1 KHUTBAH JUM‘AT TAJUK : ISLAM AGAMA RAHMAH TARIKH : 16 FEBRUARI 2024 / 6 SYAABAN 1445 _____________________________________________________________________________________________________ : ه َ الۡقَ ائَل َ لِلّ ُ ٱلۡ حَ مد َ َ ۡ أَفَغَي َ َ َ ه َ للّ ٱ َ َ َ َ َ َ حَكَمٗ ا َ وَهُو ه غِ َ أَبۡت َ ٱ لََّ هي َ َ َ َ ُ َ إ ه لََ ۡكُ م َ أَنزَل َ َ ٱلۡكهتَ َٰب َ َ َ َ و َ ۚ ٗ لٗ َ مُفَص َ َ ٱ لََّ هين َ َ َ َ ُ ءَاتَيۡنَ َٰهُم َ َ ٱلۡكهتَ َٰب َ َ َ ُ يَعۡلَمُون َ َ أَنَه َ ۥ َ َ َ ه َ ب َ نََ َل ٞ َ مهن َ رَبهك ُ م َ ه لۡۡ َق ٱ َ َ َ َ َ َ تَكُ ونَن َ َ مهن َ لٗ َ ف َ َ تََ هين ۡ ٱلۡمُم َ َ ٤١١ َ َ َ (Surah al - An’aam 114 ) لَّ َ شَ رَيك َ لَه ُ ، وَ أَشۡ هَ د ُ أَن ه مُ حَ مه دً ا عَ بۡدُ ه ُ وَ رَسُ ولُهُ . ُ لَّ ه الله ُ وَ حۡ دَ ه َ لَّ ه إَ لَــٰه َ إ أَشۡ هَ د ُ أَن ٍ اللههُ ـم ه صَ ـل َ وَ سَ لَ م ۡ عَ لَ ى سَ يَدَ نَا مُ حَ مه د ٍ وَ عَ لَ ى آلَ ه َ وَ أَصۡ ـحَ ابَه َ وَ مَ ن تَبَعَهُ ـم بَإَ حۡ سَ ان إَ لَى يَوۡ م َ الدَ ين َ . ه لَّ َ لَّ َ تَمُ وتُن ه إ َ أَمه ا بَعۡد ُ ، فَ يَ ا عَ بَ اد َ الله ، اَ تهقُ وا الله َ حَ ق ه تُقَ اتَه َ ، و وَ أَنتُم مُّ سۡ لَ مُ ونَ . SIDANG JUM‘AT YANG DIRAHMATI ALLAH AZZAWAJALLA, Bertaqwalah kepada Allah Azzawajalla dengan memelihara diri, keluarga dan masyarakat daripada melakukan perkara yang dilarang oleh Allah Azzawajalla. Jangan bercakap atau bermain dengan gajet agar pahala Jumaat tidak menjadi sia - sia. Mimbar pada hari ini membicarakan topik “ ISLAM AGAMA RAHMAH 2 SIDANG JUM‘AT YANG DIMULIAKAN, Islam ialah agama yang tinggi dan tidak ada ajaran yang lain yang boleh mengatasi kehebatan Islam. Islam, agama yang diredhai oleh Allah Azzawajalla, menjadikan penganutnya sebagai insan yang selamat dan sejahtera. Orang yang bergelar Muslim pula hendaklah tunduk, patuh dan menyerah diri kepada Yang Maha Esa , mentaati segala perintah Allah Azzawajalla dan meninggalkan larangan - Nya. Meskipun Allah Azzawajalla menjamin cahaya - Nya tidak akan padam selama - lamanya, umat Islam hendaklah berikhtiar mempertahankan kesucian Islam dengan apa jua wasilah Tujuan perundangan Islam adalah untuk mencapai asas kemaslahatan atau kebaikan untuk seluruh manusia. Perundangan Islam menjadikan al - Quran al - Karim dan sunnah Rasulullah SAW sebagai sumber utamanya. Setelah semua sumber ini dirujuk dan dihalusi, perundangan Islam dilaksanakan seiring dengan kesesuaian semasa berdasarkan ijtihad ulama’ , dan ijmak, iaitu konsensus yang disepakati oleh golongan yang mahir lagi kompeten. Akidah dan akhlak ada kepentingannya yang tersendiri. Adapun syariah, peranannya lebih jelas dalam aspek amalan kehidupan, yang me rangkumi ibadah, muamalat, yang ada kaitan dengan kemasyarakatan, munakahat, berkaitan urusan rumah tangga dan jinayat , iaitu kesalahan yang telah ditetapkan hukumannya oleh syarak. Ada dikalangan muslim yang berasa bangga melakukan dosa dan menyebarkan kelakuan sumbang ke tengah masyarakat tanpa memikirkan sensitiviti umat Islam. Hakikatnya, Islam mengajar kita supaya memelihara aib diri sendiri dan maruah orang lain. Janganlah disebabkan kemaruk dengan like atau meningkatkan rating yang belum 3 tentu boleh menguntungkan kita pada hari akhirat, maka kita sanggup mengorbankan kekudusan dan kesucian agama Islam. Menyembunyikan keaiban diri merupakan perbuatan yang disuruh oleh Rasulullah SAW. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Sayidina Abu Hurairah radiallahuanhu, Nabi SAW bersabda: لَّ ه ال َ كُ ل ُّ أُمه تَ ي مُ عَافًى إ ـ َ مُ جَ اهَ رَين ، وَ إَن ه مَ ن َ ال ـ مَ جَ انَة َ أَن يَعمَ ل َ الرهجُ ل ُ بَاللهيل َ عَ مَ لاً، ُ ه اللّ ُ ثُم ه يُصبَح َ وَ قَ د سَ تَرَه ، فَ يَقُ ول َ يَا فُ لاَن ُ عَ مَ لت ُ البَارَحَ ة َ كَ ذَ ا وَ كَ ذَ ا َ ، وَ قَ د بَات ُ اللّ ه َ عَ نه َ يَستُرُه ُ رَبُّه ُ وَ يُصبَح ُ يَكشَ ف ُ سَ تر Maksudnya: “ Setiap umatku diampunkan dosanya kecuali golongan al - mujahirin , yakni yang membuka aib dan menyebarkan maksiat sendiri Sesungguhnya antara perbuatan mendedahkan dosa itu termasuklah individu yang melakukan dosa pada waktu malam, k emudian dia bangun pagi dalam keadaan Allah telah menutup keaiban dirinya. Malangnya dia menceritakan maksiatnya kepada orang lain dengan berkata : ‘’Wahai si fulan, semalam aku telah melakukan perbuatan dosa itu dan ini’’ , padahal dia telah tidur dalam keadaan aibnya disembunyikan oleh Allah , tetapi dia bangun lalu mendedahkan aib yang ditutup oleh Allah itu. ” SIDANG JUM‘AT YANG DIMULIAKAN, U mat Islam khususnya yang mempunyai kepakaran hendaklah bermuafakat dan mencari kata sepakat bagi memastikan s yariat Islam t erus dimantapkan dan bukannya diremehkan. 4 Sebagai orang Islam, kita hendaklah terus menyokong usaha memartabatkan institusi dan perundangan yang selari dengan ketetapan dala m al - Quran dan hadis serta pandangan ulamak. Kita juga perlu mengukuhkan kefahaman khususnya berkaitan dengan hukum qisas, hudud dan takzir agar sebarang komen dan pandangan kita, tidak berlandaskan kejahilan terhadap agama Islam yang suci murni Berhati - hatilah dengan golongan yang menggunting dalam lipatan. Mereka sentiasa mencari jalan memporak - perandakan kesatuan Islam , demi mencapai kepuasan nafsu dan mencari populariti yang tidak bertempat. Mereka berjuang atas nama kebebasan bersuara dan kesamarataan dengan cara mencabik dan menyobek balutan Islam sedikit demi sedikit. Sepatutnya, y ang kurang itu dibaiki dan yang rendah dinaikkan agar sama tinggi. Peribahasa Melayu ada menyebut “jangan menyuruh kapak menyelam beliung .” SIDANG JUM‘AT YANG DIMULIAKAN, Kedatangan bulan Syaaban yang bertepatan dengan cuti persekolahan mengingatkan kita untuk kita menggandakan amalan soleh. Usah lah bertangguh lagi B awalah anak atau cucu supaya mereka dapat bersama dalam saf di rumah Allah Azzawajalla. Penuhilah masa terluang dengan aktiviti yang bermanfaat . Biarpun gajet sentiasa menjadi cabaran, namun asuhan mencintai Allah dan rasul tidak boleh dipandang ringan. Hidupkan suasana Islam di kediaman masing - masing dengan pembacaan al - Quran dan hafalan surah - surah yang ringkas. Sucikan hati dengan ilmu yang menjadi pedoman kehidupan di dunia dan iman yang berperanan sebagai penentu kehidupan pada hari akhirat. Hayatilah peristiwa Israk dan Mikraj menerusi ceramah dan tazkirah yang dianjurkan oleh masjid dan surau khususnya pada musim ini. 5 Marilah kita amalkan doa dalam hadis yang mempunyai isnad yang sahih , diriwayatkan oleh Sayidina Ammar bin Yasir radiallahuanhuma : ه الل ُ ه ه م َ ن س َ أ ُ ل َ ك َ خ ش َ ي َ تَ ك َ ف ي ال َ غ ي َ ب َ و ه الش َ ه َ اد َ ة ، َ و َ ن س َ أ ُ ل َ ك َ ك َ ل َ م ة َ ال َ ح َ و َ ق ال َ ع د َ ل َ ف ي ال َ غ َ ض َ ب َ و َ الر َ ض ى Maksudnya: “ Ya Allah, kami bermohon kepada - Mu perasaan gerun gementar dengan kebesaran - Mu dalam semua keadaan . Ya Allah, kami bermohon kepada - Mu dapat menyatakan kebenaran serta keadilan dalam situasi kemarahan dan keredhaan. ” بَارَك َ الله ُ لَ ـي وَ لَكُ م ۡ فَـي الۡقُ رۡآن َ الۡعَظَ يم َ ، َ وَ نَفَ عَنَــي وَ إَيهاكُ م ۡ بَمَ ا فَيه َ مَ ن َ ا لَّۡ يَ ات ُ وَ الذَ كۡ ر َ الۡـحَ ـكَ يـم َ ، وَ تَقَ بهـل َ مَ نــَي وَ مَ نكُ م ۡ تَـلاَ وَ تَه ُ إَ نهه ُ هُ و َ السه مَ يع ُ الۡعَلَ يم ، أَقُ ول ُ قَ وۡ لـَي ، َ هَ ذَ ا وَ أَسۡ تَغۡفَ ر ُ الله َ الۡعَظَ يم َ لـَي وَ لَكُ م ۡ ، وَ لَ سَ اۤئَر َ الۡـمُ سۡ لَ مَ ين َ وَ الۡـمُ سۡ لَ مَ ات وَ الۡـمُ ؤۡ مَ نَين َ وَ الۡـمُ ؤۡ مَ نَات َ ، فَ اسۡ تَغۡفَ رُوه ُ فَ يَ ا فَ وۡ ز َ الۡـمُ سۡ تَغۡفَ رَين َ وَ يَا نَجَ اة َ التهاۤئَبَينَ .