1 KHUTBAH JUM‘AT TAJUK : SANTUNI GENERASI CILIK TARIKH: 3 FEBRUARI 2023 / 12 RAJAB 1444 _____________________________________________________________________________________________________ : ٱلۡ حَ مد ُ لِ لَّه ِ الۡقَ ائِل َّ ي َ يَ َٰبُن َّ َّ ِ أَقِم َّ َ ٱلصي لَوَٰة َّ َّ ِ وَأۡمُر ۡ َّب َّ ِ ٱلۡمَعۡرُوف َّ َّ َ و َّ َ ٱنۡه َّ َّ ِ عَن َّ ِ ٱلۡمُنكَر َّ َّ َ و َّ ۡ ِ ٱصۡ ب َّ َّ َّمَا َٰ َ َ عَل َّ َّ َ أَصَ ابَك َّ َّ ي إِن َّ ِ ذََٰلِك َ َّمِن ۡ َّعَزۡم َّ ِ ٱ لۡۡ ُمُور َّ ٧١ َّ ( Surah Luqman : ayat 17) ُ ُ الله ُ وَ حۡ دَ ه َّ لَّ ِ إِ لَــٰه َ إ َّ لَّ أَشۡ هَ د ُ أَ ن و ُ ُ شَ رِيك َ لَه َ لَّ و ُ ُ ، وَ أَشۡ هَ د ُ أَ ن َّ مُ حَ مَّ دً ا عَ بۡدُ ه و ُ ُ وَ رَ س ُ ُ ولُه و ُ ِ وَ سَ لِ م ۡ عَ لَ ى سَ يِدِ نَ ا مُ حَ مَّ د ٍ وَ عَ لَ ى آلِ ه ِ وَ أَصۡ حَ ابِه ِ . اللَّهُ م َّ صَ ل ے وَ مَ ن تَبِعَهُ م بِ إِ حۡ سَ ان ٍ إِ لَى يَ وۡ م ِ الدِ ينَ . ُ ِ أَمَّ ا بَ عۡ دُ ، فَ يَ ا عِ بَ اد َ الله، اِ تَّ قُ وا الله َ حَ ق َّ تُ قَ اتِه ے ُ َ لَّ َّ وَ أَنتُ م مُّ سۡ لِ مُ ون ِ لَّ َ تَمُ وتُ ن َّ إ َ ، و SIDANG JUM‘AT YANG DIRAHMATI ALLAH SWT, Bertaqwalah kepada Allah Azzawajalla dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala tegahan-Nya. Marilah kita memelihara diri, keluarga dan masyarakat daripada segala perkara yang mengundang kemurkaan Allah Azzawajalla. Berdasarkan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan iaitu bilangan (2) pada tahun 2016 menyebutkan umat Islam di negeri ini hendaklah berpegang teguh dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang dihimpunkan oleh al-Imam Abu al-Hasan al- Ash’ari dan al -Imam Abu Mansur al-Maturidi. Manakala hukum hakam 2 feqah hendaklah berdasarkan empat mazhab yang utama dan dalam amalan tasawwuf pula berdasarkan manhaj ulama sufi yang berwibawa seperti al-Imam Junaid al-Baghdadi dan al-Imam al-Ghazali. Mimbar berpesan kepada jemaah sekalian agar memberikan tumpuan terhadap khutbah ini. Jangan bercakap, berbual-bual atau bermain dengan sebarang bentuk gajet supaya pahala Jumaat kita tidak menjadi sia-sia. Mimbar pada hari ini membicarakan khutbah yang bertajuk "SANTUNI GENERASI CILIK." MUSLIMIN YANG DIRAHMATI ALLAH AZZAWAJALLA, Anak-anak merupakan anugerah Allah Azzawajalla kepada kita. Kehadiran mereka dalam rumah tangga bukan sekadar sebagai pelengkap bagi pasangan, tetapi mereka juga merupakan penyeri yang menambahkan sakinah atau ketenangan. Oleh itu, amanah daripada Allah Azzawajalla ini perlu dididik mengikut tatacara yang ditetapkan oleh Islam. Menyantuni anak-anak adalah salah satu akhlak yang mesti dipelajari dan diamalkan oleh ibu bapa. Peranan anak-anak sebagai pewaris bagi generasi, menuntut kita supaya melakukan tarbiah yang bertepatan dengan garis panduan yang ditetapkan oleh syarak. Kita tidak boleh memandang ringan tanggungjawab mendidik anak-anak kerana kesilapan dalam pendidikan boleh menyebabkan generasi pelapis ini menjadi terpesong jauh dari landasan syariat yang suci. MUSLIMIN YANG DIRAHMATI ALLAH AZZAWAJALLA, Salah satu kaedah tarbiah anak-anak yang diajar oleh Islam adalah dengan pendidikan solat. Sebagai ibu bapa, kita perlu berusaha 3 memastikan anak-anak kita tidak mengabaikan solat fardu. Alangkah bagusnya jika setiap kali masuk waktu solat, kita dapat mengingatkan mereka supaya menunaikan solat pada awal waktu. Pada waktu maghrib misalnya, elok juga kita pastikan televisyen di rumah dipadamkan atau diubah kepada rancangan yang bersifat Islamik. Rancangan hiburan perlu dikurangkan agar hati anak kita tidak lalai daripada mengingati Allah Azzawajalla. Ayat yang dibacakan pada awal khutbah ini tadi mengandungi peringatan tentang keprihatinan seorang bapa yang bernama Luqman al- Hakim terhadap anaknya supaya mendirikan solat. Al-Imam Ibnu Kathir ada menukilkan pandangan yang menyatakan bahawa Luqman al-Hakim atau nama sebenarnya Luqman bin ‘Anqa’ bin Sadun ialah lelaki yang soleh, kuat beribadah dan memiliki kebijaksanaan atau hikmah, serta dilantik sebagai hakim pada zaman Nabi Dawud a.s.. Selain mendirikan solat, Luqman al-Hakim turut berpesan kepada anaknya supaya menyuruh kebaikan dan mencegah kemungkaran serta bersabar menghadapi ujian. Bagaimana kita boleh mendidik anak-anak kita menerusi solat? Salah satu caranya adalah dengan membawa mereka ke masjid untuk mendirikan solat berjemaah serta menghadiri majlis ilmu. Amalan ini mungkin dipandang remeh oleh sesetengah orang tetapi kesannya amatlah besar. Dalam hadis daripada Anas bin Malik Radiyallahu'anhu, Rasulullah SAW bersabda: ُ ُ لََ ة َ أ َّ لََ َدْ خُ ل ُ الص إِ نِي ُ ُ رِيد ُ إِ طَالَ تَهَ ا فَ أَسْ مَ ع ُ بُ كَ اء َ الصَّ بِ ي ِ فَ أُخَ فِ ف Maksudnya: “Sesungguhnya aku masuk ke dalam solat dan aku hendak memanjangkannya. Kemudian aku mendengar suara tangisan kanak- kanak maka aku ringkaskan (solat).” (Riwayat Bukhari dan Muslim) 4 Menurut pandangan al-Imam al-Syauqani, hadis ini menunjukkan bahawa hukum membawa kanak-kanak ke masjid adalah harus. Melalui hadis ini juga menunjukkan sifat tawaduknya Baginda SAW yang meraikan generasi cilik yang hadir ke masjid. Mimbar ingin berpesan kepada para imam-imam yang mengimamkan solat jemaah agar sama-sama kita mencontohi sifat yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW ini dan jika ada anak-anak kecil yang membuat bising usah dimarahi atau dihalau mereka akan tetapi santunilah anak-anak ini dengan hikmah supaya dapat menarik minat anak-anak ini untuk mencintai institusi masjid. MUSLIMIN YANG DIRAHMATI ALLAH AZZAWAJALLA, Di sebalik keharusan membawa kanak-kanak ke masjid, kita hendaklah menitik beratkan kesucian pakaian anak-anak semasa hadir ke masjid. Tambahan pula, anak-anak kecil ini masih lagi memakai lampin pakai buang setiap masa. Berdasarkan hadis Nabi SAW mendukung Umamah, al-Imam Ibnu Rajab al-Hanbali menyatakan dalam Sharah Sahih al- Bukhari bahawa kesucian pakaian anak adalah amat penting. Jika Baginda SAW tidak meyakini pakaian Umamah adalah suci, Baginda SAW tidak mendukungnya ketika solat. Berdasarkan kisah ini juga, Imam Shafie dan ulama yang lain berhujah bahawa kesucian pakaian kanak- kanak hendaklah dipastikan. Maka, jika seseorang itu mengetahui anak yang didukungnya ketika solat itu menanggung najis di dalam lampinnya, maka solatnya tidak sah. Hal ini kerana suci daripada hadas dan najis adalah salah satu syarat sah solat. Mimbar menasihatkan agar anak-anak yang masih berlampin atau baru belajar tidak memakai lampin tidak dibawa ke masjid ketika solat fardu Jumaat. Hal ini kerana mereka boleh menganggu jemaah yang sedang solat. 5 Selain isu kesucian pakaian, percampuran saf solat antara orang dewasa dengan kanak-kanak yang belum berkhatan hendaklah diberikan perhatian. Menurut pendapat yang mu’tamad dalam mazhab al-Imam al- Syafie, sunat hukumnya membuat pengasingan saf antara golongan dewasa dengan kanak-kanak yang belum berkhatan. Hujahnya, kanak- kanak yang belum berkhatan dianggap menanggung najis. Oleh itu, mimbar mencadangkan agar jawatankuasa masjid mengasingkan saf antara orang dewasa dengan kanak-kanak yang belum berkhatan supaya kesucian dalam beribadah dapat dijaga. MUSLIMIN YANG DIRAHMATI ALLAH AZZAWAJALLA, Kesimpulannya, sebagai ibu bapa, kita hendaklah cakna amalan solat anak-anak kita. Usah biarkan mereka hanyut dalam hiburan dunia yang melalaikan sehingga menyebabkan mereka mengabaikan perintah Allah Azzawajalla termasuklah solat. Bimbinglah mereka menunaikan solat termasuklah menunaikan solat berjemaah di rumah Allah Azzawajalla. Sayangi dan santunilah generasi cilik yang akan menjadi barisan ummah pada masa hadapan. ِ الۡۡ يَ ات َ بَارَك َ الله ُ لِ ي وَ لَ كُ م ۡ فِ ي الۡ قُ رۡ ءَ ان ِ الۡ عَ ظِ يمِ ، وَ نَ فَ عَنِ ي وَ إِ يَّاكُ م ۡ بِمَ ا فِ يه ِ مِ ن ُ َ و الذِ كۡ رِ الۡ حَ كِ يمِ ، وَ تَ قَ بَّل َ مِ نِ ي وَ مِ نكُ م ۡ ت ِ لََ وَ تَه ُ إِ نَّه ُ هُ و َ السَّ مِ يع ُ الۡ عَلِ يمُ ، أَقُ ول ُ قَ وۡ لِ ي َ هَ ذَ ا وَ أَسۡ تَغۡ فِ ر ُ الله َ الۡعَظِ يم َ لِ ي وَ لَكُ مۡ ، وَ لِ سَ اۤئِ ر ِ ا لۡۡ ُسۡ لِ مِ ين َ وَ ا لۡۡ ُسۡ لِ مَ اتِ ، وَ ا لۡۡ ُؤۡ مِ نِين ُ َ وَ ا لۡۡ ُؤۡ مِ نَ اتِ ، فَ اسۡ ت غۡ فِ رُوه ُ فَ يَا فَ وۡ ز َ ا لۡۡ ُسۡ تَ غۡ فِ رِين َ وَ يَا نَ جَ اة َ التَّ اۤئِ بِ ينَ .