1 “BULAN SEJUTA ANUGERAH” 2 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Teks Khutbah Jumaat Tahun 2024 KHUTBAH : BULAN SEJUTA ANUGERAH ُ سْتَعِيْنُه َ سْتَغْفِرُه ُ وَن َ ال ِ وَجْ هِه ِ وَعَظِيْم ِ سُلْطَانِهِ، نَحْمَدُه ُ وَن َ لِيْق ُ بِ جَل َ لّه ِ حَمْدًا ي ِ الحَمْد ُ ل َ أَ عْمَالِنَا، مَن ْ يَهْدِه ِ اللّه ُ فَلا ِ عُوْذ ُ بِاللّه ِ مِن ْ شُرُوْر ِ أَ نْفُسِنَا، وَمِن ْ سَيِّئَات َ سْتَهْدِيْهِ، وَن َ وَن َ هُ، أَ شْهَد ُ أَ ن ْ لَا إِ له َ إِ لَّّ ا اللّهُ، وَحْدَه ُ لَا شَر ِيْك َ لْه ُ فَلا َ هَادِي َ ل ِ ضْ ل ُ هُ، وَمَن ْ ي َ ل َّ ّ مُضِ ل يْهِ، َ امُه ُ عَل َ اللّه ِ وَسَل ُ وَات َ هُ، صَل ُ سَيِّدَنَا وَحَبِيْبَنَا مُحَمَّّدا ً عَبْدُه ُ وَرَسُوْل َّ ّ هُ، وَأَ شْهَد ُ أَ ن َ ل دِيْنِ، ّ وْم ِ ال َ ى ي َ ه ِ وَأَ صْ حَابِه ِ وَالتَّّابِعِيْنَ، وَتَابِع ِ التَّّابِعِيْن َ لَهُم ْ بِإِ حْ سَان ٍ إِ ل ِ ى آل َ وَعَل عْدُ، فَيَا عِبَاد َ اللّهِ، اتَّّقُوْا اللّهَ، أُوْصِيْكُم ْ وَإِ يَّّ اي َ بِتَقْوَى اللّه ِ ، فَقَد ْ فَاز َ الْمُتَّّقُوْنَ، َ أَ مَّّ ا ب يْ ْ ي بَعْد َ آَعُوْذ ُ بِي لله ي مين َ الش َّ يْطَ ان ي الرَّج ي يْْ ي: ي فِ ي الْقُرْ آن ي الْكَر َ لَ قَال َ الله ُ تَعَا ُ ْ يْ ي كُ ُ ْ تُر ْ حََ ُوْ نَ ﴾ صَ دَ ق َ الله ُ الْعَظ َّ ﴿ وَهَذَ ا كيتَاب ٌ آَنْزَلْنَاه ُ مُبَارَك ٌ فَاتَّبيعُوْه ُ وَاتَّقُوْا لَعَل Sidang Jumaat yang dirahmati dan dikasihi oleh Allah SWT sekalian, Mimbar ini ingin mengajak tuan - tuan sekalian, agar marilah kita sentiasa berusaha, untuk meningkatkan ketaqwaan kehadrat Allah SWT, dengan cara kita melaksanakan segala titah perintahNya, dan pada masa yang sama kita berusaha sedaya upaya meninggalkan segala tegahan dan laranganNya. Mudah - mudahan yang demikian itu, Allah SWT menggolongkan kita semuanya, dalam kalangan hamba - hambaNya yang soleh insya Allah, hamba - hambaNya yang bersyukur dan bertaqwa, yang selamat dan bahagia di dunia dan akhirat insya Allah.. Allaahumma aamiin ya rabbal aalamiin. 22 MAC 2024/11 Ramadan 1 445 3 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Sidang Jamaah rahimakumullaah ... Alhamdulillaah ... pada hari ini, hari jumaat penghulu segala hari, kita masih diberikan ruang dan peluang oleh Allah SWT untuk meneruskan kehidupan di atas muka bumi Allah SWT ini, dan yang lebih utama, Allah mengizinkan tubuh badan kita sihat untuk melakukan amal ketaqwaan kepadaNya, mengucapkan keampunan dariNya setiap masa ketika berpuasa di bulan Ramadan bulan mulia, dan mudah - mudahan amalan yang kita lakukan, diterima dan dirahmati serta diberkati oleh Allah SWT insya Allah. Sidang Jumaat yang berbahagia, Bulan Ramadan adalah suatu bulan di mana turunnya Al - Quran kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Jesteru itu, sayugianya bagi kita menghargai Al Quran dalam seluruh kehidupan seharian kita supaya kita sentiasa berinteraksi dengan Al - Quran adalah dicadangkangkan beberapa perkara berikut : PERTAMA: MENCINTAI AL - QURAN AL - KARIM Antara tanda - tanda seorang itu cinta pada Allah ialah mereka mencintai Al - Quran. Lihatlah cucunda Rasul SAW yang bernama Al - Hasan bin Ali yang berpesan : maksudnya, “ Sesungguhnya orang - orang sebelum kamu menggangap Al - Quran sebagai satu Rasail (yakni perutusan dari tuhan mereka, mereka mentadabburnya (yakni menghayati dan mendalaminya) pada waktu malam dan mengamalkannya pada waktu siang. ” Sikap cinta terhadap Al - Quran telah melahirkan generasi yang mengutamakan al - Quran dari segala - galanya. Pernah berlaku di zaman Rasul SAW seorang sahabat nabi yang dipanah ketika menunaikan solat, meneruskan bacaan satu surah al - Quran yang panjang iaitu surah al - Kahfi. Setelah selesai solat, beliau ditanya mengapa beliau melakukan demikian, sahabat tersebut menjawab: Teks Khutbah Jumaat Tahun 2024 22 MAC 2024/11 Ramadan 1 445 4 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah “ Aku sedang membaca satu surah dan aku tidak suka menghentikannya. ” Beginilah sikap para sahabat terhadap Al - Quran Al - Karim. Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah SWT sekalian, KEDUA : MEMBACA AL - QURAN DENGAN BAIK Allah SWT memerintahkan kita membaca al - Quran dengan betul dan mengikut hukum tajwid. Firman Allah SWT: (( وَرَ تيل ي الْقُرْ آن َ تَرْتيي ْ لًا )) سورة المزمل Maksudnya : “ Dan Bacalah Al - Quran dengan tartil yakni perlahan - lahan ”. Surah Al - Muzammil ayat 4 Rasul SAW dalam banyak hadith menggalakkan kita membaca Al - Quran dan memperbanyakkanya dan menjelaskan bahawa Allah SWT memberikan ganjaran membaca setiap huruf dengan sepuluh ganjaran serta mendapat kedudukan yang tinggi di dalam syurga. Orang yang membaca Al - Quran akan mendapat syafaat Allah SWT di akhirat kelak. Dari Abi Umamah Al - Bahili R.A berkata : Aku dengar Rasulullah SAW bersabda: “ ا ي صْْ َابيه َ تِ ي يَوْم َ الْقييَامَة ي شَ فييعا ا لأ قْرَآُوْا الْقُرْ آنَ ، فَاِنَّه ُ يَأ ” Mafhumnya: “ Bacalah Al - Quran, maka sesungguhnya ia datang pada pada hari kiamat nanti sebagai syafaat (penolong) kepada tuan yang membacanya .....” Hadith Riwayat Imam Muslim Teks Khutbah Jumaat Tahun 2024 22 MAC 2024/11 Ramadan 1 445 5 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Sidang Jumaat yang Berbahagia, KETIGA: MEMAHAMI AL - QURAN Allah SWT menurunkan al - Quran bukan untuk dibaca semata - mata tetapi lebih jauh dari itu, Allah SWT menurunkan al - Quran untuk dihayati dan difahami. Firman Allah Taala di dalam Surah al - Zumar 23 yang bermaksud : “ Allah telah menurunkan perkataan yang paling baik (iaitu) Al - Quran yang serupa (mutu - mutu ayatnya) lagi berulang - ulang hukum - hukum, pelajaran dan kisah - kisah, gementar kerana Al - Quran kulit - kulit orang yang takut kepada tuhan - Nya, kemudian menjadi tenang kulit dan hati mereka diwaktu mengingati Allah. Itulah petunjuk Allah, dengan kitab itu dia memberi hidayah kepada siapa yang dikehendakinya. Dan barangsiapa yang disesatkan Allah, maka tidak ada seorangpun pemberi petunjuk baginya. ” Justeru itu Al - Quran perlu dijadikan kitab petunjuk dalam seluruh kehidupan kita. Kita wajib memahami dan meyakini segala isi kandungan Al - Quran tanpa syak dan ragu - ragu lagi. Kita tidak boleh ragu - ragu dengan hukum - hukum yang ada di dalam Al - Quran, seandainya kita ragu dengan satu ayat yang ada di dalam Al - Quran dan hukum - hukumnya maka ianya boleh menjejaskan keimanan kita kepada Allah SWT atau dengan kata lain boleh membatalkan iman kita. Kalau Al - Quran menyebut sesuatu itu haram kita wajib percaya dan yakin bahawa itu adalah haram, begitu juga kalau Al - Quran mengatakan bahawa itu adalah halal, maka kita yakin dan percaya bahawa ianya halal. Saudara - saudaraku sidang Jumaat sekalian, Cara keempat menghargai nikmat Al - Quran iaitu beramal dengan kandungannya. Antara tujuan utama Al - Quran diturunkan adalah untuk diamalkan sama ada dalam diri, keluarga, masyarakat mahupun negara. Janganlah Al - Quran itu hanya dibaca pada hari kematian atau sebagai pembukaan kepada sesuatu majlis semata - mata bahkan hendaklah sentiasa menjadi kelaziman seharian kita. Sepatutnya Al - Quran menjadi amalan dalam kehidupan umat Islam. Al - Quran adalah kitab penyelesaian kepada masalah manusia. Teks Khutbah Jumaat Tahun 2024 22 MAC 2024/11 Ramadan 1 445 6 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Janganlah kita menjadi seperti golongan yang mencabar Al - Quran secara teori dan amali. Cuba kita lihat kejahilan dan kerendahan nilai manusiawi hari ini, sehingga anak tidak melayan ibu bapa, suami tidak menghiraukan rumah tangga, berlaku krisis jiwa dan moral yang terlalu parah, kes - kes bunuh diri, maksiat - maksiat yang merebak, menyebarkan penyakit - penyakit berbahaya yang tidak mampu diubati oleh perubatan moden, jenayah yang merebak, maksiat tidak dianggap maksiat di atas nama kebebasan, jenayah berlaku di barat mengikut perkiraan saat, bukan lagi perhitungan hari,bulan dan tahun. Setiap saat berlaku jenayah rompakan, pembunuhan dan perjudian, hiburan dibawa ke mana - mana, berlaku keruntuhan nilai yang parah, walaupun negara barat itu terdapat negara yang kaya, namun kekayaan itu memusnahkan mereka sendiri, kekayaan yang membakar diri sendiri . Justeru itu tidak ada jalan penyelesaian melainkan dengan kembali dan beramal dengan Al - Quran. Marilah kita mengambil peringatan dari pesanan Nabi SAW yang bermaksud: “ Akan zahir di kalangan umatku di akhir zaman nanti, mereka membaca Al - Quran tetapi al - Quran hanya sampai ke halkumnya sahaja tetapi tidak sampai ke hati. ” Sidang Jumaat yang Dirahmati Allah sekalian, Sebagai kesimpulannya marilah kita buktikan keimanan kita kepada Al - Quran Al - Karim dengan menghargai Al - Quran yang menjadi mukjizat agung nabi Muhammad SAW yang pastinya membahagiakan hidup sepanjang zaman, Berusahalah melaksanakan segala tuntutan Al - Quran dan meninggalkan segala larangan di dalamnya. Marilah kita melaksanakan amanah Al - Quran yang akan menyelamatkan kita di alam dunia, alam barzakh dan alam akhirat Insya Allah. Aamin ya rabbal aalamiin. Teks Khutbah Jumaat Tahun 2024 22 MAC 2024/11 Ramadan 1 445 7 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah ڃ ڃ ڃ چ چ ُّ ٱ نى ني هج هم هى هي يج يح يخ يم يى يي ذٰ رٰ ىٰ ٌّ ٍّ َّ الإسراء: ٩ Maksudnya : “ Sesungguhnya Al - Quran ini memberi petunjuk kepada( jalan) yang lurus dan memberi khabar gembira kepada orang - orang mukmin yang mengerjakan amalan soleh, dan sesungguhnya bagi mereka pahala yang amat besar. ” ِ ي ْ وَ إِيَّ اكم ُ بِما َ فِ يه ِ مِ ن َ ا لْْ َيَ ات ِ ى ِ القُ رآن ِ العَ ظِ يمِ ، وَ نَ فَ عَ ن ى ي ْ وَ لَ كم ُ ف ِ باَ رَ ك َ الله ُ ل َ لََ وَ تَ ه ُ إِ نَّ ه ُ هُ و ِ ي ْ وَ مِ نْ كُم ْ ت ِّ ى وَ الذِّ كْ ر ِ الحَ كِ يْ مِ ، وَ تَ قَ بَّ ل َ مِ ن ُ السَّ مِ يع ُ العَ ليِمُ . أَقُ ول ِ ي ْ وَ لَ كُم ْ وَ لِ سَ ائِ ر ِ الَ مُ سْ لِ مِ ي ى َ وَ المُ سْ لِ مَ ات ِ ي ْ هَ ذَ ا وَ أَسْ تَ غْ فِ ر ُ الله َ العَ ظِ يم َ ل ِ قَ ول َ وَ يَ ا نَ جَ اة َ المُ سْ تَ غْ فِ رِ ين َ وَ المُ ؤمِ نَ اتِ ، فَ اسْ تَ غْ فِ رُ وْ هُ ، فَ يَ ا فَ وْ ز َ ى وَ المُ ؤمِ نِ ي التَّ ائِ بِ يى َ . Teks Khutbah Jumaat Tahun 2024 22 MAC 2024/11 Ramadan 1 445