1 KHUTBAH JUMAAT “ AKIDAH TERPELIHARA UMMAH SEJAHTERA ” (17 Mac 2023M/ 24 Syaaban 1444H) ___________________________________________________________________________________________________________________________ ُ ُ اَلْـحَمْد ُ ُ ِ لِـلّّٰو ، ُ ُ ُ اَلْـحَمْد ُ ُ ِ لِـلّّٰو ُ ُ ْ ال ُ ِي غَن ُ ُ ْ ال ـ حَمِيْدِ، ُ ُ ُ وَأَشْهَد ُ ُ ْ أَن ُ ُ َ ل ُ ُ َ إِلَـّٰو ُ ُ َ إِل ُ ُ ُ الـلّّٰو ُ ُ ُ وَحْدَه ُ ُ َ ل ُ ُ َ شَرِيْك ُ ُ ُ لَو ُ ، ُ ُ ُ وَأَشْهَد ُ ُ َ أَن ُ سَييدَنَا ُ ُ ُ م ـ حَمَدًا ُ ُ ُ عَبْدُه ُ ُ ُ وَرَسُوْلُو ُ ُ َ اَلـلّّٰهُم ُ ُ ي صَل ُ عَلَى ُ سَييدِنَا ُ ُ ُ م ـ ُ ٍ حَمَد ُ وَعَلَى ُ ُ ِ آلِو ُ ُ ِ وَصَحْبِو ُ ُ ْ وَسَليم ُ تَسْلِيْمًا ُ ُ ُ َ ك ثِيـْرًا ُ أَمَا ُ بـَعْدُ، ُ فـَيَا ُ ُ َ عِبَاد ُ ُ ِ الـلّّٰو ، ُ اتـَقُوْا ُ ُ َ الـلّّٰو ُ ُ َ حَق ُ ُ ِ تـُقَاتِو ُ ُ َ وَل ُ ُ َ ت ـ ُ َ مُوْتُن ُ ُ َ إِل ُ ُ ْ وَأَنـْتُم ُ ُ َ مُسْلِمُوْن Kaum muslimin yang dirahmati Allah, Marilah kita bersama-sama meningkatkan ketaqwaan kepada Allah subhanahu wata’ala dengan menunaikan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Semoga kita beroleh kejayaan, kebahagiaan dan keselamatan di dunia dan di akhirat. Khatib mengingatkan para jemaah agar memberi sepenuh perhatian kepada khutbah yang akan disampaikan dan tidak melakukan perkara-perkara yang lagha (sia-sia) seperti berbual-bual atau menggunakan telefon. Marilah kita bersama-sama mendengar dan menghayati khutbah yang bertajuk : “ Akidah Terpelihara Ummah Sejahtera ” Kaum muslimin yang dirahmati Allah, Baru-baru ini, telah tular sebuah filem yang didapati bertentangan dengan akidah dan cara kehidupan umat Islam di Malaysia. Kebebasan bersuara tidak boleh didorong dengan keghairahan 2 berkarya yang sewenang-wenangnya hingga melanggar batas- batas dan sempadan iman dan kufur boleh mengundang kesesatan dan merosakkan akidah umat Islam. Perkara ini telah seringkali diperingatkan sama ada dalam al-Quran mahupun hadis-hadis Rasulullah sallallahu alaihi wasallam . Justeru, kita mesti berhati-hati dalam setiap tindakan dan ucapan supaya tidak melanggar batas sempadan kekufuran yang menjerumuskan seseorang itu ke lembah penyesalan. Kaum muslimin yang dirahmati Allah, Peristiwa yang berlaku ini menunjukkan betapa perlunya kita semua sentiasa berusaha memantapkan pegangan akidah dan berpegang teguh dengan al-Quran dan al-Sunnah seperti yang telah diperintahkan oleh Allah subhanahu wata'ala Inilah yang disebut oleh Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bahawa umatnya tidak akan sesat jika berpegang teguh pada keduanya umpama menggigit sesuatu dengan gigi geraham. Dalam sebuah hadis daripada Yahya bin Abi al- Mutha‟ beliau berkata; aku mendengar „Irbadh bin Sariyah berkata; “ Pada suatu hari Rasulullah sallallahu alaihi wasallam berdiri di tengah-tengah kami. Baginda memberi nasihat yang sangat menyentuh hati, membuatkan hati menjadi gemetar, dan berlinangan air mata. Lalu dikatakan; “Wahai Rasulullah! Engkau telah memberikan nasihat kepada kami satu nasihat perpisahan, maka berilah kami satu wasiat”. Baginda bersabda: ((Hendaklah kamu bertakwa kepada Allah, mendengar dan taat meskipun kepada seorang hamba 3 Habasyi. Dan sepeninggalanku nanti, kamu akan melihat perselisihan yang sangat dahsyat, maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa' ar- rasyidin yang mendapat petunjuk. Gigitlah sunnah itu dengan gigi geraham (iaitu berpegang teguh dengannya), dan jangan sampai kamu mengikuti perkara- perkara (bid’ah) yang dibuat -buat, kerana sesungguhnya semua bid’ah itu adalah sesat ”. ( Hadis riwayat Imam Ibnu Majah ) Sesungguhnya, segala perkara berkaitan urusan agama tidak boleh dibahaskan berdasarkan logik akal semata-mata. Ia memerlukan kepada disiplin ilmu yang benar dan pemahaman yang jelas terhadap nas-nas berkaitan. Bahkan bagi orang awam, mereka perlu merujuk hal-hal berkaitan agama kepada pihak-pihak yang berautoriti. Firman Allah subhanahu wata'ala dalam Surah al-Nahl ayat 43: Maksudnya: Dan tidaklah Kami mengutus rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad), melainkan dari kalangan orang lelaki, yang Kami wahyukan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik) kepada orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahui. Selain itu juga, Rasulullah sallallahu alaihi wasallam telah memberi amaran bahawa jika orang jahil berbicara tentang hukum-hakam 4 agama, mereka telah sesat bahkan menyesatkan orang lain pula. Daripada Abdullah bin Amru radiallahu anhuma daripada Rasulullah sallallahu alaihi wasallam : ُ (( ُ ُ ُيـَقْبِض ُ ُالْعِلْم َ ُانْتِزَاعًا ُيـَنْتَزِعُو ُ ُمِن َ ُالْعِبَادِ، ُوَلَـّٰكِن ْ ُيـَقْبِض َ إِن َ ُالله َ ُل ُ ُإِذَا ُلَـم ْ ُيـُبْق ِ ُعَالِـمًا ُاتَـخَذ َ ُالنَاس ُ ُرُؤُوسًا َ تَّ َ الْعِلْم َ ُبِقَبْض ِ ُالْعُلَمَاء، ِ ُح ُ ً جُهَال ُ يْ ْ ِ ُعِلْمٍ، ُفَضَلُّوا ُوَأَضَلُّوا َ ، ُفَسُئِلُوا ُفَأَفـْتـَوْا ُبِغ )) ُ Maksudnya: Sesungguhnya Allah subhanahu wata'ala tidak menghapus ilmu pengetahuan dengan cara mengambil sekaligus daripada hamba-hamba-Nya. Tetapi Allah subhanahu wata'ala menghapus ilmu pengetahuan itu dengan kematian ulama sehingga tiada lagi orang yang alim. Ketika itu orang ramai melantik ketua- ketua mereka dari kalangan orang yang jahil dan apabila mereka ditanya mereka memberi fatwa dengan sewenang-wenangnya tanpa berpandukan ilmu pengetahuan. Maka mereka sesat lagi menyesatkan orang lain. ( Hadis riwayat Imam al-Bukhari ) Kaum muslimin yang dirahmati Allah, Apa jua perkara yang hendak kita lakukan dan usahakan, aspek pemantapan akidah mestilah menjadi keutamaan. Akidah yang mantap akan mendorong kita melakukan kebaikan dan menghindarkan diri daripada melakukan perbuatan syirik. Ia juga membantu kita untuk membina kekuatan rohani dan jasmani dalam menghadapi apa jua cabaran dan dugaan kehidupan. 5 Dunia tanpa sempadan pada hari ini semakin mencabar. Pelbagai bentuk pemikiran, ideologi dan pegangan kepercayaan yang bertentangan dengan Islam serta menyeleweng begitu mudah disebarkan terutama di media-media sosial sehingga boleh merosakkan akidah umat Islam. Justeru, kita wajib berpegang teguh dengan akidah Islam bagi menangkis pemikiran yang salah seperti liberalisme, pluralisme dan sebagainya yang jelas menyeleweng dan sesat. Akidah yang mantap dan terpelihara dapat menyelamatkan kita, keluarga dan umat keseluruhannya daripada tersungkur ke lembah kemurkaan dan kesesatan. Marilah kita berdoa dan berusaha dengan sedaya upaya agar kita sentiasa dibantu dan dipandu di atas landasan Islam yang lurus. Semoga dengan kemantapan akidah hidup kita sentiasa mendapat limpahan rahmat dan inayah Allah subhanahu wata'ala Kaum muslimin yang dirahmati Allah, Pada kesempatan ini, bersempena dengan Ramadan yang bakal tiba lebih kurang seminggu lagi, dan Majlis Tilawah Dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Sarawak yang sedang berlangsung di Dewan Suarah, Bintulu sejak 15 hingga 18 Mac 2023, marilah kita bersama-sama menyemarakkan amalan membaca dan mempelajari al-Quran. Mudah-mudahan kita semua termasuk dalam kalangan hamba-Nya yang diredhai dan diberkati. 6 Sebelum mengakhiri, marilah kita menghayati kesimpulan dari khutbah hari ini iaitu: Pertama: Umat Islam hendaklah sentiasa berusaha memelihara dan memantapkan pegangan akidah serta berpegang teguh dengan al-Quran dan al-Sunnah. Kedua : Perkara berkaitan urusan agama tidak boleh dibahaskan berdasarkan logik akal semata-mata kerana ia memerlukan kepada disiplin ilmu yang benar dan pemahaman yang jelas terhadap nas- nas berkaitan. Ketiga : Umat Islam hendaklah merujuk hal-hal berkaitan Islam kepada pihak-pihak yang berautoriti. Marilah kita bersama-sama menghayati firman Allah subhanahu wata’ala dalam surah Aali Imran, ayat 85: ِ أَعُوْذ ُ بِالله ِ مِن َ الشَّيْطَان ِ الرَّجِ يْم ِ بِسْم ِ الله ِ الرَّحْمَــٰن ِ الرَّحِ يم Maksudnya : Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang yang rugi. 7 ُ ْ ُوَإِيَاكُم ِ ُالْقُرْءَآن ِ ُالْعَظِيْمِ، ُوَنـَفَعَن ِ فِ ُ ْ ُوَلَكُم ِ لِ ُ ُ بَارَك َ ُالله ُ ِ ب ـ ُ َ مَا ُفِيْو ِ ُمِن ُ ْ يكْر ِ ُال الآيَات ِ ُوَالذ ـ ُ َ حَكِيْمِ، ُوَتـ ُ َ ي ْ ُوَمِنْكُم ْ ُتِل قَبَل َ ُمِن ُ َ وَتَوُ، ُإِن ُ ُ و ُ ُىُو َ ُالسَمِيْع ُ ُ الْعَلِيْم ُ ُ ِ ُوَلَكُمْ، ُوَلِسَائِر ِ لِ ُ َ ُىَذَا، ُوَأَسْتـَغْفِر ُ ُالله َ ُالْعَظِيْم ِ لِ ْ أَقـُوْل ُ ُقـَو َ ُوَالْمُسْلِمَاتِ ، ُوَا ْ يْ ِ الْمُسْلِم ُ َ َ ُوَالْمُؤْمِنَاتِ ، ُفَاسْتـَغْفِرُوْه ُ ُإِنَو ُ ُىُو ْ يْ ِ لْمُؤْمِن ُ ُ الْغَفُوْر ُ ُالرَحِ يْم 8 KHUTBAH JUMAAT KEDUA _____________________________________________________________ _________________________________________________________ ُ ِ اَلْـحَمْد ُ ُلِلّّٰو ُ ُ َ ُ حََ ْدًا ُكَث ِ يًْا ُكَمَا ُأَمَر ِ اَلْـحَمْد ُ ُلِلّّٰو ُ أَشْهَد ُ ُأَن ْ ُل َ ُإِلَـ ُ ّٰ ـ ُ ُ ـو َ ُإِل َ ُالله ُ َ وَحْدَه ُ ُل َ ُشَرِيْك َ ُلَوُ، ُوَأَشْهَد ُ ُأَن َ ُسَييد ُ ُ نَا ُم ـ ُ ُ حَمَدًا ُعَبْدُه ُ ُوَرَسُوْلُو ُ ُ َ اَللّّٰهُم ُ ْ ي ُوَسَليم ْ ُوَبَارِك صَل ُ ُ ُ عَلَى ّٰ ُسَييدِنَا ُم ـ ُ َ ْ يْ ِ حَمَد ٍ ُوَعَلَى ّٰ ُأّٰلِو ِ ُوَأَصْحَابِو ِ ُأ َ جْْ َع ُ ُ أَمَا ُ َ بـَعْدُ، ُفـَيَا ُعِبَاد َ ُاللهِ، ُاِتـَقُوا ُالله َ ُحَق َ ُتـُقَاتِو ِ ُلَعَلَكُم ْ ُتـُفْلِحُوْن ُ Kaum Muslimin yang dirahmati Allah, Pada musim tengkujuh ini, mimbar menyeru agar kita sentiasa berwaspada dan mengikuti nasihat yang diberikan oleh pihak berkuasa dari masa ke masa sama ada yang berkaitan dengan kemungkinan banjir mahupun keadaan perairan untuk apa sahaja aktiviti. Pada masa yang sama, kita hendaklah sentiasa melakukan kawalan kendiri dengan sebaik-baiknya bagi mengelakkan terdedah kepada bahaya wabak penyakit. Teruskanlah memohon keampunan dan bermunajat kepada Allah subhanahu wata’ala agar diangkat segala wabak dan musibah daripada kita dan dikurniakan keselamatan dan kesejahteraan buat diri, keluarga, masyarakat, negeri dan negara. ُ ّٰ َ قَال َ ُالله ُ ُتـَعَال : ُ 9 ُ ّٰ ي ُعَلَى اَللّّٰهُم َ ُصَل ُ سَييدِنَا مُـ ُ ِ حَمَد ٍ ُوَعَلَى ّٰ ُأّٰل ُ سَييدِنَا مُـ ُ َ حَمَدٍ، ُكَمَا ُصَلَيْت ُ ّٰ عَلَى ُ ِ سَييدِنَا ُإِبـْرَاىِيْم َ ُوَعَلَى ّٰ ُأّٰل ُ ّٰ ُعَلَى ْ سَييدِنَا ُإِبـْرَاىِيْمَ، ُوَبَارِك ُ سَييدِنَا مُـ ُ ّٰ حَمَد ٍ ُوَعَلَى ُ ُ ِ أّٰل ُ سَييدِنَا مُـ ُ َ كْت َ حَمَدٍ، ُكَمَا ُبَار ٰ عَلَى ُ ُ َ سَييدِنَا ُإِبـْرَاىِيْم ُ ِ وَعَلَى ّٰ ُأّٰل ُ ٌ ُ حََ ِيْد َ يْْ َ، ُإِنَك ِ فِ ِ ْ ُالْعَالَم ُ سَييدِنَا ُإِبـْرَاىِيْمَ، مَـ ُ ٌ جِ يْد ُ ْ ُا ِ َ ُوَالْمُؤْمِنَات ْ يْ ِ ُوَالْمُؤْمِن ِ َ ُوَالْمُسْلِمَات ْ يْ ِ اَللّّٰهُم َ ُاغْفِر ْ ُلِلْمُسْلِم ُ ِ لأَحْيَآء ُ َ ْ مِنـْهُم ْ ُوَالأ ُ ِ مْوَات ُ ُ َ ُوَيَا ُقَاضِي ِ ُالدَعَوَات ُ ُمُـجِ يْب ٌ ُ سََ ِيْع ٌ ُقَرِيْب َ إِنَك ُ ْ ال ـ ُ ِ حَاجَات Ya Allah, ampunilah dosa-dosa dan kesalahan kami, ibubapa kami, ahli keluarga dan guru-guru kami. Limpahkanlah kesejahteraan, kedamaian dan kebahagiaan kepada kami semua dalam kehidupan di dunia dan di akhirat. Ya Allah ! Ya Rahman ! Ya Rahim! Berikanlah taufiq dan hidayat- Mu kepada kami semua dan juga kepada pemimpin-pemimpin Negara kami, khasnya kepada Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong Malaysia, dan juga pemimpin-pemimpin negeri kami, khususnya Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak. 10 Ya Allah! Kurniakanlah kami rezeki yang halal lagi diberkati, hindarilah kami dari sebarang bentuk gejala rasuah dan perlanggaran kepada peraturan dan undang-undang. Kurniakanlah keselamatan dan kesejahteraan, jadikanlah kami ummah yang berkualiti dan berintegriti demi mencapai negara yang aman dan makmur serta mendapat perlindungan-Mu, ya Allah. Ya Allah, Ya Dzal Jalali Wal Ikram! Ya Allah, kukuhkanlah perpaduan dan kesatuan kami dalam aqidah, ibadah dan akhlak di bawah pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Limpahkanlah ke atas kami nikmat keselamatan, kesihatan dan keafiatan. Kurniakanlah kesembuhan kepada mereka yang diuji dengan penyakit-penyakit dan bebaskanlah negara kami daripada segala perkara yang tidak diingini dan wabak penyakit. ُ ِ ُاْلآخِ رَة ِ ُحَسَنَة ً ُوَقِنَا ُعَذَاب َ ُالنَار ِ فِ َ ُالدُّنـْيَا ُحَسَنَة ً ُو ِ فِ ُ رَبـَنَآ ُأّٰتِنَا ُ ، ْْي ِ أّٰم ُ ُ َ ْ يْ ِ ُيَا ُرَب َ ُالْعَالَم ْ يْ ِ أّٰم ُ ِ عِبَاد َ ُالله ُ ِ إِن َ ُالله َ ُيَأْمُر ُ ُبِالْعَدْل ِ ُوَاْلإِحْسَان ُ ُ ّٰ بَ َ ّٰ ُوَيـَنـْهَى ْ وَإِيتَآء ِ ُذِي ُالْقُر ُ ِ عَن ِ ُالْفَحْشَآء ِ ُوَالْمُنْكَر ِ ُوَالْبـَغْي ُ ُ َ يَعِظُكُم ْ ُلَعَلَكُم ْ ُتَذَكَرُوْن ُ ُ َ فَاذْكُرُوا ُالله ُ ُ الْعَظِيْم َ ُيَذْك ُ ْ ْكُم ر ُ ُ ْ ُنِعَمِو ِ ُيَزِدْكُم ّٰ وَاشْكُرُوْه ُ ُعَلَى ُ ُ ِ وَاسْأَلُـوْه ُ ُمِن ْ ُفَضْلِو ُ ْ يـُعْطِكُم ُ ُ ُ وَلَذِكْر ُ ُالله ِ ُأَكْبـَر ُ ُ ُ وَالله ٰ ٰ َ ي َعْلَم ُ ٰمَا ٰتَصْن َعُون ٰ ٰ ِ أَقِيْمُوا ٰالص َّ لََ ة