1 SALAM SAMPUL 2 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Teks Khutbah Jumaat Tahun 2023 TAJUK KHUTBAH : SALAM SAMPUL َ ا َ ُ َالله َّ لَ ِ لَ َإ ِ لَ َإ َ ح يْح . َأشح هد ُ َأن ِ لْح محد ُ َلله ِ َوفَّق َمن ح َشاء َلِطاعتِه ِ َمِن ح َعِبادِه ِ َالحمُؤح مِن َ شَحعِه ِ َالحقوِيحمِ . َوأشح هد ُ َأن َّ َسيِّدد َدا ِ َ لَُ، َكتب َالسَّ عادة َلِمن ح َعمِل َب شَِيحك َ لَ َ ُ وحح ده َ َ ح عَل ِ َوسدلِّدم ح َوادار ِّ يْح . َاللهم َصل ِ حْح ة ً َلِّلحعالم لَ ُ ُ َبعثه ُ َالله ُ َر ح مُُ مَّدً ا َعبحدُ ه ُ َورسُ و َ لَ َيوحم ِ َالدِّيحنِ . ِ لَ ِ ِ َوصحح بِه ِ َا لََّّ ِيحن َاهحتدو ح َبِهدح يِه ِ َإ َآ مُُ مَّد ٍ َو َ سيِّد ِ َا َ أمَّا َبعحدُ ، َفيا َعِباد َاللهِ! َ اِتَّقُوحا َالله َ َّ حق َّ َتُقاتِه ِ َو لَتموُتُن َ لَ َّ َوأتحتُم ح َسُسح لِمُوحن ِ َإ Sidang Jumaat yang dihormati, Marilah sama - sama kita memperkasakan ketaqwaan kepada Allah SWT dengan menjaga segala tingkah laku dan amalan kita dari sekecil - kecil perkara sehinggalah sebesar - besar perkara agar ketaatan sentiasa berada didepan sebagai matlamat hidup dan kemaksiatan sentiasa menjadi peringatan supaya dijuahi dan ditinggalkan, semoga kita menjadi insan muttaqin dan abrar. Tajuk khutbah kita kali ini ialah “ Salam Sampul ”. Firman Allah SWT menerusi ayat 1, Surah an - Nisa: ڃ ڃ ڃ چ چ بجبح بخ بم ُّ لخ لم لى لي مج مح مخ مم مى مي نجنح نخ نم نى ني هج هم هى هي يج يحيخ يم يى ٍّ ٌّ ٰيي ذٰ رٰ ى َّ النساء: ١ 24 February 2023/03 Syaaban 1 444 3 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Maksudnya: “ Wahai manusia! Bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu (Adam), dan (Allah) menciptakan pasangannya (Hawa) dari (diri) - nya; dan dari keduanya Allah memperkembangbiakkan laki - laki dan perempuan yang banyak. Bertakwalah kepada Allah yang dengan nama - Nya kamu saling meminta, dan (peliharalah) hubungan kekeluargaan. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasimu. Sidang Jumaat yang dihormati, Musim cuti sekolah kini telah menjelang tiba. Cuti sekolah begitu sinonim dengan musim kenduri kahwin atau walimatul urus. Dimana - mana ada sahaja kedengaran undangan untuk mengadakan walimah dalam musim - musim cuti persekolah ini. Walimatul urus ialah kenduri atau jamuan yang diadakan bagi meraikan perkahwinan. Ia adalah acara yang ada kaitan dengan syariat Islam, ia bukan sekadar adat tetapi lebih dari itu ia adalah sebahagian dari ibadah. Dalam Islam ia dilaksanaan kerana beberapa sebab: 1. Melahirkan rasa kesyukuran kepada Allah kerana dapat mendirikan rumah tangga. 2. Melahirkan rasa kegembiraan atas ikatan perkahwinan. 3. Mengisytiharkan kepada orang ramai bahawa pasangan telah menjadi suami isteri yang sah. 4. Memberi peluang kepada para tetamu berhimpun dan berjumpa serta bersuai kenal di samping merapatkan hubungan silaturrahim. Jemputan walimah wajiblah dihadiri. Hukum menjamah makanan adalah harus. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : Teks Khutbah Jumaat Tahun 2023 24 February 2023/03 Syaaban 1 444 4 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Apabila seseorang kamu dijemput untuk menikmati makanan, maka hendaklah dia pergi. Jika ingin makan, bolehlah dia makan. Jika ingin (beredar tanpa makan), bolehlah dia meninggalkannya. ’ (HR Ibn Majah) Walimah adalah sunnah. Nabi SAW memerintahkan kepada Abdurrahman bin 'Auf untuk menyelenggarakan walimah setelah sempurna majlis akad nikah. Berdasarkan hadis riwayat Anas bin Malik : َ ٍ أوحلِم ح َو لو ح َبِشاة Maksudnya : "Adakan walimah meskipun dengan menyembelih seekor kambing" (H.R al - Bukhari & Muslim ). Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Para ulama meletakkan beberapa syarat untuk menjadikan walimah wajib dihadiri, antaranya: 1. Kenduri dilakukan tanpa sifat riyak dan bangga diri. 2. Tidak mengandungi unsur - unsur khurafat atau adat - adat yang membawa kepada Syirik. 3. Tidak menghidangkan makanan yang haram atau mengandungi syubhah. 4. Tidak mengkhususkan jemputan hanya untuk orang kaya sahaja, sedangkan orang miskin dilupakan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “ Seburuk - buruk makanan ialah makanan walimah (kenduri) yang dijemput hanya orang - orang kaya sahaja dengan meninggalkan orang - orang miskin ”. (HR Muslim) 5. Disunatkan menghulurkan pertolongan bagi mengurangkan bebanan tuan rumah dan dapat menyuburkan semangat gotong royong di kalangan masyarakat. Teks Khutbah Jumaat Tahun 2023 24 February 2023/03 Syaaban 1 444 5 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah 6. Tidak mengandungi perkara - perkara maksiat seperti jamuan qhomar (arak) dan hiburan yang melalaikan. 7. Diadakan secara sederhana yang perlu membawa kepada pembaziran. Sesungguhnya membazir itu adalah amalan syaitan. 8. Jemputan dilakukan untuk menambahkan kasih - sayang dan mengeratkan hubungan. Jika jemputan dilakukan kerana takut kepadanya atau ingin mendapatkan kedudukan dan pangkat, jemputan itu tidak wajib dihadiri. 9. Empunya walimah bukan orang yang zalim, jahat atau memiliki harta haram. Jika sebaliknya, tidak wajib dihadiri. Sidang Jumaat yang berbahagia, Sudah menjadi suatu tradisi yang murni dan sangat dituntut, apabila kita diundang ke majlis walimah, kita akan menghulurkan salam berserta sedikit sumbangan yang di niatkan sebagai “ tumpang kenduri ” atau salam sampul. Salam sampul ini tidaklah dilarang tetapi biarlah dengan niat yang ikhlas tanpa mengharapkan apa - apa balasan. Kebiasaaannya kita menyebut sebagai sedekah. Tapi lebih molek dan betul jika kita niatkan sebagai “ tumpang kenduri ” kerana pahala akan berganda dan ukhuwwah juga akan terbina. Mimbar ini ingin menarik perhatian bagi sesiapa yang ingin melaksanakan walimatul urus agar sentiasalah berbelanja untuk walimah dengan kadar berhemah dan sederhana, elak- kan membazir. Laksanakanlah walimah ssecara mengikut kemampuan. Janganlah sehingga sanggup berhutang puluhan ribu semata - mata kerana inginkan walimahnya nampak gah dan meriah, padahal semuanya dengan cara berhutang dan pastinya selepas walimah akan terbeban dengan hutang keliling pinggang. Teks Khutbah Jumaat Tahun 2023 24 February 2023/03 Syaaban 1 444 6 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Laksanakanlah ia sekadar mampu. Apa yang penting ia dilakukan dengan niat yang ikhlas selain untuk memanjatkan kesyukuran tanpa mengharapkan apa - apa balasan. Bukan kerana menunjuk - nunjuk dan bermegah - megah. Mudah - mudahan majlis yang diadakan dilimpahi berkat dan keredhaan Allah SWT. Sidang Jumaat yang berbahagia, Apabila kita dijemput menghadiri walimah atau kenduri kahwin, maka jangan hanya sekadar datang makan dan mengenepikan adab dan tatasusila sewaktu menghadirinya. Antaranya: 1. Berpakaianlah dengan pakaian yang sesuai dengan adab dan kehendak syariat. 2. Ambillah makanan dengan kadar yang berhemah dan jangan mengambil banyak sehingga menyebabkan lebihan dan pembaziran. Ambil sedikit, jika sedap tambah kemudian. 3. Jika tempat duduk agak terhad, selepas makan eloklah beredar untuk memberi laluan kepada tetamu yang tidak mempunyai tempat duduk. 4. DJ @ Pengacara Majlis kenduri jangan mainkan muzik yang kuat dan tidak sesuai dengan majlis walimah kerana akan mengganggu emosi dan sembang santai para jemputan. 5. Eloklah sebelum beredar dari meja makan, angkatlah pinggan kita dan letakkan ditempat yang dikhaskan kerana petugas mungkin tidak cukup tangan untuk melakukannya disebabkan tetamu yang terlalu ramai. 6. Jika perlu berlama - lama dalam majlis, ambil sudut yang tertentu agar tidak mengganggu tetamu lain yang baru datang. 7. Ucapkan tahniah kepada tuan kenduri dan doakan kepada kedua mempelai yang diraikan. Teks Khutbah Jumaat Tahun 2023 24 February 2023/03 Syaaban 1 444 7 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Sabda Nabi SAW : َ ال َ ب َ يْه ِ وَسَلَّ م ْ كَان َ إِ ذَا رَفَّأ َ الإِ نْسَان َ إِ ذَا تَزَوَّ ج َ ق َ عَن ْ أَ بِي هُرَيْرَةَ، أَ ن َّ النَّبِي َّ صَلى الله عَل َ ار ُ ك َ اللَّه كُمَا فِي خَيْر. َ يْن َ يْك َ وَجَمَع َ ب َ لَك َ وَبَارَك َ عَل Maksudnya : Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW apabila mengucapkan tahniah kepada pengantin, baginda akan menyebut: “ Semoga Allah memberkati mu, mengurniakan keberkatan kepada mu, dan mengumpulkan kamu berdua dalam kebaikan ”. (Sunan Abi Daud) ڃ ڃ ڃ چ چ ُّ يى يي ئج ئح ئخ ئم ئه بج بح بخبم به تج تح تخ تم ته ثم جح جمحج حم خج خم سج َّ الأحزاب: ٠٧ - ٠١ Maksudnya: “ Wahai orang - orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan ucapkanlah perkataan yang benar, nescaya Allah akan memperbaiki amal - amalmu dan mengampuni dosa - dosamu. Dan barang siapa mentaati Allah dan Rasul - Nya, maka sesungguhnya, Dan barang siapa mentaati Allah dan Rasul - Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar ”. َ ِ ح َوإِيَّاكم ُ َبِما َفِيده ِ َمِدن َا َح يدا ِ نِ ح َولكم ُ َفى ِ َالقُرآن ِ َالعظِ يمِ ، َوتفع ِ لِ َ ُ عَل َالله بار َ لْكِيحمِ ، َوتقبَّل وا لَِّّكحر ِ َا َ َ ح ِ ْ َقدو ُ ُ ِ لَوته ُ َإ ِ ََّه ُ َهُو َالسَّ مِيع ُ َالعليِمُ. َأقُدو نِ ِّ ح َومِنحكُم ح َت ِ م َ يْ ِ َوالمُؤمِدنِد يْ َوالمُسح لِما ِ ح َولكُم ح َولِسائِر ِ َالمُسح لِم ِ لِ َ هذا َوأسح تغحفِر ُ َالله َالعظِ يم يْ. ِ نَاة َالتَّائِب َ ِ ، َفاسح تغحفِرُوحهُ، َفيا َفوحز َالمُسح تغحفِرِين َويا والمُؤمِنا Teks Khutbah Jumaat Tahun 2023 24 February 2023/03 Syaaban 1 444