JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN TEKS KHUTBAH Tajuk : USAH TERTIPU LAGI! Tarikh Dibaca: 17 Syawal 1445H/ 26 April 2024M Disediakan oleh : Cawangan Khutbah & Latihan Bahagian Pengurusan Masjid Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Khutbah Jumaat Usah Tertipu Lagi! 1 USAH TERTIPU LAGI! 26 April 2024M/ 17 Syawal 1445H الحمْد ُ لِل ـ ِ ه َ ين ِ َم الْعَال ِ رَب يْهِ، أَ شْهَد ُ أَ ن ْ ل َ سْتَغْفِرُه ُ وَنَتُوب ُ إِ ل َ سْتَعِيْنُه ُ وَن َ ، نَحْمَدُه ُ وَن َٰ َ ا إِ ل ه َ إِ ل ا الل ـ ُ ه ْ هُ، اَللهُم صَل ِ وَسَلِم ُ هُ، وَأَ شْهَد ُ أَ ن مُحَمدًا عَبْدُه ُ وَرَسُوْل َ وَحْدَه ُ لَا شَر ِيْك َ ل بِيِنَا َ ى ن َ عَل ى َ مُحَمد ٍ وَعَل آ ِ دَعْوَتِه ِ ه ِ وَصَ حْبِه ِ وَمَن ْ دَعَا ب ِ ل ِ إ وْم ِ الدِيْنِ. َ ى ي َ ل عْدُ، فَيَا عِبَاد َ الل َ أَ ما ب ـ ِ ه ْ ، اِتقُو ا الل ـ هَ، أ ْ فْسِي َ وْصِيْكُم ْ وَن بِتَقْوَى الل ـ ْ عَلـكُم َ ه ِ وَطَاعَتِه ِ ل فْلِحُونَ. ُ ت ڃ ڃ ڃ چ چ چ ېىى ئائائەئەئوئوئۇ ئۇئۆ ئۆ ئۈ ئۈئې ئېئې چ Sidang Jemaah yang dirahmati Allah , Marilah kita bertakwa kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala suruhan - Nya dan meninggalkan segala laran gan - Nya. Semoga kita semua dibangkitkan dalam kalangan orang - orang yang bertakwa di akhirat kelak. Mimbar mengingatkan para jemaah sekalian, marilah kita meneruskan amalan - amalan selepas Ramadan terutama istiqamah menunaikan solat fardu lima waktu secara berjemaah di masjid dan surau dan bersama - samalah menyemarakkan kempen “Subuh Macam Jumaat” yang diadakan di masjid - masjid sekitar Wilayah Persekutuan. Semoga segala amal ibadah dan kesungguhan kita mengimarahkan rumah Allah mendapat limpahan rahmat dan ganjaran pahala yang banyak daripada Allah SWT. Marilah bersama kita hayati bicara khutbah pada hari ini yang bertajuk “Usah Tertipu Lagi!” Khutbah Jumaat Usah Tertipu Lagi! 2 Sidang Jemaah yang dirahma t i Allah, Kita kini berada dalam era yang semakin berkembang luas dan mencabar dengan k ecanggihan dan kepesatan teknologi digital. Pelbagai maklumat boleh diakses dalam masa yang singkat dan pantas. Semuanya hanya dihujung jari sahaja. Kesemua ini telah memberikan kita banyak manfaat dalam ke hidup an dan tugas - tugas seharian. Namun , perlu disedari bahawa disebalik kemudahan ini juga terdapat sebahagian manusia yang menyalahgunakannya semata - mata untuk memperdaya masyarakat dengan pelbagai taktik penipuan demi meraih laba atau keuntungan lumayan dalam masa yang singkat. Mereka membutakan mata dan memekakkan telinga tidak menghiraukan suruhan Allah SWT supaya mencari rezeki yang halal la gi baik sebagaimana yang telah ditegaskan Allah SWT menerusi firman - Nya di dalam Surah al - Baqarah, ayat 168, yang bermaksud: " Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu." Dalam usaha membanteras jenayah scammer atau jenayah penipuan kewangan dalam talian , pihak kerajaan terutamanya Polis Diraja Malaysia, Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia tela h banyak mengambil langkah - langkah pencegahan yang proaktif untuk menyedar dan memperingatkan masyarakat. A maran - amaran telah diberi dan penyebaran informasi telah dilaksanakan , namun saban hari masih ramai lagi orang awam yang terpedaya dan menjadi mangsa. Menurut statistik kes dan kerugian jenayah online scam yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri bagi tahun 2023 sahaja , jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan ialah sebanyak 29,535 kes, manakala j umlah keseluruhan kerugian yang dicatatkan ialah melebihi RM950 juta adalah sangat menakutkan. Khutbah Jumaat Usah Tertipu Lagi! 3 Justeru, mimbar memperingatkan kepada kita semua, berwaspadalah dengan manusia yang bersikap seperti musang berbulu ayam. Aw asilah ahli keluarga dan kenalan dari pelbagai jenis penipuan di atas talian yang semakin menjadi - jadi dalam negara Sidang Jemaah yang dirahmari Allah, Pelbagai taktik licik telah digunakan oleh penjenayah bagi menipu dan memperdaya mangsa. Di a ntara jenis - jenis scam atau penipuan yang sering kali berlaku ialah phishing iaitu kegiatan mencuri data peribadi. Penipuan M acau iaitu penyamaran sebagai penguatkuasa yang membuat panggilan menerusi panggilan telefon, penipuan tawaran kerja iaitu pendahuluan wang deposit sebelum ditawarkan kerja, penipuan parsel iaitu bayaran wang untuk mendapatkan kotak barangan, penipuan cinta iaitu pasangan hilang tanpa dikesan selepas menerima wang dan penipuan e - dagang iaitu beli lain tetapi tidak menerima barang yang sepatutnya, penipuan pelaburan iaitu mangsa dijanjikan mendapat pulangan pelaburan yang besar namun akhirnya penjenayah menghilangkan diri. Oleh itu hendaklah kita sentiasa berwaspada dengan pelbagai taktik yang digunakan penjenayah agar tidak mudah terpedaya dan turut menjadi mangsa Kebiasaannya, sindiket penipuan ini akan menggunakan keldai akaun. Keldai Akaun adalah individu yang menyerahkan kad Autoteller Machine (ATM) miliknya serta nombor pin kad tersebut kepada individu lain dan akaun tersebut pula digunakan bagi tujuan jenayah. Kebanyakan Keldai Akaun ini terpedaya dengan janji akan mendapat pulangan lumayan sekiranya akaun mereka dibenarkan untuk transaksi kononnya atas sesuatu urusan. Ingatlah, jangan serahkan kad ATM dan nombor pin peribadi kepada sesiapa sahaja termasuk rakan, kenalan dalam talian apatah lagi peminjam wang ( Ah Long ) serta orang asing. Kelak bukan kekayaan yang diperolehi malah diburu oleh pihak berkuasa kerana bersubahat dengan jenayah. Khutbah Jumaat Usah Tertipu Lagi! 4 Ironinya ramai dalam kalangan profesional seperti doktor dan jurutera menjadi mangsa, namun lebih malang jika ia melibatkan rakyat berpendapatan rendah yang bergelut dengan kos sara hidup . Pokoknya, siapapun kita, usah rambang mata dengan skim yang menawarkan ganjaran lumayan tanpa perlu b erusaha. Ikutilah panduan Rasulullah SAW agar kita berusaha mencari rezeki dengan titik peluh sendiri sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dari Rafi’ Bin Khadij R adiallhu anhu katanya: َ قِيل يَا َ رَسُول ِ الله أَ ي ِ الـْكَسْب ُ أَ طْ يَب َ قَال ُ عَمَل ِ الرجُل ِ بِيَدِه كُل َ و ٍ بَيْع ٍ مَبْرُور Bermaksud: Telah ditanya kepada Rasulullah SAW, “Ya Rasul a llah, apakah pekerjaan yang paling baik?” Rasulullah SAW bersabda, “Seorang lelaki yang bekerja dengan tangannya dan tiap - tiap jual beli yang baik ( iaitu perniagaan yang halal, jujur dan bersih),” Sidang Jemaah yang dirahma t i Allah, Tindakan proaktif dan kawalan diri adalah antara langkah yang penting dalam pencegahan jenayah penipuan dalam talian. Keupayaan individu dalam mengawal emosi dan keinginan dalam memberikan respon atau reaksi dalam ruangan siber adalah etika penting dalam mengawal selia penggunaan internet. Justeru, sebagai pencegahan ikutilah beberapa langkah dan saranan berikut: 1. Elakkan diri daripada ber kongsi maklumat peribadi dan sentiasa waspada dengan serangan penggodam. 2. Abaikan sebarang emel dari sumber yang tidak pasti serta pastikan komputer atau peranti dilindungi dengan anti - virus dan sentiasa kemas kini perisian peranti. Khutbah Jumaat Usah Tertipu Lagi! 5 3. Jangan sesekali berkongsi maklumat perbankan serta abaikan sebarang panggilan yang mencurigakan. 4. Kekal tenang dan jangan panik apabila menerima panggilan telefon, WhatsApp atau SMS daripada orang yang tidak dikenali. 5. Segera melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya terhidu sebarang aktiviti atau perlakuan yang mencurigakan. Mimbar sekali lagi mengingatkan kepada para jemaah sekalian, bertindaklah secara bijak dan usahlah terus tertipu dan terpedaya berulang kali. Jangan terus alpa dan leka, kerana sesungguhnya kelekaan dan kelalaian bakal mengundang seribu penyesalan. Sidang Jemaah yang dirahmati Allah , Mengakhiri khutbah hari ini, mimbar ingin menyimpulkan bicara kepada beberapa peringatan: Pertama: Carilah rezeki yang halal lagi baik kerana keberkatan dan redha Allah SWT terletak di situ. Syaitan ingin menyesatkan manusia agar meraih pendapatan melalui penipuan yang diakhiri dengan azab siksaan di neraka. Kedua: Usah rambang mata dengan harta yang datang tanpa usaha. Carilah maklumat yang tepat agar kita tidak tertipu dengan permainan janji palsu dan kata - kata manis daripada si penipu. Ketiga: Salurkan maklumat tentang penipuan kepada pihak berkuasa dan berautoriti agar ia dapat dibanteras segera. Kita juga boleh menggunakan pelbagai platform media hari ini bagi meningkatkan kesedaran tentang penipuan yang berlegar dalam masyarakat hari ini. Marilah kita fahami dan hayati firman Allah SWT menerusi surah Al - Hujurat, ayat 6: Khutbah Jumaat Usah Tertipu Lagi! 6 چ ٺٺٺٿ ٿٿٿٹ ٹٹٹڤ ڤ ڤڤڦڦڦ چ Bermaksud: “Wahai orang - orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesua tu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” بَارَك َ الل ـ ْ ه ُ لِي ْ وَلـَكُم ِ ب ِ كْر ِ فَعَنِي وَإِ ياكُم ْ بِمَا فِيْه ِ مِن َ الآيَات ِ وَالذ َ الْقُرْآن ِ الْعَظِيْم ِ وَن ه ُ إِ نه ُ هُو َ السمِيع ُ الْعَلِيْمُ. َ قَبل َ مِنِي وَمِنْكُم ْ تِلاوَت َ كِيْم ِ وَت َ الْح أَ قُوْل ُ قَوْلِي ْ هَذَا وَأَ سْ تَغْفِر ُ الل ـ َ ه ْ الْعَظِيْم َ لِي ْ وَلـَكُم ْ وَلِسَا ئِر ِ الْمُسْلِمِيْن َ وَالْمُسْلِمَات ِ وَالْمُؤْمِنِيْن َ وَالْمُؤْمِنَات ِ الأَحْ يَاء ِ مِنْهُم وَالأَمْوَات فَاسْ تَغْفِرُوْه ُ إِ نه ُ هُو َ الْغَفُوْر ُ الرحِيْمُ. خطبه كدوا َ ين ِ َم الْعَال ِ الحمْد ُ لِلَّـه ِ رَب ، ِ ام ُ عَلى َ سَيِدِنَا مُحَمَّد َ اة ُ وَالسَّ ل َ وَالصَّ ل ِ ن ِ ه ِ ى آل َ النَّبِي ِ الْأَمِينِ، وَعَل ِ وْم ِ الدِين َ ى ي َ عَهُم ْ بِإِ حْ سَان ٍ إِ ل ِ وَأَ صْ حَابِه ِ الطَّ اهِرِين َ وَمَن ْ تَب ُ هُ، وَأَ شْهَد ُ أن َّ سَيِدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُه ُ وَرَسُول َ أَ شْهَد ُ أَ ن ْ لَّ ا إِ لٓه َ إِ لا َّ اللَّـه ُ وَحْدَه ُ لا َ شَر ِيْك َ ل ُ ه Khutbah Jumaat Usah Tertipu Lagi! 7 أَ ما عْدُ، فَيَا عِبَاد َ الل َ ب ـ هِ، اِتقُوا الل ـ َ ه ِ قَاتِه ُ حَق ت ، ٍ كُم ْ بِأَ مْر ٍ عَظِيم َ اللَّـه َ أَ مَر َّ مُوا أن َ وَاعْل ، ِ بِيِه ِ الـْكَرِيم َ ى ن َ اة ِ وَالتَّسْلِيم ِ عَل َ كُم ْ بِالصَّ ل َ أَ مَر ى َ عَال ، فَقَال َ اللـه ُ تَ : ڄڄڄڄ ڃڃڃڃچ چچچڇڇڇ َ ى سَيِدِنَا إِ بْرَاهِيْم َ ى آل ِ سَيِدِنَا مُحَمَّد ٍ كَمَا صَلَّيْت َ عَل َ ى سَيِدِنَا مُحَمَّد ٍ وَعَل َ اَللَّهُم َّ صَل ِ عَل ى َ وَعَل ِ ى سَي َ كْ ت َ عَل َ ى آل ِ سَيِدِنَا مُحَمَّد ٍ كَمَا بَار َ ى سَيِدِنَا مُحَمَّد ٍ وَعَل َ آل ِ سَيِدِنَا إِ بْرَاهِيْم َ وَبَارِك ْ عَل دِنَا ٌ يْن َ إِ نَّك َ حَمِيْد ٌ مَجِيْد ِ َم ى آل ِ سَيِدِنَا إِ بْرَاهِيْم َ فِي الْعَال َ إِ بْرَاهِيْم َ وَعَل َ فَاء ِ الرَّاشِدِين َ و ُ ل ُ اللَّهُم َّ عَن ِ الْخ َ وَارْض ِ قِيَّة َ عَن ْ ب ة ِ أَ جْمَعِينَ، َ الصَّ حَاب وَعَن ِ التَّابِعِين َ وَتَابِعِي َ التَّابِعِين عَنَّا َ وْم ِ الدِيْن ِ وَارْض َ ى ي َ عَهُم ْ بِإِ حْ سَان ٍ إِ ل ِ وَمَن ْ تَب َ مَعَهُم ْ يَا أَ كْرَم َ الْأَ كْرَمِين ِ ؤْمِنَات ِ الأَحْ يَاء ِ مِنْهُم ْ وَالأَمْوَات ُ ؤْمِنِين َ وَالم ُ سْلِمَات ِ وَالم ُ اللَّهُم َّ اغْفِر ْ لِلْمُسْلِمِين َ وَالم امَة ِ مَلـِكَـنَا َ ة ِ وَالصِ حَّ ة ِ وَالسَّ ل َ دَوَام ِ التَّوْفِيْق ِ وَالْهِدَاي ِ د ْ ب ِ اللَّهُم َّ أَ ي كـباوه دُولِي يڠ مَهَا مُوليا سري ڤدوك بڬيندا يڠ دڤرتوان اڬوڠ سلطان إبراهيم وَكَذلِك َ كـباوه دُولِي يڠ مَهَا مُوليا سري ڤدوك بڬيندا راج ڤرمايسوري اڬوڠ راج زَارِيث ْ صُوفِيَاه ْ ت ِ بِرَح َ ه ُ وَرَعَايَاه ُ مِن َ الْمُؤْمِنِين َ وَالْمُؤْمِنا َ ه ُ وَعُمَّال َ ضَات ُ مَاءَه ُ وَوُزَرَاءَه ُ وَق َ اللَّهُم َّ احْ فَظ ْ عُل َ مَتِك َ يا َ أَ رْحَم َ الرَّاحِمِين Khutbah Jumaat Usah Tertipu Lagi! 8 دَنَا مَالِيزِيَا آمِنا ً مُطْمَئِنًّا، سَ خَاء ً رَخَاءً، دَار َ عَدْل ٍ وَإِ يمَانٍ، وَأَ مْن ٍ وَأَ مَانٍ، َ ل َ اللَّهُم َّ اجْ عَل ْ ب َ اد ِ الْـمُسْلِمِين َ وَسَا ئِر َ بِل صَر َ الدِينَ، َ ام َ وَالْمُسْلِمِيْن َ ، وَدَمِر ْ أَ عْدَاءَك َ أَ عْدَاء َ الدِين ِ وانْصُر ْ مَن ْ ن َ الْإِ سْ ل َّ اللَّهُم َّ أَ عِز ِ وْم ِ الدِيْن َ ى ي َ وَاخْذُل ْ مَن ْ خَذَل َ الْمُسْلِمِيْنَ، وَأَ عْل ِ كَلِمَتَك َ إِ ل سْطِين وَفِي كُل ِ مَكَانٍ، َ اهِدِيْن َ وَالْمٌسْتَضْ عَفِيْن َ فِي فَل َ اَللَهُم َ انْصُر ْ إِ خْ وَانَنَا الْمٌسْلِمِيْن َ وَالُمج ْ وْبِهِم ْ وَوَحِد ْ صُفُوْفَهُم لُ ُ بِت ْ إِ يْمَانَهُم ْ وَأ َ نْزِل ِ السَّ كِيْنَة َ فِي ق َ اللَّهُم َّ ث ِ ذَامِ، وَمِن ْ سَيِئ ِ الْأَ سْ قَام ُ نُونِ، وَالْج ُ عُوذ ُ بِك َ مِن َ البَرَصِ، وَالْج َ اللَّهُم َّ إِ نَّ ا ن Ya Allah, jadikanlah kami dan keturunan kami hamba - hamba - Mu yang taat kepada perintah syariat - Mu, istiqamah melaksanakan kewajipan solat secara berjemaah dan mengimarahkan masjid serta surau. Ya Allah, bersihkanlah jiwa kami daripada sifat tamak dan bakhil terhadap harta, pupuklah jiwa kami supaya mengeluarkan zakat dan menginfaqkan harta wakaf ke Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ - MAIWP). Kurniakanlah ganjaran pahala bersama limpahan rahmat - Mu ke atas para pembayar zakat dan pewakaf dalam kalangan kami. Sesungguhnya mereka telah berjasa kepada golongan asnaf yang memerlukan bantuan dan berjasa terhadap pembangunan umat Islam. Ya Allah, Jadikanlah kami orang yang tekun, berkerja kuat, jujur dan berintegriti dalam melaksanakan amanah yang telah diberikan kepada kami. Peliharalah kami daripada melakukan kejahatan, kemaksiatan, rasuah, pecah amanah dan penyelewengan yang membawa kerosakan kepada agama, bangsa dan negara. Ya Allah, kurniakanlah kepada kami kesejahteraan, keamanan, keselamatan serta perlindungan daripada fitnah, musibah, bala bencana dan wabak penyakit berbahaya. Khutbah Jumaat Usah Tertipu Lagi! 9 ِ رَبَّ نَا آتِنَا فِي الدُّ نْيَا حَسَنَة ً وَفِي الْآخِرَة ِ حَسَنَة ً وَقِنَا عَذَاب َ النَّار عِبَاد َ اللَّـهِ، چچچڇڇڇڇڍ ڍ ڌڌ ڎ ڎڈڈژژ ڑ كُرُوا ْ فَاذ ْ عْطِكُم ُ ه ِ ي ِ وه ُ مِن ْ فَضْ ل ُ ى نِعَمِه ِ يَزِدْكُمْ، وَاسْ أَ ل َ كُرْكُمْ، وَاشْ كُرُوه ُ عَل ْ ذ َ اللَّـه َ الْعَظِيْم َ ي َ صْ نَعُون َ عْلَم ُ مَا ت َ كْر ُ اللَّـه ِ أَ كْ بَرُ، وَاللَّـه ُ ي ِ ذ َ وَل