1 KHUTBAH JUM‘AT TAJUK : SELAWAT MENGUNDANG BERKAT TARIKH : 23 FEBRUARI 2024 / 13 SYAABAN 1445 _____________________________________________________________________________________________________ : ٱلۡ حَ مد ُ لِ لَّه ِ الۡقَ ائِل َّ إِن َّ َّ ه للّ ٱ َّ َّ وهمهله َٰٓئِكهتهه ۥ َّ َّ ه ه عَل َّ ه يصه لُّون َّ ٱلنبِ ِ ي َّ َّ يه َٰٓأهيُّهها َّ ه ٱ لَِّين َّ َّ ْ ءهامهنوا ْ َّصه لُّوا ْ َّعهلهيۡه ِ َّوهسه لِموا َّ َّ تهسۡ لِيمًا ٦٥ َّ َّ (Surah al-Ahzab, ayat 56) آ لَّ َ شَ رِيك َ لَ ه ُ ، وَ أَ شۡ هَ د ُ أَ ن ُ لَّ آ الله ُ وَ حۡ دَ ه ِ لَّ آ إِ لَــٰه َ إ أَشۡ هَ د ُ أَ ن مُ حَ مآ دً ا عَ بۡدُ ه ُ وَ رَ سُ ولُهُ . ٍ اللآهُ ـم آ صَ ـل ِ وَ سَ لِ م ۡ عَ لَ ى سَ يِدِ نَ ا مُ حَ مآ د ٍ وَ عَ لَ ى آلِ ه ِ وَ أَ صۡ ـحَ ابِ ه ِ وَ مَ ن تَبِعَهُ ـم بِ إِ حۡ سَ ان إِ لَى يَ وۡ م ِ الدِ ين َ . َ لَّ َ أَمآ ا بَعۡ د ُ ، فَ يَ ا عِ بَ اد َ الله ، اِ تآ قُ وا الله َ حَ ق آ تُ قَ اتِه ِ ، و َ َ لَّ آ وَ أَنتُ م مُّ سۡ لِ مُ ون ِ تَمُ وتُ ن آ إ SIDANG JUM‘AT YANG DIRAHMATI ALLAH AZZAWAJALLA, Bertaqwalah kepada Allah Azzawajalla dengan memelihara diri, keluarga dan masyarakat daripada melakukan perkara yang dilarang oleh Allah Azzawajalla. Jangan bercakap atau bermain dengan gajet agar pahala Jumaat tidak menjadi sia-sia. Mimbar pada hari ini membicarakan topik “ SELAWAT MENGUNDANG BERKAT. ” 2 SIDANG JUM‘AT YANG DIMULIAKAN, Kita masih berada dalam bulan Syaaban yang mulia. Masih berbaki 17 hari sebelum kita memasuki bulan Ramadhan. Antara keistimewaan bulan Syaaban termasuklah penurunan ayat al-Quran yang mengandungi perintah Allah Azzawajalla supaya kita berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Ayat tersebut ialah firman Allah Azzawajalla dalam surah al-Ahzab, ayat 56 yang telah saya bacakan pada awal khutbah ini yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat -Nya sentiasa berselawat ke atas Nabi Muhammad. Wahai orang yang beriman, berselawatlah ke atas baginda dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.” Menurut ahli tafsir, ayat perintah berselawat tersebut diturunkan pada bulan Syaaban tahun kedua Hijrah. Ayat ini menjelaskan bahawa Allah Azzawajalla memuji Nabi SAW di hadapan para malaikat. Pujian daripada Allah Azzawajalla kepada Nabi SAW itu seterusnya diikuti oleh para malaikat yang berdoa agar ditambahkan kelebihan untuk baginda. Gabungan selawat, yakni doa daripada malaikat yang berada di alam yang tinggi dengan selawat yakni doa daripada manusia yang menghuni alam di bumi, menambahkan keberkatan dan penghormatan untuk Rasulullah SAW yang kita cintai. Saiyid Muhammad ‘Alawi al -Maliki ( المالكي) علوي محمد السيد pula menyatakan bahawa Allah Azzawajalla memuliakan umat Islam dengan ganjaran pahala yang sangat besar melalui amalan berselawat. Bagi orang yang mengamalkan zikir, ingatlah bahawa selawat merupakan salah satu zikrullah yang perlu disebut sebanyak-banyaknya. Contohilah para sahabat yang banyak berselawat khususnya pada hari Jumaat yang mulia ini. 3 Jika dibandingkan antara selawat para sahabat dengan selawat kita, ternyata kita jauh ketinggalan. Cuba bertanya kepada diri sendiri, berapakah jumlah selawat kita mulai malam tadi sampai saat ini? SIDANG JUM‘AT YANG DIMULIAKAN, Berselawat ke atas Nabi SAW mempunyai banyak kelebihan. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Sayidina Abu Hurairah radiallahuanhu, Rasulullah SAW bersabda: َ ً مَ ن ْ صَ لآ ى عَ لَ ي آ وَ احِ دَ ة ، صَ لآ ى الله ُ عَ لَيْه ِ عَ شْ رًا Maksudnya: “ Sesiapa yang berselawat ke atasku sekali, Allah berselawat untuknya sebanyak sepuluh kali. ” Selawat mempunyai maksud yang berbeza. Selawat daripada Allah Azzawajalla kepada Rasulullah SAW bermaksud Allah Azzawajalla memuji dan memberkati baginda. Selawat daripada kita ke atas Rasulullah SAW bermaksud doa dan permohonan agar Allah Azzawajalla merahmati baginda. Selawat Allah Azzawajalla kepada manusia pula bermaksud curahan rahmat-Nya terhadap kita. Syeikh Ibnu ‘Atoillah as-Sakandari السكندري) الله عطاء (ابن pernah berkata dengan maksud “ Jika dengan hanya satu selawat, yakni rahmat daripada Allah, selawat tersebut memadai mengubah kehidupan manusia, apatah lagi dengan sepuluh selawat, cuba bayangkan bagaimanakah kesannya? Hal ini disebabkan sebagai hamba, manusia berselawat dengan keadaannya yang terbatas, sedangkan Allah Azzawajalla berselawat dengan sifat- Nya Yang Maha Hebat.” 4 Dalam hadis yang lain, Sayidina Abu Talhah al-Ansari radiallahuanhu meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: َ آ أَتَانِي آت ٍ مِ ن ْ رَبِي عَ زآ وَ جَ ل َ َ ، فَ قَ ال ُ لََ ة ً كَ تَب َ الله َ : مَ ن ْ صَ لآ ى عَ لَيْ ك َ مِ ن ْ أُمآ تِ ك َ ص َ ٍ لَه ُ بِ هَ ا عَ شْ رَ حَ سَ نَ ات َ ٍ ، وَ مَ حَ ا عَ نْ ه ُ عَ شْ رَ سَ يِئَات َ ٍ ، وَ رَ فَ ع َ لَ ه ُ عَ شْ رَ دَ رَجَ ات ، آ وَ رَ د عَ لَيْ ه ِ مِ ثْلَهَ ا Maksudnya: “ Malaikat yang diutuskan oleh Allah datang kepadaku lalu berkata, “ Siapa-siapa orang daripada umatmu yang berselawat sekali ke atasmu, Allah akan mencatat untuknya dengan satu selawat itu sepuluh kebaikan, dihapuskan daripadanya sepuluh keburukan, diangkat darjatnya sepuluh tingkatan dan Allah membalas selawat itu dengan sepuluh selawat.” Hadis ini menghuraikan bahawa setiap kali kita berselawat, kita dibalas dengan empat keistimewaan, iaitu memperoleh sepuluh kebaikan, dihapuskan sepuluh keburukan, ditingkatkan sepuluh darjat di syurga, diberikan petunjuk untuk melakukan kebaikan di dunia atau diberatkan neraca kebaikan pada hari akhirat. Oleh itu, mimbar menyeru seluruh Muslimin agar sentiasa selawat ke atas Nabi SAW. Sesungguhnya faedah selawat adalah kembali kepada orang yang berselawat. Selawat itu juga tanda terima kasih kepada Rasulullah SAW yang sangat berjasa membimbing manusia keluar daripada kegelapan kekufuran kepada sinaran cahaya keimanan. Selain membaca zikir pagi dan petang atau al- Ma’thurat, kita juga hendaklah melatih diri kita agar sentiasa membasahkan lidah dengan selawat tanpa mengira masa. Hakikatnya, orang yang mengamalkan selawat mengundang keberkatan dalam kehidupannya. 5 SIDANG JUM‘AT YANG DIMULIAKAN, Mengakhiri khutbah, mimbar ingin mengambil kesempatan untuk membuat 2 hebahan kepada sidang Jumaat. Pertamanya dijemput kepada hadirin untuk memeriahkan Temasya Nada Silam Al-Ummah al- Malayuwiyyah bertempat di Masjid Jamek Tunku Besar Tampin yang akan diadakan pada 1 hingga 3 Mac 2024 dan hebahan yang kedua ialah rakyat Negeri Sembilan diingatkan supaya segera mendaftarkan diri dalam sistem PADU dan mengemas kini maklumat individu serta isi rumah. Pendaftaran boleh dilakukan menerusi pautan www.padu.gov.my sebelum 31 Mac 2024 atau boleh menghubungi pejabat Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Sembilan untuk bantuan selanjutnya. Kemudahan dan manfaat yang diberikan kerajaan akan dinikmati sepenuhnya oleh golongan yang berhak menerusi sistem PADU. َ بَارَك َ الله ُ لِ ـي وَ لَكُ م ۡ فِ ـي الۡ قُ رۡآن ِ الۡ عَ ظِ يم ِ ، وَ نَ فَ عَنِــي وَ إِ يآاكُ م ۡ بِ مَ ا فِيه ِ مِ ن َ ۡ ال ِ يَات َ ُ وَ الذِ كۡ ر ِ الۡـحَ ـكِ يـم ِ ، وَ تَ قَ بآـل َ مِ نــِي وَ مِ نكُ م ۡ تِـ لََ وَ تَ ه ُ إِ نآ ه ُ هُ و َ السآ مِ يع ُ الۡعَلِ يم ُ ، أَ قُ ول قَ وۡ لـِي هَ ذَ ا وَ أَسۡ تَغۡ فِ ر ُ الله َ الۡعَ ظِ يم َ لـِي وَ لَ كُ م ۡ ، وَ لِ سَ اۤئِر ِ الۡـمُ سۡ لِ مِ ين َ وَ الۡـمُ سۡ لِ مَ ات ِ ، َ َ وَ الۡـمُ ؤۡ مِ نِين وَ الۡـمُ ؤۡ مِ نَ ات ِ ، فَ اسۡ تَغۡ فِ رُوه ُ فَ يَ ا فَ وۡ ز َ الۡـمُ سۡ تَغۡ فِ رِين َ وَ يَا نَجَ اة َ التآاۤئِبِينَ .