MEDITASI HARIAN Aku lemah lembut. (Matius 11:29) Adakan ia menggangu anda karena Yesus menyebut diri-Nya lemah lembut? Kita sering menyamakan kelembutan dengan kelemahan, dan siapa yang menganggap Yesus lemah? Tetapi anehnya, kelemahlembutan adalah sebaliknya. Ia memerlukan kekuatan — satu kekuatan yang dapat mengendalikan dan menahan gerak hati kita sehingga kita dapat memperlihatkan kehadiran Allah. Bacaan pertama hari ini dari Zakharia memberikan ilustrasi yang sangat baik tentang pemerintah yang lemah lembut. Dia akan memusnahkan kuda-kuda dan busur perang dan akan memberitakan damai kepada bangsa-bangsa (Zakharia 9:10). Dia tidak mencetuskan pencerobohan dan menakluki dengan kekerasan, kerana dia adalah "penyelamat yang adil" yang kelemahlembutannya meredakan kemarahan dan keganasan (9:9). Itulah jenis kelemahlembutan dan kekuatan kelemahlembutan yang ditunjukkan oleh Yesus di sepanjang hayatNya. Yesus bukanlah seorang yang selalu "suka untuk bertengkar." Fikirkan tentang bagaimana Dia dengan tenang melalui di tengah- tengah orang ramai yang ingin membunuhNya (Lukas 4:30). Atau bagaimana Dia secara diam-diam menanggung penderitaan dan kematianNya. Walaupun Dia diperlakukan dengan kasar, seperti Hamba yang Menderita, “dia menyerah dan tidak membuka mulutnya” (Yesaya 53:7). Sebagai Anak Allah, Yesus boleh bertindak balas dengan menunjukkan kuasa yang menakutkan. Tetapi dia mengawal diri dan enggan membiarkan kemarahan menguasaiNya. Dia bertindak balas dengan cara yang aman, membuatkan musuhnya melucutkan senjata. Yesus memanggil kita untuk belajar kelembutan yang sama daripada-Nya. Jadi pertimbangkanlah: di mana anda perlukan sedikit kelemahlembutan? Mintalah Roh Kudus untuk membantu anda. Mungkin anda memerlukan rahmat untuk mengekang lidah anda dan bukannya membalas dengan kemarahan kepada yang menyinggungkan. Mungkin anda memerlukan kekuatan untuk bertindak dengan bijaksana apabila melihat ketidakadilan. Semakin banyak anda berlatih, semakin banyak anda meniru Yesus, semakin banyak kasih karunia-Nya menjadi dasar kelemahlembutan dan kerendahan hati di hatimu. “Yesus, tuntunlah aku di jalan kekuatan sejati melalui kelemahlembutan.” Minggu Biasa Ke Empatbelas Pekan II - Tahun A 9 hb Julai 2023 ___ LITURGI SABDA Pembacaan 1: ZAKHARIA 9:9-10 Mazmur Sahutan : AKU HENDAK MEMUJI NAMA-MU, YA ALLAH, RAJAKU, SELAMA-LAMANYA. Pembacaan 2: ROMA 8:9.11-13 Injil: MATIUS 11:25-30 ___ Pembacaan Minggu Hadapan Minggu Biasa Ke Limabelas Pekan III - Tahun A Pembacaan 1: YESAYA 55:10-11 Mazmur: MAZMUR 64: 10-14 Pembacaan 2: ROMA 8:18-23 Injil: MATIUS 13:1- 23 ___ JADUAL MISA HARIAN & ADORASI DI SHC Misa Harian 6.00 pagi (Isnin-Sabtu) Pengakuan Individu 10.00 - 11.00 pagi (Isnin-Jumaat) Saat Teduh 8.00 malam (Khamis) Devosi Kerahiman Ilahi 3.00 petang (Jumaat) ___ JADUAL MISA HUJUNG MINGGU & ADORASI SABTU Pengakuan Individu 4.30 - 5.30 petang Novena Devosi 5.00 petang Misa 6.00 petang (ING) AHAD Misa 7:00 pagi (CINA) 9.00 pagi (ING) 11.00 pagi (BM) www.shckk.org atau www.facebook.com/shckk ULANGTAHUN PENTAHBISAN IMAMAT 2 Jul 2023 (Ahad) Friar Gerald T. S, OFM 1 Tahun 6 Jul 2023 (Khamis) Fr. Saimon Bin William 25 Tahun 16 Jul 2023 (Ahad) Fr. Terans Thadeus 1 Tahun Marilah berdoa agar Allah terus memberkati pelayanan imamat mereka. DEVOSI MINGGU PERTAMA (SETIAP BULAN) TARIKH DEVOSI MASA & TEMPAT 2 Aug 23 (Rabu) Santo Josep 7.30PM, SHC 4 Aug 23 (Jumaat) Hati Kudus yang Mahakudus 7.30PM, SHC 5 Aug 23 (Sabtu) Hati Maria yang Tak Bernoda 11.00AM, Chapel PENAMAAN MPP SHC 2023 – 2025 Penamaan akan diadakan pada 9 hb Julai 2023 (Ahad). Borang penamaan boleh diambil di depan pintu masuk Gereja dan Pejabat Paroki SHC. Borang yang telah dilengkapi hendaklah dimasukkan ke dalam kotak di depan pintu masuk Gereja dan di Pejabat Paroki SHC. KAPELAN HOSPITAL Sila hubungi Fr. Russell Lawrine 0149512131, Fr. Terans Thadeus 0138842493, Pejabat Paroki SHC 223618, 224741, 262068, Fr. Gilbert Marcus 0168023946, Fr. Wilson Francis 0147018652. TAKLIMAT TENTANG SANTA PERAWAN MARIA DARI GUNUNG KARMEL - BAHASA INGGERIS Tema: “Our Lady of Mount Carmel Our Mother, Sister and Queen” Penceramah: Rev. Fr. George Chung Jen OCD TARIKH MASA TOPIK TEMPAT 13 Jul 23 (Khamis) 7.00 PM - 8.00 PM Perawan Maria sebagai Bonda F8, SHPC 7.00 PM - 8.00 PM Saat Teduh SHC 14 Jul 23 (Jumaat) 7.30 PM - 9.00 PM Perawan Maria sebagai Wanita F8, SHPC 15 Jul 23 (Sabtu) 2.00 PM - 3.30 PM Perawan Maria sebagai Ratu F8, SHPC Masuk adalah percuma dan terbuka kepada semua umat. PEMBAPTISAN BAYI DI KATEDRAL HATI KUDUS (BM) TARIKH MASA TEMPAT 16 Julai 2023 (Ahad) 3.00 PM SHC (Terhad kepada 50 orang) Pendaftaran dibuka dari 4 hb - 12 hb Julai 2023 (Pendaftaran ditutup jam 3.00 PM pada 12 hb Julai 2023 ) pada waktu pejabat. Ibu bapa dan penanggung diminta menghadiri taklimat pada hari Khamis, 13hb Julai 2023 jam 8.00 malam di Bilik F7. Kehadiran ibu bapa & penanggung adalah WAJIB. (Pendaftaran akan di batalkan sekiranya salah satu ibu-bapa atau penanggung gagal untuk menghadiri taklimat ini) Sila bawa salinan dokumen berikut: Sijil Lahir anak, Sijil Kahwin Gereja, Sijil Penguatan Penanggung dan Sijil Kahwin Gereja Penanggung (jika berkenaan). KURSUS PRA-PERKAHWINAN (B. INGGERIS) Sila rujuk di laman web kami, www.shckk.org KEPUTUSAN CABUTAN TIKET BERTUAH CWL SHC BAGI DANA SEMINARIAN Sila rujuk di E-bulletin Ingerris di www.shckk.org PENGAMBILAN BOYS’ BRIGADE Semua lelaki dan perempuan yang berumur 6-19 tahun dialu- alukan untuk menyertai Boys Brigade. Perjumpaan di adakan setiap hari Sabtu, 2.30 - 5.30pm di Sayap Kanan SHPC. Kempen pengambilan dijalankan sebelum dan selepas Misa hujung minggu ini di pintu masuk gereja. Mereka yang berminat bolehlah bertemu mereka untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut atau menghubungi Anna Liew di 014- 6798856. ALLAH MENEBUS DUNIA KITA - SEMINAR 3: SANG PENYELAMAT YANG DITUNGGUKAN OLEH DEACON DR. SHERMAN KUEK Tarikh: 4 hb -6 hb Ogos 2023 Tempat: Bilik F6 & F8 SHPC Sumbangan: RM45/Seorang (Pendaftaran dikira selepas pembayaran dibuat) Pendaftaran tutup: 26 hb Julai 2023 (untuk Sesi BM) Pendaftaran dibuat melalui: 1. Online: https://tinyurl.com/BORANG-Seminar-3 2. Booth: Booth akan dibuka di depan Gereja sebelum dan selepas Misa BM Untuk Maklumat lanjut sila hubungi: Herman (013-893 7887) Aveil (019-870 9172) PERTEMUAN WARGA EMAS (BM) Pertemuan ini akan diadakan pada: Tarikh: 30 hb Julai 2023 (Ahad) Masa: Selepas Misa BM Tempat: Sayap Kanan, Pusat Paroki SHC KOLEKSI KE 3 BAGI MEMBANTU TABUNG BANGUNAN GEREJA ST. PAUL (1 HB & 2 HB JULAI 2023) Jumlah kutipan: RM 17,976.85 SUMBANGAN PAROKI (1 HB & 2 HB JULAI 2023) Hitam RM 16,684.65 Merah RM 13,645.95