1 DIKELUARKAN OLEH JABATAN MUFTI PERLIS JIHAD MELAWAN MUSUH ISLAM (TEKS KHUTBAH JUMAAT 3 NOVEMBER 2023/ 19 RABIULAKHIR 1445) 2 JIHAD MELAWAN MUSUH ISLAM ُ حد حَم لْ َ ا ُ ُ لله ُ ُ نََحمَده ُ ُ حتَعهيحنه وَنَس ُ هره حت َغحف وَنَس ُ ُ وَن َعوذ ُ بهالل ُ ُ ح هن م ُ ُ ه شرور ُ ه نَا أَنحفس ُ ُ ح هن وَم ُ ُ ه سَيِّئَات ُ أَعحمَالهنَا، ُ ُ ح مَن ُ ُ ههه حد ي َه ُ ُ الل ُ ُ َ فَل ُ ُ هل مض ُ ُ لَه ُ ُ ح وَمَن ُ ُ حلهلحه يض ُ ُ َ فَل ُ ُ َ هي هَاد ُ لَه، ُ ُ حهَد أَش ُ أَن ُ ُ ل ُ ُ َ إهلهه ُ ُ إهل ُ ُ الل ُ ُ حدَه وَح ُ ُ َ ل ُ ُ َ هيحك شَر ُ لَه، ُ ُ حهَد وَأَش ُ ُ أَن ُ مَُمدًا ُ ُ عَبحده ُ ُ حله وَرَسو ُ ُ اللهم ُ ُ ِّ صَل ُ ُ ح وَسَلِّم ُ عَلَى ُ ُ مَُمد ُ وَعَلَى ُ ُ ه آلهه ُ ُ ه ححَابهه وَأَص ُ ُ ح وَمَن ُ ُ ح تَبهعَهم ُ ُ حسَان بهاهح ُ ُ َ اهل ُ ُ ه حم ي َو ُ الدِّيحن يَاأَي ُّهَا ُ ُ َ هين الذ ُ آمَنوا ُ اتقوا ُ ُ َ الله ُ وَقولوا ُ حل ق َو ُ ُ ه سَد يدًا ، ُ ُ ح حلهح يص ُ ُ ح لَكم ُ ُ ح أَعحمَالَكم ُ ُ ح هر وَي َغحف ُ ُ ح لَكم ُ ُ ح ذنوبَكم ُ ُ ح وَمَن ُ ُ ه هع يط ُ ُ َ الله ُ ُ وَرَسولَه ُ ُ ح ف َقَد ُ ُ َ فَاز ُ حزًا ف َو ُ هيمًا عَظ أَما ُ ب َعحد، ُ ُ فَاهن ُ ُ َ حدَق أَص ُ ُ ه هيحث ا لَْد ُ ُ كهتَاب ُ الل، ُ ُ َ وَخَيحر ُ ُ ه حي حَد لْ ا ُ ُ حي هَد ُ ُ مَُمد ُ صَلى ُ ُ الل ُ ُ ه عَلَيحه ُ وَسَلمَ، ُ ُ وَشَر ُ ُ ه حر الأمو ُ مُحدَثَاتهَا، ُ ُ َكل و ُ ُ مُحدَثَة ُ حعَةٌ، بهد ُ ُ َكل و ُ ُ حعَة بهد ُ ضَلَ لَةٌ، ُ ُ َكل و ُ ُ ضَلَ لَة ُ ُ ه ف ُ ُ ه النار Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah, Pada hari Jumaat yang diberkati ini dan di dalam masjid yang mulia ini, saya berpesan kepada diri saya dan kepada sidang Jumaat yang menjadi tetamu Allah sekalian, marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi umat yang terbaik, umat contoh dan memperolehi kebahagian di dunia dan di akhirat kelak. Khatib akan membicarakan khutbah pada hari ini yang berkaitan dengan; “ JIHAD MELAWAN MUSUH ISLAM ” Sidang Jumaat Yang Dikasihi Allah Sekalian, Sedarilah kita, ketika kita berada dalam keadaan yang baik seperti sekarang, namun saudara-saudara kita di Gaza sedang dibunuh dengan kejam oleh Zionis Yahudi laknatullah. Islam adalah agama kedamaian dengan mereka yang tidak memusuhi Islam. Keindahan dan kecantikan Islam ini telah terbukti berdasarkan kepada dalil- dalil al-Quran dan al-Sunnah, fakta-fakta sejarah ketamadunan Islam dan hakikat Islam itu sendiri. Oleh itu, misi Islam ialah membawa keamanan dan keharmonian kepada sesama manusia selagi mana umat Islam tidak dimusuhi atas dasar mereka adalah orang- orang Islam dan selama mana rumah tangga, kampung halaman dan negara mereka tidak dirampas dan dicerobohi secara zalim. Allah SWT berfirman: 3 Maksudnya: “ Diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) yang diperangi (oleh golongan penceroboh), kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya; dan sesungguhnya Allah amat berkuasa untuk menolong mereka (mencapai kemenangan), iaitu mereka yang diusir dari kampung halamannya dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar, (mereka diusir) semata-mata kerana mereka berkata: "Tuhan Kami ialah Allah". (Surah Al-Haj ayat 39-40) Ayat al-Quran yang telah dibaca sebentar tadi menyatakan bahawa keizinan untuk berperang dengan golongan yang memerangi umat Islam dan ini merupakan suatu titah perintah dari Allah SWT. Peperangan yang dilancarkan oleh umat Islam kepada pihak musah yang memerangi umat Islam adalah bagi mengelakkan berlakunya kerosakan yang lebih besar lagi. Sidang Jumaat Yang Dihormati Sekalian, Golongan yang memusuhi Islam tidak akan berhenti merancang untuk memusnahkan umat Islam. Pelbagai strategi telah dilakukan oleh musuh-musuh Islam ini untuk menghancurkan umat Islam sama ada dari luaran atau dalaman. Permusuhan mereka dengan umat Islam adalah berpunca dari kebencian mereka terhadap Islam. Pelbagai cara dan jalan mereka lakukan supaya umat Islam disakiti dan ditewaskan. Mereka akan berusaha agar ajaran Islam tidak diangkat atau lebih utama lagi ialah supaya umat Islam meninggalkan ajaran Islam. Allah SWT berfirman: Maksudnya: “Dan mereka (orang -orang kafir itu) sentiasa memerangi kamu hingga mereka (mahu) memalingkan kamu dari ugama kamu kalau mereka sanggup (melakukan yang demikian)”. (Surah Al-Baqarah Ayat 217) Oleh itu, tiada kebaikan untuk kita umat Islam menjalinkan hubungan dengan mereka yang memusuhi Islam dan umatnya. Kita juga hendaklah sentiasa berhati-hati dan berwaspada dengan musuh-mush Islam pada setiap waktu. Allah SWT berfirman: 4 Maksudnya: “ Sesungguhnya Allah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang- orang yang zalim” (Surah Al Mumtahanah ayat 9) Sidang Jumaat Yang Dikasihi Sekalian, Api kejahatan musuh Islam tidak pernah padam. Hasrat mereka untuk menghancurkan Islam tidak pernah berakhir. Mulut manis mereka tidak boleh dipercayai. Allah SWT berfirman: Maksudnya: “Orang -orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka ” (Surah Al-Baqarah, Ayat 120) Kita akan lihat daripada tindakan dan perkataan mereka itu sentiasa memusuhi Islam dan sentiasa merasa tidak puas hati dengan apa sahaja yang berkaitan dengan Islam. Allah melarang kita menjadikan mereka ini sebagai teman rapat. Allah SWT berfirman: Maksudnya: “ Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi "orang dalam" (yang dipercayai). mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh jantung hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. Awaslah! kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahaja 5 yang suka kepada mereka, sedangkan mereka tidak suka kepada kamu. kamu juga beriman kepada segala kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al- Quran) dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: "Kami beriman", tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), katakanlah (wahai Muhammad): "Matilah kamu dengan kemarahan kamu itu". Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan segala (isi jantung hati) yang ada di dalam dada-dada ”. (Surah Ali 'Imran, Ayat 118-119) Sidang Jumaat Yang Dihormati Sekalian, Golongan musuh ini memerangi umat Islam, maka wajib untuk umat Islam memerangi mereka. Allah SWT berfirman: Maksudnya: “Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) ugama Allah akan orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan peperangan); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang menceroboh. dan bunuhlah mereka (musuh yang memerangi kamu) di mana sahaja kamu dapati mereka, dan usirlah mereka dari tempat yang mereka telah mengusir kamu; dan fitnah (kerosakan terhadap agama dan keamanan) itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan ” (Surah Al-Baqarah ayat 190-191) Dalam masa yang sama, kita wajib berhati-hati dengan golongan musuh Islam yang mengaku dirinya sebagai muslim, tetapi membenci Islam atau bersekongkol dengan kaum kuffar menentang Islam. Mereka ini puak munafik yang pada zahir macam orang Islam, tetapi sokongan mereka kepada musuh-musuh Islam. Mereka inilah yang menjadi tali barut kepada musuh-musuh Islam yang memerangi umat Islam. Golongan munafik ini mencari kekuatan atau kemuliaan diri dengan cara berdamping dengan musuh-musuh Islam. Mereka menjadikan diri mereka sebagai pembantu kepada musuh-musuh Islam untuk agenda menentang Islam dan umatnya dari dalam. Golongan ini dibaratkan juga seperti “ Musuh dalam selimut ” atau “ Api dalam sekam ” 6 Sidang Jumaat Yang Dimuliakan, Golongan munafik ini beranggapan bahawa mereka akan mencapai kemuliaan dengan mengambil golongan yang membenci Islam sebagai para pemimpin atau teman setia dan meninggalkan golongan yang beriman. Punca kejatuhan dan pepecahan kuasa umat Islam adalah disebabkan oleh golongan munafik yang berpakat dengan musuh- musuh Islam, sepertimana yang tercatat dalam sejarah umat Islam. Malangnya, ada umat Islam yang terpengaruh dengan rencana mereka kononnya untuk membaiki keadaan. Ini kerana, golongan munafik menampakkan diri mereka sebagai orang Islam. Bahasa mereka macam orang Islam tetapi idea mereka berkesudahan dengan menyokong golongan anti Islam. Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dengan golongan munafik yang menyokong dan membantu mereka yang memusuhi Islam dan umatnya. Allah SWT berfirman: Maksudnya: “Sampaikanlah khabar berita kepada orang-orang munafik: bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka azab seksa yang perit; (Iaitu) Mereka yang mengambil golongan kafir (anti-Islam) menjadi teman setia dengan meninggalkan mereka yang beriman. Adakah mereka (orang-orang munafik) mencari izzah (kekuatan dan kemuliaan) di sisi orang-orang kafir itu, padahal sesungguhnya izzah (kekuatan dan kemuliaan) itu semuanya ialah milik Allah”. (Surah al-Nisa ayat 138-139) Berdasarkan ayat di atas al-Imam al-Qurtubi dalam kitab tafsinya Al- Jami’ li Ahkam menyimpulkan (maksudnya): “ Bahawa ahli tauhid sekalipun melakukan maksiat tidak menjadi munafik selagi mereka tidak menabalkan kaum kuffar (kaum yang kafir sebagai teman setia dan meninggalkan golongan yang beriman) ”. Sidang Jumaat Yang Dikasihi Allah, Peperangan umat Islam di Palestin menyaksikan bagaimana kaum kuffar bersatu memusuhi umat Islam. Di Palestin dan di luar Palestin golongan kuffar ini senada memusuhi kita. Di Palestin mereka berperang dengan senjata dan darah. Di luar Palestin mereka menuduh para pejuang Islam sebagai terrorist atau pengganas. Sementara golongan munafik bersekongkol dengan suara kaum kuffar dengan menganggap para pejuang Islam sebagai ganas dan jahat. Allah SWT berfirman: 7 Maksudnya: “Dan apakah yang menghalang kamu (maka kamu) tidak mahu berperang pada jalan Allah (untuk menegakkan ugama Islam) dan (untuk menyelamatkan) orang-orang yang tertindas dari kaum lelaki, perempuan dan kanak-kanak, iaitu mereka yang selalu (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! keluarkanlah kami dari negeri (Makkah) ini, yang penduduknya (kaum kafir musyrik) yang zalim, dan jadikanlah bagi kami dari pihakmu seorang pemimpin yang mengawal (keselamatan ugama kami), dan jadikanlah bagi kami dari pihakmu seorang pemimpin yang membela kami (dari ancaman musuh)". orang- orang yang beriman, berperang pada jalan Allah; Dan orang-orang yang kafir pula berperang pada jalan Taghut (Syaitan). Oleh sebab itu, perangilah kamu akan pengikut-pengikut syaitan itu, kerana sesungguhnya tipu daya syaitan itu adalah lemah ” (Surah An Nisaa ’ , Ayat 75-76) Untuk mengakhiri khutbah yang pertama pada hari Jumaat yang mulia ini, khatib ingin membuat kesimpulan dari apa yang telah disampaikan sebentar tadi. Islam itu bukanlah agama yang menyukai peperangan. Ia hanya berlaku apabila Islam dan umatnya diperangi oleh golongan kafir harbi (orang kafir yang memerangi Islam dan umatnya). Ini sepertimana yang telah berlaku dalam sejarah peperangan pada zaman hayat hidup baginda Rasulullah SAW dan para sahabatnya Radiyallah Huan’hum Ajmaiin’ Peperangan yang berlaku juga bukanlah atas dasar suka-suka, atau hendak menzalimi, menindas dan menganiayai orang yang bukan Islam, malah ia bermula apabila Islam dan umatnya itu sendiri diperangi dan agama Islam dihalang daripada bersinar. ُ بَارَك َ ُالل ُ ه هن َ ُالآيَات ه ُم ه َا ُفهيحه بِ ُ ح هح ُوَإهياكم نِ َ ه ُوَن َفَع هيحم ه ُالحعَظ حآن ه ح ُالحقر فِ ُ ح ه ح ُوَلَكم لِ ُ ه هيحم ح َك لْ ه ُا حر وَالذِّك 8 KHUTBAH KEDUA ُ حد ح َم لْ ا ُ ُ ه لهله ُ هي الذ ُ ُ َ أَنحزَل ُ عَلَى ُ ُ ه هه عَبحد ُ ُ َ هتَاب الحك ُ ُ وَلَح ُ ُ ح يََحعَل ُ ُ لَه ُ هوَجًا ع ُ ُ حهَد وَأَش ُ ُ ح أَن ُ ُ َ ل ُ ُ َ إهلَه ُ ُ إهل ُ ُ الله ُ ُ حدَه وَح ُ ُ َ ل ُ ُ َ هيك شَر ُ ُ لَه ُ ُ حهَد وَأَش ُ ُ أَن ُ مَُمدًا ُ ُ عَبحده ُ ُ وَرَسوله ُ ُ اَللهم ُ ُ ِّ صَل ُ ُ ح وَسَلِّم ُ ُ ح هك وَبَار ُ عَلَى ُ ُ مَُمد ُ وَعَلَى ُ ُ ه آلهه ُ ُ ه حبهه وَصَح ُ ح َ، يْ ح َعه جْ َ أ ُ أَما ُ ب َعحد، ُ ف َيَا ُ أَي ُّهَا ُ حنَ، حلهمو الحمس ُ حا اهتقو ُ ُ َ الل ُ ُ حَق ُ ُ ه تقَاتهه ُ ُ َ وَل ُ ُ حتن تََ و ُ ُ إهل ُ ُ ح وَأَنحتم ُ ُ َ حن حلهمو مس Sidang Jumaat Yang Dikasihi Sekalian , Islam amat menggalakkan umatnya supaya berjihad di jalan Allah untuk meninggikan atau memuliakan kalimah Allah. Tanpa jihad maka kita sebagai umat Islam akan mudah terdedah kepada kekejaman, kehinaan, diperbodoh-bodohkan dan ditindas oleh musuh-musuh Islam. Sebaliknya jihad dapat memberikan kemuliaan kepada umat Islam. Tanpa jihad, dakwah kepada agama Islam juga tidak dapat tersebar dengan luas. Terdapat beberapa ganjaran berupa fadilat atau kelebihan yang akan diperolehi oleh mereka yang berjihad memerangi musuh-musuh Islam dan umatnya. Sepertimana Rasulullah SAW bersabda: ُ ه ه ُسَبهيل فِ ُ ح ُقَدَمَا ُعَبحد مَا ُاغحب َرت ُ ه ُف َتَمَسه ُالنار الله Ertinya: "Kedua kaki seorang hamba (Allah) yang (berjihad) berdebu di jalan Allah tidak akan disentuh oleh api neraka". (Hadis Riwayat Al-Bukhari) Hadis ini menjelaskan kepada kita bahawa mereka yang keluar berperang di jalan Allah SWT untuk meninggikan atau memuliakan kalimah Allah sepertimana yang diperintahkan oleh syariat Islam, lalu kedua kakinya berdebu kerananya, maka hal itu menjadi sebab terpelihara dirinya dari terkena azab siksaan api neraka. 9 Sidang Jumaat Yang Dihormati Sekalian, Sesungguhnya, Allah SWT berfirman dalam surah Al-Ahzab ayat 56: ، Maksudnya: Sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat ke atas Nabi, maka wahai orang-orang yang beriman hendaklah kamu berselawat dan salam ke atas Nabi. ُ ه هيم َ ُوَعَلَى ُآل ُ مَُمد ُكَمَا ُصَليحت َ ُعَلَى ُإهبحرَاه ه ُ مَُمد ُوَعَلَى ُآل اَللّهم ُصَل ِّ ُعَلَى ح ُعَلَى هك هيحم َ ُوَبَار إهبحرَاه ُ ُ ه هيم َ ُوَعَلَى ُآل حت َ ُعَلَى ُإهبحرَاه ك َ ُ مَُمد ُكَمَا ُبَار ه مَُمد ُوَعَلَى ُآل ُ ٌ َهيحد مَ ُ ٌ َهيحد حَ ُ َ َ ُإهنك ح يْ ه ُالحعَالَم ه هيحم َ ُف إهبحرَاه ُ ه حلهمَات َ ُوَالحمس ح يْ ه حلهم ح ُلهلحمس هر أَللّهم ُاغحف ُ َ ح ُوَالأ هنحهم ه ُم حيَاء ه ، ُالأَح هنَات حم َ ُوَالحمؤ ح يْ هنه حم وَالحمؤ ُ ه حوَات م ُ ُ هيحب مَ ُ ٌ هيحب َهيحع ٌ ُقَر سَ ُ َ إهنك ُ ه ح َاجَات لْ هى َ ُا ه ُوَقَاض الدعحوَات ُ Ya Allah! Ampunilah seluruh kaum muslimin sama ada yang hidup ataupun yang telah mati. Ya Allah! Berikan petunjuk hidayah serta rahmatMu kepada kami sekalian hamba-hambaMu dan kepada pemimpin kami terutamanya Raja pemerintah Negeri Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail serta kaum kerabat Baginda, supaya sentiasa beramal dengan kitabMu dan sunnah nabiMu Muhammad SAW, dan Engkau lanjutkanlah usia baginda berdua dalam keadaan selamat, sihat sejahtera dan semoga dengan kesihatan yang baik yang telah Engkau kurniakan kepada baginda berdua, terlaksanalah pemerintahan yang adil lagi diredhai olehMu. Ya Rahman, Ya Rahim! Kami memohon kepadaMu dengan segala kerendahan diri sebagai hamba - Mu. Engkau indahkanlah akhlak kami. Engkau perbaikilah pergaulan antara kami. Engkau jadikanlah kami umat Islam yang bermentaliti kelas pertama dalam tindakan. Engkau peliharalah kami dari penyakit lemah, malas, berfikiran dangkal dan buruk budi pekerti. 10 Ya Allah! Engkau angkatlah martabat setiap hamba - Mu yang berpegang dengan Al-Quran dan sunnah Nabi-Mu. Berilah kekuatan kepada kami untuk menghindari amalan syirik, bid’ah, khurafat dan maksiat. Ya Allah! Engkau limpahkanlah Negeri Perlis ini dengan keberkatan. Engkau bimbinglah kami penduduknya kepada amalan soleh yang engkau redha. Penuhi jiwa kami dengan mencintai agama-Mu. Ya Allah! Engkau jauhkanlah kami dari bala dan kerosakan. Engkau tambahkanlah nikmat - Mu kepada kami. Engkau berikanlah kepada kami kebahagiaan hidup di dunia dan di hari akhirat. Ya Allah! Engkau bantulah saudara-saudara kami para pejuang di jalan-Mu. Ya Allah! Engkau bantulah saudara-saudara kami di Palestin, Ya Allah bantulah mereka, Ya Allah! Engaku bantulah mereka berdepan dengan musuh-Mu dan musuh mereka, Ya Allah! Engkau satukanlah kalimah mereka, dan saf-saf mereka, wahai Tuhan sekalian alam, Wahai Tuhan kami Engkau ampunilah dosa kami dan perbuatan kami yang melampau, Engkau teguhkanlah pendirian kami dan Engkau bantulah kami mencapai kemenangan menghadapi golongan kafir. Ya Allah! Engkau kenakanlah kecelakaan kepada musuh-musuh saudara kami di Palestin, dan timpakanlah ke atas mereka balasan kemurkaan-Mu pada hari ini, esok dan seterusnya. Ya Allah! Engkau cerai-beraikanlah kumpulan mereka, Ya Allah! Engkau pisahkanlah kesatuan mereka, Ya Allah! Engkau kurangkanlah jumlah mereka. ُ ه ه ُحَسَنَة ً ُوَقهنَا ُعَذَاب َ ُالنار ه رَة ُالآخ ه فِ َ ُالدُّنحيَا ُحَسَنَة ً ُو ه فِ ُ رَبنَا ُآتهنَا ُ ُ وَصَلى ُالله عَلَى ُ ُ ِّ نَبهي نَا ُ مَُمد ُ ُ َ و ُ َ يْ ه ه ُرَب ِّ ُالحعَالَم حد ُلهله ح َم لْ ا ُ ُ إه ُ ه حل ن ُالل َ ُيَأحمر ُبهالحعَد ُ ه حسَان هح وَالإ ُ ه ه ُوَالحب َغحي ه ُوَالحمنحكَر حشَاء ه ُالحفَح ُوَي َنحهَى ُعَن َ بَ ح هي ُالحقر ه ُذ وَإهيحتَاء ، ُ ح ح ُلَعَلكم يَعهظكم ُ َ حن تَذَكرو