1 PERGI TAK KEMBALI 2 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Teks Khutbah Jumaat Tahun 2023 KHUTBAH JUMAAT PERGI TAK KEMBALI ِ نََ حمَدُ ه ُ وَنَسح تَعِيحنُه ُ وَنَسح تَهحدِيحه ، ََل لْح َمحد َ لله ِ تَعَا إِن َّ ا ُ وَنَسح تَغحفِرُه ِ شُُ ُ وحر ح ، وَنَعُوحذ ُ بِالله مِن ،ُ ََل َ لََ ُ، وَمَن ح يُضح لِلحه ُ فَلا َ هَادِي َّ أَنحفُسِ نَا، وَمِن ح سَ يِّئَات ِ أَعح مَا لِِ َا، مَن ح يَهحدِه ِ الله فَلا َ مُضِ ل ُ ُ لَ ح مُُ َمَّدً ا عَبحدُ ه ُ وَرَسُ و َّ لََ ُ، وَأَشح هَد ُ أَن َ شَُ ِيحك َ لَ ُ الله ُ وَحح دَ ه َّ لَ ِ إ َ َ َل ِ إ َ لَ ح أَشح هَد ُ أَن ح سَ يِّد ُ مَن . َ يْح ِ جْح َع َ لَ ِ ِ وَصَ حح بِه ِ أ َ َ أ َ عَل َ مُُ َمَّد و َ سَ يِّدِنَا َ عَل ح أَرحسَ لَهُ. اللهم صَ ل ِّ وَسَ لِّم ح وَبَارِك أَمَّا بَعحدُ ، فَيَا أَيُّهَا الحمُسح لِمُونَ ، اِتَّقُوا ح الله أُوحصِ يكُم ح وَإِيَّاي َ بِتَقح وَى الله ِ فَقَد ح فَاز َ الحمُتَّقُو نَ . ٹٱٹ ڃ ڃ ڃ چ چ ٱ ٱ ُّ ٱ هي يج يح يخ يم يى يي ذٰ رٰ ىٰ ٌّ ٍّ َّ َّ آل عمران: ٢٠١ Sidang Jumaat yang dihormati, Saya berpesan kepada diri saya sendiri dan kepada semua hadirin sekalian agar marilah kita bersama - sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala titah perintah - Nya dan pada masa yang sama kita menjauhi segala larangan dan tegahan oleh Allah SWT. Semoga kita semua akan beroleh limpahan rahmat, hidayah, kasih sayang daripada Allah SWT. Allah SWT berfirman menerusi ayat 40 surah Ar - Rum: ڃ ڃ ڃ چ چ ٱ ٱُّ ٱ ضج ضحضخ ضم طح ظم عج عم غج غم فج فحفخ فم قح قم كج كحكخ كل كم لجلح لخ لم َّ الروم: ٠٠ 19 Mei 2023/28 Syawal 1 444 3 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Mafhumnya: “ Allah jualah yang mencipta kamu; kemudian Ia memberi rezeki kepada kamu; sesudah itu Ia mematikan kamu; kemudian Ia menghidupkan kamu semula. Adakah di antara makhluk - makhluk yang kamu sekutukan dengan Allah itu sesiapa yang dapat berbuat sesuatu pun dari segala yang tersebut? Maha Suci Allah dan Tertinggi keadaanNya dari apa yang mereka sekutukan (denganNya) ”. Sidang Jumaat sekalian, Waktu amat mencemburui kita, sedar ataupun tidak. Waktu tetap akan meninggalkan kita tanpa sesaat yang berbaki. Setelah bulan Ramadhan Al - Mubarak berlalu pergi meninggalkan kita, kini Syawal pula akan menutup tirainya. Hari - hari di dalam hidup kita akan terus berkitaran, yang berlalu akan terus berlalu, yang pergi tidak akan kembali lagi. Bergembiralah bagi mereka yang memenuhi masa - masa berlalu dengan pelbagai ibadah dan kebajikan. Dan rugilah mereka yang telah diberi peluang dan kesempatan menikmati setiap inci kehidupan di dunia ini tetapi tidak berupaya mendapat keampunan daripada Allah SWT. Allah telah menjanjikan pelbagai tawaran keampunan dan rahmat selagi hayat dikandung badan. Namun masih ada sebahagian kita mensia - siakan masa yang dikurniakan bahkan ada lagi yang masih tenggelam bergelumang dalam dosa dan maksiat. Kaum muslimin yang dirahmati Allah sekalian, Persoalannya kini, adakah kita telah mengambil iktibar daripada waktu yang telah dan sedang meninggalkan kita? Kita juga satu hari nanti umpama waktu, akan PERGI TAK KEMBALI dalam kehidupan ini. Bagaimanakah pula akan persiapan dan bekalan kita menuju ilahi? Soalan ini perlu ditanya kepada diri kita sendiri dan jawapannya hanya kita yang tahu. Teks Khutbah Jumaat Tahun 2023 19 Mei 2023/28 Syawal 1 444 4 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah usahalah lakukan persiapan untuk hari di mana tiada pertolongan lagi, dan hanya mengharapkan kasih sayang, rahmat daripada Allah sebagai penyelamat agar dimasukkan kita ke dalam syurga Allah SWT. Maka beruntunglah bagi sesiapa yang berjaya menikmati nikmat kehidupan di alam sana nanti. Perasaan suka, bergembira sudah pasti akan di rasai. Sebagaimana sabdaan Baginda Rasulullah SAW dalam hadis baginda, yang diriwayatkan oleh Imam Al - Bukhari dalam kitabnya:. َ ع ن ح عُبَادَة ح بِن ح الصَّ امِتح ، قَال َ رَسُ ول الله :ﷺ ح مَنن َّ أَحَ ن َ لِنقنا ِ َّ للّ ا َّ أَحَ ن ُ َّ للّ ا لِنقنا َهُ، ومَنن َ كَرِه َ لِقا ِ َّ للّ ا َ كَرِه ُ َّ للّ ا ذَاكِ ، َ لَِ َكح رَه ُ المَوحتَ ، قَالَ : لَنيحن أزحواجِهِ: إنَّا ُ عََ ئِشَ ة ُ أو ح بَعحض ح لِقَا َهُ. قَالَت ِ َ بِرِضح وَان ِّ شِّ ُ ضََ َه ُ المَوحت ُ ب َ ولَكِن َّ المُؤح مِن َ إِذَا ح ِ َّ للّ ا َ شَ َ ح وكَرامَتِهِ، فَلَي َّ َ أح ُ إ لََ حه ِ ممَّا أَمَنامَنه َّ َ فَأَح َ لِقا ،ِ َّّلل ا َّ َ وأَح ُ َّ للّ ا ِ َ بعَذاب ِّ شِّ ُ َ ب ِ ضَ ُ لِقا َهُ، وإن َّ الكافِر َ إذا ح ِ َّ للّ ا َ شَ َ ح وعُ قُوبَتِهِ، فَلَي َ أكحرَه َ إ لََ حه ِ مِمَّا أَمَامَه ُ كَرِه َ لِقَا َ للَّّ ِ، وكَرِه ا ُ َّ للّ ا ُ لِقا َه Maksudnya: Daripada Ubadah Ibn Somith, Rasulullah SAW pernah bersada: “ Barang siapa yang suka untuk bertemu dengan Allah, maka Allah pun suka untuk bertemu dengannya, dan barang siapa yang tidak suka bertemu dengan Allah, maka Allah pun tidak suka untuk bertemu dengannya. Aisyah رضي الله عنها atau sebahagian isteri Baginda SAW berkata: “ Sesungguhnya kami memang tidak senang untuk bertemu dengan kematian ”. Nabi SAW bersabda: “ Usahlah begitu, akan tetapi seorang Mukmin apabila kedatangan maut (mati) kepadanya, mukmin itu akan diberikan khabar gembira dengan keredhaan dan kemurahan Allah kepadanya sehingga tidak ada sesuatu yang lebih disukai nya daripada apa yang akan dihadapinya, maka seorang mukmin suka bertemu dengan Allah dan Allah juga suka untuk bertemu dengannya. Dan sesungguhnya untuk orang - orang kafir, apabila kedatangan maut diberi khabar gembira dengan azab dan seksaan Allah kepada mereka, maka tidak ada sesuatu yang lebih dibenci daripada apa yang dihadapinya. Orang - orang kafir tidak suka untuk bertemu dengan Allah dan Allah tidak suka untuk bertemu dengan mereka. ” Teks Khutbah Jumaat Tahun 2023 19 Mei 2023/28 Syawal 1 444 5 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Muslimin sekalian, Antara tiga pesanan utama yang ditinggalkan oleh Rasulullah SAW buat tatapan kita sebagai bekalan PERGI TAK KEMBALI nanti seperti mana yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam kitabnya Sohih Muslim: Yang pertama: Sedeqah Jariah Ertinya: Sedekah yang mengalir itu umpama pahala yang terus akan mengalir sekalipun telah lama meninggal dunia. Sebagai misalnya, pahala yang akan terus mengalir seperti perbuatan wakaf merupakan sedeqah yang bermanfaat kepada pembuatnya selagi mana harta itu mendatangkan manfaat kebaikan buat orang lain. Yang kedua: Ilmu yang bermanfaat Yang dimaksud ilmu yang bermanfaat adalah ilmu itu diamalkan dan diajarkan kepada orang lain dan dapat menambah ketaqwaan mereka kepada Allah SWT. Seseorang yang mengajarkan ilmu kepada orang lain kemudian diamalkan atau diajarkan lagi kepada orang lain maka ia akan mendapat pahala seperti pahala orang yang mengamalkannya atau yang mengajarkannya sekalipun dia telah meninggal dunia Yang ketiga: Anak yang soleh yang sering mendoakan ibu dan ayahnya. Menurut Ibn Hajar Al - Makki maksud soleh di sini adalah anak yang beriman kepada Allah. Di antara tanda kesolehan anak adalah apabila anak - anak itu sendiri mahu mendoakan kesejahteraan kepada orang tua nya. Persoalannya juga di sini, bagaimana pula dengan anak - anak kita pada ketika ini? Adakah anak - anak yang ingin kita tinggalkan satu hari nanti tergolong dalam kalangan anak - anak yang soleh yang mengutamakan agama Islam ini dalam kehidupan mereka? Adakah kita sebagai ibu dan ayah memantau mereka agar mereka menjadi anak - anak yang soleh dan solehah? Teks Khutbah Jumaat Tahun 2023 19 Mei 2023/28 Syawal 1 444 6 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Sidang hadirin sekalian, Sebelum melabuhkan khutbah Jumaat pada hari ini, marilah kita renungi sejenak firman Allah SWT dalam surah Ali - Imran ayat 185. ڃ ڃ ڃ چ چ ٱ ُّ ٱ نى ني ىٰ ير يز يم ين يى يي ئج ئح ئخ ئمئه بج بح بخ بم به تج تح تخ تمته ثم جح جم َّ آل عمران: ٢٨١ Maksudnya: Ketahuilah bahawa tiap - tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke Syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang - orang yang terpedaya. Ayat ini menerangkan kepada kita bahawa kematian itu tidak mengenali sesiapa. Besar manakah pangkat kedudukan seseorang itu, berharta ataupun tidak. Maka, persiapankanlah bekalan kita untuk menghadapai episod cemas dalam kehidupan di dunia ini yang pastinya “ PERGI TAK KEMBALI ” kerana sesungguhnya kematian pasti akan datang menemuinya dan tidak akan dilewatkan atau diperawalkan walaupun sesaat pun. ِ ح وَإِيَّاكم ُ بِما َ فِيه ِ مِن َ ا لْح َيَات ِ نِ َ ح وَلَكم ُ فى ِ القُرآن ِ العَظِ يمِ ، وَنَفَع ِ لِ ُ باَرَك َ الله ح ِّ نِ ِ لَْكِيحمِ ، وَتَقَبَّل َ م وَالذِّكحر ِ ا ح ِ لِ وَمِنحكُم ح تِلاَ وَتَه ُ إِنَّه ُ هُو َ السَّ مِيع ُ العَليِمُ. أَقُول ُ قَو َ يْ ِ يْ َ وَالمُسح لِمَات ِ وَالمُؤمِن ِ ح وَلَكُم ح وَلِسَ ائِر ِ الَمُسح لِم ِ لِ َ هَذَا وَأَسح تَغحفِر ُ الله َ العَظِ يم . َْي ِ نََ َاة َ التَّائِب وَالمُؤمِنَاتِ ، فَاسح تَغحفِرُوحهُ، فَيَا فَوحز َ المُسح تَغحفِرِين َ وَيَا Teks Khutbah Jumaat Tahun 2023 19 Mei 2023/28 Syawal 1 444