0 Tarikh Dibaca: 29 SEPT 2023M l 13 RABI’UL AWWAL 1445H Tajuk: “ JADILAH HAMBA YANG BERDOA ” *** Terbitan: Unit Khutbah Bahagian Pengurusan Masjid JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR Khutbah Jumaat 29 Sept 2023M l 13 Rabi’ul Awwal 1445H : “ JADILAH HAMBA YANG BERDOA ” Jabatan Agama Islam Selangor 1 “ JADILAH HAMBA YANG BERDOA ” ا لْ حَ مْ د ُ لِ لَّه ِ الْ قَ ائِل: وَإِذَا ُ قَرِيب ٌۖ أُجِيب ِ ِ نّ ِ فَإ ِ ِ نّ َ عِبَادِي ع َ سَ أَلَك َ دَعۡوَة ٱ ِ لدَّاع َ بِ ِ لَعَلَّهُم ۡ يَرۡشُ دُ ون ْ لِ ِ و َ لۡۡ ُؤۡمِنُوا ْ عََ ن ِ ِۖ فَلۡيَسۡ تَجِيبُوا َ إِذَا د ٦٨١ 1 َّ لَّ ْ أَ شْ هَ د ُ أَن َ َ إِ لَه َّ لَّ ِ إ ا لَّ َ شَ رِيك َ لَه ُ وَ أَ شْ هَ د ُ أَن َّ مُ حَ مَّ دً ا ُ للَّ ه ُ وَ حْ دَ ه عَ بْ دُ ه ُ وَ رَ سُ وْ لُهُ . ا َ َّ وسَ لِ م عَ لَ ى سَ يِ دِ نَ ا مُ حَ م ِ للَّهُ م َّ صَ ل د ٍ وَ عَ لَ ى َ ِ آلِ ه ے َ ِ وَ صَ حْ بِ ه ے َ َ أَجْ مَ عِيْن َ َ أَمَّ ا بَعْدُ ، فَ ي ا َ َ أ يُّ هَ ا ا َ َ لْْ ُسْ لِ مُ ون ! َ َ اِ تَّ قُ وا ْ اللَّ ه ! أُ وْ صِ يكُ م ْ وَ إِ يَّ اي َ بِتَ قْ وَ ى َ ِ الل َ فَ قَ د ْ فَ ا ا . َُتَّ قُ ون ْْل َ َ قَ ال ا للَّه ُ تَ عَ الَى: َ َّ للَّ يَ َٰٓأَيُّهَا ٱ لََّّ ِين َ ءَامَنُوا ْ ٱتَّقُوا ْ ٱ َ لَ َ تُقَاتِهِۦ و َّ حَق َ لَ َّ وَأَنتُم مُّسۡ لِمُون ِ تَمُوتُن َّ إ ٢٠١ 2 Muslimin yang dirahmati Allah SWT sekalian, Marilah kita tingkatkan ketakwaan kehadrat Allah SWT iaitu menurut segala perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya supaya kita memperoleh keredaan dan keberkatan hidup di dunia dan di akhirat. Khutbah hari ini adalah bertajuk “ JADILAH HAMBA YANG BERDOA .” Muslimin yang dirahmati Allah, Amalan berdoa merupakan salah satu daripada elemen yang penting dalam kehidupan seseorang Muslim. Hukum berdoa adalah sunat ataupun mustahab (digalakkan). Ia merupakan pengakuan kepada kekuasaan Allah 1 al-Baqarah : 186. 2 ali-Imran : 102. Khutbah Jumaat 29 Sept 2023M l 13 Rabi’ul Awwal 1445H : “ JADILAH HAMBA YANG BERDOA ” Jabatan Agama Islam Selangor 2 SWT. Seruan berdoa boleh dilakukan sama ada dalam keadaan senang atau susah, dikala suka mahupun duka, secara bersendirian atau berjemaah. Perintah berdoa terdapat dalam surah al-Baqarah ayat 186: وَإِذَا َ نّ ِ ِ قَرِيب ٌۖ أُجِيب ُ دَعۡوَة ِ فَإ ِ ِ نّ َ سَ أَلَك َ عِبَادِي ع ِ ٱلدَّاع ِۖ ِ عََ ن َ إِذَا د “Dan apabila hamba -hamba-ku bertanya kepadamu mengenai aku, maka (beritahu kepada mereka) ‘Sesungguhnya Aku sentiasa hampir (kepada mereka). Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaku ’ .... ” Menurut Imam al-Qurtubi, ayat ini menunjukkan perintah Allah SWT supaya sentiasa berdoa dan beribadah kepadanya dan dijanjikan bahawa doa-doa yang dipohon akan dikabulkan. Demikian juga Allah SWT murka terhadap orang yang tidak berdoa. Firman Allah SWT dalam surah Ghafir ayat 60: َّ إِن َ ٱ لََّّ ِين َ تِ ِ سَ يَدۡ خُ لُون َ جَ هَنَّم َ دَاخِرِين َ بِِ ُون َ عَن ۡ عِبَاد ۡ يَسۡ تَك ٠٦ “Sesungguhnya orang -orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku, akan masuk Neraka Jahannam dalam keadaan hina.” Abu Hurairah Radiallahuanhu pula meriwayatkan tentang kelebihan berdoa seperti dalam hadis Nabi SAW bersabda: َ ِ لَيْس َ ش َ يْ ء ٌ أَكْ رَم َ عَ لَ ى اللَّه ِ تَعَالَى مِ ن َ الدُّ عَ اء “ Tidak ada sesuatu yang lebih mulia disisi Allah SWT daripada berdoa. ” (Riwayat al-Tirmizi). Khutbah Jumaat 29 Sept 2023M l 13 Rabi’ul Awwal 1445H : “ JADILAH HAMBA YANG BERDOA ” Jabatan Agama Islam Selangor 3 Muslimin yang mulia, Amalan saling mendoakan antara seorang dengan yang lain adalah sunnah Rasulullah SAW yang sewajarnya menjadi ikutan dan tauladan oleh setiap umatnya. Doa berperanan menjalin kasih sayang dan mengeratkan perhubungan mesra sesama insan. Sebagai contoh, Rasulullah SAW menyuruh kita mendoakan orang yang bersin. Hadis daripada Abu Hurairah Radiallahuanhu bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “ Apabila salah seorang daripada kamu bersin, maka hendaklah ia menyebut Alhamdulillah. Dan menjawab bagi saudara atau sahabatnya yarhamkallah (Semoga Allah merahmatimu). Maka apabila seseorang menyebut kepadanya (orang yang bersin) Yarhamkallah, maka hendaklah menyebut Yahdikumullah wa Yuslih baalakum (semoga Allah memberi pe tunjuk dan memperbaiki sifatmu).” (Riwayat al-Bukhari). Ibnu Abbas Radiallahuanhuma pula menceritakan pengalamannya melalui sebuah hadis; “ Suatu ketika Nabi Muhammad SAW memasuki bilik air. Lalu aku meletakkan air untuk Baginda berwuduk. Baginda bertanya! Siapakah yang meletakkan air ini? Setelah Baginda diberitahu, Baginda pun berdoa: َ ِ اللَّهُ م َّ فَ قِ هْ ه ُ ف َ ِ ي الدِ ين َ “Ya Allah pandaikanlah dia dalam bidang agama ” (Riwayat al-Bukhari). Demikian juga apabila mendapat berita bahawa sahabat kita ditimpa musibah sama ada disebabkan kematian atau sebagainya, sunat kita mengucapkan takziah atau mendoakannya tanda simpati seperti berikut: Khutbah Jumaat 29 Sept 2023M l 13 Rabi’ul Awwal 1445H : “ JADILAH HAMBA YANG BERDOA ” Jabatan Agama Islam Selangor 4 َ َ إنَّا لِ لَّه ِ وإنَّا إلَيْه ِ رَاجِ عُون Dalam kitab al-Adzkar, lafaz takziah ialah: َ َ أ َ ْ ع َ َ ظ َ َ م َ ُ الل َ َ أ َ ْ ج َ َ ر َ َ ك ، َ َ و َ َ أ َ ْ ح َ َ س َ َ ن َ َ ع َ َ ز ا َ َ ئ َ َ ك ، َ َ و َ َ غَ ف َ َ ر َ َ لِْ َيِتِك “ Semoga Allah membesarkan pahalamu dan membaikkan kesabaranmu dan mengampunkan bagi si matimu. ” Demikianlah indahnya Islam mendorong agar umatnya saling mendoakan tanpa mengira kedudukan dan pangkat, tanpa mengira orang yang dikenali atau tidak. Amalan ini sudah pasti dapat menjalin kasih sayang dan perhubungan yang mesra sesama umat. Lebih-lebih lagi mendoakan orang tanpa pengetahuannya itu adalah antara doa yang tidak akan terhalang. Hadirin yang dirahmati Allah SWT, Sesungguhnya setiap doa atau permohonan kepada Allah SWT itu hendaklah diiringi dengan sifat takwa, iaitu menunaikan perintah Allah SWT dan meninggalkan larangan-Nya, supaya doa itu dimakbulkan, tidak tergantung-gantung atau ditolak. Dalam kitab Al-Majalis Al-Saniyyah, seorang ahli Sufi bernama Ibrahim bin Adham, ketika berjalan di pasar Bashrah, orang ramai datang mengerumuninya, diantara mereka ada yang bertanya; “Kami sudah berdoa, tetapi k enapa doa kami tidak dikabulkan?” Ibrahim bin Adham lantas menjawab; “ Doa kamu tidak dimakbulkan kerana hati-hati kamu telah mati, dengan beberapa sebab; 1. Kamu mengenal Allah, tetapi kamu tidak menyempurnakan haknya. Khutbah Jumaat 29 Sept 2023M l 13 Rabi’ul Awwal 1445H : “ JADILAH HAMBA YANG BERDOA ” Jabatan Agama Islam Selangor 5 2. Kamu menyangka kamu mencintai Rasulullah SAW, tetapi kamu meninggalkan sunnahnya. 3. Kamu membaca Al-Quran, tetapi kamu tidak beramal dengannya. 4. Kamu makan nikmat-nikmat Allah, tetapi kamu tidak bersyukur kepadanya. 5. Kamu katakan bahawa mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia untuknya. Daripada kata-kata tersebut, jelas membayangkan betapa doa itu adalah berkait rapat dengan hati, iaitu hati yang hidup dengan amalan serta iman dan takwa, yang akan memperolehi kemurahan dan perkenan Allah SWT. Muslimin Yang dirahmti Allah SWT Para Ulama menyatakan, orang yang wajar didoakan antaranya; 1. Mendoakan Nabi Muhamad SAW dengan mengucapkan selawat kepada baginda. Hadis daripada Abu Hurairah Radiallahuanhu bahawa Rasulullah SAW bersabda: مَ ن صَ لَّ ى عَ لَ ي َّ واحِ دَ ة ً صَ لَّ ى اللَّه ُ عليه عَ شْ رًا “Siapa yang mengucap kan selawat untukku satu kali, Allah akan member inya rahmat sepuluh kali ganda.” (Riwayat Muslim). 2. Mendoakan Ahli keluarga Rasulullah SAW, Para Sahabat dan pengikut Baginda, selepas sempurna mengucapkan doa dan selawat keatas Baginda. 3. Medoakan ibu bapa kita, sebagai membalas jasa keduanya yang memelihara dan mendidiknya diwaktu kecil, dengan doa memohon Allah SWT memberi keampunan dosa-dosa mereka. Khutbah Jumaat 29 Sept 2023M l 13 Rabi’ul Awwal 1445H : “ JADILAH HAMBA YANG BERDOA ” Jabatan Agama Islam Selangor 6 4. Mendoakan anak supaya menjadi anak yang soleh sebagaimana Nabi Ibrahim Alaihissalam mendoakan anakya dalam surah al-Saffat ayat 100: ِ ِ رَب َ لِ ِ مِن ۡ هَب َ ٱلصَّ َّٰلِحِي ٠٠١ “ Wahai Tuhanku ! kurniakan kepadaku anak yang tergolong daripada orang- orang yang soleh” 5. Mendoakan ulama dan guru yang mengajar kita ilmu yang bermanfaat. Ia merupakan adab terhadap guru, semoga ilmu yang diajar itu mendapat keberkatan. 6. Mendoakan Orang yang berbuah baik kepada kita. Rasulullah SAW menyuruh berdoa; َ َ جَ زَاك خَ يْرًا ُ اللَّ ه maksudnya; “ semoga Allah membalasmu dengan kebaikan. ” (Riwayat Ibnu Hibban). 7. Mendoakan orang yang memusuhi kita termasuk yang bukan Islam dengan doa: َّ اللَّهُ م ِ اهْ د َ َ لَّ َ يَعْلَمُ ون ْ قَ وْ مِ ي فَ إِ نَّ هُ م 8. Selain daripada itu, menurut Fudhail bin ‘ Iyadh, sekiranya aku mempunyai doa yang mustajab, nescaya orang yang pertama aku doakan ialah pemimpin aku, kerana jika pemimpin itu baik, nescaya baiklah rakyat dan sejahteralah negara. Muslimin yang dirahmati Allah, Walau bagaimanapun, kita diingatkan jangan sesekali memohon sesuatu doa yang tidak baik keatas diri sendiri, anak, harta benda, atau ke atas sesiapa sahaja dari hamba Allah seperti mendoakan seseorang supaya Khutbah Jumaat 29 Sept 2023M l 13 Rabi’ul Awwal 1445H : “ JADILAH HAMBA YANG BERDOA ” Jabatan Agama Islam Selangor 7 dilaknat Allah SWT, dipendekkan usia, ditimpakan bala bencana, dimusnahkan harta benda dan lain-lain perkara buruk. Islam mengajar kita sekiranya dizalimi oleh seseorang maka hendaklah menyerahkan perkara itu kepada Allah SWT. Menurut Aishah Radiallahuanha bahawa Rasulullah SAW suka memilih doa-doa yang lengkap dan padat yang menghimpunkan perkara penting mengenai urusan dunia dan akhirat. Antara doa-doa baginda adalah: َ َّ الل َ ُ ه َ َّ م َ ِ إ َ ِ ن َ َ ى أ َ ْ س َ َ ئ َ ُ ل َ َ ك َ ْ ال َ َ ع َ ِ اف َ َ ي َ ِ ة ف َ ُّ ى الد َ ْ ن َ َ ي َ َ ا و َ َ ْ لَّ ا َ ِ خ َ َ ر َ َّ ة الل َ ُ ه َ َّ م َ ْ ار َ ُ َ ْ ق َ ِ ن ى َ َ ط َ ِ ي َ ً ب ا وَ اسْ تَعْمِ لْنِ ي َ ً صَ الِ ح ا َ َّ الل َ ُ ه َ َّ م َ ِ إ َ ِ ن َ َ ى أ َ ْ س َ َ ئ َ ُ ل َ َ ك َ ُ اله َ َ د ى َ َ و َ َّ الت َ َ ق َ َ ى و َ ْ ال َ َ ع َ َ ف َ َ اف و َ ْ ال َ ِ غ َ َ ن ى “Ya Allah aku memohon keselamatan di dunia dan di akhirat, Ya Allah, berilah kami rezeki yang baik (halal) dan jadikan kami seorang yang soleh (baik amalan). Ya Allah, aku memohon petunjuk, takwa, kesucian diri, dan bergantung pada diri sendiri. ” Demikian juga seseorang yang berdoa itu disaran supaya memelihara dirinya daripada makan minum yang haram, kerana yang demikian itu adalah salah satu syarat yang terpenting bagi penerimaan doa. Para Ulama berkata; “Doa itu laksana kunci, dan anak kuncinya ialah makanan yang halal.” Saudara-saudara muslimin yang mulia, Bagi mengakhiri khutbah ini, marilah kita menghayati saranan berikut; 1. Umat Islam hendaklah yakin bahawa Allah SWT berkuasa mengabulkan doa hamba-Nya, sama ada menyegerakan atau menangguhkannya. Khutbah Jumaat 29 Sept 2023M l 13 Rabi’ul Awwal 1445H : “ JADILAH HAMBA YANG BERDOA ” Jabatan Agama Islam Selangor 8 2. Umat Islam hendaklah saling mendoakan antara satu sama lain supaya selamat daripada kemurkaan Allah SWT dan selamat daripada azab api neraka. 3. Umat Islam dilarang mendoakan sesiapa sahaja hamba Allah akan sesuatu perkara yang tidak baik walaupun kepada diri sendiri. 4. Umat Islam hendaklah berdoa dengan harapan tertanamlah sifat mahmudah dan terbuanglah sifat mazmumah. للَّ َّ ِ مِن َ الشَّ يْطَ ان ِ ال أَعُوْذ ُ بِا ِ رَّجِيْم ٱ ْ دۡعُوا ُ عَ ا وَخُفۡيَة ًۚ إِنَّه ُّ َ ضَ َ رَبَّكُ م ۡ ت ۥ ُّ يُُ ِب َ لَ ٱ َ لۡمُعۡتَدِين ٥٥ “ Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas. ” (al- A’raf ayat : 55) َ ُ بَارَك َ الل ْ لِي ْ وَ لَكُ م ْ فِ ي الْ قُ رْآن ِ الْعَظِ يْمِ ، وَ نَ فَ عَنِ ي ْ وَ إِ يَّاكُ م بِمَ ا فِيْه ِ مِ ن َ الآيَات ِ وَ الذِ كْ ر ِ الْ حَ كِ يْم ِ وَ تَقَ بَّل َ مِ نِ ي ْ وَ مِ نْكُ م ْ تِلا وَ تَهُ ، إِ نَّه ُ هُ و َ السَّ مِ يْع ُ الْعَلِ يْمُ . َ ُ أَقُ ول َ ْ قَ وْ لِي هَ ذَ ا ِ وَ أَسْ تَغْفِ ر ُ الل َ الْعَظِ يْم َ لِي ْ وَ لَكُ م ْ وَ لِ سَ آئِر ا لْْ ُسْ لِ مِ يْن َ وَ ا لْْ ُسْ لِ مَ اتِ ، فَ اسْ تَغْ فِ رُوْ ه ُ إِ نَّه ُ هُ و َ الْغَفُ وْ ر ُ الرَّحِ يْمُ . Khutbah Jumaat 29 Sept 2023M l 13 Rabi’ul Awwal 1445H : “ JADILAH HAMBA YANG BERDOA ” Jabatan Agama Islam Selangor 9 KHUTBAH KEDUA َ ُ الْ حَ مْ د َ لِ لَّه ِ الَّ ذِ ي ْ جَ عَلَنَا مِ ن َ ِ ا لْْ ُسْ لِ مِ يْنَ ، وَ ر َ َقَ نَا مِ ن َ الطَّي ِبَات َّ لَّ ْ أَ شْ هَ د ُ أَن َ َّ لَّ ِ إِ لَه َ إ َ ُ الل َ َ لَّ ُ وَ حْ دَ ه َّ لَهُ ، وَ أَشْ هَ د ُ أَن َ شَ رِيْك مُ حَ مَّ دً ا عَ بْدُ ه ُ وَ رَ سُ وْ لُهُ . اللَّهُ م َّ صَ ل ِ وَ سَ لِ م ْ وَ بَارِك ْ عَ لَ ى سَ يِ دِ نَا ٍ مُ حَ مَّ د وَ عَ لَ ى َ ِ آلِ ه ِ إِ لَى يَوْ م ٍ تَبِعَهُ م ْ بِإِ حْ سَ ان ْ وَ مَ ن ِ وَ صَ حْ بِه َ ِ الدِ يْنِ . أَمَّ ا بَعْ دُ ، فَ يَا عِ بَاد َ الل ! َ َ اِ تَّقُ وا ْ اللَّه ! َ أُوصِ يكُ م ْ وَ إِ يَّاي . َا لْْ ُتَّقُ وْ ن َ فَ ا ْ بِتَقْ وَ ى الل ِ فَ قَ د Hadirin yang dirahmati Allah sekalian, Marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah SWT dengan melakukan ketaatan kepada-Nya dan menjauhkan diri daripada perbuatan keji dan maksiat. َّ إِن ٱ َ َّ للَّ ُ وَمَلَ َٰٓئِكَتَه ۥ َ َ عَل َ يُصَ لُّون ٱ ًۚ ِ ِ ِ لنَّب يَ َّٰأَيُّهَا ٱ َ لََّّ ِين ِ ءَامَنُوا ْ صَ لُّوا ْ عَلَيۡه وَسَ لِِمُوا ْ تَسۡ ليم ا ٦٥ ا ٍ وَ سَ لِ م ْ عَ لَ ى سَ يِ دِ نَا مُ حَ مَّ د ِ للَّهُ م َّ صَ ل َ َ وَ عَ لَ ى آلِ ه ِ و ِ أَصْ حَ ابِه َ َ أَجْ مَ عِيْن َ َ ِ وَ ا لْْ ُؤْ مِ نَات َ وَ ا لْْ ُؤْ مِ نِيْن ِ وَ ا لْْ ُسْ لِ مَ ات َ لِ لْمُ سْ لِ مِ يْن ْ اغْ فِ ر َّ اللَّهُ م َ َ ْ ال َ ِ حْ يَاء ْ مِ نْهُ م َ ِ وَ الَمْ وَ ات ِ ، إِ نَّك َ سَ مِ يْع ٌ قَ رِيْب ٌ مُ جِ يْب ُ الدَّ عَ وَ ات Khutbah Jumaat 29 Sept 2023M l 13 Rabi’ul Awwal 1445H : “ JADILAH HAMBA YANG BERDOA ” Jabatan Agama Islam Selangor 10 وَ يَا قَ اض ِ ي َ الْ حَ اجَ اتِ . َ َ ا َ َّ لل َ ُ ه َ َّ م َ َ أ َ ِ ع َ َّ ز َ ْ ال َ َ سلام و َ ُ ْ لْ ا َ ْ س َ ِ ل َ ِ م َ ْ ي َ َ ن ، ِ وَ أَهْ لِ ك الْكَ فَ رَة َ وَ ا لْْ ُبْتَدِ عَ ة َ وَ ا لْْ ُشْ رِكِ يْنَ . َ َ َ َ بِنَبِيِ ك َ إِ لَيْك ُ وَ نَتَوَ سَّ ل َ إِ نَّا نَسْ أَلُك َّ اللَّهُ م َ َ ال َ مِ يْنِ ، وَ نَسْ أَلُك َ َ الْ حُ سْ ن َ بِأَسْ مَ آئِك ى، الْعُظْمَ ى َ وَ صِ فَ اتِك ، ِ بِعَيْن َ تَحْ فَ ظ ْ أَن َ ِ عِ نَايَتِك َ الرَّبَّانِيَّة ، َ َ وِقَ ايَتِك َ الصَّ مَ دَ انِيَّةِ ، جَ لا ِ وَ بِحِ فْ ظ َ لَة مَ لِ كِ نَا َ ِ ا لْْ ُعَظَّم ، َ سُ لْطَان سلا َ ُ ڠ ور، سُ لْطَان شَ رَف ُ الدِ ين ادريس شاه الحج َ َ ابن ا لْرحوم سُ لْطَان صَ لا ح ُ الدِ ين عبد العزيز شاه َ وَ التَّ وْ فِيْقَ ، وَ الصِ حَّ ة َ وَ الْهِ دَ ايَة َ الْعَوْ ن ِ أَدِ م َّ الحج. اَللَّهُ م َ َ وَ السَّ لا َ َ م َ َ ة َ مِ نْ كَ ، لِ وَ لِى ِ عَ هْ د ِ سلا َ ُ ڠ ت ور، ڠ ِ كو أَمِ ير شَ اه اِ بْن السُّ لْطَان شَ رَف ُ الدِ ين ادريس شاه الحج ، َ ِ ف َ ْ ي َ َ أ َ َ وَ صَ لا ٍ مْ ن ٍ ح ْ وَ الِ كْ رَامِ . اَللَّهُ م َّ أَ طِ ل ِ وَ كَ رَمک يَا ذَ االْ جَ لال َ بِمَ نِ ك ٍ وَ عَ افِيَة َ َ وَ الْبِلا ِ وَ الرَّعِ يَّة َ لِ لْمُ وَ ظَّفِ يْن ِ مُ صْ لِ حَ يْن عُ مْ رَهُ مَ ا ْ وَ بلِ غ دِ ، َ َ مَ قَ اصِ دَ هُ مَ ا لِ طَرِيق ِ الْهُ د ى وَ الرَّشَ ادِ . َ َ Ya Allah! Kurniakanlah petunjuk kepada kami untuk mendirikan solat fardu lima waktu secara berjemaah, menunaikan zakat melalui Lembaga Zakat Selangor, mewakaf harta melalui Perbadanan Wakaf Selangor dan menginfakkan harta pada Tabung Infak Jariah Umat Islam Selangor (TIJARI) dan kepada anak-anak yatim melalui Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE). Jadikanlah kami antara hamba-Mu yang menjaga amanah. Kuatkan iman kami agar menjauhi perbuatan khianat serta jauhkan kami termasuk Khutbah Jumaat 29 Sept 2023M l 13 Rabi’ul Awwal 1445H : “ JADILAH HAMBA YANG BERDOA ” Jabatan Agama Islam Selangor 11 dalam golongan yang mengabaikan tanggungjawab dan jauhi negeri dan negara kami daripada kehancuran disebabkan perbuatan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. Serahkan tanggungjawab memimpin negara kami kepada hamba-Mu yang amanah dan jujur serta tegas lagi berani menegakkan kebenaran dan melaksanakan keadilan berlandaskan syariat. Jadikanlah Ya Allah masjid dan surau di Negeri Selangor rumah- rumah-Mu yang aman, mempersatukan dan menjadi nadi kekuatan ummah. َ َّ اللَّهُ م َ َ يَا دَ افِع َ الْبَلاَ ءِ ، اِ دْ فَ ع ْ عَ نَّا هَ ذَ ا الْوَ بَاء َ وَ الْبَلا َ َ ء َ وَ ا لْْ َرَض ٍ ش َ ىْ ء ِ عَ لَ ى كُ ل َ إِ نَّك ُ يَا لَطِ يْف َ وَ الشَّ دَ ائِد َ وَ ا لْْ ِحَ نَ ، بِلُطْفِ ك قَ دِ يْر ٌ وَ بِالْ ِجَ ابَة ِ جَ دِ يْرٌ . َ ٖ و ُ رَبَّنَا هَب ۡ لنَ َا مِن ۡ أَزۡوَ َّٰجِنَا وَذُرِِيَّ َّٰتِنَا قُرَّة َ أَعۡ ي ٱ جۡ عَلۡنَا لِلۡمُتَّقِي َ إِمَاما ٤٧ ٓ رَبَّنَا ِ فِ ِ ٱ لۡأٓخِرَة ِ حَ سَ نَة ا وَقِنَا عَذَاب َ ٱلنَّار َ فِ ِ ٱلدُّنۡيَا حَ سَ نَة ا و ءَاتِنَا ١٠٢ َ ِ عِ بَاد َ اللَّه ، َّٰ َ بَ ۡ ذِي ٱلۡقُر ِٕ وَإِيتَآي ِ َ يَأۡمُر ُ بِٱلۡعَدۡ ل ِ وَٱ لۡۡ ِحۡ سَ َّٰن َّ للَّ إِن َّ ٱ َّٰ َ وَيَنۡه َ ِ ِۚ يَعِظُ كُ م ۡ لَع ۡ عَن ِ ٱلۡفَحۡ شَ آء ِ وَٱلۡمُنكَر ِ وَٱ لۡۡ َغ َ لَّكُ م ۡ تَذَكَّرُون ٠٩ فَ اذْ كُ رُوا ْ الل َ الْعَظِ يْم َ يَذْ كُ رْكُ م ْ وَ اشْ كُ رُوْ ه ُ عَ لَ ى نِعَمِ ه ِ يَزِدْ كُ مْ ، وَ اسْ أَلُوْ ه ُ مِ ن ْ فَ ضْ لِ ه ِ يُعْطِ كُ م ْ وَ لَذِ كْ ر ُ الل ِ أَكْ بَر ُ وَ اللَّه ُ يَعْلَم ُ مَ ا تَصْ نَعُونَ .