MEDITASI HARIAN Siapakah orang ini. (Matius 21:10) Siapakah orang ini, yang memasuki kota suci “lemah lembut dan menunggang seekor keledai” (Matius 21:5)? Ini adalah "nabi Yesus, dari Nazaret di Galilea" (21:11), seorang tukang ajaib yang memberitakan kabar baik kerajaan Tuhan. Hari ini semasa Misa, kita berseru bersama orang ramai, “Diberkatilah Dia yang datang dalam nama Tuhan!” (21:9). Siapakah orang ini, yang menguduskan roti dan wain supaya menjadi Tubuh dan Darah-Nya dan kemudian mempersembahkan diriNya bagi pengampunan kita (Matius 26:27-28)? Inilah Yesus, Anak Domba Tuhan, yang memasuki hidup kita setiap kali kita menerimanya dalam Ekaristi. Siapakah orang ini, yang di Taman Getsemani berdoa kepada Bapanya, “Biarlah cawan ini lalu dari pada-Ku,” dan kemudian menyerah kepada kehendak Bapanya (Matius 26:39)? Inilah Tuhan yang menjelma, manusia sepenuhnya dan ilahi sepenuhnya, yang memahami penderitaan kita kerana Dia sendiri telah menderita. Siapakah orang ini, yang enggan membela dirinya apabila dituduh menghujat (Matius 26:63-65)? Inilah Dia yang “‘duduk di sebelah kanan Yang Mahakuasa’ dan ‘datang di atas awan-awan di langit’” (26:64), Dia yang suatu hari nanti kita akan bertemu muka dengan muka dalam segala kemuliaan-Nya. Siapakah orang ini, yang diejek dan diludahi serta dipuji sebagai “Raja orang Yahudi” (Matius 27:29)? Ini adalah Raja alam semesta, dan Raja kita juga. Semoga dia lebih berkuasa dalam hidup kita setiap hari! Siapakah orang ini, yang dipukul, disebat, dan disalibkan, dan yang berseru-seru lalu menyerahkan nyawa-Nya (Matius 27:46-50)? “Sungguh, Ia ini adalah Anak Allah!” (27:54), yang sangat mengasihi kita sehingga Dia menanggung dosa kita untuk menyelamatkan kita. Siapakah orang ini, yang mayatnya dipukuli dibaringkan di dalam kubur (Matius 27:60)? Inilah Kristus Tuhan, yang akan keluar dari kubur pada hari ketiga dan mengalahkan dosa dan maut selama-lamanya. Semoga dia sentiasa dipuji! “Yesus, semasa saya memulakan Minggu Suci ini, semoga saya mengenali Engkau dengan lebih mendalam lagi.” Minggu Palma Mengenang Sengsara Tuhan Pekan II - Tahun A 2 hb April 2023 ___ LITURGI SABDA Pembacaan 1: YESAYA 50:4-7 Mazmur Sahutan : ALLAHKU, YA ALLAHKU, MENGAPA KAUTINGGALKAN DAKU? Pembacaan 2: FILIPI 2:6-11 Injil: MATIUS 26:14-27:66 ___ Pembacaan Minggu Hadapan MINGGU PASKAH Oktaf Paskah - Tahun A Pembacaan 1: KISAH 10:34, 37-43 Mazmur Tang: MAZMUR 117:1-2.16-17. 22-23 Pembacaan 2: KOLOSE 3:1-4 Injil: YOHANES 20:1- 9 ___ JADUAL MISA HARIAN & ADORASI DI SHC Misa Harian 6.00 pagi (Isnin-Sabtu) Devosi Kerahiman Ilahi 3.00 petang (Jumaat) ___ JADUAL MISA HUJUNG MINGGU & ADORASI SABTU Novena Devosi 5.00 petang Misa 6.00 petang (ING) AHAD Misa 7:00 pagi (CINA) 9.00 pagi (ING) 11.00 pagi (BM) Makluman dan acara lanjut boleh dilihat di E-Bulletin kita di www.shckk.org atau www.facebook.com/shckk JADUAL TRIDUUM PASKAH BAGI KATEDRAL HATI KUDUS TARIKH MISA / IBADAT MASA / BAHASA 6 APR 23 (Khamis) KHAMIS PUTIH 7.30 PM (EN/BM) 7 APR 23 ( Jumaat ) JALAN SALIB 7.00 AM (EN/BM/MAN) JUMAAT AGUNG 3.00 PM (EN) 6.00 PM (BM) 8 APR 23 (Sabtu) VIGIL PASKAH 7.00 PM (EN) 9 APR 23 (Ahad) MINGGU PASKAH 7.00 AM (MAN) 9.00 AM (EN) 11.00 AM (BM) Perhatian: Jalan Salib pada hari Jumaat, 7 hb April 2023 akan diadakan di Monumen Perhentian Jalan Salib. TIDAK ADA PENGAKUAN INDIVIDU Tarikh: 30 hb Mac - 14 hb April 2023 (Termasuk pada hari Sabtu 4.30 PM-5.30PM) Pengakuan Individu akan disambung semula pada 17 hb April 2023 (Isnin) di Kapel Sakramen Mahakudus. TIDAK ADA HOLY HOUR Tarikh: 6 hb April 2023 Holy Hour akan bersambung semula pada 13 hb April 2023 PENUTUPAN PEJABAT PAROKI SHC Tarikh: 6 hb April (Khamis: Petang) 10 hb April 2023 (Isnin) Pejabat dibuka semula pada hari Sabtu, 8 hb April & Selasa, 11 hb April 2023 (Selasa) DEVOSI MINGGU PERTAMA (SETIAP BULAN) TARIKH DEVOSI MASA & TEMPAT 12 April 23 (Rabu) St. Yosef 7.30PM, SHC 14 April 23 (Jumaat) Hati Kudus Yesus 7.30PM, SHC 15 April 23 (Sabtu) Hati Maria yang Tak Bernoda 11.00AM, Chapel PEMBAPTISAN BAYI DI KATEDRAL HATI KUDUS (BM) TARIKH MASA TEMPAT 16 April 2023 (Ahad) 3.00 PM SHC (Terhad kepada 50 orang) Pendaftaran dibuka dari 27 hb Mac - 11 hb April 2023 ( Pendaftaran ditutup jam 3.00 PM pada 11 hb April 2023 ) pada waktu pejabat. Ibu bapa dan penanggung diminta menghadiri taklimat pada hari Khamis, 13 hb April 2023 jam 8.00 malam di Bilik F7. Kehadiran ibu bapa & penanggung adalah WAJIB . ( Pendaftaran akan di batalkan sekiranya salah satu ibu-bapa atau penanggung gagal untuk menghadiri taklimat ini ) SAKRAMEN PERKAHWINAN Pengaturan perkahwinan Gereja di Katedral Hati Kudus hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 4 BULAN sebelum tarikh cadangan perkahwinan dengan paderi di Paroki ini Dokumen yang diperlukan boleh dilihat di www.shckk.org/sacraments/marriage/ Bagi perkahwinan Gereja Mary Immaculate, sila hubungi Pejabat Paroki CMI no. 088-222345. PAKAIAN TERPAKAI Sila ambil perhatian bahawa kami tidak lagi menerima pakaian terpakai di paroki kita dan menasihati umat untuk menderma pakaian terpakai tersebut di tempat lain. MISA/IBADAT PENGEBUMIAN Umat diminta ambil perhatian perkara berikut semasa membuat pengaturan untuk Misa Pengebumian atau Ibadat Pengebumian: 1. Rujuk Pejabat SJBF - untuk pembelian kubur atau tanah perkuburan. 2. Rujuk Pejabat Paroki SHC - untuk Misa Pengebumian di Katedral Hati Kudus atau Perkhidmatan Pengebumian di Parlour. PERAYAAN KESYUKURAN KAAMATAN SHC & SPD Tarikh: 30 hb April 2023 (Ahad ) Masa: 2.00 pm - 5.00 pm Tempat: SHPC Acara Sukan Tradisi terbuka kepada semua umat. Beberapa Gerai makanan Kaamatan untuk di nikmati. Tarikh: 1 hb Mei 2023 (Isnin, Cuti umum) 10.00 am: MISA KUDUS di Katedral 11.30 am - 5.00 pm: Acara Dewan 1. Jamuan makan. 2. Bakat mewarna kanak-kanak umur 12 tahun ke bawah. 3. Bakat sugandoi. 4. Lucky Draw - lebih daripada 50 hadiah untuk dimenangi. HADIAH UTAMA: MOTOSIKAL Hadiah lain untuk dimenangi: Peti sejuk /mesin basuh/Sterika wap/Microwave oven/Gold Bar/Rice cooker/hamper/pelbagai barangan elektirk/beras/minyak masak/dll. TIKETLUCKY DRAW boleh di beli di depan Gereja sebelum dan selepas Misa setiap hari Ahad. KOLEKSI KE 3 BAGI MEMBANTU TABUNG BANGUNAN GEREJA ST. PAUL Koleksi ketiga dijalankan hari ini 2 hb April 2023 (Ahad). Sumbangan anda amatlah dihargai. SUMBANGAN PAROKI (25 HB & 26 HB MAC 2023) Hitam RM 18,468.65 Merah RM 15,454.90