MEDITASI HARIAN Mari, marilah kita berjalan di dalam terang Tuhan! (Yesaya 2:5) Selamat datang ke Adven! Kita semua berada di sini di Firman Berserta Kita berdoa agar anda diberkati secara mendalam semasa musim ini semasa anda bersiap sedia untuk kedatangan Kristus. Dan cara yang lebih baik untuk memulakan musim ini selain dengan jemputan dalam bacaan pertama hari ini: “Mari, marilah kita berjalan dalam terang Tuhan!” (Yesaya 2:5). Pada Misa hari ini, lilin pertama pada karangan bunga Adven akan dinyalakan. Kemudian, untuk tiga hari Ahad berikutnya, cahaya yang datang dari kalungan itu akan menjadi lebih kuat apabila satu lagi lilin dinyalakan. Dan begitulah Adven sepatutnya untuk kita secara rohani: empat minggu penuh untuk datang lebih dan lebih mendalam ke dalam terang Kristus. Terdapat banyak cara anda boleh membiarkan cahaya itu tumbuh lebih kuat dalam diri anda apabila Krismas semakin hampir. ● Bawa diri anda kepada cahaya melalui doa harian. Menluangkan hanya beberapa minit sehari di hadapan Yesus boleh membuka hati anda kepada kehangatan kasih-Nya. Anda juga boleh menggunakan majalah ini untuk membantu anda. ● Terangi hati dan fikiran anda melalui pembacaan rohani atau pembelajaran Alkitab. Birakan Yesus “mengajar [anda] tentang jalan-jalan-Nya” supaya anda dapat “berjalan di jalan-jalanNya” (Yesaya 2:3). ● Mintalah Tuhan untuk menyinari bahagian-bahagian hidup anda di mana anda berpuas hati untuk hidup dalam bayang-bayang. Kemudian, bawalah bahagian tersebut ke Sakramen Pertaubatan dan lakukan seperti yang dikatakan oleh St. Paul: tanggalkan perbuatan kegelapan dan "mengenakan perlengkapan senjata terang" (Roma 13:12). ● Sebarkan cahaya Kristus dengan menyertai umat beriman lain untuk melayani mereka yang memerlukan. Berikan mereka dengan makanan atau hadiah Krismas. Bawa bekalan ke tempat perlindungan gelandangan. Doakan mereka. Kita tidak perlu berjalan dalam kegelapan! Setiap kali anda berpaling kepada Tuhan dengan cara ini, terang-Nya dalam diri anda menjadi lebih terang dan bersinar lebih jelas. Jadi biarlah karangan bunga Advent mengingatkan anda bahawa Yesus, terang dunia, boleh mengatasi semua kegelapan. Mari dan berjalan dalam terang Tuhan! “Tuhan, biralah terang Mu berkembang dalam saya sepanjang musim Adven!” Makluman dan acara lanjut boleh dilihat di E-Bulletin kita di www.shckk.org atau www.facebook.com/shckk ULANG TAHUN PENTAHBISAN IMAMAT Paderi Paroki kita, Fr. Paul Lo akan menyambut Ulang Tahun Pentahbisan Imamat yang ke-17 pada hari Sabtu, 10 hb Disember 2022 Marilah kita berdoa memohon berkat pilihan Tuhan ke atasnya dalam pelayanan imamatannya. UBAHSUAI GEREJA - CAT DALAMAN Misa pagi akan disambut di Kapel Katderal Hati Kudus dari 28 November - 3 Disember 2022 dan 5 Disember - 10 Disember 2022 . Walaupun ruang terhad dan sempitl, umat boleh menghadiri misa pagi di CMI bermula jam 6.30 pagi. Juga, Pengakuan Individu Advent pada 5 - 9 Disember 2022 akan diadakan di Dewan Paroki Hati Kudus. Kesulitan anda amat dikesali. DEVOSI PADA MINGGU PERTAMA SETIAP BULAN TARIKH DEVOSI KEPADA MASA & TEMPAT 2 Dis 22 (Jumaat) Hati Kudus Yesus 7.30PM, SHC 3 Dis 22 (Sabtu) Hati Maria Yang Tak Bernoda 11AM, Chapel 7 Dis 22 (Rabu) Santo Yusuf 7.30PM, SHC TIADA SAAT TEDUH Harap dimaklumkan bahawa TIDAK ada Holy Hour semasa Adven dan Krismas. Saat Teduh akan disambung semula tahun depan. PENGAKUAN INDIVIDU MUSIM ADVEN Pengakuan Individu semasa musim Adven di Katedral Hati Kudus akan bermula seperti berikut: TARIKH MASA 5 - 9 Disember 2022 (Isnin - Jumaat) 9.00 pagi - 10.00 pagi 10.30 pagi - 11.30 pagi 3.00 petang - 4.00 petang 12 - 16 Disember 2022 (Isnin - Jumaat) 9.00 pagi - 10.00 pagi 10.30 pagi - 11.30 pagi 3.00 petang - 4.00 petang 19 - 21 Disember 2022 (Isnin - Rabu) 7.30 malam - 9.00 malam Pendaftaran tidak diperlukan. LAWATAN KELUARGA ADVEN-KRISMAS (KAROLING) 2022 Kita akan adakan kembali program Lawatan Keluarga Adven/Karoling saperti berikut: 1. Ahad, 4 hb December 2022 bermula jam 7 malam - Pemberkatan / Pengutusan diadakan dihadapan bangunan dewan paroki. 2. 5 hb (Isnin) - 16 hb (Jumaat) December 2022 , lawatan Adven/karoling dari rumah kerumah. Semua ketua zon/taman dan semua ahli kumpulan karoling yg terlibat dijemput hadir ke program diatas. SIJIL PEMBAPTISAN, KOMUNI PERTAMA & PENGUATAN UNTUK DIAMBIL Umat sekali lagi diingatkan untuk menyemak sama ada mereka mempunyai sijil Pembaptisan, Komuni Pertama dan Penguatan. Anda boleh datang ke Pejabat Paroki SHC untuk mengambil sijil anda secepat mungkin. Sila ambil perhatian bahawa sijil yang telah lama dikeluarkan dan masih belum dikutip sehingga 1 hb Januari 2023 akan dilupuskan dengan sewajarnya. Selepas itu, anda perlu memohon sijil baru dan akan dikenakan bayaran RM 10.00 (sepuluh sahaja) setiap sijil. Kerjasama segera anda amat kami hargai. PESTA KRISMAS KANAK-KANAK SHC Social Ministry Sub-committee menganjurkan Pesta Krismas Tahunan Kanak-kanak pada 17hb Disember 2022 (Sabtu), 10:30AM – 2:00PM, di Dewan Paroki. Semua kanak-kanak berumur 4 -12 tahun dijemput untuk menyertainya. Borang pendaftaran boleh diambil dari kelas PMG, pejabat paroki dan di kaunter khas di buka semasa Misa Senja dan Misa Minggu. KEMPEN DERMA DARAH (SHC CARITAS) Tarikh: 11 th December 2022 (Ahad) Masa: 8.00 pagi - 1.00 petang Tempat: Sayap Kanan SHPC & Bilik G1 PENGAMBILAN BAGI TAHUN 2023 – TADIKA ST. FRANCIS Pengambilan dibuka bagi tahun akademik 2023 (kanak-kanak berumur 4-6 tahun pada tahun 2023). Pendidikan Katolik menjadi sebahagian daripada kurikulum akademik sekolah, sekali gus memberi peluang kepada kanak-kanak mempelajari iman Katolik mereka. Untuk butiran, sila hubungi 088-534499/ 011-60999899. Borang pendaftaran boleh didapati di Tadika dari hari Isnin hingga Jumaat (8.00AM hingga 10.30AM). TAYANGAN WAYANG SOCCOM Tajuk: THE SONG OF BERNADETTE Tarikh: 27hb November 2022 (Ahad) Masa: 7.30 malam di Bilik F7 Semua dialu-alukan untuk hadir. PENDAFTARAN KATEKUMEN BM Hari: Setiap Ahad (bulan Disember 2022 & Jan 2023) Masa: 9.00 pagi - 10.00 pagi Tempat: Tingkat 1, Pusat Paroki SHC Pendaftaran ini khas bagi mereka yang belum di baptis dan dari denominasi Kristian lain berumur 15 tahun ke atas. Pertanyaan: Richard 019 830 4433 (whatsapp) SUMBANGAN PAROKI (19 HB & 20 HB NOVEMBER 2022) SHC ( Hitam ) RM 16,406.55 ( Merah ) RM 13,295.50 CMI ( Hitam ) RM 6,254.25 ( Merah ) RM 5,728.20