1 DIKELUARKAN OLEH JABATAN MUFTI PERLIS MENYEMPURNAKAN SAF SOLAT SECARA BERJEMAAH SUATU TUNTUTAN (TEKS KHUTBAH JUMAAT 11 OGOS 2023) 2 MENYEMPURNAKAN SAF SOLAT SECARA BERJEMAAH SUATU TUNTUTAN ُ حد حَم لْ َ ا ُ ُ لله ُ ُ نََحمَده ُ ُ حتَعهيحنه وَنَس ُ هره حت َغحف وَنَس ُ ُ وَن َعوذ ُ بهالل ُ ُ ح هن م ُ ُ ه شرور ُ ه نَا أَنحفس ُ ُ ح هن وَم ُ ُ ه سَيِّئَات ُ أَعحمَالهنَا، ُ ُ ح مَن ُ ُ ههه حد ي َه ُ ُ الل ُ ُ َ فَل ُ ُ هل مض ُ ُ لَه ُ ُ ح وَمَن ُ ُ حلهلحه يض ُ ُ َ فَل ُ ُ َ هي هَاد ُ لَه، ُ ُ حهَد أَش ُ أَن ُ ُ ل ُ ُ َ إهلهه ُ ُ إهل ُ ُ الل ُ ُ حدَه وَح ُ ُ َ ل ُ ُ َ هيحك شَر ُ لَه، ُ ُ حهَد وَأَش ُ ُ أَن ُ مَُمدًا ُ ُ عَبحده ُ ُ حله وَرَسو ُ ُ اللهم ُ ُ ِّ صَل ُ ُ ح وَسَلِّم ُ عَلَى ُ ُ مَُمد ُ وَعَلَى ُ ُ ه آلهه ُ ُ ه ححَابهه وَأَص ُ ُ ح وَمَن ُ ُ ح تَبهعَهم ُ ُ حسَان بهاهح ُ ُ َ اهل ُ ُ ه حم ي َو ُ الدِّيحن يَأَي ّهَا ُ ُ َ هين الّذ ُ ُ آمَنواح ُ ُ ات ّقواح ُ ُ َ اللّه ُ ُ ّ حَق ُ ُ ه تقَاتهه ُ ُ َ وَل ُ ُ ّ تََ وتن ُ ُ ّ إهل ُ ُ ح وَأَنحتم ُ ُ حله مّس ُ َ مون أَما ُ ب َعحد، ُ ُ فَاهن ُ ُ َ حدَق أَص ُ ُ ه هيحث ا لَْد ُ ُ كهتَاب ُ الل، ُ ُ َ وَخَيحر ُ ُ ه حي حَد لْ ا ُ ُ حي هَد ُ ُ مَُمد ُ صَلى ُ ُ الل ُ ُ ه عَلَيحه ُ وَسَلمَ، ُ ُ وَشَر ُ ُ ه حر الأمو ُ مُحدَثَاتهَا، ُ ُ َكل و ُ ُ مُحدَثَة ُ حعَةٌ، بهد ُ ُ َكل و ُ ُ حعَة بهد ُ ضَلَ لَةٌ، ُ ُ َكل و ُ ُ ضَلَ لَة ُ ُ ه ف ُ ُ ه النار Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah, Marilah kita sama-sama meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh , mengerjakan apa yang disuruh, dan menahan diri dari melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh Allah SWT, mudah-mudahan kita semua tergolong dalam kalangan orang-orang yang mendapat nikmat kejayaan di dunia dan kesejahteraan di akhirat. Tajuk khutbah kita pada hari membicarakan tentang: “ MENYEMPURNAKAN SAF SOLAT SECARA BERJEMAAH SUATU TUNTUTAN”. Sidang Jumaat Yang Dihormati Sekalian, Perkataan Saf diambil daripada bahasa arab صَ ف ) ) yang bererti barisan . Saf dalam solat akan terbentuk apabila dilaksanakan solat secara berjamaah oleh beberapa orang makmum bersama seorang imam. Maka para jemaah yang berada di belakang imam hendaklah membuat suatu saf atau barisan yang teratur dan memenuhi syarat-syarat sebagaimana yang dinyatakan oleh baginda Rasulullah SAW. Allah SWT berfirman dalam surah Al-Hasyr ayat 7: Maksudnya: “Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah ( SAW) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya”. 3 Meluruskan saf dan merapatkan saf di dalam solat adalah merupakan suatu permasalahan yang kian terabai di kalangan para jemaah. Ramai dari kalangan kita pada hari ini yang hadir melaksanakan solat secara berjamaah di masjid tetapi mengambil mudah dalam hal ini. Saf-saf solat kita kelihatan renggang, tidak sekata, dan lebih mengecewakan adalah apabila para imam sendiri tidak ambil endah berkenaan hal ini. Sidang Jumaat Yang Dimuliakan, Ada juga di kalangan kita yang apabila saudaranya yang di sebelah merapatkan saf dengannya maka dia merenggangkannya kembali, kerana dia tidak menyukainya atau dia merasa geli dan tidak selesa ketika merapatkan saf. Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku melainkan orang tersebut jahil tentang tuntutan dari sunnah Nabi SAW tentang perkara ini. Sedangkan jika kita melihat kepada hadis-hadis Rasulullah SAW dan atsar para sahabat dalam persoalan merapatkan saf ini, maka kita akan mendapati bahawa perkara yang berkaitan dengan menyempurnakan saf solat berjamaah ini amat dititik beratkan. Oleh itu meluruskan dan merapatkan saf dalam solat berjamaah adalah merupakan suatu hal yang sangat dituntut, sebagaimana Rasulullah SAW bersabda: ُ ِّ هيَة َ ُالصف حو هن ُتَس ح ُفَإ سَوُّوا ُصفوفَكم ُ ُ ه ه ُالصلَة ُ تََ َام ح هن م Ertinya: “Luruskan saf -saf kamu, kerana sesungguhnya meluruskan saf itu merupakan sebahagian dari kesempurnaan solat”. (Hadis Riwayat Muslim) Hadis ini merupakan salah satu dalil yang mengandungi perintah dari baginda Rasulullah SAW kepada kita supaya meluruskan saf solat sebelum dan sepanjang melaksanakan solat secara berjemaah. Kerana kesempurnaan saf merupakan sebahagian dari kesempurnaan solat secara berjemaah. Rasulullah SAW juga telah memberi khabar ancaman kepada kita jika sengaja tidak melurus dan merapatkan saf solat secara berjamaah, sepertimana Rasulullah SAW bersabda : ُ ح هكم َ ُوجوه ح يْ َ ح ُلَيخَالهفَن ُالله ُب ح ُأَو لَتسَوُّن ُصفوفَكم ُ Ertinya: “ Hendaklah kamu meluruskan saf-saf (solat) kamu atau Allah akan (membuat) wajah-wajah kamu berselisih” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Al-Imam An Nawawi (telah mensyarahkan maksud hadis ini): “ Bahawasanya akan berlaku sesama kamu permusuhan, kebencian dan jantung-jantung hati (kamu) saling berselisih (tiada kesatuan) ” 4 Sidang Jumaat Yang Dikasihi Sekalian, Ucapan yang sering kita dengar dari mulut imam sebelum memulakan solat berjemaah adalah " Luruskan saf " atau "Rapatkan saf" . Namun berapa ramai yang benar-benar mengikuti arahan imam tersebut?. Berapa ramai yang benar-benar mengetahui cara-cara untuk meluruskan saf menurut sunnah Nabi SAW?. Oleh itu, hendaklah kita mempelajari, memahami dan mengamalkan cara-cara merapatkan saf solat berjemaah yang betul menurut Sunnah nabi SAW. Cara-cara untuk menyempurnakan saf solat berjemaah ialah: Yang Pertama: Kita hendaklah merapatkan bahu dengan bahu, lutut dengan lutut, dan mata kaki dengan mata kaki, sebagaimana yang dianjurkan dalam hadis ini (maksudnya): “ Rasulullah SAW telah menghadapkan wajahnya kepada para sahabatnya, lalu (baginda Rasulullah SAW) bersabda:"Luruskanlah saf-saf kamu!. Baginda berkata sebanyak tiga kali- Demi Allah, hendaklah kamu meluruskan saf-saf kamu, atau Allah akan membuat jantung-jantung hati kamu saling berselisih". Nu’man bin Basyir RA. berkata: ُ ه َكَعحبَه ُبهكَعحبهه ه ُو ه بهه ه ُصَاح حبَة ك حبَتَه ُبهر ك ه ُوَر ه بهه ه ُصَاح هب ه َنحك بِ ُ هبَه هق ُمَنحك ف َرَأَيحت ُالرجل َ ُيلحز Ertinya:“ Maka (ketika itu) aku telah melihat seseorang merapatkan bahunya dengan bahu saudaranya, merapatkan lututnya dengan lutut saudaranya dan merapat kan mata kakinya dengan mata kaki saudaranya” (Hadis Sahih Riwayat Abu Daud) Hendaklah kita memahami bahawa cara melurus dan merapatkan saf solat di bahagian kaki diambil kira dari bahagian tumit belakang kaki kita, bukan dilihat pada hujung jari kaki di hadapan. Saf solat berjemaah juga hendaklah sentiasa diluruskan dan dirapatkan atau disempurnakan pada setiap rakaat solat sehingga selesai solat tersebut. Bukan hanya ketika hendak memulakan solat secara berjemaah sahaja. Yang Kedua: Kita hendaklah meluruskan kedua-dua jari jemari kaki ke arah Kiblat. Ini berdasarkan atsar daripada (sahabat Nabi SAW) أَبُو حُمَيْد السَّاعِدِي Abu humaid Assaa’idi RA. Dia berkata : ُ اه ُ َ هبحلَة ه ُالحق حلَيحه هج ه ُر ه ُأَصَابهع حبَل َ ُبهأَطحرَاف حت َق س Ertinya: “ (Rasulullah SAW) menghadapkan hujung-hujung kedua-dua jari-jemari kaki baginda ke arah Kiblat”. (Riwayat Al-Bukhari) Yang Ketiga: Kita hendaklah meletakkan kedudukkan badan dalam keadaan yang betul ketika berada dalam saf solat. Dari َ النعْمَان َ بْن بَشِير an- Nu’man bin Basyir: beliau berkata, 5 ُ ه كَان َ ُرَسول ُالله - صلىُاللُعليهُوسلم - ُ ُ تَّ ُكَأ َ نََّا ُيسَوِّى َ يسَوِّى ُصفوف َنَا ُح ُ َ تَّ ُر َ هدَاح َ ُح ه َا ُالحق بِ ُ تَّ ُكَاد َ ُيكَب ِّر َ حمًا ُف َقَام َ ُح َج َ ُي َو ثُ ُخَر ُ ح ُعَقَلحنَا ُعَنحه أَى ُأَنا ُقَد ُ َ هن َ ُالصف ِّ ُف َقَال حره ُم هيًا ُصَد ف َرَأَى ُرَجل ً ُبَاد ؛ ُ ح ح ُأَو ه ُلَتسَوُّن ُصفوفَكم هبَاد َ ُالله ع ُ ح هكم َ ُوجوه ح يْ َ لَيخَالهفَن ُالله ُب Ertinya: “ Adalah Rasullullah SAW (pernah) meluruskan saf kami (para sahabat) sehingga seperti meluruskan anak panah, sehingga (Rasulullah SAW) melihat kami telah faham apa yang (baginda) perintahkan kepada kami (dan saf kami pun telah sempurna), kemudian suatu hari (Rasulullah SAW) keluar (untuk solat) kemudian (baginda) berdiri, hingga ketika (baginda) hendak bertakbir, beliau melihat SESEORANG (SAHABAT) yang DADANYA TERKEHADAPAN, maka (Rasulullah SAW) bersabda: "Wahai para hamba Allah, hendaklah kamu benar- benar meluruskan saf atau Allah akan memperselisihkan wajah-wajah kamu". (Hadis Riwayat Muslim) Yang Keempat: Kita juga hendaklah memenuhi saf yang pertama terlebih dahulu sehingga tidak ada ruang yang kosong atau renggang. Kemudian baharulah diikuti dengan saf yang kedua dan seterusnya. Rasulullah SAW bersabda: ُ َ ه ُفَم هى ُيَلهيه ثُ ُالذ ُ َ ه ُّوا ُالصف ُالحمقَدم تَ َ أ ُ ِّ ُالصف ه ح ُف حص ُف َلحيَكن ح ُن َق هن ا ُكَان َ ُم ُ ه الحمؤَخر Maksudnya: “Sempurnakanlah oleh kamu saf yang depan (saf yang pertama), kemudian saf-saf berikutnya, maka saf yang kurang itu (disebabkan sedikit makmum) hendaklah di saf bahagian belakang”. (Hadis Sahih riwayat An Nasa’i) Oleh yang demikian, tidak digalakkan bagi para jemaah untuk mendirikan saf yang kedua atau berikutnya melainkan selepas sempurnanya saf yang pertama atau berikutnya. Dalam erti kata lain, jangan dibiarkan saf terdapat ruang kosong atau renggang begitu sahaja, bahkan hendaklah kita segera mengisinya dan merapatkannya. Sidang Jumaat Yang Dikasihi Allah Sekalian, Untuk memenuhi ruang-ruang saf bukanlah suatu yang susah. Ia suatu perbuatan yang amat mudah dilakukan. Namun begitu, sikap setengah orang amat payah untuk menggerakkan kakinya satu atau dua langkah untuk memenuhi ruang-ruang saf yang 6 masih renggang atau kosong. Dia lebih rela membiarkannya begitu sahaja dalam keadaan renggang atau kosong, ataupun dia lebih rela menyuruh orang lain memenuhinya. Walhal mengisi atau memenuhi ruang-ruang saf yang kosong atau renggang itu mempunyai kelebihan yang besar. Jika dia tahu nescaya dia tidak akan melepaskannya kepada orang lain. Apakah kelebihan atau fadhilat memenuhi celah- celah atau ruang-ruang saf yang kosong itu?. Antara fadhilat-fadhilat tersebut ialah: Pertama: Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada mereka yang merapatkan saf-saf dan barangsiapa yang menutup celah-celah saf solat yang kosong dengan cara merapatkannya maka Allah akan meninggikan darjat mereka di syurga. Rasulullah SAW bersabda: ُ حجَة ً ُرَف َعَه ح ُسَد ُفر هلون َ ُالصُّفوف َ ُوَمَن هين َ ُيَص إهن ُالله َ ُوَمَلَ ئهكَتَه ُيصَلُّون َ ُعَلَى ُالذ ُ ً ه َا ُدَرَجَة بِ ُ الله Maksudnya; “Sesungguhnya Allah dan para MalaikatNya berselawat ke atas orang- orang yang menghubungkan saf-saf, dan barangsiapa yang menutupi celah-celah yang kosong, nescaya Allah akan meninggikannya dengan satu darjat (di syurga) ” ( Hadis Sahih Riwayat Ibnu Majah) Makna Allah SWT berselawat ke atas mereka yang menyempurnakan saf solat adalah pujian Allah SWT ke atas hambaNya dihadapan para malaikatNya. Makna para malaikat berselawat ke atas mereka pula adalah berbentuk doa para malaikat dan permohonan keampunan para malaikat untuk mereka ” Kedua: Allah SWT akan mengampunkan dosa-dosa kecil mereka yang menutup celah-celah saf yang kosong. Rasulullah SAW bersabda: ُ ً حجَة ح ُسَد ُفر مَن ُ ه ف ُ هر َ ُلَه ُ ُف ِّ ُالصف Maksudnya: “Barangsiapa yang menutupi celah-celah saf (yang kosong) nescaya akan diampunkan baginya ” (Hadis Hasan, Riwayat Al-Bazzar) Ketiga: Mereka yang melangkah kaki untuk merapatkan saf solat secara berjemaah akan diberikan ganjaran pahala yang besar dari sisi Allah SWT. Sepertimana Ibnu Umar Radhiallahu ‘anhuma berkata: 7 مَا ُ ُ ح هن م ُ ُ خطحوَة ُ ُ أعحظَم ُ حرًا أج ُ ُ ح هن م ُ ُ خطحوَة ُ مَشَاهَا ُ ُ ٌ رَجل ُ ُ َ إهل ُ ُ حجَة فر ُ ُ ه ف ُ ُ ِّ الصف ُ فَسَدهَا Maksudnya: “Tidak ada langkah yang lebih besar pahalanya daripada langkah di mana seseorang itu menggerakkan langkahnya menuju celah-celah saf (yang kosong) lalu dia menutupi celah-celah (saf) itu (dengan merapatkannya) ” (Riwayat Al-Bazzar dengan sanad yang baik) Inilah beberapa kelebihan dan ganjaran besar yang akan kita perolehi dari sisi Allah SWT jika menyempurnakan saf-saf solat secara berjamaah. Sidang Jumaat Yang Dihormati, Menyempurnakan saf dalam solat berjemaah merupakan sunnah Nabi SAW yang amat dituntut supaya kita melaksanakannya. Malah ada ulama yang memandang penyempurnaan saf dalam solat secara berjemaah adalah wajib. Oleh yang demikian, diharapkan kepada para jemaah supaya memberi kerjasama dalam menyempurnakan saf-saf solat secara berjemaah seperti memberi ruangan kepada makmum yang hendak masuk ke saf mereka, memberi isyarat kepada makmum yang lain supaya meluruskan serta merapatkan saf-saf mereka atau memenuhi saf-saf yang kosong dan sebagainya. Begitu juga, imam-imam hendaklah menyuruh atau menyeru para makmum untuk membetulkan dan menyempurnakan saf-saf mereka sebaik yang mungkin, sepertimana yang dianjurkan oleh Nabi SAW. Semoga tercapai kesempurnaan saf solat berjemaah dalam erti kata yang sebenar. Allah SWT berfirman: Maksudnya: “ Dan dirikanlah kamu akan solat dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang- orang yang rukuk”. ُ ه حآن ه ح ُالحقر ح ُف ه ح ُوَلَكم لِ ُ بَارَك َ ُالل ُ ه هن َ ُالآيَات ه ُم ه َا ُفهيحه بِ ُ ح هح ُوَإهياكم نِ َ ه ُوَن َفَع هيحم الحعَظ ُ ه هيحم ح َك لْ ه ُا حر وَالذِّك ُ 8 KHUTBAH KEDUA ُ حد ح َم لْ ا ُ ُ ه لهله ُ هي الذ ُ ُ َ أَنحزَل ُ عَلَى ُ ُ ه هه عَبحد ُ ُ َ هتَاب الحك ُ ُ وَلَح ُ ُ ح يََحعَل ُ ُ لَه ُ هوَجًا ع ُ ُ حهَد وَأَش ُ ُ ح أَن ُ ُ َ ل ُ ُ َ إهلَه ُ ُ إهل ُ ُ الله ُ ُ حدَه وَح ُ ُ َ ل ُ ُ َ هيك شَر ُ ُ لَه ُ ُ حهَد وَأَش ُ ُ أَن ُ مَُمدًا ُ ُ عَبحده ُ ُ وَرَسوله ُ ُ اَللهم ُ ُ ِّ صَل ُ ُ ح وَسَلِّم ُ ُ ح هك وَبَار ُ عَلَى ُ ُ مَُمد ُ وَعَلَى ُ ُ ه آلهه ُ ُ ه حبهه وَصَح ُ ح َ، يْ ح َعه جْ َ أ ُ أَما ُ ب َعحد، ُ ف َيَا ُ أَي ُّهَا ُ حنَ، حلهمو الحمس ُ حا اهتقو ُ ُ َ الل ُ ُ حَق ُ ُ ه تقَاتهه ُ ُ َ وَل ُ ُ حتن تََ و ُ ُ إهل ُ ُ ح وَأَنحتم ُ ُ َ حن حلهمو مس Sidang Jumaat Yang Dikasihi Allah, Saf solat solat secara berjemaah yang paling baik bagi orang lelaki adalah saf solat yang pertama. Ini kerana, saf solat yang pertama menjadikan kita sebagai manusia yang bersegera ke arah kebaikan, hampir kedudukan dengan imam, dapat mendengar dengan baik bacaan imam serta mendapat pengajaran dari bacaan imam. Rasulullah SAW bersabda: ُ ه رهَا ُوَشَرُّهَا ه ُآخ ه ُالنِّسَاء ه رهَا ُوَخَيحر ُصفوف ه ُأَو لَْا ُوَشَرُّهَا ُآخ ه ُالرِّجَال خَيحر ُصفوف ُ َ أ و لَْا ُ Maksudnya: “ Sebaik-baik saf orang-orang lelaki adalah saf yang terawal dan seburuk-buruk saf (orang-orang lelaki) adalah yang paling belakang. Manakala sebaik-baik saf orang-orang perempuan adalah saf yang terakhir manakala seburuk-buruk saf orang-orang perempuan adalah yang paling hadapan ” (Hadis Riwayat Muslim) Maksud hadis ini ialah seburuk-buruk saf bagi lelaki dan perempuan adalah yang paling kurang pahala dan kelebihannya. Manakala maksud sebaik-baik saf bagi lelaki dan perempuan pula adalah yang paling banyak pahala dan kebaikannya.Kelebihan saf solat yang terakhir bagi orang perempuan pula adalah apabila berlakunya solat berjamaah yang melibatkan orang lelaki dan juga orang perempuan. Namun sekiranya solat secara berjamaah hanya melibatkan orang perempuan sahaja, maka keadaannya kembali kepada saf yang terbaik untuk orang perempuan adalah saf yang pertama manakala saf terburuk adalah saf yang di belakang. Justeru, marilah kita sentiasa melazimi solat di saf yang pertama. Elakkan saf-saf solat dari dikosongkan atau lambat dipenuhkan. Hal ini kerana begitu besar fadhilat dan ganjaran yang ada padanya. 9 Sidang Jumaat Yang Dihormati Sekalian, Sesungguhnya, Allah SWT berfirman dalam surah Al-Ahzab ayat 56: ، Maksudnya: Sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat ke atas Nabi, maka wahai orang-orang yang beriman hendaklah kamu berselawat dan salam ke atas Nabi. ُ ه هيم َ ُوَعَلَى ُآل ُ مَُمد ُكَمَا ُصَليحت َ ُعَلَى ُإهبحرَاه ه ُ مَُمد ُوَعَلَى ُآل اَللّهم ُصَل ِّ ُعَلَى ُ َ حت َ ُع ك َ ُ مَُمد ُكَمَا ُبَار ه ُ مَُمد ُوَعَلَى ُآل ح ُعَلَى هك هيحم َ ُوَبَار إهبحرَاه ُ ه هيم َ ُوَعَلَى ُآل لَى ُإهبحرَاه ُ ٌ َهيحد مَ ُ ٌ َهيحد حَ ُ َ َ ُإهنك ح يْ ه ُالحعَالَم ه هيحم َ ُف إهبحرَاه ُ ه حلهمَات َ ُوَالحمس ح يْ ه حلهم ح ُلهلحمس هر أَللّهم ُا ُحف ُ ه حوَات ح ُوَالأَم هنحهم ه ُم حيَاء ه ، ُالأَح هنَات حم َ ُوَالحمؤ ح يْ هنه حم وَالحمؤ ُ ُ هيحب مَ ُ ٌ هيحب َهيحع ٌ ُقَر سَ ُ َ إهنك ُ الدعح ُ ه ح َاجَات لْ هى َ ُا ه ُوَقَاض وَات ُ Ya Allah! Ampunilah seluruh kaum muslimin sama ada yang hidup ataupun yang telah mati. Ya Allah! Berikan petunjuk hidayah serta rahmatMu kepada kami sekalian hamba-hambaMu dan kepada pemimpin kami terutamanya Raja pemerintah Negeri Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail serta kaum kerabat Baginda, supaya sentiasa beramal dengan kitabMu dan sunnah NabiMu Muhammad SAW, dan Engkau lanjutkanlah usia baginda berdua dalam keadaan selamat, sihat sejahtera. Ya Allah! Ya Haiyy! Ya Qayyum! Ya Syafi! Engkau berikanlah kesembuhan kepada hambaMU Raja kami Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail yang telah menerima rawatan dengan kesembuhan yang baik. Engkau mudahkan segala urusan baginda, ringankanlah segala beban, liputilah jiwa 10 baginda dengan iman serta kebahagiaan. Engkau limpahilah jasad dan umur baginda dengan penuh keberkatan. Ya Rahman, Ya Rahim! Kami memohon kepadaMu dengan segala kerendahan diri sebagai hamba - Mu. Engkau indahkanlah akhlak kami. Engkau perbaikilah pergaulan antara kami. Engkau jadikanlah kami umat Islam yang bermentaliti kelas pertama dalam tindakan. Engkau peliharalah kami dari penyakit lemah, malas, berfikiran dangkal dan buruk budi pekerti. Ya Allah! Engkau angkatlah martabat setiap hamba - Mu yang berpegang dengan Al-Quran dan sunnah Nabi-Mu. Berilah kekuatan kepada kami untuk menghindari amalan syirik, bid ’ah, khurafat dan maksiat. Ya Allah! Engkau limpahkanlah Negeri Perlis ini dengan keberkatan. Engkau bimbinglah kami penduduknya kepada amalan soleh yang engkau redha. Penuhi jiwa kami dengan mencintai agama-Mu. Ya Allah! Engkau jauhkanlah kami dari bala dan kerosakan. Engkau tambahkanlah nikmat - Mu kepada kami. Engkau berikanlah kepada kami kebahagiaan hidup di dunia dan di hari akhirat. ُ ه ه ُحَسَنَة ً ُوَقهنَا ُعَذَاب َ ُالنار ه رَة ُالآخ ه ُالدُّنحيَا ُحَسَنَة ً ُوَف ه رَبنَا ُآتهنَا ُف ُ ُ وَصَلى ُ الله عَلَى ُ نَبهينَا ُ مَُمد ُ ُ َ و ُ َ يْ ه ه ُرَب ِّ ُالحعَالَم حد ُلهله ح َم لْ ا ُ ُ إه ُ ه حسَان هح ه ُوَالإ حل ن ُالل َ ُيَأحمر ُبهالحعَد ُ ه ه ُوَالحب َغحي ه ُوَالحمنحكَر حشَاء ه ُالحفَح ُوَي َنحهَى ُعَن َ بَ ح هي ُالحقر ه ُذ وَإهيحتَاء ُ ح ح ُلَعَلكم ، ُيَعهظكم ُ َ حن تَذَكرو