PERATURAN-PERATURAN PENGGUNAAN DEWAN PPC ST. MICHAEL Untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan para pelanggan dan tetamu, kami memohon kerjasama anda untuk mematuhi garis panduan peraturan-peraturan ini untuk manfaat dan kesejahteraan semua. a. Kemudahan dan peralatan tempat ini telah disediakan untuk keselesaan dan kemudahan bagi kedua-dua penyewa dan tetamu, oleh itu pihak pengurusan memohon kerjasama anda untuk memastikan ianya sentiasa terjaga dan diselenggara dalam keadaan baik, untuk manfaat semua. b. Selepas selesai acara, anda mesti membuka semua hiasan yang telah diletak / dibuat dan perlu mengembalikan tempat tersebut ke keadaan asalnya. c. Sila pastikan semua acara atau aktiviti tamat selewat-lewatnya pada jam 11.00 malam (kecuali Sabtu jam 4.00 petang). Bagi memastikan kedua-dua pihak mematuhi syarat tersebut, pemeriksaan oleh pihak pengurusan akan dijalankan. d. Adalah penting untuk mengambil kira kelakuan dan tingkah laku semua tetamu pada setiap masa untuk mengekalkan keamanan dan ketenteraman di dalam Dewan. Diingatkan bahawa TIADA haiwan peliharaan dibenarkan di dalam Dewan. e. Untuk memastikan keselamatan pada setiap masa, pelanggan hendaklah memastikan bahawa semua peralatan yang digunakan semasa acara adalah berada dalam keadaan baik dan sebaik-baiknya mempunya pensijilan SIRIM. Ini adalah untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku di sepanjang tempoh acara berlangsung. f. Semua peralatan luar yang hendak dibawa masuk ke dalam Dewan hendaklah disenaraikan dan didaftarkan dengan pihak pengurusan. g. Sekiranya terdapat kerosakan pada peralatan atau berlaku sebarang kehilangan barang milik Dewan, caj akan dikenakan mengikut budi bicara pihak pengurusan. h. Untuk mengekalkan keseragaman dan mengelakkan sebarang sifat pengiklanan yang tidak diingini yang menyinggung perasaan, anda dikehendaki mendapatkan kebenaran daripada pihak pengurusan bagi sebarang papan tanda, sepanduk, tirai latar, hiasan pementasan, dsb. sebelum acara bermula. i. Penggunaan sebarang objek tajam seperti skru, stapler, paku atau sebarang pelekat yang meninggalkan kesan kekal, ianya perlu mendapatkan kebenaran dahulu daripada pihak pengurusan, ini termasuklah penggunaan lilin atau sebarang hiasan berasaskan lilin yang boleh merosakkan permukaan / dinding / lantai dewan. j. Sila maklum bahawa, Dewan ini adalah dewan berasaskan keagamaan, oleh itu, aktiviti yang tidak bermoral seperti perjudian, pelacuran, penggunaan dadah terlarang, pemilikan atau penggunaan piroteknik atau barangan berbahaya, dan pemilikan atau penggunaan senjata api dan senjata terlarang yang lainnya adalah dilarang sama sekali. k. Pihak Pengurusan juga ingin mengingatkan semua pelanggan bahawa pihak pengurusan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kejadian kecederaan diri atau kehilangan akibat kecuaian sendiri di dalam Dewan ini. l. Merokok adalah TIDAK dibenarkan di dalam Dewan. m. Untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas semasa acara, pelanggan adalah dikehendaki untuk menyediakan 2 orang anggota keselamatan, sebaik- baiknya anggota RELA untuk mengawal lalu lintas dan tempat letak kereta. n. Pembersihan Dewan selepas acara adalah tanggungjawap pelanggan. Namun, pelanggan mempunyai pilihan untuk membersihkan sendiri atau memilih perkhidmatan pembersihan yang disediakan oleh pihak pengurusan dengan caj yang berpatutan. Pihak Pengurusan akan mengenakan penalti sekiranya pelanggan gagal untuk berbuat demikian. o. Pihak pengurusan mengamalkan dasar “TI ADA MAKANAN LUAR” di Dewan ini (kecuali penggunaan Msgr. Wachter Hall , bagaimanapun adalah disyorkan). Makanan dan minuman mesti disediakan dari "The Saints' Café". p. Sila maklum, tempahan Dewan hanya dibenarkan pada masa-masa tersebut: Isnin hingga Jumaat : 8.00 pagi hingga 11.00 malam Sabtu : 8.00 pagi hingga 4.00 petang Ahad : Tutup (mulai 1 Januari 2023 dan seterusnya) Untuk tempahan dan pertanyaan lanjut sila hubungi Pejabat Mision semasa waktu pejabat di: Pejabat : 088-711009 / 715804 No HP (Whatsapp sahaja): 010-2001924 (Admin) KADAR SEWA ST MICHAEL’S PARISH HALL DEWAN MSGR. WACHTER Kapasiti : 500 pax RM300 per jam (mula _______ tamat ______) x _____ hrs. RM300 deposit (Refundable) RM150 perkhidmatan pembersihan (optional) MINI DEWAN FR. DUXNEUNER Kapasiti : 100 pax RM500.00 per acara (3 jam pertama, tambahan jam seterusnya dikenakan caj sebanyak RM100.00 per jam) RM200.00 deposit (Refundable) RM50 perkhidmatan pembersihan (optional) BILIK-BILIK MESYUARAT (8 NO.) Kapasiti (Various) RM30.00 sekali penggunaan (3 jam pertama, tambahan jam seterusnya dikenakan caj sebanyak RM15 per jam) KEMUDAHAN YANG ADA: 2ft x 6ft Banquet Table – RM10.00 per unit x _____ nos. 60” round table – RM10.00 per unit x _____ nos. Plastic chairs – RM1.00 per unit x _____ nos. Banquet chairs – RM5.00 per unit x _____ nos. ( Susun atur keluar barang dari stor dan mengembalikan semula kemudahan ke bilik stor perlu di lakukan oleh pelanggan sendiri ) AUDIO VISUAL Projector – RM200.00 Basic Sound System – RM350.00 Remarks : BAYARAN BAGI PENGGUNAAN FASILITI UNTUK AKTIVITI / PROGRAM KOMITI, PASTORAL DAN KEROHANIAN DIBAWAH PAROKI ST. MICHAEL PENAMPANG ADALAH DIKECUALIKAN.