MEDITASI HARIAN ...Orang yang mendengar firman tentang Kerajaan Syurga. (Matius 13:19) Apakah “firman kerajaan” yang dirujuk Yesus dalam petikan Injil hari ini (Matius 13:19)? Hanya ini: "Kerajaan syurga sudah dekat" (4:17). Ia adalah "firman" yang Yesus nyatakan semasa Dia memulakankan pelayananNya di muka umum. Dia datang untuk membawa kerajaan Allah, dan Dia mahu murid-muridNya—dan kita semua—membantu ia berkembang dan bertumbuh dan menghasilkan buah. Jadi, mari kita lihat perumpamaan tentang penabur dan benih dari sudut pandang menghasilkan buah kerajaan Allah. Yesus tidak mahu kita menjadi benih yang jatuh di jalan—orang yang tidak benar- benar memahami bidang panggilan Allah kepada mereka. Iman kita bukan hanya soal mengikuti satu set peraturan. Yesus menjemput kita kepada sesuatu yang lebih besar: bekerjasama dengan-Nya dalam menjadikan kerajaan-Nya menjadi kenyataan di mana sahaja kita tinggal dan bekerja. Dan jika kita berfikir kita tidak layak atau cukup berbakat, Dia mahu kita menyedari bahawa pemikiran itu adalah daripada yang jahat! Yesus juga mengingatkan kita supaya tidak menjadi benih yang jatuh di tanah berbatu-batu—mereka yang merasa terbeban dengan kesusahan dan pengorbanan yang terlibat apabila kita mengatakan ya kepada panggilan Allah. Dia tahu bahawa kita hanya boleh bertahan apabila kita berakar umbi padanya dan tertumpu bukan sahaja pada kesukaran tetapi juga rahmat mengikutiNya. Akhirnya, menyahut panggilan Yesus untuk membuahkan hasil kerajaan-Nya bermakna menjadikan ia keutamaan yang paling penting dalam kehidupan kita. Dia tidak mahu kita menjadi seperti benih di tengah semak duri dan membiarkan kebimbangan lain menggangu perhatian kita daripada kebimbangannya sendiri. Hari ini dalam Misa, tanyakanlah diri anda, bagaimanakah Yesus memanggil saya untuk menghasilkan buah bagi kerajaan-Nya? Bagaimanakah saya akan bertindak balas? Ingat, anda tidak bersendirian! Yesus sentiasa bersama anda, memberi anda rahmat hari demi hari untuk membantu anda menjadikan kerajaan syurgaNya menjadi kenyataan, di mana anda berada! “Yesus, bantulah aku untuk memahami bagaimana aku dapat menghasilkan buah bagi-Mu” Minggu Biasa Ke Limabelas Pekan III - Tahun A 16 hb Julai 2023 ___ LITURGI SABDA Pembacaan 1: YESAYA 55:10-11 Mazmur Sahutan : BENIH JATUH DI TANAH YANG BAIK, DAN MENGHASILKAN BUAH. Pembacaan 2: ROMA 8:18-23 Injil: MATIUS 13:1- 23 ___ Pembacaan Minggu Hadapan Minggu Biasa Ke Enambelas ( Hari Warga Tua Sedunia ) Pekan IV - Tahun A Pembacaan 1: KEBIJAKSANAAN 12:13, 16-19 Mazmur: MAZMUR 85: 5-6, 9-10, 15-16 Pembacaan 2: ROMA 8:26-27 Injil: MATIUS 13:24-43 ___ JADUAL MISA HARIAN & ADORASI DI SHC Misa Harian 6.00 pagi (Isnin-Sabtu) Pengakuan Individu 10.00 - 11.00 pagi (Isnin-Jumaat) Saat Teduh 8.00 malam (Khamis) Devosi Kerahiman Ilahi 3.00 petang (Jumaat) ___ JADUAL MISA HUJUNG MINGGU & ADORASI SABTU Pengakuan Individu 4.30 - 5.30 petang Novena Devosi 5.00 petang Misa 6.00 petang (ING) AHAD Misa 7:00 pagi (CINA) 9.00 pagi (ING) 11.00 pagi (BM) www.shckk.org atau www.facebook.com/shckk ULANGTAHUN PENTAHBISAN IMAMAT 2 Jul 2023 (Ahad) Friar Gerald T. S, OFM 1 Tahun 6 Jul 2023 (Khamis) Fr. Saimon Bin William 25 Tahun 16 Jul 2023 (Ahad) Fr. Terans Thadeus 1 Tahun Marilah berdoa agar Allah terus memberkati pelayanan imamat mereka. TIDAK ADA PENGAKUAN INDIVIDU Tarikh: 19 hb Julai 2023 (Rabu) Disambung semula: 20 hb Julai 2023 (Khamis) DEVOSI MINGGU PERTAMA (SETIAP BULAN) TARIKH DEVOSI MASA & TEMPAT 2 Aug 23 (Rabu) Santo Josep 7.30PM, SHC 4 Aug 23 (Jumaat) Hati Kudus yang Mahakudus 7.30PM, SHC 5 Aug 23 (Sabtu) Hati Maria yang Tak Bernoda 11.00AM, Chapel HARI RAYA SANTA PERAWAN MARIA DIANGKAT KE SYURGA DI KATEDRAL HATI KUDUS TARIKH BAHASA MASA 14 Ogos 23 (Isnin) Inggeris 7.30 PM 15 Ogos 23 (Selasa) Inggeris 6.00 AM Ia adalah Hari Wajib. KURSUS PRA-PERKAHWINAN (INGGERIS) TARIKH MASA TEMPAT 3 Aug 2023 (Thursday) 8.00PM – 9.30PM Room F2 4 Aug 2023 (Friday) 8.00PM – 9.30PM Room F2 5 Aug 2023 (Saturday) 8.00AM – 4.30PM Room F2 Tarikh Tutup: 31 hb Julai 2023 (3.00 PM) Yuran: RM 30.00 (Per Couple) SAKRAMEN PERKAHWINAN Pengaturan perkahwinan Gereja di Katedral Hati Kudus hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 5 BULAN sebelum tarikh cadangan perkahwinan dengan paderi di Paroki ini Dokumen yang diperlukan boleh dilihat di www.shckk.org/sacraments/marriage/ PERTEMUAN WARGA EMAS (BM) Pertemuan ini akan diadakan pada: Tarikh: 30 hb Julai 2023 (Ahad) Masa: Selepas Misa BM Tempat: Sayap Kanan, Pusat Paroki SHC PENGAMBILAN BOYS’ BRIGADE Semua lelaki dan perempuan yang berumur 6-19 tahun dialu- alukan untuk menyertai Boys Brigade. Perjumpaan di adakan setiap hari Sabtu, 2.30 - 5.30pm di Sayap Kanan SHPC. Kempen pengambilan dijalankan sebelum dan selepas Misa hujung minggu ini di pintu masuk gereja. Mereka yang berminat bolehlah bertemu mereka untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut atau menghubungi Anna Liew di 014- 6798856. KAPELAN HOSPITAL Sila hubungi Fr. Russell Lawrine 0149512131, Fr. Terans Thadeus 0138842493, Pejabat Paroki SHC 223618, 224741, 262068, Fr. Gilbert Marcus 0168023946, Fr. Wilson Francis 0147018652. ALLAH MENEBUS DUNIA KITA - SEMINAR 3: SANG PENYELAMAT YANG DITUNGGUKAN OLEH DEACON DR. SHERMAN KUEK Tarikh: 4 hb -6 hb Ogos 2023 Tempat: Bilik F6 & F8 SHPC Sumbangan: RM45/Seorang (Pendaftaran dikira selepas pembayaran dibuat) Pendaftaran tutup: 26 hb Julai 2023 (untuk Sesi BM) Pendaftaran dibuat melalui: 1. Online: https://tinyurl.com/BORANG-Seminar-3 2. Booth: Booth akan dibuka di depan Gereja sebelum dan selepas Misa BM Untuk Maklumat lanjut sila hubungi: Herman (013-893 7887) Aveil (019-870 9172) KEPUTUSAN CABUTAN TIKET BERTUAH CWL SHC BAGI DANA SEMINARIAN HADIAH NO. TIKET HADIAH NO. TIKET Pertama 56915 Ketujuh 21769 Kedua 52701 Kelapan 29986 Ketiga 25315 Kesembilan 49989 Keempat 44861 Kesepuluh 52604 Kelima 13510 Kesebelas 26029 Keenam 59639 Keduabalas 29483 Hadiah hendaklah dituntut di pejabat paroki dalam tempoh 2 bulan dari tarikh cabutan. KAWASAN GEREJA: KAWASAN LARANGAN MEROKOK Bagi mematuhi peraturan Kementerian Kesihatan, merokok adalah dilarang sama sekali di kawasan gereja kita. Pesalah boleh dikenakan penalti antara RM250 hingga RM350 seperti dalam Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 pindaan 2018, berkuat kuasa mulai 1 Januari 2020. Kami memohon semua umat paroki dan pelawat untuk tidak merokok di kawasan ini. SUMBANGAN PAROKI (8 HB & 9 HB JULAI 2023) Hitam RM 16,078.30 Merah RM 13,812.30