1 SOLAT TIANG AGAMA 2 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Teks Khutbah Jumaat Tahun 2023 SOLAT TIANG AGAMA ُ َ لَ ح لْح َمحد ُ لله ِ ا لَّذ ِي ح أَرحسَ ل َ رَسُ و َ ا َ ح لْ بِالحهُدَ ى وَدِيحن ِ ا َ ِ ِ وَلَو ح رَه ل ِ ُ لِ ِ َ ا ِِّليحن َ لَى ُ َ يُِ ُهح هِه ل ِ قِّ شْح ِكُوحنَ ، ُ الحم مُُ َمذدً ا لََ ُ، وَأَشح هَد ُ أَن ذ سَ يِلدَ نَا َ شََ ِيحك َ لَ ُ َ لَ ذ الله ُ وَحح د ِ لَ َ إ ِ لَ َ إ ح أَشح هَد ُ أَن ،ُ َُل ح ُ وَرَسُ و ُ عَ بحد ح ِ ِ وَمَن لَ ِ ِ وَأَصح حَ اب َ آ َ لَى َ مُُ َمذد ٍ و َ سَ يِلدِنَا َ لَى ح اللهم صَ ل ِ ل وَسَ لِلم ح وَبَارِك ِ لَ َ يَوحم ِ ا ِِّليحن ِ تَبِعَهُم ح بِإِحح سَ ان ٍ إ أَمذا بَعحدُ ، فَيَا عِبَاد َ اللهِ! َ اِتذقُوحا الله ذ لََ تمَوُتُن َ قِّ ذ تُقَات ِ ِ و َ ح َ لَ ذ وَأَتحمُم ح سُسح لِمُوحن ِ إ ڃ ڃ ڃ چ چ ٱ هي يج يح يخ يم يى يي ذٰ رٰ ىٰ ٌّ ٍّ َّ ٢٠١ آل عمران: Maksudnya : “ Wahai orang - orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar - benar taqwa, dan jangan sekali - kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam ”. Sidang Jumaat yang rahmati Allah sekalian, Ayuhlah kita bersama - sama meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala titah perintah - Nya dan dengan sedaya mungkin bertekad meninggalkan segala tegahan - Nya. Mudah - mudahan kita semua dimasukkan ke dalam syurga Allah SWT kelak. Solat adalah tiang agama. Solat juga adalah ibadat pertama yang akan dinilai dan dihitung pada hari kiamat. Malah ia adalah satu - satunya ibadat yang disyariatkan secara langsung kepada Nabi Muhammad SAW ketika menghadap Allah SWT dalam perjalanan Mikraj Baginda. 27 Jan 2023/05 Rejab 1 444 3 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Teks Khutbah Jumaat Tahun 2023 Malangnya dewasa ini, dapat diperhatikan betapa masyarakat Islam terlalu cuai dalam urusan solat dan terlalu meremehkannya. Solat sering dilakukan pada akhir waktu dan kadangkala meninggalkannya. Lebih parah lagi apabila sudah ada sebahagian masyarakat yang meninggalkan solat sepenuhnya, seolah - olah ia tidak pernah diwajibkan, dan dalam masa yang sama mereka masih menggelar diri mereka Muslim. Sidang Jumaat yang Dikasihi Allah Dalam ilmu Fiqh, para fuqaha berbeza pendapat menetapkan kedudukan orang yang meninggalkan solat dan juga hukuman yang layak ke atas mereka. Tetapi mereka bersepakat menyatakan bahawa meninggalkan solat adalah dosa yang sangat berat. Firman Allah SWT dalam Surah al - Muddaththir ayat 4 2 hingga 43 : ڃ ڃ ڃ چ چ ٱٱ ُّ ٱ ئم ئه بم به تم ته ثم ثه سمسه شم َّ المدثر: ٢١ - ٢٤ Maksudnya : (Setelah melihat orang yang bersalah itu, mereka berkata); “( Mereka ditempatkan) di dalam syurga (yang penuh nikmat), ” mereka bertanya - tanya tentang (tempat tinggal) orang yang bersalah. “ Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar? ” Orang yang bersalah itu menjawab: “ Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang yang mengerjakan solat. ” Sidang Jumaat yang Dikasihi Allah Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud : “ Asas segala amalan adalah Islam, tiangnya adalah solat dan puncaknya adalah jihad ” (HR Timizi) Al - Mubarakfuri dalam bukunya Tuhfah al - Ahwazi menjelaskan hadis ini bahawa segala amalan yang dilaksanakan hanya dianggap berpahala di sisi Allah SWT setelah seseorang itu memeluk Islam. Ini bererti sebesar mana pun kebaktian dan sumbangan yang diberikan tidak mendapat sebarang faedah tanpa didahului dengan kalimah syahadah. 27 Jan 2023/05 Rejab 1 444 4 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Teks Khutbah Jumaat Tahun 2023 Tentang solat sebagai tiang agama pula, beliau menjelaskan walaupun Islam adalah asal agama tetapi tanpa tiangnya sudah tentu agama ini tidak kuat dan mudah runtuh seperti rumah yang tidak bertiang. Oleh itu, melaksanakan kewajipan solat fardhu diibaratkan membina tiang - tiang untuk memperkukuhkan agama ini. Orang Islam yang mengabaikan tuntutan solat ini tidak mungkin dapat meningkatkan keimanannya untuk mematuhi arahan dan larangan Allah SWT. Muslimin sidang Jumaat yang dihormati, Di sisi yang lain pula ibadat solat yang telah disyariatkan oleh Allah SWT mengandungi banyak keistimewaan yang terkadang tidak kita ketahui melainkan setelah kita membongkarnya sendiri. Ibadat solat juga memberi banyak pengaruh dalam kehidupan seharian seorang Muslim. Berdasarkan Tafsir al - Azhar , Imam Abu al - Aliyah pernah berkata, “ Solat mempunyai tiga keistimewaan dan jika tidak ada ketiga - tiga ini di dalam sesuatu solat, solat itu dianggap tidak berfaedah sama sekali iaitu pertama : ikhlas akan membawa seseorang kepada yang makruf, kedua : khusyuk akan mencegahnya daripada perbuatan mungkar dan ketiga : zikrullah akan membantunya melakukan yang makruf dan mencegahnya daripada yang mungkar ”. Solat yang dilakukan mampu menjadi sebagai sumber kekuatan jiwa. Solat dapat menguatkan jiwa seseorang sehingga mampu meninggalkan kekejian dan kemungkaran. Firman Allah SWT dalam Surah al - ‘ Ankabut ayat 45 yang bermaksud: “ Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu daripada al - Quran, dan dirikanlah solat (dengan tekun), sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar, dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya), dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan. ” 27 Jan 2023/05 Rejab 1 444 5 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Teks Khutbah Jumaat Tahun 2023 Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian, Ibadat solat yang dilakukan secara sempurna dapat mendisiplinkan individu yang bergelar Muslim. Rukun tertib yang diwajibkan dalam solat dan kebanyakan ibadat lain adalah satu medium latihan yang sangat berjaya dalam membentuk insan yang patuh dan berdisiplin tinggi. Antara perkara yang wajib dilaksanakan sebelum bersolat ialah mengambil wudhuk dan wudhuk tidak dianggap sah melainkan dengan tertib. Demikian juga ketika bersolat, tertib wajib dipelihara. Jika seseorang mendahulukan amalan yang sepatutnya dikemudiankan, sebagai contoh, melakukan sujud sebelum qiam dan takbiratulihram, solatnya di anggap tidak sah. Latihan - latihan seperti ini mampu melahirkan insan yang celik prosedur lagi berdisiplin sekaligus menjadikannya efisien dalam setiap pekerjaan. Maka untuk melahirkan pekerja yang produktif seperti ini, seorang pengurus seharusnya menggalakkan mereka memelihara solat dengan sempurna. Malah tidak menjadi kesalahan jika kecenderungan seseorang kepada solat dijadikan faktor penting dalam memilih pekerja, pemimpin mahupun pasangan hidup. Solat mendidik umat Islam menepati masa. Allah melalui pensyariatan solat fardhu lima waktu membimbing hamba - hamba - Nya menjadi pengurus masa yang baik. Firman Allah SWT dalam Surah an - Nisa ’ ayat 103 yang bermaksud: “ Sesungguhnya solat adalah satu ketetapan berwaktu yang diwajibkan ke atas orang - orang Mukmin. ” Oleh kerana solat fardhu yang lima terikat dengan waktu, mereka yang bersolat perlu prihatin dan peka dengan waktu kerana solat yang dilakukan sebelum masuk waktu dengan sengaja dianggap sebagai tidak sah dan mendapat dosa. Sekiranya dilakukan selepas waktunya solat itu dianggap qada ’. Ini secara tidak langsung melatih orang Islam agar menepati dan menghargai masa. Malah kegagalan menepati waktu - waktu solat memberikan kesan langsung kepada keprihatinan seseorang itu terhadap masa dalam bidang kehidupannya yang lain. Seseorang yang culas solat Subuh juga menghadapi 27 Jan 2023/05 Rejab 1 444 6 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Teks Khutbah Jumaat Tahun 2023 masalah kedatangan ke tempat kerja atau sekolah. Kepekaan kepada waktu solat ini dapat diperkembangkan kepada seluruh kehidupan hingga menjadikan umat Islam satu golongan yang menghargai masa. Golongan yang menghargai masa pasti akan cemerlang di dunia dan di akhirat. Sidang Jumaat yang Dikasihi Allah Selain itu, solat yang didirikan dengan penuh keikhlasan dan kesempurnaan akan menjadi cahaya di dunia dan di akhirat serta diselamatkan dari azab api neraka. Rasulullah SAW pernah menceritakan bahawa orang yang tekun mengerjakan solat mendapat cahaya atau petunjuk ketika di dunia dan juga di akhirat. Orang yang bersolat juga tidak akan terjerumus ke lembah kehinaan dan kebinasaan kerana solat itu sendiri menjadi panduan dan cahaya untuk mereka menjalani hidup yang diredhai Allah SWT. Abdullah bin Amru RA. melaporkan kisah ini daripada Rasulullah yang sabdanya bermaksud: “ Sesiapa yang memeliharanya (solat) dia akan mendapat cahaya dan bukti serta pertolongan pada hari Kiamat. Sesiapa yang tidak memelihara solat, dia tidak akan mendapat cahaya (petunjuk), tiada bukti dan tidak akan mendapat pertolongan. Malah, pada hari kiamat nanti, dia akan ditempatkan bersama dengan Qarun, Firaun, Haman dan Ubai bin Khalaf. ” (Riwayat Ahmad dalam Musnad Ahmad ) ڃ ڃ ڃ چ چ ُّ ٱ به تج تحتخ تم ته ثم جح جم حج حم خج خم سج سحسخ َّ طه: ٢٤١ Maksudnya: “ Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang - orang yang bertaqwa ”. 27 Jan 2023/05 Rejab 1 444 7 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Teks Khutbah Jumaat Tahun 2023 ِ ِ مِن َ ا لْح َيَات ح وَإِيذاكم ُ بِمَا فِي ِ نِ َ ح وَلَكُم ح فى ِ القُهآن ِ العَهِ يمِ ، وَتَفَع ِ لِ ُ باَرَك َ الله ح ِ لِ ُ هُو َ السذ مِيع ُ العَليِمُ. أَقُول ُ قَو ذ ُ إِن َ ِ لََ وَت ح وَمِنحكُم ح ت ِّ نِ ِ لَْكِيحمِ ، وَتَقَبذل َ م وَا لَِّّرحه ِ ا َ ح وَلَكُم ح وَلِسَ ائِه ِ الَمُسح لِمِين َ وَالمُسح لِمَات ِ وَالمُؤمِنِين ِ لِ َ هَذَا وَأَسح مَغحفِه ُ الله َ العَهِ يم نََ َاة َ التذائِبِينَ . وَالمُؤمِنَاتِ ، فَاسح مَغحفِهُو ح ُ، فَيَا فَوحز َ المُسح مَغحفِهِين َ وَيَا 27 Jan 2023/05 Rejab 1 444