1 KHUTBAH JUM‘AT TAJUK : KEMATIAN ITU PASTI TARIKH: 15 OKTOBER 2023 / 29 SAFAR 1445 : ٱلۡ حَ مد ُ لِ لَّه ِ الۡقَ ائِل ُّ ل ُ ك ُّ ُّ ُ ُّذَآئِقَة ٖ نَفۡس ٱ ُّ ِ لۡمَوۡت ُّ ُّ َ وَإِنَّمَا ُّتُوَفَّوۡن َ ُّأُجُورَكُم ۡ ُّيَوۡم ٱ ُّ ِ لۡقِيَ َٰمَة ُّ ُّ ِ فَمَن ُّزُحۡ زِح َ ُّعَن ٱ ُّ َّ ل ُّ ِ ار ُّ ُّ َ وَأُدۡخِل ٱ ُّ َ لۡۡ َنَّة ُّ ُّ فَقَد ۡ ُّفَاز َ َُّۗوَمَا ٱ ُّ ُ لۡۡ َيَوَٰة ُّ ٱ ُّ ٓ لدلنۡيَا ُّ ُّ ُ ُّمَتَ َٰع َّ َّل ِ إ ٱ ُّ ِ لۡغُرُور ُّ ٥٨١ ُّ (Surah ali-Imran ayat 185) ُ ُ الله ُ وَ حۡ دَ ه َّ لَّ ِ إِ لَــٰه َ إ َّ لَّ أَشۡ هَ د ُ أَ ن ، ُ ُ شَ رِيك َ لَه َ لَّ ُ ُ ، وَ أَشۡ هَ د ُ أَ ن َّ مُ حَ مَّ دً ا عَ بۡدُ ه وَ رَ سُ ولُهُ . اللَّهُ م َّ صَ ل ِ وَ سَ لِ م ۡ عَ لَ ى سَ يِدِ نَا مُ حَ مَّ د ٍ وَ عَ لَ ى آلِ ه ِ وَ أَ صۡ حَ ابِه ِ وَ مَ ن تَبِعَ هُ م بِإِ حۡ سَ ان ٍ إِ لَى يَوۡ م ِ الدِ ينَ . ُ ُ أَمَّ ا بَعۡ د ، فَ يَا عِ بَ اد َ الله ُ ِ ، اِ تَّ قُ وا الله َ حَ ق َّ تُ قَ اتِ ه ُ ۡ لَّ َّ وَ أَنتُم مُّ س ِ لَّ َ تَ مُ وتُ ن َّ إ َ ، و لِ مُ ونَ . SIDANG JUM‘AT YANG DIRAHMATI ALLAH AZZAWAJALLA, Bertaqwalah kepada Allah Azzawajalla dengan memelihara diri, keluarga dan masyarakat daripada melakukan perkara yang dilarang oleh Allah Azzawajalla. Jangan bercakap atau bermain dengan gajet agar pahala Jumaat tidak menjadi sia-sia. Mimbar pada hari ini membicarakan topik “KEMATIAN ITU PASTI.” 2 SIDANG JUM‘AT SEKALIAN, Kematian, kesudahan yang pasti bagi setiap makhluk yang bernyawa. Kematian tidak berlaku secara kebetulan, sebaliknya kematian merupakan ketentuan yang ditakdirkan oleh Allah Azzawajalla yang bersifat al-Iradat . Walaupun kita mengetahui bahawa kematian itu pasti, masih ada lagi dalam kalangan kita yang seolah-olah tidak mempedulikannya. Ada yang masih terlalu sibuk dengan urusan keduniaan yang tidak berkesudahan seperti mencari rezeki, makan, minum, berkeluarga dan mengumpulkan harta. Tidak kurang juga ada yang terlalu memikirkan perkara yang akan berlaku pada masa akan datang, ibarat angan-angan mat jenin, sayang akan kuasa dan melayan syahwat, sedangkan dia lupa bahawa umur terus bergerak ke hadapan menuju noktahnya. Hakikatnya, mencari dunia bukanlah kesalahan. Akan tetapi yang salah ialah terlampau haloba dengan dunia sampai tidak ingat hari kematian. Kehidupan kita sementara sahaja dan tidak kekal. Yang abadi hanyalah Allah Azzawajalla. Oleh itu, amatlah rugi jika kita sekadar menghirup udara dan menghela nafas tanpa merenungkan persediaan yang boleh dibawa ke alam baqa. Ingatlah, jika sakaratul maut datang menjengah, hancurlah semua harapan dan angan-angan. Hanya lailahaillallah (لا إله إلا الله) yang boleh dijadikan bekalan. SIDANG JUM‘AT SEKALIAN, Kita sering mendambakan pengakhiran yang baik atau disebut sebagai husnul khatimah (حسن الخاتمة) . Akan tetapi, adakah kita mengambil langkah yang sepatutnya untuk mendapatkan husnul khatimah ini? Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Sayidina Anas bin Malik radiallahuanhu, Rasulullah SAW bersabda: 3 ُ ِ إ ُ َ ذ ُ َ ا أ ُ َ ر ُ ِ اد َ الله ُ ب ُ َ ع ُ ب ُ َ د ٍ خ ُ ي ُ ِ رًا ا ُ س ُ َ ت ُ ع ُ َ م ُ ُ لَ ه ُ َ ، ف ُ ِ ق ُ ي ُ َ ل ُ َ : ك ُ ي ُ َ ف ُ َ ي ُ س ُ َ ت ُ ع ُ ِ م ُ ُ لُ ه ُ َ ي ُ َ ا ر ُ ُ س ُ و ُ ِ ل َ الله ُ َ َ ُ َ ال ُ ُ : ي ُ َ و ُ ُ فِ قُ ه ُ ِ ل ُ َ ع ُ َ مَ ل ٍ ص ُ ِ ال ُ َ َ ٍ ح ُ ب ل َ ال ـ ُ َ م ُ و ُ ِ ت Maksudnya: “ Sekiranya Allah menghendaki kebaikan untuk hamba- Nya, Dia menjadikan hamba itu beramal. Sahabat bertanya kepada Nabi SAW” Bagaimanakah caranya?” Jawab Rasulullah SAW “Allah memberinya pedoman melakukan amalan yang soleh sebelum meninggal dunia.” (Riwayat Tirmizi) Dalam hadis yang lain, Abu Umamah al-Bahili radiallahuanhu meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang sahih : ُ ِ إ ُ َ ذ ُ َ ا أ ُ َ ر ُ ِ اد َ الله ُ ب ُ َ ع ُ ب ُ َ د ٍ خ ُ ي رًا ُ ُ َ ط ُ ُ هَّ رَه ُ ُ َ َ ُ ب ُ َ ل ُ ُ َ م ُ و ُ ِ تِه ، ُ ُ َ َ ُ َ الُوا: و ُ َ م ُ ا طَهُ و ُ َ ر ُ الع ُ ب ُ َ َ ِ د ُ َ ال: ع ُ َ م ٌ ل ُ َ ص ُ ِ الِ ح ٌ يُلهِ مُ ه ُ إ ُ َّ ي ُ َ اه ُ ح ُ َّ ت ُ ى يَ ق ُ َ بِ ضَ ه ُ ع ُ َ ل ُ ي ُ ِ ه Maksudnya: “ Sekiranya Allah menghendaki kebaikan untuk hamba- Nya, Dia menyucikan hamba itu sebelum dia meninggal dunia. Sahabat bertanya kepada Nabi SAW” Bagaimanakah cara hamba itu disucikannya?” Jawab Rasulullah SAW “Allah memberinya pedoman sentiasa melakukan amalan yang soleh sehingga dia mati dalam keadaan melakukan amalan yang soleh tersebut.” (Riwayat Tabarani) Hadis ini menjelaskan kepada kita bahawa antara tanda husnul khatimah termasuklah keinginan, kesungguhan dan istiqamah seseorang itu melaksanakan amalan yang baik sebelum dia menghembuskan nafas terakhir. 4 Ada juga kisah yang memaparkan tentang kesudahan yang buruk atau su’ al -khatimah (سوء الخاتمة) yang boleh dijadikan iktibar. Dalam kitab Majma’ az -Zawaid (مجمع الزوائد) ada dinukilkan kisah kematian Abu Lahab. Mayatnya dibiarkan selama dua atau tiga hari tanpa diuruskan oleh ahli keluarganya. Hal ini disebabkan masyarakat Arab berasa jijik terhadap nanah yang terdapat pada tubuh Abu Lahab. Akhirnya mayat Abu Lahab dicampak ke dalam sebuah lubang dan dilemparkan dengan batu. SIDANG JUM‘AT SEKALIAN, Kita disunatkan menyebut : ُ ِ إ ُ َّ ن ُ ِ ا ل ُ َّ ل ُ َ ه ِ و ُ ِ إ ُ َّ ن ُ ِ ا إ ُ َ ل ُ ي ُ ِ ه ُ َ ر ُ ُ اجِ ع ُ َ ون ... ُ apabila mendengar berita musibah atau kematian. Kita juga perlu menunaikan hak Muslim yang telah meninggal dunia seperti melakukan solat jenazah, mendoakan keampunan dan bersedekah kepada keluarga si mati bagi meringankan kesedihan. Mengakhiri khutbah minggu ini, marilah kita bersama-sama mengamalkan doa yang berikut: ُ ِ الْخِ رَة ِ الُْمُ ور ِ كُ لِ هَ ا، وَ أَ جِ رنَ ا مِ ن خِ زي ِ الدُّ نيَ ا وَ عَ ذَ اب اللَّهُ م َّ أَ حسِ ن عَ ا َِبَ تَ نَ ا فِ ي Maksudnya: “Ya Allah, berikanlah kesudahan yang elok untuk semua urusan kami, dan hindarilah kami daripada kenistaan kehidupan di dunia dan azab di akhirat. ” ُ ِ بَارَك َ الله ُ لِ ي وَ لَكُ م ۡ فِ ي الۡقُ رۡ ءَ ان ِ الۡعَظِ يم ِ الْۡ يَات ِ وَ الذِ كۡ ر َ ، وَ نَ فَ عَنِ ي وَ إِ يَّاكُ م ۡ بِمَ ا فِيه ِ مِ ن ُ ۡ الۡ حَ كِ يمِ ، وَ تَقَ بَّل َ مِ نِ ي وَ مِ نكُ م ُ ُ ت ِ لََ وَ تَه ُ إِ نَّه ُ هُ و َ السَّ مِ يع ُ الۡعَلِ يم ََ وۡ لِي هَ ذَ ا ُ أ َ َُ ول ، ُ ۡ لِي وَ لَكُ م َ وَ أَسۡ تَغۡفِ ر ُ الله َ الۡعَظِ يم ُ ِ وَ ا لۡۡ ُسۡ لِ مَ ات َ ، وَ لِ سَ اۤئِر ِ ا لۡۡ ُسۡ لِ مِ ين َ ، وَ ا لۡۡ ُؤۡ مِ نِين ُ ِ وَ ا لۡۡ ُؤۡ مِ نَات ، فَ اسۡ تَغۡفِ رُوه ُ فَ يَا فَ وۡ ز َ ا لۡۡ ُسۡ تَغۡفِ رِين َ وَ يَ ا نَجَ اة َ التَّاۤئِبِينَ .