1 KHUTBAH JUM‘AT TAJUK : IKHTILAT DARI PERSPEKTIF ISLAM TARIKH : 26 JANUARI 2024 / 14 REJAB 1445 _____________________________________________________________________________________________________ : َّ ِ الۡقَ ائِل ِ ٱ�ۡ حَ مد ُ � ُّ حُب ِ ز�ُِّن َ لِلنَّاس ٱ ِ لشَّ ه�ََ ٰت َ مِن ٱ ِ لنِّسَ آء َ و ٱ َ �َِن ْ� َ و ٱ ِ لْقَنَـٰط�ِ ٱ ِ لْمُقَنطَ رَة َ مِن ٱ ِ �َّهَب َ و ٱ ِ لْفِضَّ ة َ و ٱ ِ َيْل ْ� ٱ ِ لْمُسَ وَّمَة َ و ٱ ِ ْعَـٰم�َ ْ� َ و ٱ ِ َرْث ْ� ۗ ُ �َٰلِك َ مَتَـٰع ٱ ِ �ْ َيَوٰة ٱ ْيَا�ُّ� ۖ َ و ٱ ُ َّ � ُ عِندَ ه ۥ ُ حُسْ ن ٱ ِ لْمَـَٔاب ٤١ (Surah Ali Imran, ayat 14) ُ أَشۡ هَ د ُ أَ ن لآ َّ إِ لَــٰھ َ إِ لا َّ ﷲ ُ وَ حۡ دَ ه ُ لا َ شَ ر�ِك َ لَھ ، وَ أَشۡ هَ د ُ أَن َّ مُ حَ مَّ دً ا عَ بۡدُ ه ُ وَ رَ سُ ولُھُ . ُ اللَّ ه ـ َ ص َّ م ـ ۡ آلِ ھ ِ وَ أَص� َ� َ سَ يِّدِ نَ ا مُ حَ مَّ د ٍ وَ ع� َ� َوَ سَ لِّ م ۡ ع ِ ّ ل ـ ُ حَ ابِھ ِ وَ مَ ن تَبِعَه ـ ٍ م بِإِ حۡ سَ ان َ إِ �َ� يَوۡ م ِ الدّ ِ ين ُ أَمَّ ا �َعۡد ، فَ يَا عِ بَ اد َ ﷲ َّ ، اِ تَّ قُ وا ﷲ َ حَ ق ِ تُقَ اتِھ َ ، وَ لا َ تَمُ وتُن َّ إِ لا َّ وَ أَنتُم مُّ سۡ لِ مُ ون SIDANG JUM‘AT YANG DIRAHMATI ALLAH ‘AZZAWAJALLA, Bertaqwalah kepada Allah ‘Azzawajalla dengan memelihara diri, keluarga dan masyarakat daripada segala perkara yang mengundang kemurkaan Allah ‘Azzawajalla . Jangan bercakap atau bermain dengan gajet agar pahala Jumaat tidak menjadi sia-sia. 2 Khutbah pada hari ini menzahirkan apresiasi kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia bersempena dengan Sambutan Hari Kastam Sedunia Ke-42 yang disambut pada 26 Januari setiap tahun. Sebagai rakyat Malaysia, kita perlulah memberikan komitmen untuk membangunkan dan menjana ekonomi negara dalam memacu pertumbuhan positif ke arah kemakmuran negara. Jabatan Kastam Diraja Malaysia bertanggungjawab sebagai barisan pertahanan pertama dan benteng negara dalam memerangi aktiviti penyeludupan barang haram di Malaysia. Perbuatan menyeludup barang larangan seperti rokok, alkohol, dan dadah, bukan sahaja menjejaskan ekonomi negara bahkan memberikan kesan terhadap keselamatan sosial. Beban perbelanjaan negara juga turut bertambah untuk menjalankan operasi penguatkuasaan bagi memastikan rakyat mematuhi undang-undang yang ada. Oleh itu, kita hendaklah bertindak sebagai mata dan telinga dalam melakukan amar makruf nahi mungkar bagi memastikan kegiatan penyeludupan dapat dibanteras Bagi meneruskan khutbah, mimbar hari ini membicarakan topik “IKHTILAT DARI PERSPEKTIF ISLAM.” SIDANG JUM‘AT YANG DIMULIAKAN OLEH ALLAH AZZAWAJALLA, Menurut Dr. Muhammad ‘Uqlah, seorang ulama kontemporari, ikhtilat )اختلاط( bermaksud pertemuan antara dua individu atau lebih yang berlainan jantina tanpa kehadiran mahram, yang melibatkan percakapan, pergaulan atau pertemuan. Mahram bermaksud orang lelaki ataupun perempuan yang haram dinikahi mengikut hukum Islam kerana hubungan kekeluargaan yang rapat, hubungan susuan dan sebagainya, termasuklah ibu, anak susuan, adik-beradik dan sebagainya. 3 Pada masa sekarang, ikhtilat ini seolah-olah tidak dapat dielakkan. Ikhtilat selalunya berlaku di tempat kerja, sekolah, universiti, pasar dan juga dalam aktiviti seharian hatta di masjid. Oleh itu, kita semua bertanggungjawab menjelaskan garis panduan ikhtilat sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam kepada masyarakat. Panduan ikhtilat membantu masyarakat membaiki hubungan antara lelaki dengan wanita ketika bersosial. Hakikatnya, keadaan hari ini yang sangat membimbangkan kita dan mungkin boleh mengundang bahana kerana ada pergaulan bebas yang dijadikan sebagai wasilah dalam profesionalisme. SIDANG JUM‘AT YANG DIMULIAKAN OLEH ALLAH AZZAWAJALLA, Kita sering mendengar kes kecurangan dalam rumah tangga dipaparkan oleh akhbar atau media sosial. Kenapakah hal ini boleh berlaku? Tidaklah keterlaluan jika kita katakan bahawa antara puncanya termasuklah sikap manusia yang sengaja membiarkan dirinya hanyut dengan belaian nafsu. Oleh sebab itu, Islam membataskan pergaulan antara lelaki dengan perempuan. Pertemuan dan perbualan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram sepatutnya tidak dilakukan dalam suasana yang sunyi atau berdua, sehingga boleh menyebabkan timbulnya perkara yang tidak baik. Jika lelaki dengan wanita ingin berbual, tidak perlulah sengaja melunakkan suara kerana mungkin menyebabkan ada yang terpikat. Jika ada urusan yang rasmi, lakukanlah secara formal dan bukan mengakhirkan urusan rasmi tersebut dengan gurauan senda atau sentuhan hal peribadi. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Sayidina Abu Sa’id al-Khudri radiallahuanhu, Rasulullah SAW bersabda: ِ فَ اتَّ قُ وا الدُّ نْيَ ا وَ اتَّ قُ وا النِّسَ اء َ فَ إِ ن َّ أَوَّ ل َ فِتْنَة ِ ب�َِ ي إِ سْ رَائِيل َ �َانَت ْ �ِ � النِّسَ اء 4 Maksudnya : “Berhati-hatilah dengan dunia dan berhati-hatilah dengan ujian daripada golongan wanita. Sesungguhnya ujian paling awal berlaku pada golongan Bani Israil ialah ujian yang berkaitan dengan wanita.” (Riwayat Muslim) Biarpun dalam hadis ini dinyatakan betapa pentingnya sikap berhati-hati terhadap kaum wanita, Islam tidak pernah meletakkan wanita pada tahap yang lebih rendah daripada kaum lelaki. Islam juga tidak memandang negatif terhadap kaum wanita. Hal ini demikian kerana, setiap golongan sama ada lelaki mahupun perempuan mempunyai hak yang ditetapkan oleh agama kita. Ada banyak kelebihan wanita yang telah dinyatakan oleh nas yang sahih. Antaranya termasuklah hadis yang diriwayatkan oleh Sayidina Abdullah bin ‘Abbas radiallahuanhuma: ْ أَلا َ أُخْ �ِ�ُك َ بِخَ �ْ� ِ مَ ا يَكْ ن�ِ ُ ال ـ ُ مَ رْ ء ؟ ْ ال ـ مَ رْأَة ُ الصَّ ا�ِ حَ ة ُ إِ ذَ ا نَظَر َ إِ ل�ْ�ََ ا سَ رَّ تْھ ُ وَ �ِذَ ا أَمَ رَهَ ا ُ أَطَاعَ تْھ ُ وَ �ِذَ ا غَ اب َ عَ �ْ�َ ا حَ فِ ظَتْھ Maksudnya: “Mahukah aku beritahu kepada kamu tentang sebaik- baik harta bagi manusia? Harta itu ialah wanita yang solehah. Ciri- cirinya, apabila suami melihatnya, dia menggembirakan, apabila suaminya memberikan arahan, wanita itu patuh, dan ketika suami tidak berada di sisinya, wanita itu menjaga maruah suaminya.” Hadis ini menunjukkan bahawa Islam memuliakan wanita yang berakhlak baik dan mempunyai sifat yang soleh. Bagi kaum lelaki pula, Allah Azzawajalla mengurniakan akal kepadanya untuk memandu wanita ke arah jalan yang diredhai. 5 Oleh sebab yang demikian, usahlah mengambil kesempatan terhadap kelemahan kaum wanita kerana syaitan sentiasa menunggu peluang untuk mempengaruhi sekiranya kita leka dengan hawa nafsu. SIDANG JUM‘AT YANG DIMULIAKAN, Mengakhiri khutbah, marilah kita mengamalkan doa seperti dalam hadis yang diriwayatkan oleh Sayidina Qutbah bin Malik radiallahuanhu: ِ اللَّ هُ م َّ إِ �ِّي أَعُ وذ ُ بِك َ مِ ن ْ مُ نْكَ رَات ِ الأَخْ لاَق ِ وَ الأَعْ مَ ال ِ وَ الأَهْ وَ اء Maksudnya: “Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada akhlak yang buruk, amalan yang buruk dan hawa nafsu.” (Riwayat Tirmizi) ِ بَارَك َ ﷲ ُ ل ـ ِ ي وَ لَكُ م ۡ ف ـ ۡ ي الۡقُ ر آ ِ ن ِ الۡعَظِ يم ِ ، وَ نَفَ عَن ــ َ ي و ِ �ِيَّ اكُ م ۡ بِم َ ا فِيھ ِ مِ ن َ الآۡ يَ ات ۡ وَ الذّ ِ كۡ ر ِ ال ـ َ ح ـ كِ ي ـ ِ م َّ ، وَ تَقَ ب ـ ّ ل َ مِ ن ِ ــ ِ ي وَ مِ نكُ م ۡ ت ـ ُ لاَ وَ تَھ ُ إِ نَّ ھ ُ هُ و َ السَّ مِ يع ُ الۡعَلِ يم ُ ، أَقُ ول ۡ قَ و ل ِ ـ ي َ ه ذَ ا وَ أَسۡ تَغۡفِ ر ُ ﷲ َ الۡعَظِ يم َ ل ِ ـ ۡ ي وَ لَكُ م ۡ ، وَ لِ سَ اۤئِر ِ ال ـ ۡ مُ سۡ لِ مِ �ن َ وَ ال ـ ِ مُ سۡ لِ مَ ات ، ۡ وَ ال ـ ۡ مُ ؤۡ مِ ن�ِن َ وَ ال ـ ۡ مُ ؤ ِ مِ نَات ۡ ، فَ اسۡ تَغۡفِ رُوه ُ فَ يَ ا فَ وۡ ز َ ال ـ مُ سۡ تَغۡفِ ر�ِن َ وَ �َا نَجَ اة َ التَّ اۤئِب�ِ َ ن