1 KHUTBAH JUM‘AT TAJUK : BERSAMA MEMBINA NEGERI MADANI TARIKH : 15 DISEMBER 2023 / 2 JAMADILAKHIR 1445 _____________________________________________________________________________________________________ : ٱلۡ حَ مد ُ لِ لَّه ِ الۡقَ ائِل َ َ وَأَلَّف َ َ ِ فِ َ َ َقُلُوبِهِم ن ۡۚ َلَو ن َأَنفَقنت َ َمَا ن يۡ َ ب َ ِ لۡ ن َ رۡض ٱ َ َ َّ َ َقُلُوبِهِم ن َوَلَ َٰكِن ن يۡ َ جََ ِيعٗ ا َمَّا ٓ َأَلَّفنت َ َب َ َ َّ للّ ٱ َ َ ُ َبَيننَهُم ن ۡۚ َإِنَّه َ أَلَّف ۥ َ َ ٞ عَزِيز ٌ َحَكِيم ٣٦ َ ( Surah al-Anfal, ayat 63) َ لَّ َ شَ رِيك ُ لَّ آ الله ُ وَ حۡ دَ ه ِ لَّ آ إِ لَــٰه َ إ أَشۡ هَ د ُ أَ ن ُ ُ لَ ه ُ ُ ، وَ أَشۡ هَ د ُ أَ ن آ مُ حَ مآ دً ا عَ بۡدُ ه وَ رَ سُ ولُهُ . ٍ اللآهُ م آ صَ ل ِ وَ سَ لِ م ۡ عَ لَ ى سَ يِدِ نَا مُ حَ مآ د ٍ وَ عَ لَ ى آلِ ه ِ وَ أَ صۡ حَ ابِه ِ وَ مَ ن تَبِعَهُ م بِإِ حۡ سَ ان إِ لَى يَ وۡ م ِ الدِ ينَ . ُ ُ أَمآ ا بَعۡ د ، فَ يَا عِ بَ اد َ الله آ ، اِ تآ قُ وا الله َ حَ ق ُ ِ تُ قَ اتِ ه لَّ آ وَ أَنتُم مُّ سۡ لِ مُ ونَ . ِ لَّ َ تَ مُ وتُ ن آ إ َ ، و SIDANG JUM‘AT YANG DIRAHMATI OLEH ALLAH AZZAWAJALLA, Bertaqwalah kepada Allah Azzawajalla dengan memelihara diri, keluarga dan masyarakat daripada melakukan perkara yang dilarang oleh Allah Azzawajalla. Jangan bercakap atau bermain dengan gajet agar pahala Jumaat tidak menjadi sia-sia. Mimbar pada hari ini membicarakan topik “ BERSAMA MEMBINA NEGERI MADANI .” 2 SIDANG JUM‘AT YANG DIRAHMATI OLEH ALLAH AZZAWAJALLA, Kita perlu ingat dan sentiasa sedar, bahawa kita sangat-sangat memerlukan Allah Azzawajalla. Kita tidak boleh melihat, tidak boleh mendengar, tidak boleh berfikir, bahkan kita tidak boleh ada di alam ini tanpa Allah Azzawajalla. Ingat, Allah sangat penting. Allah Tuhan Tuan Punya seluruh alam. Dia-lah Tuan Punya hakiki ke atas diri kita dan negeri ini. Dia-lah Pemilik dan Penyedia segala sumber khazanah kekayaan alam Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dia-lah yang menghadiahkan keamanan, kesejahteraan dan kasih sayang dalam diri kita. Di antara hadiah Allah yang merupakan nikmat-Nya yang perlu kita syukuri dan hargai ialah perpaduan dan kesatuan. Sebagaimana firman Allah dalam surah al-Anfal ayat 63 berbunyi: َ َ وَأَلَّف َ َ ِ فِ َ َ َقُلُوبِهِم ن ۡۚ َلَو ن َأَنفَقنت َ َمَا ن يۡ َ ب َ ِ لۡ ن َ رۡض ٱ َ َ َّ َ َقُلُوبِهِم ن َوَلَ َٰكِن ن يۡ َ جََ ِيعٗ ا َمَّا ٓ َأَلَّفنت َ َب َ َ َّ للّ ٱ َ َ ُ َبَيننَهُم ن ۡۚ َإِنَّه َ أَلَّف ۥ َ َ ٞ عَزِيز ٌ َحَكِيم ٣٦ Maksudnya : “Dan (Dia -lah) yang menyatupadukan di antara hati mereka. Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat menyatupadukan di antara hati mereka, Sesungguhnya Dia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana .” Perpaduan dan kesatuan hati merupakan sebahagian daripada tanda sifat Allah Al-Aziz (Maha Kuasa) dan Al-Hakim (Maha Bijaksana). Apabila kita berjaya mengekalkan perpaduan dan kesatuan hati, bermakna kita berjaya menikmati sifat Allah Al-Aziz dan Al-Hakim dalam masyarakat. 3 SIDANG JUM‘AT YANG DIRAHMATI OLEH ALLAH AZZAWAJALLA, Perpaduan dalam masyarakat akan menatijahkan kestabilan dan pembangunan ekonomi yang mampan dan berterusan. Bahkan perpaduan dalam masyarakat membantu meningkatkan ketahanan sosial dan kualiti hidup rakyat. Perpaduan memiliki peranan penting dalam menghasilkan masyarakat MADANI yang mampan, sejahtera, berdaya cipta, saling hormat, berkeyakinan dan ihsan. Kerana itu, sebagai tanda kita menghargai kurnia Allah, mari kita bersama menjaga, memupuk dan menyuburkan perpaduan demi kesejahteraan negeri yang bertuah ini sesuai dengan saranan Allah SWT dalam ayat 103 surah Ali Imran yang berbunyi: َ وَٱعن تَصِ مُوا َ َ ِ بِِ َبنل َ ِ َّ للّ ٱ َ َ َ َتَفَرَّقُوا ۡۚ َو َ لَ َ جََ ِيعٗ ا َو َ ٱذنكُرُوا َ َ َ نِعنمَت َ ِ َّ للّ ٱ َ َ ُ عَلَينكُ م ن َإِذ ن َكُنت َ ن م َ ِ َ َقُلُوبِكُ م ن َفَأَصن بَحن تُم َبِنِعنمَتِه ن يۡ َ َب َ أَعندَ آء ٗ َفَأَلَّف َ ٓ ۦ َ َ ن َشَ فَا َحُف َٰ َ َ عَل َ ن إِخن وَ َٰنٗا َوَكُنتُم َ َ ر َ ٖ َمنِن َ ِ ٱلنَّار َ َ فَأَنقَذَكُ م َ منِننهَا َ َ ُ ِ ن يۡ َ كَذَ َٰلِك َ َيُب َ ُ َّ للّ ٱ َ َ ِ لَكُ م ن َءَايَ َٰتِه ۦ َ َ َ لَعَلَّكُ م ن َتَهنتَدُ ون ٣٠١ َ Maksudnya : “Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh- musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayah- Nya.” 4 SIDANG JUM‘AT YANG DIRAHMATI OLEH ALLAH AZZAWAJALLA, Kerajaan negeri pada Jumaat, 1 Disember 2023 yang lepas telah membentangkan belanjawan 2024 yang bertemakan “Bersama Membina Negeri Madani .” Iaitu hasrat menjadikan Negeri Sembilan sebagai model sebuah negeri maju yang bersatu padu, bertoleransi, saling hormat menghormati, bertamadun, ekonomi yang mampan dan kehidupan rakyat aman makmur dan sejahtera. Untuk mencapai hasrat tersebut, kerajaan negeri telah melaksanakan pengurusan kewangan madani dengan memberi perhatian kepada tiga bidang fokus utama iaitu aspek pengumpulan dan penjanaan kewangan, perlindungan dan pengagihan kekayaan dan pemantauan kekayaan. Belanjawan Tahun 2024 memperuntukan Anggaran Belanja Mengurus sebanyak RM 555 juta dan peruntukan bagi Anggaran Belanja Pembangunan pula disediakan sebanyak RM 140 juta. SIDANG JUM‘AT YANG DIRAHMATI OLEH ALLAH AZZAWAJALLA, Daripada RM 555 juta belanjawan yang telah dibentangkan, sejumlah RM 231.48 juta atau 41.71 peratus telah diperuntukkan khusus untuk melaksanakan pelbagai program dan projek di bawah sembilan Teras Aspirasi dan Skim Sejahtera Rakyat. Sembilan teras aspirasi tersebut ialah ; Teras 1: Ekonomi, pelaburan dan infrastruktur Teras 2: Pendidikan dan modal insan Teras 3: Kesejahteraan rakyat Teras 4: Belia, Wanita, keluarga, sukan dan keusahawan. 5 Teras 5: Tanah dan perumahan. Teras 6: Pertanian. Teras 7: Pelancongan dan alam sekitar Teras 8: Agama, adat budaya dan masyarakat orang asli. Teras 9: Perkhidmatan awam. Pada teras ke 8, sebanyak RM 27.41 juta disediakan bagi meneruskan dasar dan polisi meningkatkan syiar Islam di negeri bertuah ini. SIDANG JUM‘AT YANG DIRAHMATI OLEH ALLAH AZZAWAJALLA, Di bawah Skim Sejahtera Rakyat (SSR) kerajaan negeri telah memperuntukan sebanyak RM 29.75 juta. Skim tersebut terdiri daripada; 1. Pertama, caruman (one off) skim Simpanan Pendidikan Nasional RM 100 seorang kelahiran baharu anak-anak Negeri Sembilan. 2. Kedua, bantuan kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh RM 300 untuk 500 orang pelajar. 3. Ketiga, bantuan perkahwinan RM 500 anak negeri yang mendirikan rumah tangga kali pertama. 4. Keempat, sumbangan keceriaan tahunan (one-off) RM 200 kepada ibu tunggal senarai e-Kasih. 5. Kelima, RM 5,000 anugerah khas menamatkan pengajian dengan keputusan ijazah kelas pertama dari Institusi Pengajian Tinggi Awam. 6. Keenam, bantuan khas kemasukan ke IPTA sebanyak RM 1,000 ijazah sarjana muda, RM 750 diploma dan RM 500 sijil. 7. Ketujuh, sumbangan keceriaan (one-off) RM 200 kepada pemohon yang merupakan pengundi berdaftar di Negeri Sembilan yang berpendapatan tidak melebihi RM 3,000. 6 8. Kelapan, bantuan ‘food bank’ untuk keluarga termiskin di dalam sistem e-Kasih. SIDANG JUM‘AT YANG DIRAHMATI OLEH ALLAH AZZAWAJALLA, Allah Azzawajalla berfirman dalam Surah al-Lail ayat 4 – 10 : َ َ َٰ َّ تَّ َ إِن َّ َسَ عنيَكُ م ن َلَش ٤ َ َ َ فَأَمَّا َمَن ن َأَعنطَ ى َٰ َو َ َٰ َ ٱتَّق َ ٥ َ َ َ ِ َب َ وَصَ دَّ ق َ َٰ َ لۡن ُسن ن ٱ َ ٦ َ سّن ِ ُهُۥ َ فَسَ نُي َ َ َٰ سّن َى ُ لِلني ٧ َ َ َ َ َو َ بََ ِل َ ۢ وَأَمَّا َمَن َ َٰ َ ٱسن تَغنن َ ٨ َ َ َ ِ َب َ وَكَذَّب َ َٰ َ لۡن ُسن ن ٱ َ ٩ َ سّن ِ ُهُۥ َ فَسَ نُي َ َ َٰ سّن َ ى ُ لِلنع ٠١ َ َ Maksudnya : “Sesungguhnya usaha kamu memang berbeda-beda. Adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah) dan bertakwa, dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (surga), maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah. Dan adapun orang-orang yang bakhil dan merasa dirinya cukup, serta mendustakan pahala terbaik, maka kelak Kami akan menyiapkan baginya (jalan) yang sukar. maka kelak Kami akan menyiapkan baginya (jalan) yang sukar.” SIDANG JUM‘AT YANG DIRAHMATI OLEH ALLAH AZZAWAJALLA, Semoga Allah Azzawajalla, Pemilik negeri dan khazanah alam ini sentiasa memelihara dan mengurniakan limpahan rezeki ke atas rakyat negeri ini. Seterusnya Belanjawan Negeri Sembilan tahun 2024 dapat diurus dan dimanfaatkan ke arah membina negeri madani, serta diberkati Allah. 7 ُ ُ بَارَك َ الله ُ ِ ل ـ ُ ِ ي وَ لَ كُ م ۡ ف ـ ُ ۡ ي الۡ قُ ر ُ ِ آن ُ ِ الۡ عَ ظِ يم ُ ِ ، وَ نَ فَ عَن ــ ُ َ ي و ِ الۡۡ يَ ات َ إِ يآ اكُ م ۡ بِمَ ا فِيه ِ مِ ن ُ ۡ وَ الذِ كۡ ر ِ ال ـ ُ َ ح ـ كِ ي ـ ُ ِ م ُ آ ، وَ تَ قَ ب ـ ُ ل َ مِ ن ُ ِ ــ ُ ِ ي وَ مِ نكُ م ۡ ت ـ ُ ُ لََ وَ تَ ه ُ إِ نآ ه ُ هُ و َ السآ مِ يع ُ الۡعَلِ يم ُ ، أَ قُ ول قَ وۡ ل ُ ِ ـ َ ي هَ ذَ ا وَ أَسۡ تَ غۡ فِ ر ُ الله الۡعَظِ يم َ ل ُ ِ ـ ُ ۡ ي وَ لَ كُ م ُ ۡ ، وَ لِ سَ اۤئِر ِ ال ـ ُ ۡ مُ سۡ لِ مِ ين َ وَ ال ـ مُ سۡ لِ مَ اتِ ، ُ ۡ وَ ال ـ ُ ۡ مُ ؤۡ مِ نِين َ وَ ال ـ ُ ِ مُ ؤۡ مِ نَ ات ُ ۡ ، فَ اسۡ تَغۡ فِ رُوه ُ فَ يَ ا فَ وۡ ز َ ال ـ مُ سۡ تَغۡ فِ رِين َ وَ يَا نَجَ اة َ التآ اۤئِبِينَ .