1 DIKELUARKAN OLEH JABATAN MUFTI PERLIS MAULID: ANTARA SEJARAH DAN AMALAN (TEKS KHUTBAH JUMAAT 22 SEPTEMBER 2023) 2 MAULID: ANTARA SEJARAH DAN AMALAN ُ الحْ َمْد ِ ﻟﻠﻪ ُ نحَ ْمَدُه ُ وَنَسْتَعِيـْنُه ُ وَنَسْتـَغْفِر ُ ه ُ وَنـَعُوذ ﻟﻠﻪ ِﺑﺎ ْ مِن ِ شُرُور أَنـْفُسِ نَا ْ وَمِن ِ سَيِّئَات أَعْمَالِنَا، ْ مَن ِ يـَهْدِه ُ ﷲ َ فَلا َّ مُضِل ُ لَه ْ وَمَن ُ يُضْلِلْه َ فَلا َ هَادِي لَهُ، ُ أَشْهَد أَن لاَّ َ إِلِه إِلاَّ ُ ﷲ ُ وَحْدَه َ لا َ شَرِيْك ، ُ لَه ُ وَأَشْهَد َّ أَن ًا َّ د محُ َم ُ عَبْدُه ُ وَرَسُوْلُه َّ اللَّ هُم ِ ّ صَل ْ وَسَلِّم ى َ عَل ٍ َّ د محُ َم وَعَلَى ِ آلِه ِ وَأَصْحَابِه ْ وَمَن ْ تَبِعَهُم ٍ ﺑﺎِ ِحْسَان َ اِلى ِ يـَوْم الدِّيْن �َ َيـّهَا َ الّذِين ْ آمَنُوا ْ اتـّقُوا َ ّ اﻟﻠﻪ ّ حَق ِ تـُقَاتِه َ وَلا ّ تمَُوتُن ّ إِلا ْ وَأَنـْتُم َ مّسْلِمُون َّ ا أَم بـَعْدُ، َّ فَاِن َ أَصْدَق ِ الحَدِيْث ُ كِتَاب ،ﷲ َ ْ وَخَير ِ الهَْدْي ُ هَدْي ٍ َّ د محُ َم صَلَّ ى ُ ﷲ ِ عَلَيْه ، َ وَسَلَّ م َّ وَشَر ِ الأُمُوْر ا، َ ُ ﺗﻬَﺛﺎَمحُ ْد َّ َكُل و ٍ محُ ْدَثَة بِدْعَةٌ، َّ َكُل و ٍ بِدْعَة ضَلاَ لَةٌ، َّ َكُل و ٍ ضَلاَ لَة ِ فى ِ النَّ ار Sidang Jumaat Yang Berbahagia, Pada hari Jumaat yang diberkati dan di dalam masjid yang mulia ini, saya berpesan kepada diri saya dan kepada sidang Jumaat yang menjadi tetamu Allah sekalian marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan bersungguh- sungguh melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi umat yang terbaik, umat contoh dan memperolehi kebahagian di dunia dan di akhirat. Khatib akan membicarakan khutbah pada hari ini yang berkaitan dengan; “MAULID:ANTARA SEJARAH DAN AMALAN”. Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah Sekalian, Para sarjana sejarawan Islam berbeza pendapat tentang tarikh sebenar kelahiran Nabi SAW. Sementara hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh al-Imam Muslim hanya 3 menyebut bahawa baginda lahir pada hari Isnin tanpa menyebut haribulannya. Sesiapa yang membaca karya-karya sejarah Islam yang besar seperti al-Bidayah wa al-Nihayah oleh al-Imam Ibn Kathir (meninggal dunia pada tahun 774 Hijrah) akan melihat berbagai pendapat tentang haribulan dan bulan kelahiran baginda SAW. Bagi yang berpendapat baginda lahir pada Bulan Rabi’ul Awwal , mereka berbeza pendapat pula dalam menentukan haribulannya. Ada yang menentukan pada 8 haribulan, ada yang pada 9 haribulan, ada pula pada 12 haribulan seperti yang menjadi anggapan ramai, ada juga pada 17 haribulan dan seumpamanya. Di sana ada pula sarjana Islam yang menyatakan baginda lahir pada bulan Ramadan dengan hujah-hujah mereka yang tersendiri. Apa pun yang penting, sejarahwan Timur atau Barat, Utara atau Selatan tidak pernah berbeza pendapat tentang lahirnya seorang insan bernama Muhammad bin ‘Abdillah yang diikrarkan oleh umat Islam sebagai rasul terakhir yang diutuskan Allah. Hal ini berbeza dengan Jesus yang berada dalam gambaran Barat. Setengah ahli kajian mereka mempertikaikan tentang kelahiran Jesus itu sendiri. Sidang Jumaat Yang Dikasihi Allah Sekalian, Kelahiran Nabi SAW adalah peristiwa yang amat penting kerana ia peristiwa yang memulakan episod baru bagi kehidupan manusia sejagat. Penentuan haribulan atau bulan secara tepat bukanlah faktor utama. Tidak dapat menentukan tarikh lahir yang pasti, bukan bererti seseorang itu tidak wujud. Entah berapa ramai para nabi, tokoh, individu yang gagal dikesan tarikh kelahiran mereka, tetapi mereka wujud dan telah mewarnai sejarah. Antara sebab sarjana sejarah tidak dapat memutuskan secara sepakat bilakah tarikh kelahiran Nabi SAW adalah berpunca daripada tindakan para sahabat Nabi SAW yang tidak merayakan tarikh tersebut. Walaupun dalam sejarah Islam, merekalah generasi yang paling mencintai Nabi SAW namun mereka tidak membuat perayaan khas hari kelahiran baginda disebabkan kerana mereka tidak melihat baginda melakukan hal yang demikian. Bahkan Al-Imam Ibn Kathir Rahimahullah menceritakan bagaimana Saidina ‘Umar RA apabila dicadangkan permulaan tahun Islam dikira pada tahun kelahiran Nabi SAW, beliau menolaknya. Sebaliknya khalifah agung itu memilih tahun hijrah baginda sebagai permulaan kiraan. Bukan kelahiran tidak penting, tetapi hijrah adalah permulaan kejayaan dan sejarah perjuangan. Perkara yang paling utama buat seorang rasul ialah baginda diikuti, bukan sekadar dirayakan. Saban tahun orang Kristian Barat merayakan kelahiran Jesus, namun apakah kehidupan mereka sama seperti yang diajar oleh Jesus?. 4 Sidang Jumaat Yang Dihormati, Hari berganti dan bertukar. Dunia Islam beralun dengan berbagai krisis politik yang akhirnya mencetuskan mazhab. Antaranya Mazhab Syiah yang asalnya merupakan mazhab politik, bertukar menjadi mazhab agama dengan segala macam aliran di dalamnya. Islam sepatutnya mencorakkan politik telah bertukar menjadi ‘politik mencorakkan Islam’. Lalu kefahaman agama dibina di atas blok-blok politik, bukannya reka fikir politik itu yang diwarnakan oleh Islam. Maka perebutan kuasa berlaku atas agenda politik yang dimasukkan unsur Islam ke dalamnya. Maka berselerakanlah umat Islam akibat agenda politik berbagai aliran. Di Mesir, Syiah Fatimiyyah pernah menguasai tampok kuasa. Berbagai agenda agama dilaksanakan dalam kerangka pemikiran mazhab politik yang bertukar menjadi agama. Berbagai perayaan agama dibuat dengan tujuan untuk mencapai matlamat politik yang tersendiri. Dalam Fatawa al-Azhar diakui bahawa ahli sejarahwan Islam tidak mengetahui sesiapa pun yang memulakan perayaan Maulid Nabi SAW melainkan Kerajaan Syi’ah Fatimiyyah di Mesir yang mengadakannya secara besar-besaran. Mereka turut meraikan hari kelahiran tokoh-tokoh Ahlil Bait dan kelahiran Nabi Isa AS. Kemudian pada tahun 488 Hijrah dihentikan oleh Khalifah al-Musta’la billah. Kemudian dihidupkan kembali oleh sesetengah kerajaan dan negeri. Demikianlah sejarahnya. Sidang Jumaat Yang Dimuliakan, Perasaan bersyukur mengenangkan sejarah kelahiran Nabi SAW dengan semangat untuk mengikuti baginda adalah wajar dan wajib. Dalam masa yang sama, kita perlu sedar fakta-fakta yang disebutkan tadi. Jika Bulan Rabi’ul Awwal ini dikatakan bulan kelahiran Nabi SAW, maka tidak salah untuk kita berceramah menceritakan sejarah perjuangan dan prinsip-prinsip Islam yang dibawa oleh baginda. Apatah lagi sejarawan hampir semuanya sepakat bahawa baginda Nabi SAW wafat pada Hari Isnin 12 Rabi'ul Awwal Maka peristiwa itu sangat penting untuk diperkatakan. Sama seperti apabila kita melintas suatu tempat bersejarah, kita mengenang sejarah tersebut. Di Perlis , kita menjadikan Bulan Rabiul Awwal sebagai bulan pendidikan mengingati sejarah Rasulullah SAW atau kita sebut Bulan Zikra al-Rasul . Cuma janganlah kita ini menjadi manusia bermusim yang hanya mengenang rasul dan ajaran baginda pada hari- hari tertentu, tetapi kita seakan sudah tidak mengingati baginda selepas itu. Di samping itu, hendaklah kita sedar, jika kita mengikuti Nabi SAW, maka pastikan kita tidak menokok tambah ajaran baginda apa yang baginda tidak izinkan. Baginda Rasulullah SAW bersabda: 5 ْ مَن َ أَحْدَث ِ فى َ أَمْر�ِ هَذَا مَا َ لَيْس ُ مِنْه َ فـَهُو ٌّ رَد Ertinya: “Sesiapa yang membuat perkara baru dalam urusan kami ini (Islam) apa yang bukan daripadanya maka ia tertolak”. (Hadis Riwayat Muslim). Oleh kerana baginda tidak pernah menunjukkan kita ibadah khas sempena kelahiran baginda samada solat khas, atau puasa khas atau bacaan khas, maka kita tidak boleh mengadakannya. Jalan yang patut diikuti dalam masalah ini adalah jalan para sahabah baginda Rasulullah SAW. Baginda Rasulullah SAW bersabda: َ َّ تي ِ عَلَى ثَلاَ ث ٍ وَسَبْعِين َّ قَت ْ عَلَى ثِنـْتَين ْ ِ وَسَبْعِين َ مِلَّ ة ً وَتـَفْترَ ِق ُ أُم َّ بَني ِ إِسْرَائِيل َ تـَفَر إِن ِ َّ ِ قَال َ مَا أ�َ َ عَلَيْه َّ مِلَّ ة ً وَاحِ دَة ً قَالُوا وَمَن ْ هِي َ � َ رَسُول َ اﻟﻠﻪ النَّ ار ِ إِلا ِ مِلَّ ة ً كُلُّ هُم ْ في ِ وَأَصْحَابي Ertinya: “Sesungguhnya Bani Israil berpecah kepada 72 puak, dan umatku akan berpecah kepada 73 puak. Kesemua mereka dalam neraka kecuali satu puak”. Mereka bertanya: “Apakah puak itu wahai RasululLah?” Jawab baginda: “Apa yang aku dan para sahabahku berada di atasnya”. (Hadis Riwayat al-Tirmizi dinilai sahih oleh al-Diya al-Maqdisi). Sidang Jumaat Yang Dikasihi Sekalian, Perlu diingat, antara keistimewaan sejarah Nabi SAW ialah ia dapat dikenal pasti antara yang tulen dan yang tokok tambah. Ini berbeza dengan sejarah pengasas-pengasas agama dalam dunia ini yang hampir keseluruhan sejarah mereka dibina atas sangkaan atau perkhabaran yang tidak pasti. Ilmu hadis yang menapis sanad dan matan telah memelihara fakta sejarah nabi kita Muhammad SAW. Hanya sejarah yang pasti sahaja yang menjadi ikutan kita, bukan yang direka. Al-Sayyid Sulaiman al-Nadwi berkata dalam al-Risalah al-Muhammadiyyah: "Sesungguhnya sirah yang berhak diikuti oleh manusia sebagai contoh yang baik dan teladan yang tinggi disyaratkan terlebih dahulu mestilah bersifat tarikhiyyah (sejarah). Adapun sirah yang tertegak diatas dongengan dan cerita-cerita khurafat yang tidak disokong oleh riwayat-riwayat yang dipercayai kesahihannya, adalah menjadi tabiat insan tidak akan terpengaruh dengan apa yag diceritakan kepadanya tentang sirah peribadi yang direka sedangkan sejarah tidak pernah mengenalinya". 6 Sidang Jumaat Yang Dimuliakan, Terdapat Buku yang menyebut: “Telah hadirlah pada malam kelahiran baginda (Nabi SAW) Asiah (isteri Fir`aun yang beriman) dan Maryam (ibu Nabi Isa AS) dalam kumpulan wanita dari syurga)”. Tiada satu riwayat yang sahih daripada Nabi SAW yang mengakui peristiwa seperti ini. Sehingga seorang pengkaji sejarah Muhammad Muhammad Hasan Syurrab menyebut: “Wajib kita berhati-hati ketika memetik dari buku-buku sirah terutamanya buku-buku sirah yang terkemudian. Para rawinya (periwayat) banyak menokok tambah cerita dan sirah Rasulullah SAW ”. Mereka mengaitkan kepada baginda mu’jizat dan perkara-perkara luar biasa sejak kelahiran sehingga kepada kewafatan baginda dengan perkara yang tidak ada sanad yang boleh dipegang. Seakan-akan para rawi ini melihat tujuan penambahan perkara- perkara luar biasa ini untuk memberikan kepada Rasul SAW mu’jizat-mu’jizat yang tidak ada pada para nabi sebelum baginda. Padahal tiada riwayat yang sahih tentang sebahagian yang disebut. Kita semua bersyukur dan bergembira dengan kelahiran Nabi Muhammad SAW. Namun kita wajib pastikan cara kita ikut dan faham mengenai baginda bertepatan dengan ajaran Islam yang sebenar. Saban tahun banyak pihak yang mengingati sejarah maulid, persoalannya, apakah umat Islam bertambah dekat dengan baginda?. Ini yang perlu kita jawab dan usahakan agar tujuan mengingati sejarah baginda mencapai maksudnya. َ ْ َّ كُم ْ بمِ َا فِيْه ِ مِن َ الآ�َ ت ِ وَالذِّكْر ِ الح ْ وَلَكُم ْ في ِ ْ الْقُرْآن ِ الْعَظِيْم ِ وَنـَفَعَني ِ ْ وَإ�ِ ِ ليﷲ َ رَك َﺑﺎ ِ كِيْم 7 KHUTBAH KEDUA ُ الحْ َمْد ِ َِّ ﻟﻠﻪ الَّ ذِي َ أَنـْزَل عَلَى ِ عَبْدِه َ الْكِتَاب ْ َ وَلم ْ يجَ ْعَل ُ لَه عِوَجًا ُ وَأَشْهَد ْ أَن َ لا َ إِلَه إِلاَّ ُ َّ اﻟﻠﻪ ُ وَحْدَه َ لا َ شَرِيك ُ لَه ُ وَأَشْهَد َّ أَن َّ دًا محُ َم ُ عَبْدُه ُ وَرَسُولُه َّ اَللَّ هُم ِ ّ صَل ْ وَسَلِّم ْ وﺑﺎََ رِك ى َ عَل ٍ َّ د محُ َم وَعَلَى ِ آلِه ِ وَصَحْبِه أَجمْ َعِينْ َ، َّ ا أَم بـَعْدُ، ا َ فـَي أَيـُّ هَا الْمُسْلِمُوْنَ، ا ْ َّ قُو اِتـ َ ﷲ َّ حَق ِ تـُقَاتِه َ وَلا َّ تمَُوْتُن َّ إِلا ْ وَأَنـْتُم َ مُسْلِمُوْن Sidang Jumaat Yang Dikasihi Sekalian, Akhlak Nabi SAW adalah akhlak yang paling sempurna. Keluhuran akhlak Nabi SAW ini adalah cerminan bagi kita untuk dicontohi oleh kita dalam hubungan sesama manusia. Rasulullah SAW adalah seorang yang sangat pemaaf. Baginda tidak pernah menyimpan dendam kepada sesiapa pun malahan sentiasa berlapang dada. Isteri baginda Rasulullah SAW yang mulia Aisyah Radiyallah huan’ha ketika mensifatkan akhlak baginda Nabi SAW : َ َّ يِّئَة َّ يِّئَة ِ الس َّ اﺑﺎ ً في ِ الأْ َسْوَاق ِ وَلا َ يجَ ْزِي ﺑﺎِلس لم َ ْ يَكُن ْ فَاحِ شًا وَلا َ مُتـَفَحِّ شًا وَلا َ صَخ وَلَكِن ْ يـَعْفُو ُ وَيَصْفَح Ertinya: "(Rasulullah SAW)bukan seorang yang keji, bukan pula sengaja melakukan kekejian dan bukan juga suka memekik-memekik di pasar. Baginda tidak membalas keburukan dengan keburukan, tetapi memaafkannya dan berlapang dada". (Hadis Sahih, riwayat Al-Tirmizi) Betapa indah, sempurna dan mulianya akhlak baginda Rasulullah SAW yang sepatutnya kita semua contohi dan teladani, agar kehidupan kita akan sentiasa selamat, diberkati serta mendapat rahmat dan perlindungan daripada Allah SWT. Sidang Jumaat Yang Dihormati Sekalian, Sesungguhnya, Allah SWT berfirman dalam surah Al-Ahzab ayat 56: 8 ، Maksudnya: Sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat ke atas Nabi, maka wahai orang-orang yang beriman hendaklah kamu berselawat dan salam ke atas Nabi. ِ َّ د ٍ كَمَ ا صَلَّ يْت َ عَلَى إِبـْرَاهِيم َ وَعَلَى آل َّ د ٍ وَعَلَى آل ِ محُ َم َّ صَل ّ ِ عَلَى محُ َم اَللّهُم ِ كْت َ عَلَى إِبـْرَاهِيم َ وَعَلَى آل َ ر َﺑﺎ د ٍ كَمَا َّ َّ د ٍ وَعَلَى آل ِ محُ َم إِبـْرَاهِيْم َ وﺑﺎََ رِك ْ عَلَى محُ َم ِ َ َ إِنَّ ك َ حم ْ الْعَالَمِين ِ إِبـْرَاهِيْم َ فى ٌ يْد ٌ مجَ ِيْد ِ َ وَالْمُسْلِمَات ْ َّ اغْفِر ْ لِلْمُسْلِمِين أَللّهُم ُ َ وَالْمُؤْمِنَات ِ ، الأَحْيَاء ِ مِنـْهُم ْ وَالأَمْوَات ِ . إِنَّ ك َ سمَ ِيْع ٌ قَرِيْب ٌ مجُ ِيْب ْ وَالْمُؤْمِنِين َّ عْوَات ِ وَقَاضِى َ الحْ َاجَاتِ . الد Ya Allah! Ampunilah seluruh kaum muslimin sama ada yang hidup ataupun yang telah mati. Ya Allah! Berikan petunjuk hidayah serta rahmatMu kepada kami sekalian hamba-hambaMu dan kepada pemimpin kami terutamanya Raja pemerintah Negeri Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail serta kaum kerabat Baginda, supaya sentiasa beramal dengan kitabMu dan sunnah nabiMu Muhammad SAW, dan Engkau lanjutkanlah usia baginda berdua dalam keadaan selamat, sihat sejahtera dan semoga dengan kesihatan yang baik yang telah Engkau kurniakan kepada baginda berdua, terlaksanalah pemerintahan yang adil lagi diredhai olehMu. Ya Rahman, Ya Rahim! Kami memohon kepadaMu dengan segala kerendahan diri sebagai hamba-Mu. Engkau indahkanlah akhlak kami. Engkau perbaikilah pergaulan antara kami. Engkau jadikanlah kami umat Islam yang bermentaliti kelas pertama dalam tindakan. Engkau peliharalah kami dari penyakit lemah, malas, berfikiran dangkal dan buruk budi pekerti. 9 Ya Allah! Engkau angkatlah martabat setiap hamba-Mu yang berpegang dengan Al-Quran dan sunnah Nabi-Mu. Berilah kekuatan kepada kami untuk menghindari amalan syirik, bid’ah, khurafat dan maksiat. Ya Allah! Engkau limpahkanlah Negeri Perlis ini dengan keberkatan. Engkau bimbinglah kami penduduknya kepada amalan soleh yang engkau redha. Penuhi jiwa kami dengan mencintai agama-Mu. Ya Allah! Engkau jauhkanlah kami dari bala dan kerosakan. Engkau tambahkanlah nikmat-Mu kepada kami. Engkau berikanlah kepada kami kebahagiaan hidup di dunia dan di hari akhirat. ِ ُّ نـْيَا حَسَنَة ً وَفي ِ الآخِ رَة ِ حَسَنَة ً وَقِنَا عَذَاب َ النَّ ار رَبـَّ نَا آتِنَا في ِ الد ى َ عَل ُ َّ ى اﻟﻠﻪ وَصَلَّ ا َ َّ ن نَبِيـ ٍ َّ د محُ َم َ و َ َِّ ِ رَب ّ ِ الْعَالَمِين الحْ َمْد ُ ﻟﻠﻪ ِ إ َّ ﷲ َ �َ ْمُر ُ ﺑﺎِ لْعَدْل ِ وَالإِحْسَان ِ وَإِيـْتَاء ِ ذِي ن ِ الْقُرْبى َ وَيـَنـْهَى عَن ِ الْفَحْشَاء ِ وَالْمُنْكَر ِ وَالْبـَغْي َّ رُوْنَ. ، يَعِظُكُم ْ لَعَلَّ كُم ْ تَذَك