1 KHUTBAH JUM‘AT TAJUK: MENCARI KETENANGAN HAKIKI TARIKH: 5 MEI 2023 / 14 SYAUWAL 1444 : ٱلۡ حَ مد ُ لِ لَّه ِ الۡقَ ائِل ِ وَمِن ْ ءَايَـٰتِه ۦ َ لَكُ م مِن ْ أَنفُسِكُ م ْ أَزْوَ ٰجً ا لِتَسْ كُنُوا إ ِ لََ ْهَا وَجَ عَل َ أَن ْ خَلَق َ فِ ِ ذَٰلِك َ لَـَايَـٰت ٍۢ لِقَوْم ٍۢ يَتَفَكَّرُون َّ َة ً ۚ إِن ْْح َ بَيْنَكُ م مَّوَدَّة ً وَر ١٢ (Surah ar-Rum : ayat 21) َ ا لَّ ُ لَّ آ الله ُ وَ حۡ دَ ه ِ لَّ آ إِ لَــٰه َ إ أَشۡ هَ د ُ أَ ن شَ رِيك َ لَ هُ ، وَ أَ شۡ هَ د ُ أَ ن آ مُ حَ مآ دً ا عَ بۡدُ ه ُ وَ رَ سُ ولُهُ . ٍ اللآهُ م آ صَ ل ِ وَ سَ لِ م ۡ عَ لَ ى سَ يِدِ نَا مُ حَ مآ د ٍ وَ عَ لَ ى آلِ ه ِ وَ أَ صۡ حَ ابِه ِ وَ مَ ن تَبِعَهُ م بِإِ حۡ سَ ان إِ لَى يَ وۡ م ِ الدِ ينَ . آ أَمآ ا بَ عۡ دُ ، فَ يَ ا عِ بَ اد َ الله، اِ تآ قُ وا الله َ حَ ق لَّ آ وَ أَنتُم مُّ سۡ لِ مُ ونَ . ِ لَّ َ تَمُ وتُ ن آ إ َ تُ قَ اتِهِ ، و SIDANG JUM‘AT YANG DIRAHMATI ALLAH SWT, Bertaqwalah kepada Allah Azzawajalla dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala tegahan-Nya. Marilah kita memelihara diri, keluarga dan masyarakat daripada segala perkara yang mengundang kemurkaan Allah Azzawajalla. Mimbar berpesan kepada jemaah sekalian agar memberikan tumpuan terhadap khutbah ini. 2 Jangan bercakap, berbual-bual atau bermain dengan sebarang bentuk gajet supaya pahala Jumaat kita tidak menjadi sia-sia. Mimbar pada hari ini membicarakan khutbah yang bertajuk “ MENCARI KETENANGAN YANG HAKIKI .” SIDANG JUM‘AT YANG DIMULIAKAN ALLAH AZZAWAJALLA, Bahagia ialah istilah yang sangat dekat dengan kehidupan kita. Setiap makhluk Allah Azzawajalla mengimpikan kebahagiaan, ketenangan, keseronokan dan ketenteraman. Manusia mendapatkan kebahagian dengan caranya yang tersendiri, manakala haiwan pula mencari ketenangan dengan caranya yang tersendiri. Orang tua, muda-mudi, kanak-kanak, remaja, Muslim dan bukan Muslim, semuanya mengidamkan kebahagian. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, bahagia bermaksud suasana senang dan aman, aman damai serta gembira. Kita selalu mengharapkan sesuatu yang terbaik dalam kehidupan kita di dunia, bahkan kehidupan akhirat juga. Namun hakikatnya, fitrah kehidupan ini berlaku sebagaimana putaran alam. Di alam ini ada malam dan siang, bulan dan matahari, waktu syuruq dan ghurub, demikian juga halnya dengan kehidupan kita. Ada masanya kita rasa tenang dan bahagia, dan ada kalanya kita menghadapi tekanan dan kesempitan serta tekanan yang memeritkan. Manusia pada akhir zaman ini mencari kebahagian dengan pelbagai kaedah. Ada manusia yang berasa bahagia apabila dia memiliki harta yang banyak, ada yang berasa tenang apabila dia mendapat jawatan yang hebat, ada yang berasa tenteram apabila dia memperoleh sanjungan. 3 Meskipun manusia tahu bahawa ini bukanlah kebahagian yang hakiki, namun mereka tetap mencarinya. Sedarkah kita bahawa kita terpaksa berkorban untuk mendapatkan kebahagiaan? Sebahagian daripada kita keluar seawal selepas subuh, ada yang keluar bekerja sebelum subuh, bahkan ada juga yang terpaksa “mengorbankan” solat subuh untuk memenuhi tuntutan mencari nafkah kehidupan. Dari pagi hingga petang bahkan lewat malam membanting tulang dan memerah keringat bagi mencari rezeki yang halal. Akibatnya, anak-anak terpaksa membesar secara bersendirian. Mereka kekurangan kasih sayang daripada ibu bapa lantaran desakan hidup. Bukan sahaja anak-anak, komunikasi antara suami dengan isteri juga turut terjejas. Kita tidak menyedari bahawa di sebalik kerapuhan hubungan dalam institusi keluarga, ada bisikan syaitan dan pihak ketiga yang mengambil kesempatan. Syaitan, makhluk yang terkutuk, pernah berjanji menyesatkan manusia. Firman Allah Azzawajalla dalam surah al-Hijr ayat 39 dan 40: ُ َّ لَه َ نَ ِ لََ ُزَي ِ نِ َ قَال َ رَب ِ بِمَا أَغْوَيْت ِ فِ ْ م ِ ٱ لَْ َرْض َ جْْ َعِين َ و َ لََ ُغْوِيَنَّهُم ْ أ ٩٣ ُ لَّ َّ عِبَادَك َ مِنْهُم ِ إ َ ٱلْمُخْلَصِ ين ٠٤ Maksudnya: “ Iblis berkata: "Wahai Tuhanku, disebabkan Engkau telah menjadikan aku makhluk yang sesat, maka aku akan sesatkan anak-anak Adam semuanya, melainkan hamba-hamba-Mu yang Engkau pilih merek a sebagai golongan yang ikhlas.” 4 SIDANG JUM‘AT YANG DIMULIAKAN ALLAH AZZAWAJALLA, Firman Allah Azzawajalla dalam surah al-Hadid ayat 20: ٱعْلَمُوا أَنَّمَا ُ لْْ َيَوٰة ٱ ٱلدُّنْيَا ٌ لَعِب ٌ وَلَهْو ٌ وَزِينَة َ وَت ٌ فَاخُر ٌ ٍۢ بَيْنَكُ م ْ وَتَكَ اثُر ِ فِ ِ ٱ لَْ َمْوَ ٰل َ و ِ ٱ لَْ َوْلَـٰد ۖ Maksudnya: “Ketahuilah bahawa kehidupan dunia hanyalah permainan, hiburan, perhiasan, perlumbaan menunjukkan kemegahan dan kebanggaan harta kekayaan dan keturunan.” Persaingan dalam mengejar kehidupan duniawi dalam a yat ini dijelaskan lagi dengan hadis Nabi SAW yang diriwayatkan Sayidina Iyad bin Himar ( عياض بن حمار ) radiallahuanhu yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah Azzawajalla mewahyukan kepadaku, “Handaklah kamu bersikap tawaduk, agar kamu tidak menzalimi dan bermegah-megah sesama sendiri.” SIDANG JUM‘AT YANG DIMULIAKAN ALLAH AZZAWAJALLA, Kes perceraian pasangan Islam di negara kita tidak boleh dipandang remeh. Data yang dikeluarkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) menunjukkan bahawa kes perceraian pasangan Islam paling tinggi yang direkodkan di seluruh negara sepanjang tahun 2021 membabitkan negeri maju seperti Selangor dan Johor. Daripada keseluruhan 45,420 kes penceraian yang didaftarkan di seluruh negara pada 2021, Selangor mencatatkan 8,811 kes, diikuti Johor 5,058 kes, manakala Negeri Sembilan 2,477 kes. 5 Ada banyak faktor yang merapuhkan institusi rumah tangga. Antaranya ialah sikap pasangan yang tidak mampu menahan sabar apabila diuji. Ujian yang datang sama ada dalam bentuk tingkah laku, harta, zuriat, kesetiaan dan sebagainya menyebabkan terlerainya rumah tangga yang dibina atas dasar suka sama suka dan perjanjian untuk sehidup semati. Tidak dinafikan bahawa perceraian diharuskan dalam Islam. Namun, apa yang dibimbangkan ialah kesan perceraian terhadap nafkah dan tanggung jawab. Lazimnya perceraian menyebabkan wanita menjadi mangsa apabila bekas suami enggan menunaikan nafkah yang diperintahkan oleh mahkamah. Anak-anak juga menjadi terbiar dan kekurangan kasih sayang kerana bapa atau ibu sengaja bersikap cuai. SIDANG JUM‘AT YANG DIMULIAKAN ALLAH AZZAWAJALLA, Ketahuilah bahawa memberikan kegembiraan kepada pasangan merupakan salah satu tanggungjawab dalam berumah tangga. Ada orang yang sanggup mengeluarkan belanja yang lebih untuk orang lain sedangkan dia begitu bakhil terhadap isteri dan anak-anaknya. Sikap sebegini adalah tidak baik. Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Sayidina Abu Hurairah radiallahuanhu: إِ ذَ ا أنْ فَ ق َ الرآجُ ل ُ علَ ى أهْ لِ ه ِ يَحْ تَ سِ بُهَ ا فَ هُا َا و لَا هُا صَ دَ قَ ةا Maksudnya: “Suami yang mengeluarkan perbelanjaan untuk ahli keluarganya (seperti isteri dan anak) untuk mencari keredaan Allah, hakikatnya dia melakukan sedekah.” 6 SIDANG JUM‘AT YANG DIMULIAKAN ALLAH AZZAWAJALLA, Terimalah hakikat bahawa tiada orang yang sempurna dalam kehidupan di dunia ini. Menyayangi tanpa syarat bermakna kita menerima kekurangan diri sendiri dan orang lain. Ketahuilah bahawa setiap orang ada kelebihan dan kekurangan. Marilah kita mengamalkan doa yang berikut: اللآهُ م آ إنِ ي أَا سْا ألُ كَ ا ا حُا َا بآ كَ ، و حُ ب آ مَ ن يُا حِا ، َك ُّب ا َا و العَا مَا لَا ا الآذي ا يُا بَا لِ غُ نِا يْا ا حُا بآ كَ ا Maksudnya: “Ya Allah, aku memohon agar dapa t mencintai-Mu, menyayangi orang yang mencintai-Mu dan mengasihi amalan yang dapat menyampaikan aku kepada cinta-Mu. ” (Riwayat Tirmizi) بَارَك َ الله ُ ل ـِا ي وَ لَكُ م ۡ فِ ي ِ الۡۡ يَات َ الۡ قُ رۡ ءَ ان ِ الۡعَظِ يمِ ، وَ نَ فَ عَنِ ي وَ إِ يآ اكُ م ۡ بِ مَ ا فِيه ِ مِ ن وَ الذِ كۡ رِ الۡ حَ كِ يمِ ، وَ تَ قَ بآل َ مِ نِ ي وَ مِ نكُ م ۡ ت ِ لََ وَ تَه ُ إِ نآه ُ هُ و َ السآ مِ يع ُ الۡ عَلِ يمُ ، أَقُ ول ُ قَ وۡ لِ ي لِا َ هَ ذَ ا وَ أَ سۡ تَغۡ فِ ر ُ الله َ الۡعَ ظِ يم ـ ي وَ لَ كُ مۡ ، وَ لِ سَ اۤئِا ر ِ الۡا ـ وَ الۡا َ مُ سۡ لِ مِ ين ـ مُ سۡ لِ مَ اتِ ، وَ الۡا ـ مُ ؤۡ مِ نِين َ وَ الۡا ـ مُ ؤۡ مِ نَ اتِ ، فَ اسۡ تَغۡ فِ رُوه ُ فَ يَ ا فَ وۡ ز َ الۡا ـ مُ سۡ تَ غۡ فِ رِين َ وَ يَ ا نَجَ اة َ التآ اۤئِبِي نَ .