Meditasi Harian Kerajaan Allah akan ...diberikan kepada suatu bangsa yang akan menghasilkan buah Kerajaan itu. (Matius 21:43) Dalam Injil hari ini, Yesus menceritakan sebuah perumpamaan kepada beberapa pemimpin Yahudi tentang para penyewa kebun anggur yang membunuh para pelayan yang diutus oleh pemilik tanah untuk memungut hasil tuaian (Matius 21:34- 39). Apa yang ingin Yesus katakan? Mudah untuk menyimpulkan bahawa Yesus menegur para imam kepala dan tua-tua karena menolak Yohanes Pembaptis dan diriNya sendiri. Namun ia melakukan lebih dari sekedar membayangkan kematianNya dengan mengidentifikasi diriNya sebagai anak pemilik kebun anggur yang dibunuh (Matius 21:37-42). Ia tidak hanya bercakap kepada para pemimpin Yahudi saja; dia juga bercakap kepada kita. Yesus memberi tahu kita bahawa Kerajaan Allah akan diberikan kepada orang-orang yang menghasilkan buah. Di sepanjang Injil Matius, kita mendengar pesanan yang sama. Yohanes Pembaptis menasihati para pemimpin agama Israel untuk “menghasilkan buah yang baik sebagai bukti pertobatanmu” (Matius 3:8). Yesus memperingatkan murid-murid-Nya bahawa “setiap pohon yang tidak menghasilkan buah yang baik, pasti ditebang” (7:19). Dan buah baik apakah yang Dia cari? Beriman kepadaNya dan mengasihi umatNya. Yesus menceritakan perumpamaan ini sehari setelah memasuki Yerusalem yang berseru “Hosana” (Matius 21:9). Dia menyembuhkan semua orang sakit yang datang kepadaNya di sana, dan semua orang takjub—kecuali para pemimpin ini. Bukannya menerima Dia dan bersukacita karena umat Allah telah disembuhkan, mereka malah mempersoalkan kuasaNya (21:23-24). Dan dengan berbuat demikian, mereka tidak menghasilkan hasil. Tetapi itu tidak semestinya menjadi cerita kita. Kita boleh menjadi kebun anggur yang menghasilkan buah bagi Tuhan! Dia sudah menanam benih iman dalam diri kita. Setiap hari Dia mencurahkan rahmat untuk menjadikan kita “tanah yang subur” yang menghasilkan buah, bahkan seratus kali lipat (Matius 13:8). Oleh itu, marilah kita memupuk benih kita dengan doa yang dipenuhi iman dan memangkas pokok anggur kita dengan pertobatan dan perbuatan belas kasihan. Marlahi kita menghasilkan buah iman, harapan, dan kasih. Marilah kita menerima kerajaan! “Yesus, bantulah aku menghasilkan buah bagi Mu hari ini” Minggu Biasa Ke-Dua Puluh Tujuh Pekan III - Tahun A 8 hb Oktober 2023 ___ LITURGI SABDA Pembacaan 1: YESAYA 5: 1-7 Mazmur Sahutan : KEBUN ANGGUR TUHAN IALAH UMAT ISREAL. Pembacaan 2: FILIPI 4: 6-9 Injil: MATIUS 21: 33-43 ___ Pembacaan Minggu Hadapan Minggu Biasa Ke-Dua Puluh Lapan Pekan IV - Tahun A Pembacaan 1: YESAYA 25: 6-10 Mazmur: MAZ 22: 1-6 Pembacaan 2: FILIPI 4: 12-14, 19-20 Injil: MATIUS 22: 1-14 ___ JADUAL MISA HARIAN & ADORASI DI SHC Misa Harian 6.00 pagi (Isnin-Sabtu) Pengakuan Individu 10.00 - 11.00 pagi (Isnin-Jumaat) Saat Teduh 8.00 malam (Khamis) Devosi Kerahiman Ilahi 3.00 petang (Jumaat) ___ JADUAL MISA HUJUNG MINGGU & ADORASI SABTU Pengakuan Individu 4.30 - 5.30 petang Novena Devosi 5.00 petang Misa 6.00 petang (ING) AHAD Misa 7:00 pagi (CINA) 9.00 pagi (ING) 11.00 pagi (BM) www.shckk.org atau www.facebook.com/shckk DEVOSI MINGGU PERTAMA BULAN TARIKH DEVOSI KEPADA MASA & TEMPAT 1 Nov 23 (Rabu) Santo Yosep 7.30PM, Chapel 3 Nov 23 (Jumaat) Hati Kudus Yesus 7.30PM, Chapel 4 Nov 23 (Sabtu) Hati Maria Yang Tak Bernoda 11.00AM, Chapel PERMOHONAN MISA BAGI HARI PARA KUDUS & HARI PARA ARWAH Umat Paroki dinasihatkan untuk menghantar permohonan doa sebelum hari Jumaat, 27 hb Oktober 2023 . Anda boleh memasukkan sampul surat permohonan doa ke dalam kotak yang disediakan di Pejabat Paroki SHC pada waktu pejabat atau menghantar permohonan anda dalam talian seperti berikut: RTDKK SACRED HEART CHURCH Bank Akaun: Alliance Bank Berhad No Akaun: 101960010186515 Sila email slip pembayaran berserta permohonan anda ke shparishoffice@gmail.com Selepas tarikh tutup, permohonan misa yang diterima akan dirayakan pada minggu berikutnya. PERTEMUAN WARGA EMAS (BM) Tarikh: 8 hb Oktober 2023 (Ahad) Masa: Lepas Misa BM Tempat: Sayap Kanan, SHPC Semua warga emas dijemput. SEMINAR PEMBAHARUAN DAN PENYEMBUHAN 2023 (DWIBAHASA: INGGERIS & BM) Tarikh: 13 hb – 15 hb Oktober 2023 (Jumaat – Ahad) Tempat: Sacred Heart Parish Centre, Kota Kinabalu Penceramah: Rev. Fr. Hans Jeharut, Ibu Esther Kandou, dan Mike C Lolong Saluran Pendaftaran: https://bit.ly/daftarseminarshc atau imbas KAWASAN GEREJA: KAWASAN LARANGAN MEROKOK Bagi mematuhi peraturan Kementerian Kesihatan, merokok adalah dilarang sama sekali di kawasan gereja kita. Pesalah boleh dikenakan penalti antara RM250 hingga RM350 seperti dalam Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 pindaan 2018, berkuat kuasa sejak 1 hb Januari 2020. Kami memohon semua umat paroki dan pelawat untuk tidak merokok di kawasan ini. KURSUS PRA-PERKAHWINAN (BM) TARIKH MASA TEMPAT 19 Okt 23 (Khamis) 5.45 petang SHPC, Bilik F7 20 Okt 23 (Jumaat) 7.00 malam SHPC, Bilik F7 21 Okt 23 (Sabtu) 8.00 pagi SHPC, Bilik F7 Tarikh tutup: 16 hb Oktober 2023 Yuran: RM 50.00 (sepasang) – daftar waktu pejabat Maklumat lanjut, sila layari www.shckk.org/marriage SAKRAMEN PERKAHWINAN Pengaturan perkahwinan Gereja di Katedral Hati Kudus hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 5 BULAN sebelum tarikh cadangan perkahwinan dengan paderi di Paroki ini Dokumen yang diperlukan boleh dilihat di www.shckk.org/sacraments/marriage/ PADERI CUTI BELAJAR: FRIAR GERALD TERENCE SAIMEL OFM Friar Gerald akan mengikuti kursus belajar sepenuh masa selama 5 bulan bermula bulan Oktober 2023. Dia berhenti menjalankan kerja pastoral di Paroki kita tetapi terus membantu dalam merayakan Misa pada hari Minggu. LAWATAN KELUARGA ADVEN-KRISMAS (KAROLING) 2023 Lawatan Keluarga Adven akan bermula minggu ke 2 Adven tahun ini. Kami menjemput semua kumpulan karoling untuk membuat persediaan dan memulakan latihan. Sila sahkan penyertaan kumpulan anda ke Pejabat Paroki SHC (Johnny Chong). MISA/IBADAT PENGEBUMIAN Umat diminta ambil perhatian perkara berikut semasa membuat pengaturan untuk Misa Pengebumian atau Ibadat Pengebumian: LANGKAH 1 : Melawat Pejabat SJBF (088-216321) untuk pembelian kubur atau tanah perkuburan. LANGKAH 2 : Pergi ke Pejabat Paroki SHC untuk Misa Pengebumian di Katedral Hati Kudus atau Upacara Pengebumian di Parlour. Sila bawa bersama salinan IC atau Passport, Sijil Baptis, Sijil Kahwin Gereja, dan Laporan Polis atau Sijil Mati KAPELAN HOSPITAL Sila hubungi Fr. Russell Lawrine 0149512131, Fr. Terans Thadeus 0138842493, Pejabat Paroki SHC 223618, Fr. Gilbert Marcus 016-8023946, Fr. Johnny Raju 012-8315543. KOLEKSI KE 3 BAGI DANA PEMBANGUNAN GEREJA ST. PAUL (30 HB SEP & 1 HB OKT 2023) Tarikh: RM 16,623.45 SUMBANGAN PAROKI (30 HB SEP & 1 HB OKT 2023) Hitam RM 16,034.60 Merah RM 12, 754.40