1 DIKELUARKAN OLEH JABATAN MUFTI PERLIS MENCARI REZEKI YANG HALAL DAN DIBERKATI SUATU TUNTUTAN (TEKS KHUTBAH JUMAAT 10 MAC 2023) 2 MENCARI REZEKI YANG HALAL DAN DIBERKATI SUATU TUNTUTAN ُ حد ح َم لْ َ ا ُ ُ ه لل ُ ُ نََحمَده ُ ُ حتَعهيحنه وَنَس ُ هره حت َغحف وَنَس ُ ُ وَن َعوذ ُ بهالل ُ ُ ح هن م ُ ُ ه شرور ُ ه نَا أَنحفس ُ ُ ح هن وَم ُ ُ ه سَيِّئَات ُ أَعحمَالهنَا، ُ ُ ح مَن ُ ُ ه هه حد ي َه ُ ُ الل ُ ُ َ فَل ُ ُ هل مض ُ ُ لَه ُ ُ ح وَمَن ُ ُ حلهلحه يض ُ ُ َ فَل ُ ُ َ هي هَاد ُ لَه، ُ ُ حهَد أَش ُ أَن ُ ُ ل ُ ُ َ إهلهه ُ ُ إهل ُ ُ الل ُ ُ حدَه وَح ُ ُ َ ل ُ ُ َ هيحك شَر ُ لَه، ُ ُ حهَد وَأَش ُ ُ أَن ُ مَُمدًا ُ ُ عَبحده ُ ُ حله وَرَسو ُ ُ اللهم ُ ُ ِّ صَل ُ ُ ح وَسَلِّم ُ عَلَى ُ ُ مَُمد ُ وَعَلَى ُ ُ ه آلهه ُ ُ ه ححَابهه وَأَص ُ ُ ح وَمَن ُ ُ ح تَبهعَهم ُ ُ حسَان هح بها ُ ُ َ اهل ُ ُ ه حم ي َو ُ الدِّيحن يَأَي ّهَا ُ ُ َ هين الّذ ُ ُ آمَنواح ُ ُ ات ّقواح ُ ُ َ اللّه ُ ُ ّ حَق ُ ُ ه تقَاتهه ُ ُ َ وَل ُ ُ ّ تََ وتن ُ ُ ّ إهل ُ ُ ح وَأَنحتم ُ ُ َ حلهمون مّس أَما ُ ب َعحد، ُ ُ هن فَا ُ ُ َ حدَق أَص ُ ُ ه هيحث ا لَْد ُ ُ هتَاب ك ُ الل، ُ ُ َ وَخَيحر ُ ُ ه حي حَد لْ ا ُ ُ حي هَد ُ ُ مَُمد ُ صَلى ُ ُ الل ُ ُ ه عَلَيحه ُ وَسَلمَ، ُ ُ وَشَر ُ ُ ه حر الأمو ُ مُحدَثَاتهَا، ُ ُ َكل و ُ ُ مُحدَثَة ُ حعَةٌ، بهد ُ ُ َكل و ُ ُ حعَة بهد ُ ضَلَ لَةٌ، ُ ُ َكل و ُ ُ ضَلَ لَة ُ ُ ه ف ُ ُ ه الن ار Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah, Marilah kita sama-sama meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah dengan bersungguh-sungguh mengerjakan apa yang disuruh dan menahan diri dari melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh Allah.Mudah-mudahan kita semua tergolong dalam kalangan orang-orang yang mendapat nikmat kejayaan dan kesejahteraan di dunia dan di akhirat. Tajuk khutbah kita pada hari ini ialah; “ MENCARI REZEKI YANG HALAL DAN DIBERKATI SUATU TUNTUTAN”. 3 Sidang Jumaat Yang Dimuliakan, Islam menyeru dan menggesa kita supaya menjadi umat yang aktif, sentiasa berusaha mencari rezeki yang halal dan menegah kita daripada menjadi umat yang pasif, malas bekerja serta suka bergantung hidup dengan pemberian dan bantuan orang lain. Allah SWT betrfirman dalam surah Al-Jumaah ayat 10; Maksudnya:" Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa Yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam Segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di Akhirat)". Pun begitu, masih ada suami, bapa atau individu yang malas bekerja, suka meminta- minta, atau lebih dahsyat menipu harta orang lain dan memakan harta yang tidak sepatutnya. Justeru golongan ini perlu diberi kesedaran atau nasihat. Telah berkata رَ افِع بْن ِ خَ دِيج ) ) Rafi’ Bin Khadij RA : ُ َكل ُّ ُب َيحع ُمَبحرور ه ُو هه ه ُبهيَد ه ُأَطحيَب ُقَال َ ُعَمَل ُالرجل حب ه ُأَي ُّ ُالحكَس قهيل َ ُيَا ُرَسول َ ُالله Ertinya: Telah ditanya kepada Rasulullah SAW, “Ya Rasulullah, apakah pekerjaan yang paling baik?” Rasulullah SAW bersabda, “Seorang lelaki yang bekerja dengan tangannya dan tiap-tiap jual beli yang baik (yaitu perniagaan yang halal, jujur dan bersih) ,” (Hadis Hasan Liqairihi, Riwayat A hmad) Pekerjaan yang paling baik di sisi Islam ialah pekerjaan yang dijalankan dengan usaha sendiri, atau kebolehan diri sendiri. Ertinya rezekinya itu jelas dari hasil keringatnya. Perniagaan yang diterima di sisi Allah dengan diberi pahala kepada pelakunya, iaitu 4 perniagaan yang dijalankan secara jujur dan bersih daripada segala bentuk penipuan dan pengkhianatan. Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah Sekalian, Perlu diingatkan bahawa tanggungjawab berusaha mencari rezeki yang halal bagi menyara hidup diri sendiri dan ahli keluarga adalah suatu kewajipan yang diperintahkan oleh Allah SWT. Islam melarang umatnya daripada menjadi pengganggur, pengemis dan hanya menadah tangan memohon simpati orang lain, di dalam Islam tidak ada istilah mengganggur dan tidak ada juga istilah malu untuk mencari rezeki melalui pekerjaan yang halal. Lebih buruk lagi, jika ada yang memakan hasil daripada menipu orang lain, atau mengambil harta orang secara paksa, seperti memakan harta isteri atau pihak lain tanpa diri sendiri berusaha. Tanggungjawab nafkah adalah atas bahu suami atau bapa kepada anak-anak. Jangan suami pula memakan hasil keringat isteri sedangkan dia malas bekerja. Padahal mencari nafkah itu kewajipan suami atau bapa kepada anak- anak. Bahkan bekerja mencari nafkah merupakan suatu jihad. Rasulullah SAW bersabda: ُ حعَى ُعَلَى َج َ ُيَس ح ُكَان َ ُخَر ه ُالله، ُوَإهن هغَارًا ُف َهو َ ُفي ُسَبيل ههه ُص حعَى ُعَلَى ُوَلَد َج َ ُيَس ح ُكَان َ ُخَر إهن ُ ه ُي ه ه حس حعَى ُعَلَى ُن َف َج َ ُيَس ح ُكَان َ ُخَر ه ُالله، ُوَإهن ه ُف َهو َ ُفي ُسَبيل ح ه ُكَبيرَيحن يْ َ ه ُشَيحخ أَب َوَيحن عهفُّهَا ُ ُ ه ف َهو َ ُفي ُ َ َج ح ُكَان َ ُخَر ه ُالله، ُوَإهن ُسَبيل حعَى يَس ُ ه ه ُالشيحطَان هيَاء ً ُوَمفَاخَرَة ً ُف َهو َ ُفي ُسَبيل ر Ertinya:" Sesiapa yang keluar bekerja demi anak-anaknya yang masih kecil, maka dia berada di jalan Allah. Sesiapa yang keluar berusaha demi orang tuanya yang sudah lanjut usia, maka dia berada di jalan Allah. Sesiapa yang keluar bekerja untuk dirinya sendiri agar dia dapat menahan diri dari perkara haram dan meminta-minta, maka dia berada di jalan Allah. Sesiapa yang keluar bekerja dengan riya’ dan menyombong kan diri, maka dia berada di jalan syaitan". (Hadis Sahih Liqairihi, Riwayat Imam Al-Tabrani) 5 Hadis di atas, telah menjelaskan kepada kita semua bahawa orang yang berusaha mencari rezeki demi melaksanakan tanggungjawabnya kepada orang di bawah tanggungannya atau untuk memelihara dirinya daripada terjebak ke dalam perbuatan haram seperti mencuri dan meminta-minta, maka dia sebenarnya berada di jalan Allah serta memperolehi pahala sepanjang usahanya selagi dia menjaga niatnya kerana Allah SWT. Ini merupakan suatu kemuliaan yang diberi oleh Allah agar para hambaNya keluar bekerja, berusaha mencari rezeki kurniaan Allah SWT yang melimpah ruah di atas muka bumi yang luas ini. Sidang Jumaat Yang Dihormati Sekalian, Rezeki yang diperolehi daripada sumber-sumber yang halal akan diberkati dan mencukupi walaupun sedikit. Terdapat banyak dalil-dalil dalam al-Quran dan hadis- hadis yang sahih tentang amalan-amalan yang boleh dilakukan oleh para hambanya untuk mendapat limpahan rezeki serta keberkatannya. Antaranya ialah: Yang pertama; Beriman, bertakwa serta berdoa kepada Allah. Allah SWT berfirman dalam surah al- A’ra af ayat 96; Maksudnya; Dan sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Dengan mendekatkan diri kepada Allah, maka pemohonan hamba akan dimustajabkan maka rezeki akan dilimpahkan dan diberkati. Yang kedua; Memperbanyakkan istighfar. Beristighfar, memohon keampunan kepada Allah SWT di atas dosa-dosa yang dilakukan akan membawa kepada limpahan rezeki. Inilah janji Allah SWT menerusi lidah Nabi nuh AS; Maksudnya;" Sehingga Aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, Sesungguhnya adalah ia Maha Pengampun."(Sekiranya kamu 6 berbuat demikian), ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu;"Dan ia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya). (Surah Nuh ayat 10-12) Dan dalam satu riwayat yang daif, disebutkan: ُ َ هن حث َر َ ُم ح ُأَك مَن ُ ُ ه ال ُ هيق ُ مََحرَجًا ح ُكل ِّ ُض هن ح ُكل ِّ ُهَم ٍّ ُف َرَجًا ُوَم هن ه ُجَعَل َ ُالله ُلَه ُم حتهغحفَار س ُ ه ب ُ يََحتَس َ ح ُحَيحث ُل هن وَرَزَقَه ُم Ertinya: “ Barangsiapa memperbanyakkan istighfar, Allah menjadikan baginya jalan keluar dari segala kesusahannya, dan jalan keluar bagi segala kesempitan (hidup), dan mengurniakan rezeki yang tidak disangka-sangka ” .(Hadis Riwayat Ahmad). Yang ketiga; Bersedekah. Amalan bersedekah turut membantu dalam membuka pintu rezeki seseorang. Allah SWT berfirman dalam surah Saba’ ayat 39;. Maksudnya; “ Dan apa sahaja yang kamu infakkan maka Allah akan menggantikannya; dan dia lah jua sebaik-baik pemberi rezeki". Dan Rasulullah SAW bersabda: ُ حم ح ُي َو هن مَا ُم ُ ه ه ُف َي َقول ُأَحَد هَُا ُاللهم ُأَعحط هلَ ن ه ُي َنحز ه ُإهل ُمَلَكَان حبهح ُالحعهبَاد ُفهيه يص ه كًا ُت َلَفًا ُ مُحس ه ح خَر ُاللهم ُأَعحط لْ هقًا ُخَلَفًا ُوَي َقول ُا منحف Ertinya: "Pada tiap-tiap pagi turun dua malaikat, lalu yang seorang berseru: Ya Allah, berilah gantian kepada orang yang membelanjakan! (berinfak atau bersedekah) dan yang kedua berseru: Ya Allah, berikanlah kebinasaan kepada orang yang kedekut !(yakni yang tidak suka bersedekah)". (Hadis Riwayat Muslim) Sidang Jumaat Yang Dimuliakan, Berdasarkan apa yang telah disampaikan sebentar tadi dapatlah disimpulkan seperti berikut, salah satu daripada sebab kebahagiaan hidup adalah mempunyai harta yang 7 halal, diberkati serta mencukupi untuk menampung keperluan hidup diri sendiri dan ahli keluarga.Berusaha mencari harta yang halal bagi menampung keperluan hidup diri sendiri serta keluarga adalah suatu kewajipan. Menadah tangan memohon simpati orang lain, bagi orang yang masih mampu berusaha sendiri adalah satu perbuatan yang hina dan dilarang oleh Islam. Semua jenis pekerjaan yang halal adalah baik, tidak ada yang cacat-cela. Apa yang menjadi kecelaannya ialah perbuatan orang yang malas, menganggur, yang mengambil jalan pintas untuk mendapatkan harta tanpa mempedulikan halal atau haram. Insan yang berjaya ialah insan yang berusaha mencari rezeki yang halal dengan keringat dan daya usahanya sendiri tanpa bergantung harap kepada bantuan orang lain. Orang yang bersusah-payah berkerja demi mencari rezeki yang halal untuk menyara hidup diri sendiri serta keluarga, akan diberi ganjaran pahala seperti orang yang berjihad pada jalan Allah. Allah SWT berfirman dalam surah At-Taubah ayat 105 ; Yang bermaksud: “Dan katakanlah wahai Muhammad : Beramallah kamu akan segala yang diperintahkan, maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan, dan kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan.” ُ َ هن ه ُم ه َا ُفهيحه بِ ُ ح هح ُوَإهياكم نِ َ ه ُوَن َفَع هيحم ه ُالحعَظ حآن ه ح ُالحقر ح ُفي ه ح ُوَلَكم لِ ُ بَارَك َ ُالل ُ ه ا لْيَات ُ ه هيحم ح َك لْ ه ُا حر وَالذِّك 8 KHUTBAH KEDUA ح ُلَه ُعهوَجًا ههه ُالحكهتَاب َ ُو َ لََح ُ يََحعَل هي ُأَنحزَل َ ُعَلَى ُعَبحد ه ُالذ حد ُلهله حَم لْ ا ُ ُ ح هك ح ُوَبَار اَللهم ُصَل ِّ ُوَسَلِّم ُ ه ُ مَُمد ُوَعَلَى ُآلهه عَلَى ح َ، يْ ح َعه جْ َ ه ُأ حبهه وَصَح ُ حهَد وَأَش ُ ُ ح أَن ُ ُ َ ل ُ ُ َ إهلَه ُ ُ إهل ُ ُ الله ُ ُ حدَه وَح ُ ُ َ ل ُ ُ َ هيك شَر ُ ُ لَه ُ ُ حهَد وَأَش ُ ُ أَن ُ مَُمدًا ُ ُ عَبحده ُ ُ وَرَسوله ُ ُ ه حا ُالل َ ُحَق ُتقَاتهه حنَ، ُاهتقو حلهمو أَما ُب َعحد، ُف َيَا ُأَي ُّهَا ُالحمس ُ َ وَل ُ حتن ُإهل تََ و ُ ُ ُ َ حن حلهمو ح ُمس وَأَنحتم Sidang Jumaat Yang Di kasihi Allah SWT, Solat Witir ialah solat sunat yang dikerjakan pada waktu malam selepas Solat Isyak sehingga terbit fajar saddiq (sebelum masuk waktu subuh), lebih afdal lagi bila ia dilakukan pada sepertiga malam yang terakhir. Solat Witir boleh dilakukan pada setiap malam, tidak hanya pada bulan ramadan sahaja. Rasulullah SAW bersabda: ُ َ هب ُّ ُالحوَتحر يَ ُ ٌ هتحر إهن ُالله َ ُو ُ ُ ه حآن حل َ ُالحقر حتهروا ُيَا ُأَه فَأَو Ertinya : “Sesungguhnya Alllah Ta’ala i tu ganjil, Dia suka kepada yang ganjil. Maka laksanakanlah Solat Witir , wahai ahli Al-Quran ” .(Hadis Sahih Riwayat Al- tirmizi) Sebagai tanda bersyukur kita terhadap Allah SWT, marilah kita sama-sama mengerjakan solat sunat Witir ini kerana manfaatnya sangatlah besar. Apatah lagi, Allah SWT sangat menyukainya dan Rasulullah SAW sangat menggalakkan kita supaya sentiasa melakukannya. Sidang Jumaat Yang Dihormati Sekalian, Sesungguhnya, Allah SWT berfirman dalam surah Al-Ahzab ayat 56: ، 9 Maksudnya: Sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat ke atas Nabi, maka wahai orang-orang yang beriman hendaklah kamu berselawat dan salam ke atas Nabi. ُ ه هيم َ ُوَعَلَى ُآل ُ مَُمد ُكَمَا ُصَليحت َ ُعَلَى ُإهبحرَاه ه ُ مَُمد ُوَعَلَى ُآل اَللّهم ُصَل ِّ ُعَلَى ُ ه هيم َ ُوَعَلَى ُآل حت َ ُعَلَى ُإهبحرَاه ك َ ُ مَُمد ُكَمَا ُبَار ه ُ مَُمد ُوَعَلَى ُآل ح ُعَلَى هك هيحم َ ُوَبَار إهبحرَاه ُ ٌ َهيحد مَ ُ ٌ َهيحد حَ ُ َ َ ُإهنك ح يْ ه ُالحعَالَم ه هيحم َ ُف إهبحرَاه ُ ه حلهمَات َ ُوَالحمس ح يْ ه حلهم ح ُلهلحمس هر أَللّهم ُاغحف ُ ه هنَات حم َ ُوَالحمؤ ح يْ هنه حم وَالحمؤ ُ ه حوَات ح ُوَالأَم هنحهم ه ُم حيَاء ، ُالأَح ُ ُ هيحب مَ ُ ٌ هيحب َهيحع ٌ ُقَر سَ ُ َ إهنك ُ ه ح َاجَات لْ هى َ ُا ه ُوَقَاض الدعحوَات ُ Ya Allah! Ampunilah seluruh kaum muslimin sama ada yang hidup ataupun yang telah mati. Ya Allah! Berikan petunjuk hidayah serta rahmatMu kepada kami sekalian hamba-hambaMu dan kepada pemimpin kami terutamanya Raja pemerintah Negeri Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail serta kaum kerabat baginda, supaya sentiasa beramal dengan kitabMu dan sunnah nabiMu Muhammad SAW, dan Engkau lanjutkanlah usia baginda berdua dalam keadaan selamat, sihat sejahtera dan semoga dengan kesihatan yang baik yang telah Engkau kurniakan kepada baginda berdua, terlaksanalah pemerintahan yang adil lagi diredhai olehMu. Ya Rahman, Ya Rahim! Kami memohon kepadaMu dengan segala kerendahan diri sebagai hamba - Mu, Engkau indahkanlah akhlak kami. Engkau perbaikilah pergaulan antara kami. Engkau jadikanlah kami umat Islam yang bermentaliti kelas pertama dalam tindakan. Engkau peliharalah kami dari penyakit lemah, malas, berfikiran dangkal dan buruk budi pekerti. Ya Allah! Engkau angkatlah martabat setiap hamba - Mu yang berpegang dengan Al-Quran dan sunnah Nabi-Mu. Berilah kekuatan kepada kami untuk menghindari amalan syirik, bid’ah, khurafat dan maksiat. 10 Ya Allah! Engkau limpahkan Negeri Perlis ini dengan keberkatan. Engkau bimbinglah kami penduduknya kepada kepada amalan soleh yang engkau redha. Penuhi jiwa kami dengan mencintai agama-Mu. Ya Allah! Engkau jauhkanlah kami dari bala dan kerosakan. Engkau tambahkanlah nikmat - Mu kepada kami. Engkau berikanlah kepada kami kebahagiaan hidup di dunia dan di hari akhirat. ُ ه ه ُحَسَنَة ً ُوَقهنَا ُعَذَاب َ ُالنار ه رَة ُا لْخ ه ُالدُّنحيَا ُحَسَنَة ً ُوَفي ه رَبنَا ُآتهنَا ُفي ُ ُ وَصَلى ُالله عَلَى ُ نَبهينَا ُ مَُمد ُ ُ َ و ُ َ يْ ه ه ُرَب ِّ ُالحعَالَم حد ُلهله ح َم لْ ا ُ ُ إه ُ ه حل ن ُالل َ ُيَأحمر ُبهالحعَد ُ ه حسَان هح وَال ُ ه ه ُوَالحب َغحي ه ُوَالحمنحكَر حشَاء ه ُالحفَح ُوَي َنحهَى ُعَن َ بَ ح هي ُالحقر ه ُذ وَإهيحتَاء ُ ح ح ُلَعَلكم ، ُيَعهظكم ُ َ حن تَذَكرو