1 KHUTBAH JUM‘AT TAJUK : TANAH ITU MILIK KITA TARIKH: 3 NOVEMBER 2023 / 19 RABI'ULAKHIR 1445 الحَ مْ د ُ لِ لَّه ِ القَ ائِلِ : وَمَا ِ فِ ِ سَ بِيل َ لَ َ تُقَ َٰتِلُون ۡ لَكُ م ٱ ِ َ للّ َ و ٱ َ لۡمُسۡ تَضۡ عَفِي َ مِن ٱ ِ لرِجَال َ و ٱ لنِسَ ا ِ ء َ و ٱ ِ لۡوِلۡدَ َٰن ٱ َ لََّ ِين ِ يَقُولُون َ رَبَنَا أَخۡ رِجۡنَا مِن ۡ هَ َٰذِه ٱ ِ لۡقَرۡيَة ٱ ِ لظَ الِم َ أَهۡلُهَا و ٱ جۡ عَل َ لََّ ُنك لََّ َا مِن َ وَلِ ّٗا و ٱ جۡ عَل َ َ لَّ ا لََّ ُنك َ نَصِ يرًا مِن ٥٧ (Surah an- Nisaa’ ayat 75) ُ ُ لَّ َ شَ رِيك َ لَ ه ُ لَّ آ الله ُ وَ حۡ دَ ه ِ لَّ آ إِ لَــٰه َ إ أَشۡ هَ د ُ أَ ن ُ َ ، و أَشۡ هَ د ُ أَ ن آ مُ حَ مآ دً ا عَ بۡ دُ ه ُ وَ رَ سُ ولُهُ . ُ ُ اللآه ـ ُ َ م آ ص ـ ُ ۡ ل ِ وَ سَ لِ م ۡ عَ لَ ى سَ يِدِ نَ ا مُ حَ مآ د ٍ وَ عَ لَ ى آلِ ه ِ وَ أَ ص ـ ُ ُ حَ ابِ ه ِ وَ مَ ن تَبِعَه ـ ُ َ م بِ إِ حۡ س ٍ ان إِ لَى يَ وۡ م ِ الدِ ينَ . ُ ُ أَمآ ا بَعۡ د ، فَ يَا عِ بَ اد َ الله ُ ِ ، اِ تآ قُ وا الله َ حَ ق آ تُ قَ اتِ ه ، لَّ آ وَ أَنتُم مُّ سۡ لِ مُ ونَ . ِ لَّ َ تَ مُ وتُ ن آ إ َ و SIDANG JUM‘AT SEKALIAN, Bertaqwalah kepada Allah Azzawajalla dengan memelihara diri, keluarga dan masyarakat daripada melakukan perkara yang dilarang oleh Allah Azzawajalla. Jangan bercakap atau bermain dengan gajet agar pahala Jumaat tidak menjadi sia-sia. Mimbar pada hari ini membicarakan topik “ TANAH ITU MILIK KITA .” 2 SIDANG JUM‘AT SEKALIAN, Sebelum meneruskan khutbah minggu ini, bersempena dengan sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2023, mimbar mengingatkan bahawa tujuan Allah Azzawajalla melantik manusia sebagai khalifah adalah untuk mentadbir dunia dengan kaedah yang betul dan terbaik. Perbuatan manusia yang suka berperang, menindas, menzalimi, merosakkan alam sekitar serta melakukan pembangunan yang tidak seimbang boleh menjejaskan kehidupan makhluk yang lain. Mencemarkan alam sekitar merupakan perbuatan yang berdosa. Ingatlah bahawa, penjagaan ekosistem, iaitu sistem yang melibatkan interaksi antara suatu komuniti seperti haiwan, tumbuhan dan sebagainya, tidak boleh dipandang remeh. Sebagai Muslim, kita bertanggungjawab memelihara dan memulihara alam sekitar. SIDANG JUM‘AT SEKALIAN, Isu kezaliman terhadap rakyat Palestin masih hangat dibincangkan. Rundingan demi rundingan yang dilakukan pada peringkat antarabangsa masih tidak dapat menyelesaikan pembantaian yang dilakukan oleh rejim Zionis. Dunia juga tidak boleh mengharapkan Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu atau PBB untuk menghapuskan kerakusan rejim Zionis meratah nyawa rakyat Palestin yang tidak bersalah. Meskipun banyak negara yang mengutuk tindakan rejim Zionis, namun masih ada negara yang menghantar bantuan ketenteraan kepada rejim Zionis yang zalim. Kita juga berasa sedih dan terperanjat kerana terdapat segelintir umat Islam yang turut menyokong kezaliman rejim Zionis. Sokongan ini sepatutnya tidak berlaku kerana isu rejim Zionis merampas al-Masjid al- Aqsa (المسجد الأقص ى) , masjid yang suci untuk umat Islam bukanlah isu tempatan. Sebagai Mukmin, kita wajib mempertahankan al-Masjid al- Aqsa tanpa berbelah bahagi. 3 Sokongan terhadap negara haram Israel hanya menambah kedukaan rakyat Palestin yang dihalau dari bumi sendiri. SIDANG JUM‘AT SEKALIAN, Sejarah mencatatkan peristiwa penaklukan Baitul Maqdis (بيت المقدس) atau al-Quds sebanyak tiga kali. Penaklukan kali pertama dilakukan oleh Sayidina Umar bin al-Khattab radiallahuanhu pada tahun 15 Hijrah bersamaan dengan 636 Masihi. Baitul Maqdis ditawan untuk kali kedua pada 2 Oktober 1187 Masihi bersamaan dengan 27 Rejab 683 Hijrah oleh Salahuddin al-Ayyubi. Pembebasan kota al-Quds kali kedua ini merupakan kemenangan tentera Islam menewaskan tentera Salib. Selepas Kerajaan Turki Uthmaniyyah ditewaskan dalam Perang Dunia Pertama, British “menghadiahkan” Palestin kepada Yahudi. Bayangkanlah, kaum Yahudi yang pada asalnya tidak ada negara, berkelana dari seluruh dunia dan merempat di Palestin. Kemudian Yahudi mengaku pula Palestin sebagai tanah air sendiri. Mereka menghalau rakyat Palestin sesuka hati tanpa belas kasihan. Yahudi yang asalnya tidak memiliki rumah, merobohkan rumah rakyat Palestin dan membiarkan mereka merempat dan melarat, ibarat “berkayuh sampa n yang bocor.” Ada pula pemimpin Barat yang kononnya melakar peta bagi penyelesaian dua buah negara, penjajah Israel berkongsi negara dengan Palestin. Akan tetapi, semuanya karut belaka. Perjanjian yang berat sebelah hanya merugikan pihak Palestin. SIDANG JUM‘AT SEKALIAN, Al-Masjid al-Aqsa ialah kiblat pertama umat Islam. Di sinilah juga berlakunya peristiwa agung Israk dan Mikraj (الإسراء دان المعراج) yang juga merupakan salah satu mukjizat Rasulullah SAW. 4 Kita wajib mempertahankan tanah Palestin dan al-Masjid al-Aqsa dengan seluruh kekuatan yang kita ada. Firman Allah Azzawajalla yang telah dibacakan pada awal khutbah tadi bermaksud : “ Apakah yang menghalang kamu tidak mahu berperang pada jalan Allah untuk menegakkan Islam dan untuk menyelamatkan golongan yang ditindas yang terdiri daripada kaum lelaki, wanita serta kanak- kanak? Golongan yang ditindas berdoa dengan berkata “Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami dari negeri ini, yang penduduknya bersikap zalim. Berikanlah untuk kami dari sisi-Mu pemimpin yang mengawal keselamatan agama kami serta membela, melindungi dan mempertahankan kami daripada ancama n musuh.” Dalam Tafsir al-Qurtubi menyatakan bahawa, negeri yang dimaksudkan dalam ayat ini ialah Makkah. Meskipun demikian, dalam hal ini Allah Azzawajalla mewajibkan jihad untuk menegakkan agama-Nya serta menyelamatkan golongan yang lemah dan dizalimi. Hukum berjihad membebaskan Palestin adalah wajib, bukan atas prinsip kemanusiaan sahaja, tetapi atas dasar aqidah yang sama. Bahkan dalam berdasarkan keadaan yang berlaku sekarang, Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia berpandangan bahawa, hukum menyelamatkan penduduk Gaza daripada kesengsaraan dan kezaliman yang dilakukan oleh rejim Zionis adalah wajib menurut syarak. Oleh itu, marilah kita berganding bahu berusaha membebaskan al- Quds daripada cengkaman kezaliman dan penjajahan rejim Zionis. Jihad yang dimaksudkan di sini bukanlah mengangkat senjata sahaja. Hakikatnya, segala bentuk sokongan seperti kewangan, makanan dan keperluan dalam meneruskan kehidupan untuk rakyat Palestin termasuk dalam jihad yang dikehendaki oleh syarak. 5 Mengakhiri khutbah pada minggu ini, marilah kita mengamalkan doa yang diriwayatkan oleh Sayidina Suhaib bin Sinan radiallahuanhu : ُ َ اللآهُ م آ اكْ فِ نِ يْهِ م ْ بِ مَ ا شِ ئْت ُ Maksudnya: “ Ya Allah, peliharalah diriku dengan apa-apa jua perlindungan sebagaimana yang Engkau kehendaki. ” ُ ۡ بَارَك َ الله ُ لِي وَ لَ كُ م ۡ فِ ي الۡ قُ ر آ ُ ِ ن ِ الۡعَ ظِ يم ِ الۡۡ يَ ات َ ، وَ نَ فَ عَنِ ي وَ إِ يآ اكُ م ۡ بِمَ ا فِيه ِ مِ ن ُ ِ وَ الذِ كۡ رِ الۡ حَ كِ يم ُ ُ ، وَ تَ قَ بآل َ مِ نِ ي وَ مِ نكُ م ۡ ت ِ لََ وَ تَ ه ُ إِ نآ ه ُ هُ وَ السآ مِ يع ُ الۡ عَ لِ يم ، أَقُ ول ُ قَ وۡ لِ ي ُ ُ هَ ذَ ا وَ أَ سۡ تَغۡ فِ ر ُ ۡ الله َ الۡعَظِ يم َ لِي وَ لَ كُ م ُ ۡ ، وَ لِ سَ اۤئِر ِ ال ـ وَ ال َ مُ سۡ لِ مِ ين ُ ۡ ـ م ُ ُ ـ ُ ِ سۡ لِ مَ ات ، ُ ۡ وَ ال ـ ُ ۡ مُ ؤۡ مِ نِين َ وَ ال ـ ُ ِ مُ ؤۡ مِ نَ ات ، فَ اسۡ تَ غۡ فِ رُوه ُ فَ يَ ا فَ وۡ ز َ ا لۡۡ ُسۡ تَغۡ فِ رِين َ وَ يَا نَجَ اة َ التآ اۤئِبِينَ .