1 KHUTBAH JUMAAT “ MENERUSKAN KESAN POSITIF TARBIAH RAMADAN ” (21 April 2023M/ 30 Ramadan 1444H) ___________________________________________________________________________________________________________________________ َ َ ا َ ُ لْـحَمْد َ َ ِ لِلّّٰو ، َ َ َ ا َ ُ لْـحَمْد َ َ ِ لِلّّٰو َ َ ِ الَّذ َ ْ ي َ َ َ جَعَل َ َ َ رَمَضَان َ شَهْرًا َ َ َ مُب كًا، َ ار َ َ َ وَفـَرَض َ َ ِ فِيْو َ َ َ الصِّيَام َ َ َّ وَأَعَد َ َ ِ فِيْو َ َ ً فَضْل َ َ كَبِيـْرًا َ وَأَجْرًا َ عَظِيْمًا َ َ ُ أَشْهَد َ َ ْ أَن َ َ َ ل َ َ َ إِلَـّٰو َ َ َّ إِل َ َ ُ الل َ َ ُ وَحْدَه َ َ َ ل َ َ َ شَرِيْك َ لَوُ، َ َ ُ وَأَشْهَد َ َ َّ أَن َ سَيِّدَنَا َ مُـحَمَّدًا َ َ ُ عَبْدُه َ َ ُ وَرَسُولُو َ َ َّ اَللّّٰهُم َ َ ِّ صَل َ َ ْ وَسَلِّم َ َ ّٰ عَلَى َ َ ِ سَيِّد َ الْـمُرْسَلِينَ، َ حَبِيْبِنَا َ الْكَرِيمِ ، َ وَرَسُولِنَا َ الْعَظِيمِ، َ سَيِّدِنَا َ َ ٍ مُـحَمَّد َ َ ّٰ وَعَلَى َ َ ِ آلِو َ َ ِ وَصَحْبِو َ َ َ ْ أ َ جْْ َعِين َ أَمَّا َ بـَعْدُ، َ فـَيَا َ أَيـُّهَا َ الْـمُسْلِمُونَ، َ َ ْ أُوصِيْكُم َ َ ْ وَنـَفْسِ ي َ بِتـَقْوَى َ َ ِ الل َ َ َّ عَز َ وَجَلَّ، َ َ ْ فـَقَد َ َ َ فَاز َ َ َ الْـمُتـَّقُوْن Kaum muslimin yang dirahmati Allah, Marilah kita bersama-sama meningkatkan ketaqwaan kepada Allah subhanahu wata’ala dengan menunaikan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Semoga kita beroleh kejayaan, kebahagiaan dan keselamatan di dunia dan di akhirat. Khatib mengingatkan para jemaah agar memberi sepenuh perhatian kepada khutbah yang akan disampaikan dan tidak melakukan perkara-perkara yang boleh mengurangkan pahala Jumaat seperti berbual-bual dan menggunakan telefon. Marilah kita bersama-sama mendengar dan menghayati khutbah yang bertajuk : „ Meneruskan Kesan Positif Tarbiah Ramadan ’ 2 Kaum muslimin yang dirahmati Allah, Marilah kita menginsafi, setiap yang datang akan pergi. Begitulah juga dengan Ramadan, akan datang dan pergi. Mukmin yang sejati pasti akan terasa hiba dan sedih di hati. Sepertimana kita menyambut ketibaan Ramadan dengan meriahnya, penuh dengan ketakwaan dan niat-niat yang murni, seperti itu juga sewajarnya ketika kita mengucapkan selamat tinggal kepada bulan yang penuh berkat ini. Jika pada awal Ramadan kita belum sempat beribadah dan melakukan kebaikan yang sepatutnya, maka jangan jadikan perkara ini sebagai alasan untuk kita tidak berusaha pada hari terakhirnya. Sepatutnya, perkara itu hendaklah dijadikan pemacu semangat untuk setiap kali kita mengakhiri Ramadan dengan sebaik-baiknya seperti sabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam : َ ...َ(( َ َّ وَإِن ـ َ َ ْ مَا َال َ ِ ُ َب عْمَا ـ َ ْ خَوَاتِي مِهَا َ )) َ Maksudnya: Sesungguhnya amalan-amalan seseorang hamba itu bergantung kepada amalan-amalan penutupnya ( Hadis riwayat Imam al-Bukhari ) Justeru, rebutlah peluang dan kesempatan pada setiap masa untuk terus melaksanakan amalan soleh. Firman Allah subhanahu wata'ala dalam Surah al-Zumar, ayat 73: 3 Maksudnya: Dan orang yang bertakwa kepada Tuhan mereka akan dibawa ke Syurga dengan berpasuk-pasukan, sehingga apabila mereka sampai ke Syurga yang pintu-pintunya sedia terbuka dan penjaga-penjaganya mengalu-alukan mereka dengan kata- kata: “Salam sejahtera kepada kamu, berbahagialah kamu, maka silalah masuk ke dalam Syurga ini dengan keadaan tinggal kekal di dalamnya Kaum muslimin yang dirahmati Allah, Ramadan mempunyai tempohnya yang tertentu, dan kini telah sampai masanya berlalu pergi meninggalkan kita. Maka seharusnya kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah subhanahu wata'ala kerana telah memberikan kesempatan kepada kita untuk beribadah sepanjang Ramadan kali ini. Semoga Allah subhanahu wata'ala menerima segala amal ibadah kita dan seterusnya memanjangkan umur kita untuk bertemu lagi dengan Ramadan pada tahun-tahun yang akan datang. Begitulah keadaannya generasi Islam yang terdahulu seperti yang dinukilkan oleh Imam Ibnu Rajab al-Hanbali rahimahullah di dalam kitabnya Lato'if al-Ma'arif bahawa : "Sebahagian ulama salaf (iaitu generasi awal Islam) berkata bahawa mereka berdoa kepada Allah, enam bulan lebih awal agar 4 dipertemukan dengan Ramadan, dan kemudian enam bulan selepasnya (Ramadan) pula mereka sibuk berdoa agar diterima segala ibadah mereka semasa Ramadan." Sepanjang berada dalam Ramadan, kita menyedari bahawa ramai dalam kalangan kita yang telah membiasakan diri untuk menyempurnakan pelbagai bentuk ibadah. Kemanisan dan kelazatan dalam beribadah mula dapat dirasa dan dinikmati. Nilai positif inilah yang menjadi penggerak untuk kita terus berusaha meraih keredaan dan keampunan daripada Allah subhanahu wata'ala . Firman Allah subhanahu wata'ala dalam surah al-Ankabut, ayat 69: Maksudnya: Dan orang yang berusaha dengan bersungguh- sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang yang berusaha membaiki amalannya. Oleh itu, demi memastikan tarbiah Ramadan kekal sepanjang masa, maka kita perlu meletakkan kefahaman yang jelas bahawa segala amalan kebaikan yang dilakukan pada Ramadan adalah kerana tanggungjawab kita sebagai hamba Allah subhanahu wata'ala dan bukannya kerana bulan-bulan atau perayaan tertentu. 5 Dengan itu, segala rutin yang telah dilalui sepanjang Ramadan akan terus berkesinambungan pada bulan-bulan seterusnya. Jika kita boleh meraih dan memelihara pahala di bulan Ramadan, maka begitulah juga sepatutnya yang kita lakukan pada bulan- bulan seterusnya. Berusahalah untuk mempertahankan nilai takwa yang telah dipupuk sepanjang Ramadan. Jangan dibiarkan kebaikan yang telah dilakukan terbiar begitu sahaja tetapi perlu ditambah agar nilai pahalanya tetap berterusan. Semoga Allah subhanahu wata'ala menerima segala amalan dan kebaikan yang telah kita lakukan. Kaum muslimin yang dirahmati Allah, Pada kesempatan ini juga, khatib ingin memberi peringatan kepada para jemaah yang akan bermusafir pulang ke kampung halaman masing-masing. Sentiasalah kita mengamalkan sikap berhati-hati di jalan raya. Berhemah dan bersikap toleransi dengan pengguna kenderaan yang lain. Pastikan tahap kesihatan dalam keadaan baik, selenggara kenderaan sebelum memulakan perjalanan serta pastikan kediaman ditinggalkan dalam keadaan selamat. Inilah antara langkah yang wajar kita lakukan bagi menjamin keselamatan sebelum berdoa dan bertawakal kepada Allah subhanahu wata ’ ala Dengan tibanya Aidilfitri, jangan dilupakan insan-insan di sekeliling kita. Utamakanlah jiran tetangga juga kaum kerabat yang terdekat yang perlu dibantu dan disantuni. Masih ada dalam kalangan mereka yang menghadapi kehidupan susah apatah lagi tidak mampu untuk membuat persiapan sempena hari lebaran. Justeru, 6 bantulah mereka sedaya yang mampu. Alangkah indahnya Syawal jika kegembiraan yang dirasai dapat juga dinikmati oleh mereka yang kurang berkemampuan. Di samping itu, bagi yang belum menunaikan kefarduan membayar zakat fitrah pada Ramadan ini, bersegeralah menunaikannya sebelum berakhirnya hari raya pertama dengan terbenamnya matahari. Bayarlah melalui amil-amil zakat yang telah dilantik oleh pihak Majlis Islam Sarawak melalui Tabung Baitulmal Sarawak. Kaum muslimin yang dirahmati Allah, Sesungguhnya, malam hari raya adalah malam-malam yang digalakkan oleh para ulama untuk kita memperbanyakkan amal ibadah seperti solat sunat tahajjud, bacaan al-Quran, zikir dan doa. Imam Ibnu Rajab al-Hanbali rahimahullah menukilkan dalam kitab Lato'if al-Ma'arif bahawa Imam as-Syafie pernah berkata bahawa : " َ ٍ ْ َخَـمْس ِ َلَيَا ِ فِ َ ُ بـَلَغَنـَا َأَن َّ َالدُّعَاء َ َيُسْـتَـجَاب َ : َ لَيـْلَة ِ َالْـجُمُعَةِ، َوَالْعِيْدَيْنِ، َ َ ِ َرَجَبٍ ، َوَنِصْف ِ َشَعْبَان َّ وَأَو َ " َ Maksudnya: Telah sampai kepada kami bahawa doa adalah mustajab pada lima malam iaitu malam Jumaat, dua hari raya (aidilfitri dan aidil adha), awal Rejab dan Nisfu Sya'ban. Mengakhiri khutbah pada hari ini, khatib ingin mengajak jemaah sekalian untuk menghayati beberapa perkara berikut sebagai panduan dan pedoman bersama: 7 Pertama : : Bermuhasabah akan memberi kesedaran dan keinsafan dalam diri kita. Oleh Itu, mohonlah keampunan daripada Allah subhanahu wata'ala dan bertaubatlah atas segala dosa yang pernah kita lakukan. Kedua : Bersyukurlah kepada Allah subhanahu wata'ala yang memanjangkan usia kita sehingga di fasa terakhir Ramadan tahun ini dan berdoalah agar kita bertemu lagi dengan Ramadan pada tahun-tahun yang mendatang. Ketiga : Malam hari raya adalah malam-malam yang digalakkan oleh para ulama untuk kita memperbanyakkan amal ibadah seperti solat tahajjud, bacaan al-Quran, zikir dan doa. Seterusnya, marilah bersama-sama kita menghayati firman Allah subhanahu wata’ala dalam Surah al-Hasyr, ayat 18 : ِ أَعُوْذ ُ بِالله ِ مِن َ الشَّيْطَان ِ الرَّجِ يْم ِ بِسْم ِ الله ِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِ يْم Maksudnya: Wahai orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): 8 Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi Pengetahuan-Nya akan segala yang kamu kerjakan. َ ْ َالْقُر ِ فِ َ ْ ْ َوَلَكُم ِ لِ َ ُ بَارَك َ َالل َ َ ء َ َ َوَإِيَّاكُم ْ َبِـمَا َفِيْو ِ َمِن ِ نِ َ ان ِ َالْعَظِيْمِ، َوَنـَفَع َ ُ َوَمِنْكُم ْ َتِلَ وَتَو ُ َإِنَّو ُ َىُو َ َالسَّمِيْع ِّ نِ ِ الآيَات ِ َوَالذِّكْر ِ َالْـحَكِيْمِ، َوَتـَقَبَّل َ َم َ ُ الْعَلِيْم َ ْ َوَلَكُم ْ َوَلِسَآ ِ لِ َ َ ُ َقـَوْلِـي ْ َىَذَا، َوَأَسْتـَغْفِر ُ َالل َ َالْعَظِيْم ْ أَقـُو َ ِ ئِر َ ِ َ َوَالْمُؤْمِنَات ِ َالَحْيَاء ِ َمِنـْهُم ْ َوَالْ َمْوَات ْ َ َوَالْمُسْلِمَات ِ َوَالْمُؤْمِنِين ْ الْمُسْلِمِين َ ُ فَاسْتـَغْفِرُوْه ُ َإِنَّو ُ َىُو َ َالْغَفُوْر ُ َالرَّحِ يْم 9 KHUTBAH JUMAAT KEDUA _____________________________________________________________ _________________________________________________________ َ ِ اَلْـحَمْد ُ َلِلّّٰو َ َ َ َ حََ ْدًا َكَثِيرًا َكَمَا َأَمَر ِ اَلْـحَمْد ُ َلِلّّٰو َ أَشْهَد ُ َأَن ْ َل َ َإِلَـ َ ّٰ ـ َ ُ ـو َ َإِل َّ َالل َ َ وَحْدَه ُ َل َ َشَرِيْك َ َلَوُ، َوَأَشْهَد ُ َأَن َّ َسَيِّد َ ُ نَا َم ـ َ ُ حَمَّدًا َعَبْدُه ُ َوَرَس َ ُ وْلُو َ َ َّ اَللّّٰهُم َ ُ صَل ِّ َوَسَلِّم ْ َوَبَارِك ْ َعَلَى ّٰ َسَيِّدِنَا َم ـ َ َ ْ حَمَّد ٍ َوَعَلَى ّٰ َأّٰلِو ِ َوَأَصْحَابِو ِ َأ َ جْْ َعِين َ َ أَمَّا َ َ بـَعْدُ، َفـَيَا َعِبَاد َ َاللِ، َاِتـَّقُوا َالل َ َحَق َّ َتـُقَاتِو ِ َلَعَلَّكُم ْ َتـُفْلِحُوْن َ Kaum Muslimin yang dirahmati Allah, Marilah kita bersama-sama sentiasa berusaha melakukan kawalan kendiri dengan sebaik-baiknya bagi mengelakkan diri daripada terdedah kepada bahaya wabak penyakit. Pada masa yang sama, teruskanlah memohon keampunan dan bermunajat kepada Allah subhanahu wata’ala agar diangkat segala wabak dan musibah daripada kita dan dikurniakan keselamatan dan kesejahteraan buat diri, keluarga, masyarakat dan negara. َ ّٰ َ َ َالل ُ َتـَعَال قَا : َ َ ّٰ اَللّّٰهُم َّ َصَل ِّ َعَلَى َ سَيِّدِنَا مُـ َ ِ ّٰ حَمَّد ٍ َوَعَلَى ّٰ َأ َ سَيِّدِنَا مُـ َ َ حَمَّدٍ، َكَمَا َصَلَّيْت َ ّٰ عَلَى َ ِ ّٰ سَيِّدِنَا َإِبـْرَاىِيْم َ َوَعَلَى ّٰ َأ َ ّٰ َعَلَى ْ سَيِّدِنَا َإِبـْرَاىِيْمَ، َوَبَارِك َ سَيِّدِنَا 10 مُـ َ ِ ّٰ حَمَّد ٍ َوَعَلَى ّٰ َأ َ سَيِّدِنَا مُـ َ َ كْت َ حَمَّدٍ، َكَمَا َبَار ٰ عَلَى َ َ َ سَيِّدِنَا َإِبـْرَاىِيْم َ ِ ّٰ وَعَلَى ّٰ َأ َ ِ سَيِّد َ ٌ َ حََ ِيْد َ فِ ِ ْ َالْعَالَمِينْ َ، َإِنَّك َ نَا َإِبـْرَاىِيْمَ، مَـ َ ٌ جِ يْد َ ِ َاْلَحْيَآء ِ َ َوَالْمُؤْمِنَات ْ َوَالْمُؤْمِنِين ِ َ َوَالْمُسْلِمَات ْ اَللّّٰهُم َّ َاغْفِر ْ َلِلْمُسْلِمِين َ َ ْ مِنـْهُم ْ َوَال َ ِ مْوَات َ َ َ َوَيَا َقَاضِي ِ َمُـجِ يْب ُ َالدَّعَوَات ٌ َ سََ ِيْع ٌ َقَرِيْب َ إِنَّك َ َ ْ ال ـ َ ِ حَاجَات Ya Allah, ampunilah dosa-dosa dan kesalahan kami, ibubapa kami, ahli keluarga dan guru-guru kami. Limpahkanlah kesejahteraan, kedamaian dan kebahagiaan kepada kami semua dalam kehidupan di dunia dan di akhirat. Ya Allah ! Ya Rahman ! Ya Rahim! Berikanlah taufiq dan hidayat- Mu kepada kami semua dan juga kepada pemimpin-pemimpin Negara kami, khasnya kepada Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong Malaysia, dan juga pemimpin-pemimpin negeri kami, khususnya Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak. Ya Allah! Kurniakanlah kami rezeki yang halal lagi diberkati, hindarilah kami dari sebarang bentuk gejala rasuah dan perlanggaran kepada peraturan dan undang-undang. Kurniakanlah keselamatan dan kesejahteraan, jadikanlah kami ummah yang berkualiti dan berintegriti demi mencapai negara yang aman dan makmur serta mendapat perlindungan-Mu, ya Allah. 11 Ya Allah, Ya Dzal Jalali Wal Ikram! Ya Allah, kukuhkanlah perpaduan dan kesatuan kami dalam aqidah, ibadah dan akhlak di bawah pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Limpahkanlah ke atas kami nikmat keselamatan, kesihatan dan keafiatan. Kurniakanlah kesembuhan kepada mereka yang diuji dengan penyakit-penyakit dan bebaskanlah negara kami daripada segala perkara yang tidak diingini dan wabak penyakit. َ ِ َاْلآخِ رَة ِ َحَسَنَة ً َوَقِنَا َعَذَاب َ َالنَّار ِ فِ َ َالدُّنـْيَا َحَسَنَة ً َو ِ فِ َ رَبـَّنَآ َأّٰتِنَا َ َ أّٰمِينْ ، َ َ ْ َيَا َرَب َّ َالْعَالَمِين ْ أّٰمِين َ َ عِبَاد َ َ ِ الل َ َّ إِن َ َ َ الل َ َ ُ يَأْمُر َ َ ِ ْ بِالْعَد َ َ ِ وَاْلإِحْسَان َ َ ِ وَإِيتَآء َ ذِي َ َ ّٰ َ الْقُرْب َ َ ّٰ وَيـَنـْهَى َ َ ِ عَن َ َ ِ الْفَحْشَآء َ َ ِ وَالْمُنْكَر َ َ ِ وَالْبـَغْي َ َ ْ يَعِظُكُم َ َ ْ لَعَلَّكُم َ َ َ تَذَكَّرُوْن َ فَاذْكُرُوا َ َ َ الل َ َ َ الْعَظِيْم َ َ ْ ْكُم يَذْكُر َ َ ُ وَاشْكُرُوْه َ َ ّٰ عَلَى َ َ ِ نِعَمِو َ َ ْ يَزِدْكُم َ َ ُ وَاسْأَلُـوْه َ َ ْ مِن َ َ ِ فَضْلِو َ َ ْ يـُعْطِكُم َ َ ْ وَلَذِك َ ُ ر َ َ ِ الل َ َ ُ أَكْبـَر َ َ ُ وَالل ٰ ٰ ي َعْلَم ٰ مَا ٰ ٰ َ تَصْن َعون ٰ أَقِيْموا ٰ ٰ ِ الص َّ لََ ة َ