MEDITASI HARIAN Kalau kamu tetap bertahan, kamu akan memperoleh hidupmu. (Lukas 21:19) Bacaan wahyu dalam Kitab Suci boleh menakutkan, tetapi petikan seperti Injil hari ini juga boleh memenuhi kita dengan harapan. Hari ini, kita membaca tentang Yesus mengajar di Bait Suci, dikelilingi oleh semua kemegahannya. Bagi orang Yahudi, Bait Suci adalah tempat yang suci. Ia berdiri sebagai peringatan bahawa TUHAN telah memilih Israel sebagai milik-Nya. Oleh itu, apabila Yesus memberi amaran, “Tidak ada satu batu pun akan dibiarkan terletak di atas batu yang lain,” pesananNya mengganggu pendengarnya (Lukas 21:6). Yesus tidak hanya meramalkan kehancuran Yerusalem (yang sebenarnya terjadi pada tahun 70 M). Dia juga mendedahkan realiti rohani. Seperti nabi Yeremia berabad-abad sebelum Dia, Yesus memperingatkan orang-orang untuk tidak menaruh semua kepercayaan mereka pada Bait Suci saja (lihat Yeremia 7:1-7). Daripada meletakkan harapan mereka pada batu-bata dan mortir, mereka perlu melihat kepada TUHAN yang menghuni Bait Suci. Ia bukan hanya Bait Suci. Yesus juga menubuatkan gempa bumi, kelaparan, peperangan, dan penganiayaan. Negara akan jatuh; kesihatan yang baik, keamanan dan kestabilan akan runtuh. Semua yang orang harapkan—semua yang kita harapkan—akan hilang suatu hari nanti. Hanya TUHAN yang kekal selamanya. Jadi dimana harapannya? Dengan mendedahkan pembohongan yang mengatakan keselamatan datang daripada wang, status, atau kesejahteraan, Yesus menunjukkan kita kepada perkara yang kekal: syurga. Kerana Dia mengasihi kita, Dia memberi amaran kepada kita supaya tidak bergantung pada perkara-perkara sementara yang hanya akan mengecewakan kita. Sebanyak mana kita menikmati penghiburan dan berkat kehidupan di bumi, ia tidak mungkin dibandingkan dengan syurga! Itulah harapannya: Yesus menunjukkan kepada kita kebesaran TUHAN kita dan kemuliaan kehidupan yang akan datang. Dia membuka mata kita kepada satu-satunya yang kekal: TUHAN kita yang setia. Bersamanya, kita menemukan kehidupan abadi. Itulah sebabnya, saat kita bertekun dan berpegang teguh pada-Nya, kita akan “menjamin hidup [kita]” (Lukas 21:19). “Tuhan, harapanku ada pada Mu!” Makluman dan acara lanjut boleh dilihat di E-Bulletin kita di www.shckk.org atau www.facebook.com/shckk HARI BELIA SEDUNIA - SAAT TEDUH Semua belia digalakkan untuk menyertai Saat Teduh pada Khamis. 17 hb November 2022 , bermula jam 8.00 malam di Katedral Hati Kudus untuk bersatu dalam doa bagi merayakan Hari Belia Sedunia yang jatuh pada Perayaan Yesus Kristus Raja Semesta Alam, 20 hb November 2022. SAKRAMEN PENGUATAN TAHUN 2022 TARIKH BAHASA MASA 20 Nov 2022 Ahad B. Cina 7.00 AM B. Malaysia 11.00 AM 23 Nov 2022 Rabu B. Inggeris 7.30 PM DEVOSI PADA MINGGU PERTAMA SETIAP BULAN TARIKH DEVOSI KEPADA MASA & TEMPAT 2 Dis 22 (Jumaat) Hati Kudus Yesus 7.30PM, SHC 3 Dis 22 (Sabtu) Hati Maria Yang Tak Bernoda 11AM, Chapel 7 Dis 22 (Rabu) Santo Yusuf 7.30PM, SHC PEJABAT PAROKI DITUTUP Pejabat paroki akan ditutup pada hari Sabtu, 19 hb November 2022 , semasa hari pengundian PRU15. Pejabat akan disambung semula pada hari Isnin, 21 hb November 2022 LAWATAN KELUARGA ADVEN-KRISMAS (KAROLING) 2022 Lawatan Keluarga Adven-Krismas akan diadakan semula pada Minggu Ke-2 Adven tahun ini. Kumpulan karoling dijemput untuk mempersiapkan dan memulakan latihan. Sila sahkan penyertaan kumpulan anda ke Pejabat Paroki SHC. BAZAR SHC / CMI TAHUN 2022 Sila maklum bahwa memandangkan hari pengundian PRU15 jatuh pada hari Sabtu, 19 hb November 22, maka hari bazar yg ditetapkan pada 19 hb & 20 hb November ini ditunda ke Ahad, 27 hb November 2022 dari jam 7 pagi hingga 2 petang untuk membolehkan persiapan dan penyertaan semua yg terlibat. PEMBAPTISAN KANAK-KANAK Sila hubungi Pejabat Paroki untuk membuat temu janji dengan Paderi Paroki. Borang Permohonan Pembaptisan (Kanak-kanak): https://bit.ly/31R9mbg SAKRAMEN PERKAHWINAN DI SHC Urusan untuk Perkahwinan Gereja hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 4 BULAN sebelum cadangan tarikh perkahwinan dengan paderi di paroki ini. Untuk pertanyaan, sila e-mel di shparishoffice@gmail.com. Sila layari www.shckk.org untuk maklumat lebih lanjut. URUSAN PENGEBUMIAN DI SHC Sila hubungi Pejabat Paroki untuk mengurus misa kudus dengan paderi. Sila layari www.shckk.org untuk maklumat lebih lanjut. PEMBERITAHUAN Untuk Pembaptisan, Perkahwinan atau Pengebumian di CMI, sila hubungi pejabat CMI, (088)-222345. TENDER MENGECAT GEREJA (DALAM GEREJA) Majlis Kewangan & Harta Paroki menjemput kontraktor yang berminat untuk mengambil bahagian dalam tender untuk " The Painting of the Church (Interior) ". Dokumen tender boleh didapati mulai 8 hb November 2022 dan seterusnya di Pejabat Paroki semasa waktu pejabat. Tarikh tutup adalah pada 17 hb November 2022 SIJIL PEMBAPTISAN, KOMUNI PERTAMA & PENGUATAN UNTUK DIAMBIL Umat sekali lagi diingatkan untuk menyemak sama ada mereka mempunyai sijil Pembaptisan, Komuni Pertama dan Penguatan. Anda boleh datang ke Pejabat Paroki SHC untuk mengambil sijil anda secepat mungkin. Sila ambil perhatian bahawa sijil yang telah lama dikeluarkan dan masih belum dikutip sehingga 1 hb Januari 2023 akan dilupuskan dengan sewajarnya. Selepas itu, anda perlu memohon sijil baru dan akan dikenakan bayaran RM 10.00 (sepuluh sahaja) setiap sijil. Kerjasama segera anda amat kami hargai. PESTA KRISMAS KANAK-KANAK SHC Social Ministry Sub-committee menganjurkan Pesta Krismas Tahunan Kanak-kanak pada 17hb Disember 2022 (Sabtu), 10:30AM – 2:00PM, di Dewan Paroki. Semua kanak-kanak berumur 4 -12 tahun dijemput untuk menyertainya. Borang pendaftaran boleh diambil dari kelas PMG, pejabat paroki dan di kaunter khas di buka semasa Misa Senja dan Misa Minggu. PENGAMBILAN BAGI TAHUN 2023 – TADIKA ST. FRANCIS Pengambilan dibuka bagi tahun akademik 2023 (kanak-kanak berumur 4-6 tahun pada tahun 2023). Pendidikan Katolik menjadi sebahagian daripada kurikulum akademik sekolah, sekali gus memberi peluang kepada kanak-kanak mempelajari iman Katolik mereka. Untuk butiran, sila hubungi 088-534499/ 011-60999899. Borang pendaftaran boleh didapati di Tadika dari hari Isnin hingga Jumaat (8.00AM hingga 10.30AM). KOLEKSI KE 3 BAGI HARI SEDUNIA BAGI ORANG MISKIN KE - 6 Pada tahun 2017, Sri Paus Fransiskus telah menetapkan bahawa minggu sebelum Kristus Raja sebagai hari sedunia bagi orang miskin. Dalam menjawab seruan Sri Paus ini untuk menunjukkan keprihatinan kita kepada orang miskin, kita akan menjalankan koleksi ke 3 minggu ini 12 hb & 13 hb November 2022 Hasil kutipan ini akan digunakan bagi orang-orang miskin.. SUMBANGAN PAROKI (5 HB & 6 HB NOVEMBER 2022) SHC ( Hitam ) RM 16,539.25 ( Merah ) RM 13,575.30 CMI ( Hitam ) RM 7,400.70 ( Merah ) RM 6,537.50