Provided for client's internal research purposes only. May not be further copied, distributed, sold or published in any form without the prior consent of the copyright owner. Transformasi Pendidikan Vokasional lahir graduan berkualiti Kuala Lumpur: Transformasi Pendidikan Vokasional (TPV) di- laksanakan bagi mengubah land- skap pendidikan teknikal dan vo- kasional (TVET) bagi mengha- silkan graduan berkualiti, ber- kemahiran serta kebolehpasaran sesuai Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0). Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Yusran Shah Mohd Yusof, berkata TPV dilak- sanakan bagi memartabatkan pendidikan teknikal dan voka- sional sebagai aliran perdana. Justeru, katanya, semua pihak perlu memaksimumkan penggu- naan platform Telegram Outre- ach Program Pendidikan Tekni- kal bagi meningkatkan keseda- ran kepentingan pendidikan tinggi teknikal dan vokasional untuk pertumbuhan ekonomi ne- gara. “Saya amat berharap saluran ini dapat memberikan informasi yang pantas dan terkini kepada pelajar supaya mereka mendapat pendedahan mengenai peluang pendidikan TVET di Malaysia dan seterusnya dapat meningkat- kan minat mereka untuk me- nyambung pelajaran selepas ta- mat Tingkatan Lima. “Ini juga akan membantu Ma- laysia dalam meningkatkan ke- dudukan pencapaian indikator School Life Expectancy pada masa akan datang,” katanya ketika me- lancarkan saluran media sosial Telegram Outreach Program Pendidikan Teknikal, semalam. Saluran itu menjadi platform untuk meningkatkan kesedaran dan keprihatinan masyarakat terhadap kepentingan pendidi- kan TVET dalam memenuhi ke- perluan tenaga mahir untuk pa- saran kerja masa hadapan. Telegram yang dibangunkan Perbadanan Produktiviti Mala- ysia (MPC) itu juga saluran un- tuk mempromosikan program TVET. Sementara itu, Ketua Pengarah MPC, Datuk Abdul Latif Abu Se- man, berkata antara cabaran di- kenal pasti mengekang pertum- buhan produktiviti adalah keku- rangan tenaga mahir untuk me- menuhi keperluan dan permin- taan pasaran kerja, baik dalam situasi semasa atau pada masa hadapan. “Krisis pandemik COVID-19 memburukkan lagi keadaan dan menyedarkan kita semua bahawa isu ini satu perkara yang serius yang boleh memberi impak bu- ruk kepada pertumbuhan pro- duktiviti negara. “Pekerja adalah aset produk- tiviti dan pekerja yang berkema- hiran akan melonjakkan pening- katan produktiviti,” katanya. Page 1 of 2 25 SEP, 2021 Transformasi Pendidikan Vokasional lahir graduan berkualiti Berita Harian, Malaysia SUMMARIES Kuala Lumpur: Transformasi Pendidikan Vokasional (TPV) dilaksanakan bagi mengubah landskap pendidikan teknikal dan vokasional (TVET) bagi menghasilkan graduan berkualiti, berkemahiran serta kebolehpasaran sesuai Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0). Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Yusran Shah Mohd Yusof, berkata TPV dilaksanakan bagi memartabatkan pendidikan teknikal dan vokasional sebagai aliran perdana.Justeru, katanya, semua pihak perlu memaksimumkan penggunaan platform Telegram Outreach Program Pendidikan Teknikal bagi meningkatkan kesedaran kepentingan pendidikan tinggi teknikal dan vokasional untuk pertumbuhan ekonomi negara. Page 2 of 2 25 SEP, 2021 Transformasi Pendidikan Vokasional lahir graduan berkualiti Berita Harian, Malaysia