1 DIKELUARKAN OLEH JABATAN MUFTI PERLIS TEKS KHUTBAH JUMAAT KHAS SEMPENA PERINGATAN HARI POLIS KE-216 NIKMAT KEAMANAN DAN KESEJAHTERAAN (TEKS KHUTBAH JUMAAT 17 MAC 2023) 2 NIKMAT KEAMANAN DAN KESEJAHTERAAN ُ حد ح َم لْ َ ا ُ ُ ه لل ُ ُ نََحمَده ُ ُ حتَعهيحنه وَنَس ُ هره حت َغحف وَنَس ُ ُ وَن َعوذ ُ بهالل ُ ُ ح هن م ُ ُ ه شرور ُ ه نَا أَنحفس ُ ُ ح هن وَم ُ ُ ه سَيِّئَات ُ أَعحمَالهنَا، ُ ُ ح مَن ُ ُ ه هه حد ي َه ُ ُ الل ُ ُ َ فَل ُ ُ هل مض ُ ُ لَه ُ ُ ح وَمَن ُ ُ حلهلحه يض ُ ُ َ فَل ُ ُ َ هي هَاد ُ لَه، ُ ُ حهَد أَش ُ أَن ُ ُ ل ُ ُ َ إهلهه ُ ُ إهل ُ ُ الل ُ ُ حدَه وَح ُ ُ َ ل ُ ُ َ هيحك شَر ُ لَه، ُ ُ حهَد وَأَش ُ ُ أَن ُ مَُمدًا ُ ُ عَبحده ُ ُ حله وَرَسو ُ ُ اللهم ُ ُ ِّ صَل ُ ُ ح وَسَلِّم ُ عَلَى ُ ُ مَُمد ُ وَعَلَى ُ ُ ه آلهه ُ ُ ه ححَابهه وَأَص ُ ُ ح وَمَن ُ ُ ح تَبهعَهم ُ ُ حسَان هح بها ُ ُ َ اهل ُ ُ ه حم ي َو ُ الدِّيحن يَأَي ّهَا ُ ُ َ هين الّذ ُ ُ آمَنواح ُ ُ ات ّقواح ُ ُ َ اللّه ُ ُ ّ حَق ُ ُ ه تقَاتهه ُ ُ َ وَل ُ ُ ّ تََ وتن ُ ُ ّ إهل ُ ُ ح وَأَنحتم ُ ُ َ حلهمون مّس أَما ُ ب َعحد، ُ ُ هن فَا ُ ُ َ حدَق أَص ُ ُ ه هيحث ا لَْد ُ ُ هتَاب ك ُ الل، ُ ُ َ وَخَيحر ُ ُ ه حي حَد لْ ا ُ ُ حي هَد ُ ُ مَُمد ُ صَلى ُ ُ الل ُ ُ ه عَلَيحه ُ وَسَلمَ، ُ ُ وَشَر ُ ُ ه حر الأمو ُ مُحدَثَاتهَا، ُ ُ َكل و ُ ُ مُحدَثَة ُ حعَةٌ، بهد ُ ُ َكل و ُ ُ حعَة بهد ُ ضَلَ لَةٌ، ُ ُ َكل و ُ ُ ضَلَ لَة ُ ُ ه ف ُ ُ ه الن ار Sidang Jumaat Yang Berbahagia, Marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah SWT, dengan mentaati segala titah perintahnya dan meninggalkan segala larangannya, kita bersyukur kepada Allah SWT kerana kita dapat hidup dengan aman dan damai. Mudah-mudahan dengan nikmat tersebut kita dapat melaksanakan ibadat kepada Allah serta menjadi seorang mukmin yang berjaya di dunia dan di hari akhirat kelak. Tajuk khutbah kita pada hari ini ialah; “ NIKMAT KEAMANAN DAN KESEJAHTERAAN ” 3 Sidang Jumaat Yang Dikasihi Allah, Keamanan dan kesejahteraan merupakan nikmat hidup yang amat besar. Tanpa keamanan dan kesejahteraan kita tidak dapat melakukan kebaikan dan amalan-amalan seperti solat, zakat, puasa, haji dan lain-lain. Dalam banyak keadaan kita memerlukan keamanan dan kesejahteraan. Justeru itulah Nabi SAW bersabda: ُ ه هن َ ُالحعَافهيَة ه ُخَيحرًا ُم هين هن ُأَحَدًا ُ لََح ُيعحط َ ُب َعحد َ ُالحيَق حو َ ُوَالحعَافهيَة َ ُفَإ سَلوا ُالله َ ُالحعَف Ertinya: “Mintalah keampunan dan keselamatan kepada Allah, sesungguhnya salah seorang (dikalangan) kamu tidak diberi sesuatu yang lebih baik setelah keyakinan daripada keselamatan ". (Hadis Sahih, Riwayat Al-Tirmizi) Dengan keamanan, keselamatan akan terus terpelihara, keharmonian terbina dan yang paling utama, agama Islam pasti akan terus dilindungi. Keamanan adalah asas utama dalam usaha untuk menegakkan agama Islam, memaju serta memakmurkan sesebuah negara. Bangun dan sedarlah seluruh rakyat Malaysia. Percayalah, kehidupan beragama pasti tergangu jika keamanan negara kita tergugat dan sukar untuk menegakkan syiar Islam, jika negara kacau bilau dan huru hara. Ingatlah, betapa pentingnya keamanan dalam kehidupan manusia, sehingga Nabi Ibrahim AS pernah berdoa kepada Allah SWT agar bumi Mekah itu dikurniakan dengan keamanan dan kemakmuran. Peristiwa ini telah berlaku ketika pembukaan kota Mekah sebagai pusat ibadah dan tanah suci, sepertimana Allah SWT berfirman: Maksudnya: “ Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdo'a dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah (negeri Mekah) ini, negeri yang aman sentosa, dan 4 berikanlah rezeki dari berbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya, iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat di antara mereka". Allah berfirman: "(Permohonanmu itu diterima) tetapi sesiapa yang kufur dan ingkar maka Aku akan beri juga ia bersenang-senang menikmati rezeki itu bagi sementara (di dunia), kemudian Aku memaksanya (dengan mengheretnya) ke azab neraka, dan (itulah) seburuk-buruk tempat kembali ”. ( Surah Al-Baqarah Ayat 126) Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah, Lihatlah sejarah ketamadunan manusia, yang membuktikan kepada kita semua bahawa nikmat keamanan mampu memberi sumbangan besar ke arah kemakmuran dan kesejahteraan hidup manusia sejagat. Dengan keamanan kita dapat melakukan ibadah kepada Allah SWT dengan sempurna serta dapat melaksanakan urusan kehidupan dunia tanpa merasa takut, gerun dan dengannya juga boleh membawa banyak kebaikan serta rezeki kepada manusia dan negara. Antara sebab yang membawa kepada keamanan dalam negara ini ialah keimanan kepada Allah sehingga manusia takut melakukan jenayah. Untuk membolehkan keimanan ini dimasukkan ke dalam jiwa masyarakat, maka dakwah kepada masyarakat supaya beriman dengan hari akhirat dan pembalasan mestilah disebarkan. Masyarakat perlu sentiasa diingatkan tentang hari pembalasan bagi segala perbuatan mereka di bumi ini. Sementara bagi yang tidak beriman dan gagal dikawal oleh iman maka peranan menegah kemungkaran yang dimainkan oleh pihak berkuasa seperti polis amat penting bagi memastikan keamanan masyarakat. Sempena hari polis yang ke 216 kita diingatkan bahawa kewujudan pasukan polis dalam sesebuah negara adalah bertujuan untuk memastikan keamanan dan keadilan dapat ditegakkan. Di negara kita pihak PDRM telah menjadikan ungkapan ; “Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada”, sebagai slogan mereka, kita berharap supaya masyarakat kita sentiasa membantu serta memberi kerjasama kepada pihak PDRM , dan para anggota polis pula hendaklah menjadi seorang yang benar-benar amanah dalam melindungi masyarakat. 5 Cerita-cerita rasuah atau salah guna kuasa hendaklah dihakis dari masyarakat kita, dengan kepercayaan yang tinggi oleh masyarakat terhadap pihak polis diharapkan dapat saling mempercayai antara pihak polis dan masyarakat, semoga kerjasama tersebut akan terus kukuh dan teguh. Marilah kita saling bantu membantu serta saling bekerjasama dengan pasukan keselamatan kita. Hal ini bertepatan dengan firman Allah SWT di dalam Surah al-Maidah, ayat 2: Maksudnya: “Dan hendaklah kamu bertolong -tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya) ”. Begitu juga dengan hadis Rasulullah SAW yang memberi galakan dan menyebut tentang kelebihan untuk tolong menolong dalam perkara kebaikan, sepertimana Rasulullah SAW bersabda: ُ ح ُنَصَر َ ُأَخَاه مَن ُ ه ه رَة ه ُالدُّنحيَا ُوَالآخ فِ ُ ه ُنَصَرَه ُالله بهالحغَيحب Ertinya; "Barangsiapa yang menolong saudaranya (yang seagama secara) tersembunyi (maka) Allah akan menolongnya didunia dan diakhirat". ( Hadis Sahih, Riwayat Imam Al-Baihaqi) Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah, Khatib ingin menyatakan bahawa cara dan bentuk jenayah pada masa kini bukan sekadar kejadian jenayah yang kita fahami atau alami di tahun-tahun 60-an, 70-an, 80- an dan di awal 90an dahulu, tetapi kemajuan teknologi dan ICT dunia yang begitu pantas berkembang turut membabitkan kehebatan dan kelicikan perlakuan penjenayah yang kini merentas sempadan. 6 Jenayah adalah musuh kita bersama, oleh itu kita mesti bersiap untuk memeranginya. Allah SWT menyebut: Maksudnya: Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya. Pihak PDRM telah menyiapkan diri mereka untuk bertarung dan menghadapi jenayah. Kita mendoakan agar mereka teguh dan istiqamah atas kebenaran. Dalam masa yang sama kita membantu mereka dengan kadar yang termampu melalui cara- cara yang sah yang dapat menjadikan tugasan pihak polis lebih berkesan. Janganlah kita bersikap lepas tangan dan menyerah bulat-bulat kepada pasukan keselamatan untuk menangani jenayah. Keadaan ini akan menyebabkan gejala jenayah terus berleluasa yang akhirnya akan merugikan kita sendiri. Amalkanlah sikap prihatin atau sikap ambil peduli dengan keadaan sekeliling kita. Insyaallah dengan cara ini keselamatan dan keamanan akan senantiasa terpelihara. Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah, Jenayah adalah kemungkaran. Oleh itu sesiapa yang melihat kemungkaran wajib mencegahnya. Nabi SAW bersabda: 7 ُ ح هع حتَط ُ لََح ُيَس ح هن ه ُفَإ ح ُفَبهلهسَانهه هع حتَط ُ لََح ُيَس ح هن ههه ُفَإ حه ُبهيَد ح ُمنحكَرًا ُف َلحيغَي ِّر هنحكم ح ُرَأَى ُم مَن ُ ه هيمَان حعَف ُالإ ه ُوَذَلهك َ ُأَض فَبهقَلحبهه Ertinya: “ Barangsiapa di kalangan kamu yang melihat akan kemungkaran maka hendaklah dia mengubah (yakni menghalang) ia dengan tangannya, maka apabila dia tidak mampu maka ubahlah dengan lidahnya (perkataan), maka apabila dia masih tidak mampu maka ubahlah dengan hatinya. Dan itulah selemah-lemah iman ” (Hadis Riwayat Imam Muslim). Bagi sebahagian kes jenayah, kuasa mengubah dengan tangan ada pada pihak polis. Ada pun kuasa mengubah dengan perkataan dimiliki oleh kita semua dengan cara memberikan maklumat dan kerjasama kepada pihak polis. Maka lakukanlah. Jangan kita biar jenayah kemungkaran bermaharajalela. Allah SWT berfirman dalam surah Attaubah ayat 71: Maksudnya: Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah maha kuasa, lagi maha bijaksana. ُ ه هن َ ُالآيَات ه ُم ه َا ُفهيحه بِ ُ ح هح ُوَإهي اكم نِ َ ه ُوَن َفَع هيحم ه ُالحعَظ حآن ه ح ُالحقر فِ ُ ح ه ح ُوَلَكم لِ ُ بَارَك َ ُالل ُ ه هيحم ح َك لْ ه ُا حر وَالذِّك 8 KHUTBAH KEDUA ح ُلَه ُعهوَجًا ههه ُالحكهتَاب َ ُو َ لََح ُ يََحعَل هي ُأَنحزَل َ ُعَلَى ُعَبحد ه ُالذ حد ُلهله حَم لْ ا ُ ُ ح هك ح ُوَبَار اَللهم ُصَل ِّ ُوَسَلِّم ُ ه ُ مَُمد ُوَعَلَى ُآلهه عَلَى ح َ، ح َعهين جْ َ ه ُأ حبهه وَصَح ُ حهَد وَأَش ُ ُ ح أَن ُ ُ َ ل ُ ُ َ إهلَه ُ ُ إهل ُ ُ الله ُ ُ حدَه وَح ُ ُ َ ل ُ ُ َ هيك شَر ُ ُ لَه ُ ُ حهَد وَأَش ُ ُ أَن ُ مَُمدًا ُ ُ عَبحده ُ ُ وَرَسوله ُ ُ ه حا ُالل َ ُحَق ُتقَاتهه حنَ، ُاهتقو حلهمو أَما ُب َعحد، ُف َيَا ُأَي ُّهَا ُالحمس ُ َ وَل ُ حتن ُإهل تََ و ُ ُ ُ َ حن حلهمو ح ُمس وَأَنحتم Sidang Jumaat Yang Dikasihi Allah, Pada hari ini kita sudah berada pada tanggal 24 Sya’ban bagi tahun 1444 Hijrah, dan lebih kurang enam hari lagi kita akan bertemu dengan 1 Ramadan bagi tahun 1444 Hijrah, dan mudah-mudahan kita dapat melaksanakan ibadah puasa pada tahun ini dengan lebih baik dari sebelumnya. Kita tentu tidak mahu sekiranya ibadah puasa wajib yang bakal kita laksanakan di bulan Ramadan pada tahun ini menjadi sia-sia, dan tidak diterima oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala. Kita juga tentu tidak mahu termasuk dalam golongan orang-orang yang rugi di hari akhirat kelak, sepertimana Rasulullah SAW bersabda: ُ ح ح و لْ ه ُإهل ُا هه هيَام ح ُص هن ح ُصَائهم ُلَيحس َ ُلَه ُم هن ح ُم كَم ُ ه هه ح ُقهيَام هن ح ُقَائهم ُلَيحس َ ُلَه ُم هن ح ُم َكَم ع ُو ُ إهل ُالسهَر Ertinya; Berapa ramai orang berpuasa tetapi tidak memperolehi apa-apa pahala dari puasanya kecuali lapar semata-mata, dan berapa ramai orang yang solat malam, tetapi tidak memperoleh apa-apa dari qiyamnya (ibadah malamnya) melainkan keletihan berjaga malam semata- mata”. (Hadis Hasan, Riwayat Ahmad) Hadis tersebut menyatakan bahawa ada dikalangan kita yang beribadat pada bulan Ramadan, tetapi tidak berjaya menjana ketakwaan dan keimanan seperti yang dikehendaki oleh Allah SWT. Hakikat ini berlaku adalah kerana kita berpuasa, bersolat dan mengamalkan ibadat yang lain tetapi tidak mengikut apa yang ditetapkan oleh Allah SWT. Hal ini berlaku kerana ibadah-ibadah tersebut dilakukan tanpa ilmu serta dilaksanakan sekadar ikut-ikutan atau hanya mengikut adat dalam masyarakat. Sebenarnya kita wajib melaksanakan ibadah dengan penuh keikhlasan dan mengikut garis panduan untuk melaksanakan ibadah puasa sepertimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW. Oleh itu hendaklah kita mempelajari ilmu tentang ibadah puasa Ramadan yang akan kita laksanakan pada tahun ini. 9 Sidang Jumaat Yang Dihormati Sekalian, Sesungguhnya, Allah SWT berfirman dalam surah Al-Ahzab ayat 56: ، Maksudnya: Sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat ke atas Nabi, maka wahai orang-orang yang beriman hendaklah kamu berselawat dan salam ke atas Nabi. ُ ه هيم َ ُوَعَلَى ُآل ُ مَُمد ُكَمَا ُصَليحت َ ُعَلَى ُإهبحرَاه ه ُ مَُمد ُوَعَلَى ُآل اَللّهم ُصَل ِّ ُعَلَى ُ ه هيم َ ُوَعَلَى ُآل حت َ ُعَلَى ُإهبحرَاه ك َ ُ مَُمد ُكَمَا ُبَار ه ُ مَُمد ُوَعَلَى ُآل ح ُعَلَى هك هيحم َ ُوَبَار إهبحرَاه ُ ٌ َهيحد مَ ُ ٌ َهيحد حَ ُ َ َ ُإهنك ح هين ُالحعَالَم ه هيحم َ ُف إهبحرَاه ُ ه حلهمَات َ ُوَالحمس ح هين حلهم ح ُلهلحمس هر أَللّهم ُاغحف ُ ه هنَات حم َ ُوَالحمؤ ح هنهين حم وَالحمؤ ُ ه حوَات ح ُوَالأَم هنحهم ه ُم حيَاء ، ُالأَح ُ ُ هيحب مَ ُ ٌ هيحب َهيحع ٌ ُقَر سَ ُ َ إهنك ُ ه ح َاجَات لْ هى َ ُا ه ُوَقَاض الدعحوَات ُ Ya Allah! Ampunilah seluruh kaum muslimin sama ada yang hidup ataupun yang telah mati. Ya Allah! Berikan petunjuk hidayah serta rahmatMu kepada kami sekalian hamba-hambaMu dan kepada pemimpin kami terutamanya Raja pemerintah Negeri Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail serta kaum kerabat Baginda, supaya sentiasa beramal dengan kitabMu dan sunnah nabiMu Muhammad SAW, dan Engkau lanjutkanlah usia baginda berdua dalam keadaan selamat, sihat sejahtera dan semoga dengan kesihatan yang baik yang telah Engkau kurniakan kepada baginda berdua, terlaksanalah pemerintahan yang adil lagi diredhai olehMu. Ya Rahman, Ya Rahim! Kami memohon kepadaMu dengan segala kerendahan diri sebagai hamba - Mu, Engkau indahkanlah akhlak kami. Engkau perbaikilah pergaulan antara kami. Engkau jadikanlah kami umat Islam yang bermentaliti kelas 10 pertama dalam tindakan. Engkau peliharalah kami dari penyakit lemah, malas, berfikiran dangkal dan buruk budi pekerti. Ya Allah! Engkau angkatlah martabat setiap hamba - Mu yang berpegang dengan Al-Quran dan sunnah Nabi-Mu. Berilah kekuatan kepada kami untuk menghindari amalan syirik, bid’ah, khurafat dan maksiat. Ya Allah! Engkau limpahkan Negeri Perlis ini dengan keberkatan. Engkau bimbinglah kami penduduknya kepada kepada amalan soleh yang engkau redha. Penuhi jiwa kami dengan mencintai agama-Mu. Ya Allah! Engkau jauhkanlah kami dari bala dan kerosakan. Engkau tambahkanlah nikmat - Mu kepada kami. Engkau berikanlah kepada kami kebahagiaan hidup di dunia dan di hari akhirat. ُ ه ه ُحَسَنَة ً ُوَقهنَا ُعَذَاب َ ُالنار ه رَة ُالآخ ه فِ َ ُالدُّنحيَا ُحَسَنَة ً ُو ه فِ ُ رَبنَا ُآتهنَا ُ ُ وَصَلى ُالله عَلَى ُ نَبهينَا ُ مَُمد ُ ُ َ و ُ َ هين ه ُرَب ِّ ُالحعَالَم حد ُلهله ح َم لْ ا ُ ُ إه ُ ه حل ن ُالل َ ُيَأحمر ُبهالحعَد ُ ه حسَان هح وَالإ ُ ه ه ُوَالحب َغحي ه ُوَالحمنحكَر حشَاء ه ُالحفَح ُوَي َنحهَى ُعَن َ بَ ح هي ُالحقر ه ُذ وَإهيحتَاء ُ ح ح ُلَعَلكم ، ُيَعهظكم ُ َ حن تَذَكرو