalingkan (oleh hawa nafsu mereka daripada kebenaran)?” Imam Al - Baghawi menyebut di dalam tafsi r nya, Ibnu Abbas menyatakan bahawa Abdullah bin Ubai , k etua m unafiqin Madinah merupakan seorang yang tegap tubuhnya, tampan wajahnya dan begitu mempersona k etika berbicara. Andai sekiranya seseorang melihat penampilan dan cara mereka berbicara, pasti tidak akan terlintas, itu sebenarnya golongan yang sangat dimurkai oleh Allah MUSLIMIN YANG DIRAHMATI ALLAH, Namun begitu, penampilan mereka hanya mampu mengagumkan sebahagian m asyarakat. Hakikatnya golongan ini tidak lebih seperti sebatang kayu yang tersandar di dinding. Bagi mereka yang dangkal akalnya , pasti akan mengagumi kayu tersebut kerana menganggap sangat besar jasanya sehingga menahan dinding dari rebah. Tetapi bagi yang bijaksana pasti akan mengetahui kayu tersebut tiada sebarang nilai dan peranan. Hanya menunggu masa untuk reput dan binasa. Demikian analogi al - Quran bagi menyatakan nilai lelaki sebenar dalam pandangan Islam. Ketika seorang sahabat Abdullah bin Mas’ud yang memilki tubuh badan yang kecil, hendak mengambil ranting untuk dijadikan kayu sugi, خطبة بولن دس يمب 2023 6 | P a g e datang angin lalu menyingkap sebahagian betisnya. Para sahabat tertawa melihat betis Abdullah bin Mas’ud yang kecil dan kurus. Rasulullah bertanya: “Apa yang membuat kamu tertawa?” Mereka berkata, “Wahai Rasulullah , kerana kedua betisnya yang kurus.” Rasulullah lantas bersabda : “Demi zat ya n g jiwaku berada di tangannya, sesungguhnya kedua betis itu lebih berat timbangannya daripada gunung Uhud.” ﴾ Hadis Riwayat Imam Ahmad ﴿ MUSLIMIN YANG DIRAHMAT ALLAH, Mimbar menggariskan 3 ciri utama bagi lelaki sebenar menurut kaca mata Islam: Pertama: Lelaki yang s entiasa terpaut hatinya dengan masjid. Firman Allah dalam surah at - Taubah ayat 108: َ يَُ ِب ُّ ٱلۡمُطَّ هِرِين ُ َّ للّ يَُ ِبُّون َ أَن يَتَطَ هَّرُوا ْ ۡۚ وَٱ ٞ فِيه ِ رِجَال ٨٠١ Maksudnya: “Di dalam masjid itu, ada ramai orang lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan ( menyucikan) diri mereka. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin)” Lelaki sebenar adalah ketika hati dan jiwanya rindu untuk sentiasa berada di masjid. Jiwa kehambaannya semakin terserlah apabila saban خطبة بولن دس يمب 2023 7 | P a g e waktu dan k etika menjadikan masjid sebagai destinasi utama dalam kehidupan. Lelaki yang sebenar juga sentiasa membersihkan diri dan hati mereka daripada dosa. Kedua: Lelaki yang tidak meninggalkan solat demi kepentingan dunia. Firman Allah dalam surah an - Nur 37: َ يََ َافُون َ ي ِ وَإِيتَآء ِ ٱلزَّكَوَٰة ِ وَإِقَام ِ ٱلصَّ لَوَٰة ِ َّ للّ لَّ َ بَيۡع ٌ عَن ذِكۡر ِ ٱ َ لَّ َّ تُلۡهِيهِم ۡ تِجَ َٰرَة ٞ و ٞ رِجَال وۡمٗ ا ُ تَتَقَلَّب ُ فِيه ِ ٱلۡقُلُوب ُ وَٱ لۡۡ َبۡصَ َٰر ٧٣ Maksudnya: “(Ibadah itu dilakukan oleh) orang yang tidak dilalaikan oleh perdagangan dan jual beli daripada mengingati Allah, mendirikan solat dan menunaikan zakat. Mereka takutkan Hari Kiamat yang padanya berbolak - balik hati dan pandangan.” Lelaki sebenar adalah k etika perniagaan dan kemewahan tidak pernah melalaikannya dari menunaikan solat lima waktu dan berzikir mengingati Tuhan. Solat menjadi keutamaannya di dalam setiap t indakan dan aktiviti sehariannya. Ketiga: Lelaki yang menepati janjinya dengan Allah Firman Allah di dalam surah al - Ahzab ayat 23: خطبة بولن دس يمب 2023 8 | P a g e ِ نََ ۡبَهُۥ وَمِنۡهُم مَّن يَنتَظ َٰ َ ضَ َ للّ َّ َ عَلَيۡه ِ ِۖ فَمِنۡهُم مَّن ق مِن َ ٱلۡمُؤۡمِنِين َ رِجَ ال ٞ صَ دَ قُوا ْ مَا عَ َٰهَدُ وا ْ ٱ ۖۡ ُ ر ٗ لٗ وَمَا بَدَّ لُوا ْ تَبۡدِي ٣٢ Maksudnya: “Antara orang yang beriman itu ada orang yang menunaikan apa - apa yang telah dijanjikan mereka kepada Allah (untuk berjuang membela Islam) Maka ada juga antara mereka yang telah selesai melaksanakan janji mereka (lalu gugur syahid) dan ada antara yang menunggu giliran dan mereka tidak mengubah (apa - apa yang telah dijanjikan oleh mereka itu) sedikitpun.” Lelaki sebenar menurut Islam pasti akan memelihara setiap kewajipan yang digariskan syarak. Tidak lalai dari menunaikan semua arahan Allah dan sentiasa menjauhi segala tegahan - Nya. Lelaki yang sebenar tidak pernah menganggap urusan agama sebagai perkara remeh dalam kehidupan bahkan sentiasa hidup berpaksikan wahyu Allah. MUSLIMIN YANG DIRAHMATI ALLAH , Ayuh persiapkan diri menjadi lelaki yang digariskan oleh Al - Quran. Lelaki yang hakiki membina kekuatan diri. Berdiri atas keimanan hakiki. Memilki jati diri bersendikan sunnah sejati bukan sekadar bertanjak rapi tetapi mala ng, hilang identiti. Bukan hanya bersuara lantang lagak pejuang tapi say a ng solat lima waktunya tak pernah kunjung datang. Lelaki sejati berakhlak mulia, tidak sombong dan menghina walau kekayaan melimpah. Contohilah lelaki sebenar seperti sahabat Nabi di خطبة بولن دس يمب 2023 9 | P a g e zaman salaf, berjuang mempertahankan agama walau senjata bersilang terhunus ke muka. Pertahankan agama walau badan bercalar, diluka pedang musuh durjana. MUSLIMIN RAHIMAKUMULLAH, Sebagai kesimpulan dari khutbah pada hari ini, mimbar menggariskan 3 elemen penting sebagai bekalan dan panduan jemaah: Pertama: Jadilah lelaki yang hakiki, memiliki jatidiri bersandarkan ajaran Islam berpandukan Al - Quran dan S unnah. Kedua: Meyakini pandangan dan nilaian Allah terhadap hamba - Nya ialah pada hati bukan pada luaran atau fizikal. Ketiga: Sentiasa menjaga solat lima waktu secara berjemaah sebagai lambang lelaki sebenar. ِ للّ َّ ِ مِن َ الشَّ يطَ ان ِ الرَّجِيم أَعُوذ ُ بِا ِ ق ٓ ۡۚ وَٱلۡقُرۡءَان ِ ٱلۡمَجِيد ١ ٌ ۡ ء َ شَ بَل ۡ عَجِبُوٓا ْ أَن جَآءَهُم مُّنذِر ٞ مِنۡهُم ۡ فَقَال َ ٱلۡكَ َٰفِرُون َ هَ َٰذَا ٌ عَجِيب ٢ ُۢ ُ أَءِذَا مِتۡنَا وَكُنَّا تُرَابٗا ۡۖ ذََٰلِك َ رَجۡ ع ٞ بَعِيد ٣ ۖۡ ۡ مِنۡهُم ُ لۡ ۡ َ رۡض ٱ ُ قَد ۡ عَلِمۡنَا مَا تَنقُص ظُۢ وَعِندَ نَا كِتَ َٰب ٌ حَ فِي ٤ ٍ فِ ِ ٓ أَمۡر ٖ مَّرِيج ۡ لۡۡ َق ِ لَمَّا جَ آءَهُم ۡ فَهُم بَل ۡ كَذَّبُوا ْ بِٱ ٥ خطبة بولن دس يمب 2023 10 | P a g e ْ وَ ايَ اكُم َ ِ الْ قُ رْآن َ الْ عَ ظَ يمَ ، وَ نَ فَ عَ ن َ ِ وَ لَ كُم ْ ف َ لِ ُ ه لِلّ بَ ارَ ك َ ا بَ هَ دْ ي ِ سَ يِّ د َ الْ مُ رْ سَ لَ يِ َ ، أَقُ ول ُ مَ ا ُ ي وَ لَ كُمْ ، وَ لَ سَ ائَ ر ِ الْ مُ سْ لَ مَ ي ِ َ مَ ن ْ كُ ل ِّ ذَ نْ بٍ ، فَ اسْ تَ غْ فَ رُ وهُ ، إَ نَّ ه َ لِ َ ه لِلّ سَ مَ عْ تُ مْ ، وَ أَسْ تَ غْ فَ ر ُ ا هُ و َ الْ غَ فُ ور ُ الرَّ حَ يمُ . خطبة بولن دس يمب 2023 11 | P a g e Khutbah Kedua Bulan Disember 202 3 M/ 144 5 H ى َ لَ َ َ ع ه َ لِلّ ُ الحَ مْ د َ لَا ئ ٰ ا ه َ وَ إَحْ سَ ان ه ، وَ الشُّ كْ ر ُ لَ ه تَ وفَ يقَ ه َ لَ َ ع وَ امْ تَ نَ انَ ه ، َ وَ أَشْ هَ د ُ أَن ْ لآ إَ لٰ ه َّ إلا ه لِلّ ا وَ حْ دَ ه لا َ شَ َ ِيْ ك َ لَ ه تَ عْ ظَ يْ مً ا لَ شَ أْنَ ه ، وَ أَشْ هَ د ُ أن َّ مُ حَ مَّ دً ا عَ بْ دُ ه وَ رَ سُ وْ لُ ه رِضْ وانَ ه َ لِ دَ اعَ يً ا إ ه لَ َ ص ه لِلّ ا آلَ ه َ لَ َ سَ يِّ دَ نَ ا مُ حَ مَّ د ٍ وَ ع َ لَ َ وَ سَ له م َ ع وَ صَ حْ بَه ، عَ دَ د َ خَ لْ قَ ه وَ رِضَ ا نَ فْ سَ ه ، وَ زِنَ ة َ عَ رْ شَ ه ومَ دَ ادَ كَ لَ مَ اتَ ه َ أَمَّ ا بَ عْ دُ ، فَ يَ ا عَ بَ اد ه لِلّ ا ، اَ تَّ قُ وْ ا ه لِلّ ا ى َ لِ تَ عَ ا رَ بَّ كُم ْ حَ ق َّ تُ قَ اتَ ه ، وَ اعْ مَ لُ وْ ا بَطَ اعَ تَ ه وَ مَ رْ ضَ اتَ ه ، َّ ثُ م َّ اعْ لَ مُ وْ ا أَن ه لِلّ ا أَمَ رَ كُم بَأَمْ ر ٍ بَ دَ أ َ فَ يْ ه َ بَ نَ فْ سَ ه ؛ فَ قَ ال َ عَ لَ يْ مً ا حَ كَ يْ مً ا: َ َّ للّ إِن َّ ٱ وَ مَ ل َ ى ا ئَ كَ تَ هُ ۥ ۚۡ ِ ِ َ ٱلنَّب َ عَل َ يُصَ لُّون ي َ ى ا أَيُّ هَ ا ٱ لََّّ ِين َ ءَامَنُوا ْ صَ لُّوا ْ عَلَيۡه ِ وَسَ لِمُوا ْ تَسۡ لِيمًا ٦٥ [الأحزاب: 56 ] الله ه َ مُ حَ مَّ د َ وَ رَ سُ وْ لَ ك َ عَ بْ دَ ك َ لَ َ ع َ م ّ صَ ل ِّ وَ سَ له م َ ن المُ نَ يْ ِ ، ِ سِِّّ َ اج ِ النَّ ذَ يْ رِ ، وَ ال ْ البَ شَ ي َ وَ ارْ ض الله ه ْ م َّ عَ ن آلَ ه وَ صَ حَ ابَ تَ ه لِ ِ َ ، وَ مَ ن ْ تَ بَعَ هُ م ْ بَ إحْ سَ ان ٍ إ ْ ِ َ ، وَ عَ ن ِ التَّ ابَعَ ي ْ أَجْ مَ عَ ي . َ ِ ْ يَ وْ م َ الدِّ يْ نِ ، وَ عَ نَّ ا مَ عَ هُ م ْ بَعَ فْ وِ ك َ وَ كَ رَ مَ ك َ وَ إَحْ سَ انَ ك َ يَ ا أَرْ حَ م َ الرَّ احَ مَ ي SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH , K hatib juga mengambil kesempatan ini untuk menyeru para jemaah sekalian agar terus memberikan sokongan padu tanpa berbelah - bagi kepada penduduk Palestin yang sedang dizalimi oleh Regim Zionis melalui serangan tanpa henti di Gaza dan Tebing Barat. Kita mungkin tidak mampu mengangkat senjata, tetapi kita masih mempunyai kekuatan daripada aspek kewangan. Infakkanlah sebahagian خطبة بولن دس يمب 2023 12 | P a g e rezeki untuk membantu mereka yang ketika ini berada dalam keadaan yang amat menyedihkan serta menjalani kehidupan yang sukar Selain itu, gunakanlah senjata paling ampuh yakni DOA. Semoga Allah menganugerahkan kejayaan, keselamatan dan kesejahteraan buat seluruh umat Islam serta rakyat Palestin khasnya . Semoga bumi Palestin kembali aman dan makmur di bawah rahmat Allah الله ه ا لْْ َحْ يَ اء َ مَ نْ هُ م ْ وَ ا لْْ َمْ وَ اتَ ، َ ِ َ وَ الْ مُ ؤْ مَ نَ ات ْ وَ الْ مُ ؤْ مَ نَ ي َ ِ َ وَ الْ مُ سْ لَ مَ ات ْ م َّ اغْ فَ ر ْ لَ لْ مُ سْ لَ مَ ي الله ه أَئَ مَّ تَ نَ ا وَ عُ لَ مَ اءَ نَ ا وَ وُ زَ رَ اءَ نَ ا وَ وُ لاَة َ أُمُ وْ رِنَ ا ْ ي أَوْ طَ انَ نَ ا، وَ أَصْ لَ ح ْ وَ احْ فَ ظ ِ م َّ آمَ نَّ ا ف الله ه ، َشَ َ ِيْ عَ تَ ك ُ ْ صْ َ وَ ن َ لَ مَ ا فَ يْ ه َ عَ ز ُّ دَ ينَ ك ْ وَ فِّ قْ هُ م َّ م الله ه َ هُ دَ اة مُ هتَ دَ يْ ن ْ اجْ عَ لْ هُ م َّ م َ ِ َ وَ اشْ مَ ل ْ مُ صْ لَ حَ ي َ ِ ْ صَ الَ حَ ي الله ه َ م َّ بَعَ نَ ايَ تَ ك الجَ لاَ لَ ةْ ، َ صَ احَ ب َ لَ َ وَ تَ وْ فَ يْ قَ ك َ ع Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di - Pertuan Agong, Al - Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al - Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al - Musta’in Billah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agon g, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al - Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al - Haj; وَ کذ َ َٰ ل َ ك صَ اح ب الفَ خَ امَ ة ، Tuan Yang Terutama, Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi Bin Haji Abdul Razak, Yang di - Pertua Negeri Pulau Pinang. الله ه َ لََ زِل َ وَ الْ مَ حَ ن َ وَ سُ وْ ء َ لََ ء َ وَ الرِّ يَ اءَ ، وَ الرِّ بَ ا وَ الزِّ نَ ا وَ الْ ز َ لََ ء َ وَ الوَ بَ اء َ وَ الغ َ م َّ ادْ فَ ع ْ عَ نَّ ا الب ِ َ عَ امَّ ة ْ لََ د َ المُ سْ لَ مَ ي َ ِ ِ مَ ا ظَ هَ ر َ مَ نْ هَ ا وَ مَ ا بَ طَ ن َ عَ ن ْ بَ لَ دَ نَ ا هَ ذَ ا خَ اصَّ ة، وَ عَ ن ْ سَ ائَ ر ِ ب َ الفَ ي يَ ا رَ ب َّ ال ى ع . َ ِ ْ الَ مَ ي خطبة بولن دس يمب 2023 13 | P a g e Ya Allah! Dengan sifat - Mu yang Maha Pemurah dan Maha Mendengar, jadikanlah kami dan keturunan kami orang - orang yang istiqamah mendirikan solat secara berjemaah serta mengeluarkan zakat dan melaksanakan waqaf melalui agensi milik penuh Majlis Agama Islam Ne geri Pulau Pinang (MAINPP) iaitu Zakat Pulau Pinang (ZPP) dan Wakaf Pulau Pinang (WPP ). Ya Allah! Berilah petunjuk - Mu kepada kami dan pemimpin - pemimpin kami untuk memberikan khidmat bakti yang terbaik kepada agama, bangsa dan negara. Ya Allah! Kuatkan iman kami agar dapat menghindari perbuatan khianat, salah guna kuasa dan harta, memberi atau menerima rasuah dan segala perbuatan durjana yang merosakkan kepentingan agama, masyarakat dan negara. ي َ ِ رَ بَّ نَ ا آتَ نَ ا ف ي الآخَ رَ ة َ حَ سَ نَ ة وَ قَ نَ ا عَ ذَ اب َ النَّ ارِ . َ ِ الدُّ نْ يَ ا حَ سَ نَ ة وَ ف َ عَ بَ اد ه لِلّ ا ! ِ َٰ عَن ِ ٱلۡفَحۡ شَ آء َ هَ ۡ َٰ وَيَن َ بَ ۡ وَإِيتَآي ِٕ ذِي ٱلۡقُر ِ َ يَأۡمُر ُ بِٱلۡعَدۡ ل ِ وَٱ لۡۡ ِحۡ سَ َٰن َّ للّ إِن َّ ٱ َ ِ ِۚ يَعِظُ كُ م ۡ لَعَلَّكُ م ۡ تَذَكَّرُون ۡ وَٱلۡمُنكَر ِ وَٱ لۡۡ َغ ٠٩ فَ اذْ كُ رُ وا ه لِلّ ا ُ الجَ لَ يْ ل يَ ذْ كُ رْ كُمْ ، وَ اشْ كُ رُ وه نَ عَ مَ ه َ يَ زِدْ كُمْ ، َ لَ َ ع َ للّ َّ ُ يَعۡلَم ُ مَا تَصۡ نَعُون للّ َّ ِ أَكۡ ب َ ُ ُۗ وَٱ لََّ ِكۡر ُ ٱ َ و ٥٤