MEDITASI HARIAN Bukankah engkau pun harus mengasihi kawanmu seperti Aku telah mengasihi engkau? (Matius 18:33) Orang dibebani dengan hutang yang mustahil, permohonan terdesak memerlukan lebih banyak masa, ancaman pemenjaraan dan juga penyeksaan—mengapa Yesus menceritakan perumpamaan yang mendukacitakan? Untuk membantu murid- muridNya memahami keperluan untuk menunjukkan belas kasihan apabila seseorang bersalah terhadap mereka. Pertanyaan Petrus memulakan semuanya: “Berapa kali aku harus mengampuni?” (Matius 18:21). Ia boleh difahami. Bukankah sepatutnya ada had untuk berapa kali kita harus mengampuni, terutamanya kesalahan berulang? Melihat secara jujur pada diri kita mungkin membantu kita mendapat jawapannya. Berapa kalikah kita memohon belas kasihan Tuhan untuk mengampuni dosa yang sama berulang kali? Kita tidak mahu Dia memberitahu kita bahawa kita telah mencapai had kita. Syukurlah, Dia tidak pernah melakukannya; Dia berulang kali mengampuni kita. Allah bukan sahaja berulang kali mengampuni kita; Dia tidak menahan dosa kita terhadap kita. Ingat hamba yang tidak mengampuni. Seluruh hutangnya telah dihapuskan. Tidak ada apa-apa yang tergantung padanya. Begitu juga, Allah mengampuni setiap dosa yang pernah kita lakukan dan bersedia untuk mengampuni setiap dosa yang akan kita lakukan. Tidak ada yang di luar jangkauan rahmatNya. Dia mengampuni kita segala-galanya. Inilah piawaian belas kasihan yang Yesus mahu kita ikuti. Ia tidak begitu berbeza dengan Doa Bapa Kami: “Ampunilah kami . . . sebagaimana kami mengampuni” (Matius 6:12). Memang, perumpamaan hari ini lebih grafik. Tetapi ia menunjukkan kepada kita bahawa Allah tidak mahu kita terpenjara dalam sikap tidak mengampuni dan terseksa oleh kebencian. Dia tahu betapa sukarnya mengampuni Tetapi Dia bertindak lebih jauh dengan memberikan Putera-Nya yang tunggal kepada kita untuk menyucikan kita dan melembutkan hati kita supaya kita dapat berkongsi belas kasihan yang sama. Belas kasihan melampaui sekadar tidak menghukum kesalahan. Ia memaafkan seluruh hutang. Begitulah cara Allah memperlakukan kita. Biarkanlah kebenaran itu mengubah cara anda melayan orang yang menyakiti anda. "Bapa Syurga, kuatkanlah aku supaya mampu mengampuni orang lain sebagaimana Engkau telah mengampuni aku!" Minggu Biasa Ke-Dua Puluh Empat Pekan IV - Tahun A 17 hb September 2023 ___ LITURGI SABDA Pembacaan 1: SIRAKH 27: 30- 28: 7 Mazmur Sahutan : TUHAN ADALAH PENGASIH DAN PENYAYANG, PANJANG SABAR DAN BERLIMPAH KASIH SETIA. Pembacaan 2: ROMA 14: 7-9 Injil: MATIUS 18: 21-35 ___ Pembacaan Minggu Hadapan Minggu Biasa Ke-Dua Puluh Lima (Hari Migran dan Pengungsi Sedunia) Pekan I - Tahun A Pembacaan 1: YESAYA 55: 6-9 Mazmur: MAZ 102: 1-4. 9-12 Pembacaan 2: FILIPI 1: 20-24, 27 Injil: MATIUS 20: 1-16 ___ JADUAL MISA HARIAN & ADORASI DI SHC Misa Harian 6.00 pagi (Isnin-Sabtu) Pengakuan Individu 10.00 - 11.00 pagi (Isnin-Jumaat) Saat Teduh 8.00 malam (Khamis) Devosi Kerahiman Ilahi 3.00 petang (Jumaat) ___ JADUAL MISA HUJUNG MINGGU & ADORASI SABTU Pengakuan Individu 4.30 - 5.30 petang Novena Devosi 5.00 petang Misa 6.00 petang (ING) AHAD Misa 7:00 pagi (CINA) 9.00 pagi (ING) 11.00 pagi (BM) Katedral Hati Kudus www.shckk.org atau www.facebook.com/shckk PERHIMPUNAN PASTORAL PAROKI 2023 Tarikh: 28 hb September 2023 (Khamis) Masa: 8.00 AM di Sacred Heart Parish Centre Peringatan: Semua kumpulan, pelayanan atau komuniti diminta menghantar nama ke Pejabat Paroki (Johnny Chong) sebelum 20 hb September 2023 PADERI CUTI BELAJAR: FRIAR GERALD TERENCE SAIMEL OFM Friar Gerald akan mengikuti kursus belajar sepenuh masa selama 5 bulan bermula bulan Oktober 2023. Dia berhenti menjalankan kerja pastoral di Paroki kita tetapi terus membantu dalam merayakan Misa pada hari Minggu. DEVOSI MINGGU PERTAMA BULAN TARIKH DEVOSI KEPADA MASA & TEMPAT 4 Okt 23 (Rabu) Santo Yosep 7.30PM, * Chapel 6 Okt 23 (Jumaat) Hati Kudus Yesus 7.30PM, * Chapel 7 Okt 23 (Sabtu) Hati Maria Yang Tak Bernoda 11.00AM, Chapel *Sila ambil perhatian mengenai perubahan tempat untuk Devosi kepada Santo Yosep dan Devosi kepada Hati Kudus Yesus. KATEKESIS UNTUK DEWASA & BELIA (INGGERIS) “Marilah kepada-ku, semua yang letih lesu dan berbeban berat, Aku akan memberikan kelegaan kepadamu...” (Mt 11:28) Masa: 8.00pm di SHPC Bilik F7 ( Setiap hari Isnin dan Rabu) Anjuran: Neo Catechumenate Community Semua umat paroki adalah dijemput. CATHOLIC PARENTS FOCUS GROUP DISCUSSION Tarikh: 17 hb September 2023 (Ahad) Masa: 11.30 AM di bilik F2 SHPC (Had untuk 20 orang saja) Keterangan lanjut, sila layari di laman Facebook. PERKONGSIAN ALKITAB SESI GABUNGAN EFATA & APOSTOLIK ALKITAB. Menjemput semua belia datang untuk bersama- sama mendalami firman Tuhan. Tarikh: 17 hb September 2023 (Ahad) Masa: 2.00 Petang Tempat: SHPC Bilik F8 Semua belia di paroki ini adalah dijemput. KEMPEN DREMA DARAH Tarikh: 23 hb September 2023 (Sabtu) Masa: 8.00 AM – 1.00 PM di CMI, Bukit Padang Semua umat paroki adalah dijemput. BAZAAR HARI KELUARGA: MERAYAKAN ULANGTAHUN & PENUBUHAN GEREJA MARY IMMACULATE (CMI) KE 30 Tarikh: 23 hb September 2023 (Sabtu) Masa: 7.00 AM – 1.00 PM di Dewan Paroki CMI Semua umat paroki adalah dijemput. SEMINAR PEMBAHARUAN DAN PENYEMBUHAN 2023 (DWIBAHASA: INGGERIS & BM) Tarikh: 13 hb – 15 hb Oktober 2023 (Jumaat – Ahad) Tempat: Sacred Heart Parish Centre, Kota Kinabalu Penceramah: Rev. Fr. Hans Jeharut, Ibu Esther Kandou, dan Mike C Lolong Saluran Pendaftaran: https://bit.ly/daftarseminarshc atau imbas KAWASAN GEREJA: KAWASAN LARANGAN MEROKOK Bagi mematuhi peraturan Kementerian Kesihatan, merokok adalah dilarang sama sekali di kawasan gereja kita. Pesalah boleh dikenakan penalti antara RM250 hingga RM350 seperti dalam Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 pindaan 2018, berkuat kuasa sejak 1 hb Januari 2020. Kami memohon semua umat paroki dan pelawat untuk tidak merokok di kawasan ini. KURSUS PRA-PERKAHWINAN (B. MALAYSIA) TARIKH MASA TEMPAT 19 Okt 23 (Khamis) 5.45 petang SHPC, Bilik F7 20 Okt 23 (Jumaat) 7.00 malam SHPC, Bilik F7 21 Okt 23 (Sabtu) 8.00 pagi SHPC, Bilik F7 Tarikh tutup: 16 hb Oktober 2023 Yuran: RM 50.00 (sepasang) – daftar waktu pejabat Maklumat lanjut, sila layari www.shckk.org/marriage SAKRAMEN PERKAHWINAN Pengaturan perkahwinan Gereja di Katedral Hati Kudus hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 5 BULAN sebelum tarikh cadangan perkahwinan dengan paderi di Paroki ini Dokumen yang diperlukan boleh dilihat di www.shckk.org/sacraments/marriage/ KAPELAN HOSPITAL Sila hubungi Fr. Russell Lawrine 0149512131, Fr. Terans Thadeus 0138842493, Pejabat Paroki SHC 223618, Fr. Gilbert Marcus 0168023946. MISA/IBADAT PENGEBUMIAN Umat diminta ambil perhatian perkara berikut semasa membuat pengaturan untuk Misa Pengebumian atau Ibadat Pengebumian: LANGKAH 1 : Melawat Pejabat SJBF (088-216321) untuk pembelian kubur atau tanah perkuburan. LANGKAH 2 : Pergi ke Pejabat Paroki SHC untuk Misa Pengebumian di Katedral Hati Kudus atau Upacara Pengebumian di Parlour. Sila bawa bersama salinan IC atau Passport, Sijil Baptis, Sijil Kahwin Gereja, dan Laporan Polis atau Sijil Mati SUMBANGAN PAROKI (9 HB & 10 HB SEPTEMBER 2023) Hitam RM 17,003.25 Merah RM 14,403.60