Kepada: Tuan/Puan, PERMOHONAN PENAJAAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR) BAGI PERTANDINGAN INSAN GEOMETRY CHALLENGE (I-GEC) KOLEJ PERMATA INSAN Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kolej PERMATA Insan akan menganjurkan Pertandingan Insan Geometry Challenge (I-GeC) 2026. Pertandingan ini bertujuan meningkatkan peluang penyertaan dan mencungkil bakat pelajar Melayu dalam pertandingan berasaskan STEM, khususnya Matematik dan Geometri. 3. Untuk makluman Tuan/Puan, Kolej PERMATA Insan merupakan sebuah sekolah menengah yang terletak di dalam Universiti Sains Islam Malaysia dan merupakan salah satu sekolah di bawah Program PERMATA yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Kolej ini ditubuhkan bagi memberikan pendidikan khas berasaskan integrasi ilmu Naqli dan Aqli untuk murid pintar dan berbakat Muslim di Malaysia 4. Sehubungan dengan itu, pihak kami amat berbesar hati untuk menjemput pihak tuan/puan untuk bekerjasama sebagai rakan strategik melalui inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Kami percaya penglibatan pihak tuan dalam menyalurkan dana penajaan bagi program ini dapat memberikan impak yang sangat bermakna kepada pelajar. 5. Sebagai penghargaan, pihak kami bersedia memberikan pengiktirafan kepada pihak penaja melalui beberapa pakej yang akan ditawarkan: Pakej Gold: (Dana penajaan RM800 dan ke atas.) i) Diberi peruntukan masa selama 30 minit untuk sesi perkongsian atau pembentangan. ii) Logo syarikat akan dipamerkan pada laman sesawang rasmi, poster dan kertas soalan. Pakej Silver: (Dana penajaan RM500 – RM799.) i) Logo syarikat akan dipamerkan pada laman sesawang rasmi, poster dan kertas soalan. Pakej Bronze: (Dana penajaan RM200 – RM499.) i) Logo syarikat akan dipamerkan pada laman sesawang rasmi dan poster. 6. Justeru, pihak kami amat berharap agar pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan kerjasama ini. Sebarang pertanyaan atau maklum balas, sila hubungi Kerjasama dan sokongan daripada pihak Tuan amat dihargai. Terima kasih. Sekian. ” MALAYSIA MADANI ” ” MENJANA CENDEKIAWAN ISLAM ” Yang menjalankan amanah, (DR MAHIZ SPAWI) Pengarah Kolej PERMATA Insan