Penukaran Fail PDF kepada Word (.Docx) 1. Buka www.google.com.my dan taip carian PDF to DOCX online converter 2. Hasil carian ada banyak sebenarnya. Tapi tutorial ini saya gunakan website pdf2docx.com . Klik link carian pertama ( atau boleh terus taip di browser https://www.pdf2docx.com ) 3. Paparan website tersedia. Tekan butang Upload Files untuk cari fail pdf yang nak tukar ke Word. 4. Dah keluar tetingkap untuk pilih fail PDF yang ingin ditukar ke pdf. Klik fail PDF tersebut dan tekan Open. 5. Fail mula dimuatnaik dalam server dan proses Converting sedang berlaku. Bergantung kepada kelajuan internet dan juga saiz fail, biasanya jangkamasa penukaran fail kecil adalah kurang dari 1 minit sahaja. 6. Apabila dah siap, butang Download akan terpapar. Klik je butang Download tu. 7. Boleh tukar nama fail jika perlu dan pastikan formatnya adalah .docx ya. Kalau tertinggal extension .docx mungkin fail tersebut tak boleh dibuka dengan microsoft Word. 8. Dah siap pun penukaran. Tapi hasil mungkin bergantung kepada kandungan asal fail PDF tersebut seperti yang saya terangkan di post tu. Jika hasil penukaran tu kosong maknanya fail tersebut ada sistem sekurity untuk mengelakkan kecurian maklumat dalam fail pdf tersebut. Selamat mencuba.
Enter the password to open this PDF file:
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-