1 KHUTBAH JUM‘AT TAJUK: MERANCANG UNTUK RAMADHAN TARIKH: 3 MAC 2022 / 10 SYA’BAN 1444 : ٱلۡ حَ مد ُ لِ لَّه ِ الۡقَ ائِل ُ ُ خِتَٰمُه ۥ ُ ُ ِ فِ ِ ُذَٰلِك ُف لۡي تن افس مِسۡ ك ٞۚ ُو ٱ ُ لۡمُتنَٰفِسُ ون ُ ٦٢ ُ (Surah al-Mutaffifin:26) َّ لَّ ِ لَّ َّ إِ لَــٰه َ إ أَشۡ هَ د ُ أَن ُ ُ الله ُ وَ حۡ دَ ه و ُ ُ شَ رِيك َ لَه َ لَّ و ُ ُ ، وَ أَشۡ هَ د ُ أَن َّ مُ حَ مَّ دً ا عَ بۡ دُ ه و ُ ُ وَ رَ سُ ولُه و ُ ِ . اللَّهُ م َّ صَ ل ِ وَ سَ لِ م ۡ عَ لَ ى سَ يِدِ نَ ا مُ حَ مَّ د ٍ وَ عَ لَ ى آلِ ه ِ وَ أَصۡ حَ ابِه ے وَ مَ ن تَبِعَهُ م بِإِ حۡ سَ ان ٍ إِ لَى يَوۡ م ِ الدِ ينَ . أَ مَّ ا بَعۡدُ ، فَ يَا عِ بَ اد َ الله، ُ ِ تُقَ اتِه َّ اِ تَّقُ وا الله َ حَ ق ے وَ أَنتُ م َّ لَّ ِ إ َّ تَ مُ وتُ ن َ لَّ َ ، و مُّ سۡ لِ مُ ونَ . SIDANG JUM‘AT YANG DIRAHMATI ALLAH SWT, Bertaqwalah kepada Allah Azzawajalla dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala tegahan-Nya. Marilah kita memelihara diri, keluarga dan masyarakat daripada segala perkara yang mengundang kemurkaan Allah Azzawajalla. Mimbar berpesan kepada jemaah sekalian agar memberikan tumpuan terhadap khutbah ini. Jangan bercakap, berbual-bual atau bermain dengan sebarang bentuk gajet supaya pahala Jumaat kita tidak menjadi sia-sia. Mimbar pada hari ini membicarakan khutbah yang bertajuk “ MERANCANG UNTUK RAMADHAN. ” 2 SIDANG JUM‘AT YANG DIMULIAKAN, Hari ini ialah hari Jumaat yang terakhir untuk bulan Syaaban tahun 1444 Hijrah. Hal ini bermakna, dalam tempoh beberapa hari lagi Ramadhan akan muncul. Kehadiran bulan yang penuh dengan keberkatan ini amat dinantikan oleh kaum Muslimin. Keistimewaan bulan Ramadhan tidak perlu diceritakan dengan panjang lebar. Bahkan hadis-hadis Rasulullah SAW juga ada menyatakan kelebihan Ramadhan. Antaranya termasuklah sabda Nabi SAW dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah radiallahuanhu: ِ إِ ذَ ا دَ خَ ل َ رَمَ ضَ ان ُ فُ تِحَ ت ْ أبْوَ اب ُ الجَ نَّ ةِ ، وغُ لِ قَ ت ْ أبْوَ اب ُ جَ هَ نَّمَ ، وسُ لْسِ لَ ت ُ ُ الشَّ يَاطِ ين Maksudnya: Apabila bulan Ramadhan tiba, pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan syaitan diikat. (Riwayat Bukhari) SIDANG JUM‘AT YANG DIMULIAKAN, Walaupun kita menyambut Ramadhan saban tahun, kita tetap memerlukan peringatan demi peringatan setiap kali tibanya bulan yang mulia ini. Sikap sebahagian umat Islam yang kurang mengambil berat ibadah puasa dan ibadah-ibadah yang lain dalam bulan Ramadhan, menyebabkan masih ada individu yang ditangkap oleh pihak penguatkuasa seterusnya didakwa dan dijatuhkan hukuman kerana mengabaikan puasa Ramadhan dengan pelbagai alasan yang tidak munasabah. Oleh sebab yang demikian, buatlah ulang kaji perkara yang berkaitan dengan hukum hakam puasa supaya kekeliruan serta kejahilan dalam diri kita dapat dihapuskan. Berhentilah memberikan alasan “takpo lah den jahil, apo nak dikobakan ” sedangkan di negeri kita ini ada 3 banyak wasilah dan tempat untuk kita belajar dan menambah ilmu seperti pondok, sahah , masjid, surau, radio, televisyen dan sebagainya. Pokok pangkalnya ialah hati kita, mahu atau tidak. Kita perlu merancang ibadah Ramadhan kita dengan teliti. Kita tidak mahu Ramadhan kita berlalu dengan sia-sia sedangkan Allah Azzawajalla menyediakan banyak kelebihan untuk direbut oleh Muslimin dan Muslimat. Sekiranya ditakdirkan kita dapat menyambut Ramadhan pada minggu hadapan, bersyukurlah kepada Allah Azzawajalla kerana Dia memanjangkan usia kita dan sekali gus memakbulkan doa kita agar dikurniakan keberkatan dalam bulan Rajab dan Syaaban seterusnya dipanjangkan umur hingga bulan Ramadhan. Bersedialah dengan pelbagai rancangan untuk dilaksanakan mulai 1 Ramadhan nanti. Jika kita boleh merancang untuk urusan dunia, mengapakah kita tidak mampu merancang untuk Ramadhan yang sudah semestinya mengandungi kebaikan untuk akhirat kita? Cuba kita bertanya kepada diri kita, berapakah jumlah halaman al-Quran yang boleh kita baca pada setiap hari dalam bulan Ramadhan? Jika satu hari kita hanya membaca dua atau tiga halaman, adakah kita mampu menamatkan atau khatam al-Quran pada penghujung Ramadhan? Adakah kita juga sudah memilih kumpulan tadarus yang akan disertai pada bulan Ramadhan nanti? Lazimnya banyak masjid dan surau yang dimakmurkan oleh jemaah pada bulan Ramadhan. Soalannya, di manakah masjid atau surau yang akan menjadi tempat untuk kita menunaikan solat berjemaah dan solat sunat tarawih sepanjang Ramadhan? Harap-harapnya kita dapat “mengenal pasti” jalan ke masjid dan surau mulai sekarang, sebagaimana kita mengenali jalan ke tempat-tempat yang biasanya dikunjungi oleh orang ramai bagi membuat persediaan menyambut hari lebaran. Jika pada tahun-tahun yang lepas kita hanya berada di masjid atau surau pada 4 awal-awal bulan Ramadhan, usahlah kita ulangi lagi sikap kurang baik itu pada Ramadhan kali ini. Bulatkan tekad kita untuk mencukupkan solat tarawih selama satu bulan Ramadhan. SIDANG JUM‘AT YANG DIMULIAKAN, Firman Allah Azzawajalla dalam surah al-Mutaffifin ayat 26: ُ ُ خِتَٰمُه ۥ ُ ُ ِ فِ ِ ُذَٰلِك ُف لۡي تن افس مِسۡ ك ٞۚ ُو ٱ ُ لۡمُتنَٰفِسُ ون ُ ٦٢ Maksudnya: Penyudahnya kasturi, dan (untuk memperoleh nikmat kesenangan yang dinyatakan oleh Allah Azzawajalla) manusia hendaklah berlumba-lumba bagi mendapatkannya. Dalam tafsiran al-Imam al-Baghawi untuk ayat ini, beliau menyatakan bahawa orang yang mengharapkan keredhaan Allah Azzawajalla hendaklah bersegera melakukan kebaikan. Selain itu, orang yang ingin melakukan amalan juga hendaklah cepat-cepat melakukan amalan baiknya. Ayat ini mengingatkan kita bahawa suka bertangguh adalah sikap negatif yang perlu diubah. Samalah juga keadaannya dengan ibadah pada bulan Ramadhan. Kita seharusnya berlumba-lumba merancang untuk mengejar tawaran istimewa daripada Yang Maha Pemurah. Kita tidak mahu dicap sebagai insan yang tewas melawan kehendak nafsu dalam Ramadhan nanti disebabkan kegagalan kita merancang mulai sekarang. SIDANG JUM‘AT YANG DIMULIAKAN, Bagi orang yang masih belum menyelesaikan qadak puasa Ramadhan yang lalu, dia wajib menggantikannya sebelum masuknya Ramadhan minggu hadapan. Bagi orang yang perlu qadak puasa Ramadhan dan 5 membayar fidyah, dia boleh membayar fidyah tersebut menerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS). Di Negeri Sembilan, MAINS ialah pemegang amanah tunggal bagi setiap harta orang Islam. MAINS turut menerima bayaran fidyah dan kaffarah untuk diagihkan kepada fakir dan miskin yang layak dan memenuhi syarat. Dengan peranan MAINS ini, orang Islam tidak perlu lagi tercari-cari golongan yang layak menerima bayaran fidyah dan kaffarah puasa. Nilai yang wajib dibayar pula berbeza mengikut kadar semasa yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan. Untuk mengetahui kadarnya, silalah layari laman sesawang Majlis Agama Islam Negeri Sembilan atau menghubungi MAINS untuk mendapatkan maklumat lanjut. Fidyah dan kaffarah bukan sahaja perlu dibayar oleh orang yang masih hidup bahkan waris wajib melunaskan fidyah dan kafarah bagi orang yang telah meninggal dunia. SIDANG JUM‘AT YANG DIMULIAKAN, Mengakhiri khutbah minggu ini, bersempena dengan Sambutan Hari Polis diadakan pada setiap 25 Mac. Mimbar mengambil kesempatan sempena sambutan Hari Polis yang ke-216 tahun ini, untuk mengucapkan setinggi- tinggi penghargaan kepada pasukan polis di negara kita yang banyak berkorban untuk mempertahankan tanah air daripada anasir jahat yang cuba menggugat keselamatan rakyat di negara kita. Sumbangan PDRM dalam melakukan amar makruf dan nahi mungkar tidak dapat dinilai dengan wang dan harta. Mereka gigih berusaha sepanjang masa dan berkhidmat untuk masyarakat tanpa mengira latar belakang, bangsa dan agama. Sebagai rakyat, kita seharusnya membantu PDRM dalam menjalankan tanggungjawab membanteras jenayah dengan menyampaikan maklumat yang betul dan tepat. Sesungguhnya polis dan masyarakat berpisah tiada. 6 ِ الۡۡ يَ ات َ بَارَك َ الله ُ لِ ي وَ لَكُ م ۡ فِ ي الۡقُ رۡ ءَ ان ِ الۡعَظِ يمِ ، وَ نَفَ عَنِ ي وَ إِ يَّاكُ م ۡ بِمَ ا فِيه ِ مِ ن ُ وَ الذِ كۡ ر ِ الۡ حَ كِ يمِ ، وَ تَقَ بَّل َ مِ نِ ي وَ مِ نكُ م ۡ ت ِ لََ وَ تَه ُ إِ نَّه ُ هُ و َ السَّ مِ يع ُ الۡعَلِ يمُ ، أَ قُ ول ُ ُ قَ وۡ لِ ي هَ ذَ ا وَ أَسۡ تَغۡفِ ر الله َ الۡعَظِ يم َ لِ ي وَ لَكُ مۡ ، وَ لِ سَ اۤئِر ِ ا لۡۡ ُسۡ لِ مِ ين َ وَ ا لۡۡ ُسۡ لِ مَ اتِ ، وَ ا لۡۡ ُؤۡ مِ نِ ين َ وَ ا لۡۡ ُؤۡ مِ نَ اتِ ، فَ اسۡ تَغۡفِ رُوه ُ فَ يَا فَ وۡ ز َ ا لۡۡ ُسۡ تَغۡ فِ رِين َ وَ يَ ا نَجَ اة َ التَّاۤئِبِ ينَ .