1 KHUTBAH JUM‘AT TAJUK: NIKMAT KESI HATAN TARIKH: 16 JUN 202 3 / 27 ZULKAEDAH 144 4 _____________________________________________________________________________________________________ : ه َ الۡقَ ائَل َ لِلّ ُ ٱلۡ حَ مد َ وَإِن تَعُدُّ وا ْ نِعۡمَة ٱ ِ َ للّ َ تُُ ۡصُ وهَا ٓۗ إِن َ لَ ٱ َ َ للّ ٞ لَغَفُور ٞ رَحِيم ٨١ (Surah al - Nahl ayat 18 ) لَّ َ شَ رِيك َ لَهُ ، وَ أَشۡ هَ د ُ أَن آ مُ حَ مآ دً ا عَ بۡدُ ه ُ وَ رَسُ ولُهُ . ُ لَّ آ الله ُ وَ حۡ دَ ه ِ لَّ آ إِ لَــٰه َ إ أَشۡ هَ د ُ أَن ُ اللآه ـ َ م آ ص ـ ۡ ل ِ وَ سَ لِ م ۡ عَ لَ ى سَ يِدِ نَا مُ حَ مآ د ٍ وَ عَ لَ ى آلِ ه ِ وَ أَص ـ ُ حَ ابِه ِ وَ مَ ن تَبِعَه ـ ٍ م بِإِ حۡ سَ ان ِ إِ لَى يَوۡ م الدِ ينَ . لَّ آ وَ أَنتُم مُّ سۡ لِ مُ ونَ . ِ لَّ َ تَمُ وتُن آ إ َ أَمآ ا بَعۡدُ ، فَ يَ ا عِ بَ اد َ الله، اِ تآقُ وا الله َ حَ ق آ تُقَ اتِهِ ، و SIDANG JUM‘AT YANG DIRAHMATI ALLAH ‘ AZZAWAJALLA , Bertaqwalah kepada Allah Azzawajalla dengan melaksanakan segala perintah - Nya dan menjauhi segala tegahan - Nya. Marilah kita memelihara diri, keluarga dan masyarakat daripada segala perkara yang men gundang kemurkaan Allah Azzawajalla Mimbar ingin berpesan kepada jemaah sekalian agar memberikan tumpuan terhadap khutbah y ang disampaikan. Janganlah bercakap, berbual - bual dan bermain dengan sebarang bentuk gajet agar pahala Jumaat kita tidak menjadi sia - sia Mimbar pada hari ini akan membicarakan khutbah yang bertajuk “ NIKMAT KESIHATAN ” 2 SIDANG JUM‘AT YANG DIMULIAKAN, Allah Azzawajalla mengurniakan nikmat yang amat banyak kepada kita. Nikmat tersebut bermula sejak kita berada dalam kandungan ibu sampailah kita meninggal dunia. Setiap detik yang kita lalui tidak dapat dipisahkan dengan nikmat Allah Azza wajalla. Misalnya, s emasa berada di dalam kandungan ibu, kita mendapat makanan yang cukup yang membolehkan kita membesar dan dilah irkan dalam keadaan yang sihat, walhal a da bayi yang dilahirkan dalam keadaan yang tidak cukup bulan akibat kekurangan zat sem asa dalam kandungan ibunya . Tidak kurang juga ada bayi yang meninggal dunia sebaik sahaja dilahirkan kerana masalah kesihatan. Disebabkan nikmat yang melimpah - ruah daripada Allah Azzawajalla, Alhamdulillah kita dapat menjalani kehidupan yang baik sampai s aat ini. Allah Azzawajalla Yang Maha Pemurah mencurahkan nikmat - Nya kepada semua manusia termasuklah yang bukan beragama Islam. Kalaulah kita cuba mengira nikmat Allah Azzawajalla, nescaya kita gagal melakukannya . Firman Allah Azzawajalla dalam surah an - Nahl ayat 18 yang telah dibacakan pada awal khutbah ini yang bermaksud: Sekiranya kamu cuba untuk menghitung nikmat Allah, pasti kamu tidak terdaya menghitungnya. Sesungguhnya Allah benar - benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Menurut Imam Ibnu Kath ir, seorang ulama tafsir, ayat ini mengingatkan kita bahawa sekiranya Allah Azzawajalla menuntut kita supaya mensyukuri semua nikmat - Nya, kita lemah dan tidak mampu berbuat demikian. Antara nikmat yang dikurniakan oleh Allah Azza w ajalla termasuklah nikmat kesihatan. Selain beribadah dan mengabdikan diri kepada Ilahi, m elalui nikmat kesihatan juga kita dapat melakukan pelbagai aktiviti 3 seperti bekerja, beriadah, berkeluarga, berniaga, bersantai dan sebagainya. Sayangnya, manusia ser ing melalaikan nikmat kesihatan sedangkan nikmat ini merupakan nikmat yang terbesar Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Sayidina Ibnu Abbas radiallahuanhuma, Nabi SAW bersabda: نَعْمَ تَان َ مَ غْبُوْ ن ٌ فَيْـهَ مَ ا كَ ثَيْـرٌ مَ ن َ النهاسَ ؛ ُ اَلصَ ـحه ـة ُ وَ الْفَ ـرَاغ Maksudnya: Ada dua nikmat yang kebanyakan manusia sering tertipu dengannya, iaitu nikmat kesihatan dan nikmat kelapangan masa. Ketika duduk antara dua sujud dala m solat, kita disunatkan membaca : َ ر َ ب ْ اغ َ ـف ْ ـر َ ل ـ ْ ي َ و ْ ار َ ح ْ ـم َ ـن ـ ْ ي َ و ْ اج ُ ـب ْ ـر َ ن ْ ي َ و ْ ار َ ف ْ ـع َ ـن ْ ـي َ و ْ ار ُ ز ْ ق َ ـن ْ ـي َ و ْ اه َ ـد َ ن ْ ـي َ و َ ع َ ـاف َ ـن ْ ـي َ و ْ اع ُ ـف َ ع َ ـن ْ ـي Maksudnya: Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, tampunglah kekuranganku, angkatlah darjatku, kurniakanlah kepadaku rezeki, pimpinlah aku, berilah aku kesihatan dan ampunkanlah aku Sebahagian orang yang solat mungkin kurang menghayati maksud bacaan ketika duduk a ntara sujud, walaupun dia menunaikan solat setiap hari. Bacaan yang diungkapkan dalam solat tidak sampai ke kalbu nya. Kelemahan ini sepatutnya dibaiki. Kita tidak mahu menjadi orang yang solat tetapi tidak mengerti . Selain itu, d oa ini menunjukkan bahawa nikmat kesihatan amatlah mustahak sehingga kita dituntut untuk membacanya ketika dalam solat. 4 SIDANG JUM‘AT YANG DIMULIAKAN, Kesihat an yang dikurniakan oleh Allah Azza w ajalla bukan sekadar nikmat yang wajib disyukuri, malah amanah yang perlu dijaga. Tidak wajar tubuh badan diperhamba selagi mahu untuk memenuhi naluri dan keperluan hidup, sedangkan hak tubuh badan untuk dirawat, dipelihara dan diberi rehat tidak dipedulikan. Ketahuilah bahawa akal yang sihat d atangnya daripada tubuh yang sihat. Jika kesihatan tubuh diabaikan, bagaimana akal yang sihat boleh berfungsi secara waras. Saban hari diperhatikan, bilangan orang yang diuji dengan penyakit yang berat semakin bertambah, seperti barah, darah tinggi, lumpuh , kencing manis, serangan jantung, masalah paru - paru, buah pinggang, kegemukan berlebihan, dan bermacam - macam lagi. Kos rawatan dan perubatan pula semakin meningkat yang membebankan pihak kerajaan, majikan, syarikat takaful, keluarga dan orang perseorangan. Islam amat mementingkan penjagaan kesihatan kerana perkara ini berkait rapat dengan objektif syariah yang menumpukan pemeliharaan agama, nyawa, akal, harta dan maruah. Kesemua obj ektif syariah ini boleh dicapai sekiranya kesihatan tubuh badan dan minda berada pada tahap yang optimum. Pengabaian penjagaan kesihatan diri boleh mengakibatkan kemerosotan hidup yang akhirnya mengganggu pencapaian objektif syariah yang tersebut. Oleh hal yang demikian, kita perlu mengambil berat dan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan tubuh badan dan minda melalui langkah pencegahan awal dan rawatan penyakit sebaik sahaja ia dikesan. 5 SIDANG JUM‘AT YANG DIMULIAKAN, Mengakhiri khutbah pada hari ini, mimbar menyeru sidang Jum‘at sekalian, demi menjaga kesihatan jasmani, akli dan rohani, berusahalah mengamalkan perkara - perkara yang berikut: 1. Meningkatkan kualiti dan kuantiti ibadah, seperti membanyakkan solat, zikir, selawat dan membaca al - Quran. Amalan ini boleh menjadi terapi untuk jiwa, minda dan tubuh kita. 2. Mengamalkan pengambilan pemakanan yang seimbang, sihat dan halal. Makanlah secara sederhana tanpa berlebih - lebihan apatah lagi membazir. 3. Berusaha menghentikan tabiat yang menyumbang kepada penurunan kualiti kesihatan seperti mero kok, tidur lewat, kerap bermain gajet dan seumpamanya. 4. Menjaga kebersihan, sama ada dari sudut jasmani dan rohani yang merangkumi tubuh badan, pakaian, te mpat tidur, tempat tinggal, tandas, bilik air, kenderaan, tempat bekerja dan tempat perniagaan 5. Melakukan riadah dan aktiviti fizikal. Hal ini disebabkan pergerakan fizikal dapat merangsang pertumbuhan kesihatan berbanding duduk diam terlalu lama tanpa sebarang aktiviti pergerakan. P epatah Arab ada menyebut, maksudnya, “Pergerakan itu keberkatan.” 6. Mendapatkan rehat yang secukupnya untuk memulihkan tenaga, badan serta minda dengan t idur sekurang - kuran gnya tujuh jam untuk satu malam. Usahakan untuk tidur awal dan bangun awal untuk bersolat s ubuh pada waktunya. 6 Di samping itu, b e rsama kita amalkan doa ini setiap hari sebagaimana di amalkan oleh nabi SAW : اللَّهُم َّ عَافِنِي فِي بَدَنِي، اللَّهُم َّ عَافِنِي فِي سَمْ عِي، اللَّهُم َّ عَافِنِي فِي َ لَ َّ أَنْت ِ لَ َ إِلَه َ إ بَصَرِ ي، Artinya: "Ya Allah sehatkanlah badanku, Ya Allah sehatkanlah pendengaranku, Ya Allah sehatkanlah penglihatanku. Tiada tuhan lain kecuali engkau." (Riwayat A bu Daud) َ بَارَك َ الله ُ ل ـ َ ي وَ لَكُ م ۡ ف ـ َ ي الۡقُ رۡ ءَ ان َ الۡعَظَ يمَ ، وَ نَفَ عَن ــ َ ي و َ إَيهاكُ م ۡ بَمَ ا فَيه َ مَ ن َ ا لۡۡ يَات ۡ وَ الذَ كۡ ر َ ال ـ َ ح ـ كَ ي ـ ه مَ ، وَ تَقَ ب ـ ل َ مَ ن َ ــ َ ي وَ مَ نكُ م ۡ ت ـ ُ لََ وَ تَه ُ إَ نهه ُ هُ و َ السه مَ يع ُ الۡعَلَ يمُ ، أَقُ ول قَ وۡ ل َ ـ ي هَ ذَ ا وَ أَسۡ تَغۡفَ رُ الله َ الۡعَظَ يم َ ل َ ـ ۡ ي وَ لَكُ مۡ ، وَ لَ سَ اۤئَرَ ال ـ ۡ مُ سۡ لَ مَ ين َ وَ ال ـ مُ سۡ لَ مَ اتَ ، ۡ وَ ال ـ ۡ مُ ؤۡ مَ نَين َ وَ ال ـ ۡ مُ ؤۡ مَ نَاتَ ، فَ اسۡ تَغۡفَ رُوه ُ فَ يَا فَ وۡ زَ ال ـ مُ سۡ تَغۡفَ رَين َ وَ يَا نَجَ اة َ التهاۤئَبَينَ .