1 KHUTBAH JUM‘AT TAJUK : MENJAUHI KETERLALUAN DALAM BERAGAMA TARIKH : 4 OKTOBER 2024 / 1 RABI ’ ULA KHIR 144 6 َ ه َ الۡقَ ائَل َ لِلّ ُ ٱلۡ حَ مد : ۡ قُل ۡ ۡ ۡ ۡ َ يََٰٓأَهل ٱ ۡ ِ لكِتَ َٰب ۡ ۡ ۡ ۡ َ يۡ َ فِ ِ ۡدِينِكُ م ۡغ ۡ ْ لَ َ ۡتَغلُوا ٱ ۡ ِ لَۡق ۡ ۡ ۡ ْ لَ َ ۡتَتَّبِعُوٓا ْ ۡأَهوَآء َ ۡقَوم ٖ ۡقَد ۡضَ لُّوا َ و ۡ ِ ِ يۡٗا ۡوَضَ لُّوا ْ ۡعَن ۡسَ وَآء مِن ۡقَبل ُ ۡوَأَضَ لُّوا ْ ۡكَث ٱ ۡ ِ لسَّ بِيل ۡ ٧٧ ۡ ۡ ( Surah al - Maidah ayat 77 ) ُ لَّ َ شَ رِيك َ لَه ُ لَّ آ الله ُ وَ حۡ دَ ه ِ لَّ آ إِ لَــٰه َ إ أَشۡ هَ د ُ أَن آ ، وَ أَشۡ هَ د ُ أَن مُ حَ مآ دً ا عَ بۡدُ ه ُ وَ رَ سُ ولُهُ . اللآهُ م آ صَ ل ِ وَ سَ لِ م ۡ عَ لَ ى سَ يِدِ نَا مُ حَ مآ د ٍ وَ عَ لَ ى آلِ ه ِ وَ أَصۡ حَ ابِه ِ وَ مَ ن تَبِعَهُ م بِإِ حۡ سَ ان ٍ إِ لَى َ يَوۡ م ِ الدِ ين ُ أَمآ ا بَعۡد ، فَ يَ ا عِ بَ اد َ الله ِ ، اِ تآقُ وا الله َ حَ ق آ تُقَ اتِه لَّ آ وَ أَنتُم مُّ سۡ لِ مُ ونَ . ِ لَّ َ تَمُ وتُن آ إ َ ، و SIDANG JUM‘AT YANG DIRAHMATI OLEH ALLAH ‘AZZAWAJALLA, Bertaqwalah kepada Allah Azzawajalla dengan mentaati perintah - Nya dan berusahalah meninggalkan perbuatan maksiat yang ditegah oleh - Nya. Ketika khutbah dibacakan, hentikan perbualan dan kawallah jari - jemari daripada penggunaan telefon bimbit agar pahala Jum aat tidak menjadi sia - sia. 2 Khatib ingin mengingatkan kepada seluruh Muslimin supaya melaksanakan kewajipan berzakat dan melakukan amalan berwaqaf. Amalan berzakat dapat menyucikan harta dan jiwa, berwaqaf pula sebagai bekalan jariah di alam barzakh. Zakat dan Waqaf boleh disalurkan ke Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS). Seterusnya, Jika ada ibu bapa yang ingin menghantar anak - anak ke sekolah agama persendirian, pastikan sekolah tersebut telah berdaftar di Bahagian Pendidikan di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (J HEAINS), bagi menjamin kualiti ilmu dan mengelakkan timbulnya isu yang berkaitan dengan keselamatan. S ila layari portal JHEAINS untuk keterangan lanjut. Mimbar pada hari ini membicarakan topik “ MENJAUHI KETERLALUAN DALAM BERAGAMA ” SIDANG JUM‘AT SEKALIAN , Sikap melampau dalam kepercayaan dan pegangan berlaku apabila seseorang menjadi taasub dan fanatik secara membuta tuli terhadap sesuatu ajaran atau individu. Sikap ini melahirkan keyakinan bahawa hanya mereka yang benar manakala pihak lain dianggap salah, sesat, batil atau kufur. Akibatnya, muncul dakwaan seperti "hanya kami pendukung sunnah dan keturunan Nabi SAW," atau "hanya kami yang akan masuk syurga," serta pelbagai lagi kenyataan yang seumpamanya. Antara faktor yang mencetuskan sikap ini termasuklah kejahilan terhadap autoriti dalam penentuan hukum - hakam syarak, tidak berpegang pada sumber - sumber yang sahih, menafsirkan nas syarak dengan kaedah yang tidak diiktiraf, mengejar kepentingan peribadi, 3 menyalahgunakan nama agama dan memperalatkan golongan yang kurang berkemampuan untuk mengumpul kekayaan serta menurut hawa nafsu. Akibatnya, ada yang mencemuh sesama Muslim, menjatuhkan hukuman, menganiaya , tidak menunaikan solat jenazah untuk saudara Muslim sendiri malah lebih parah lagi darah seorang Muslim dianggap halal untuk ditumpahkan. Islam menolak dengan tegas segala bentuk gerakan yang berpotensi menggugat keamanan, termasuk lah yang dipelopori oleh golongan pelampau dalam agama. Ancaman yang dibawa oleh pelampau agama ini perlu diberi kan perhatian serius oleh semua pihak kerana melibatkan keselamatan dan kesejahteraan rakyat. Jika perkara ini diabaikan, kehancuran sesebuah bangsa dan kekacauan dalam negara boleh berlaku. Sebagai sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, kita perlu menerapkan kehidupan yang toleran terhadap pelbagai pandangan agama, budaya, kaum, politik, dan ideologi. Namun begitu, dalam melaksanakan kebebasan ini, tiada individu yang berhak menjadi pelamp au dalam pegangan mereka hingga membawa kepada tindakan keganasan atau paksaan terhadap orang lain untuk menerima pendapat mereka. Firman Allah Azzawajalla seperti yang telah dibaca pada awal khutbah dalam surah al - Maidah ayat 77 yang bermaksud: “Katakanlah wahai Rasulullah SAW “Wahai Ahli Kitab , j anganlah kamu melampau da lam a gama kamu secara yang tidak benar J anganlah kamu menurut hawa nafsu suatu kaum yang telah sesat sebelum ini dan telah menyesatkan ramai manusia Sekarang mereka telah tersesat jauh daripada jalan yang betul ” 4 Hakikatnya Islam ialah agama yang membawa manusia keluar dari pada kegelapan, kesempitan dan kezaliman menuju kepada cahaya, keadilan dan kesejahteraan. Usahlah kita biarkan Islam dilihat sebagai agama yang cenderung kepada keganasan, pemerasan atau diperdaya oleh nafsu semata - mata. Sikap umat Islam perlu menjadi teladan terbaik kepada masyarakat khususnya dalam konteks masyarakat yang berbilang agama dan kaum SIDANG JUM‘AT YANG DIRAHMATI OLEH ALLAH ‘AZZAWAJALLA, Pelampau atau ekstremis sering kali meresapi masyarakat awam dengan mudah. Kadangkala amat sukar untuk kita mengenali ciri - ciri seseorang yang telah terpengaruh dengan fahaman ini. A ntara ciri golongan pelampau termasuklah bertindak balas dengan cepat, tergesa - gesa, mudah terpengaruh dengan emosi, sering kali mempercayai apa yang didengar tanpa sebarang kajian serta cenderung untuk mengikuti arahan tanpa menyelidiknya Sesungguhnya keselamatan dan keharmonian nasional merupakan dua asas utama yang menyokong kestabilan sesebuah negara. Sehubungan dengan itu, kerajaan telah memperkenalkan Pelan Tindakan Malaysia bagi Mencegah dan Menangani Fahaman Pelampau Keganasan (MyPCVE). Pelan ini berfungsi sebagai panduan strategik utama untuk menyelaras peranan, strategi, dan inisiatif pelbagai sektor – termasuk ker ajaan, sektor swasta, media massa, pendidikan, serta pelbagai kelompok masyarakat. 5 MyPCVE bertujuan menangani ancaman fahaman pelampau dan keganasan dengan menekankan empat teras utama, iaitu pencegahan, penguatkuasaan, pemulihan dan pengukuhan. Pelan ini dirangka untuk memastikan tindakan yang menyeluruh dan berkesan dalam usaha membant eras sikap melampau serta memelihara keselamatan negara. SIDANG JUM‘AT YANG DIKASIHI , Mengakhiri khutbah ini, khatib berpesan supaya kita mengamalkan ilmu yang sahih. Rujuklah al - Quran dan hadis serta pandangan ulama yang berautoriti. Dengan memahami ajaran agama berpandukan sumber yang sahih, umat Islam dapat mengelakkan diri daripada terjerumus ke dalam tafsiran yang menyimpang atau bersifat ekstrem. Selain itu, kesederhanaan dalam kehidupan khususnya dalam beragama, merupakan tuntutan yang penting. Islam mengajarkan kesederhanaan dalam setiap perkara, menghindarkan umatnya daripada keterl aluan dalam ibadah atau berpaut kepada pandangan melampau yang boleh membawa kepada radikalisme. Sikap sederhana ini adalah kunci dalam mengekalkan kestabilan dan keharmonian masyarakat. Kita juga wajar menghormati perbezaan pendapat untuk mengekalkan persaudaraan. Islam mengiktiraf kepelbagaian pandangan misalnya dalam isu fiqah. Oleh itu hargailah kepelbagaian ini tanpa memaksakan pandangan sendiri terhadap orang lain. Bersikap terbuka dan toleran terhadap perbezaa n terutamanya dalam perkara yang tidak melibatkan asas akidah adalah penting demi mengekalkan keharmonian dalam kalangan masyarakat. 6 Marilah kita mengamalkan doa yang dipetik daripada hadis yang diriwayatkan oleh Sayidina Jabir bin Abdullah radiallahuanhuma: ِ أَنْتَ ، وَ قِنِ ي سَ يِ ئ َ الأَعْ مَ ال آ لَّ ِ يَ هْ دِ ي لأَحْ سَ نِ هَ ا إ َ لَّ ِ لََ ق ْ اللآهُ م آ اهْ دِ نِي لأَحْ سَ ن ِ الأَخ َ لَّ آ أَنْت ِ لَّ َ يَقِ ي سَ يِئَهَ ا إ ِ لََ ق ْ وَ الأَخ Maksudnya: “ Ya Allah, berilah kepadaku hidayah untuk akhlak yang baik kerana tiada sesiapa yang dapat menunjukkan akhlak yang baik kecuali Engkau. Lindungilah aku daripada amalan dan akhlak yang buruk, kerana tiada yang dapat melindungi daripadanya selain Engkau .” ِ بَارَك َ الله ُ لِي وَ لَكُ م ۡ فِ ي الۡقُ رۡآن ِ الۡعَظِ يم ِ ، وَ نَفَ عَنِ ي وَ إِيآاكُ م ۡ بِمَ ا فِيه ِ مِ ن َ ا لَّۡ يَات ِ وَ الذِ كۡ ر ِ الۡ حَ كِ يم ُ ، وَ تَقَ بآل َ مِ نِ ي وَ مِ نكُ م ۡ ت ِ لََ وَ تَه ُ إِ نآه ُ هُ و َ السآ مِ يع ُ الۡعَلِ يم َ ، أَقُ ول ُ قَ وۡ لِي هَ ذَ ا وَ أَسۡ تَغۡفِ ر ُ الله ۡ لِي وَ لَكُ م َ الۡعَظِ يم ِ وَ الـۡمــُؤۡ مِ نَات َ وَ الـۡمُ سۡ لِ مَ اتِ ، وَ الۡـمُ ؤۡ مِ نِين َ الۡـمُ سۡ لِ مِ ين ِ ، وَ لِ سَ اۤئِر ، َ فَ اسۡ تَغۡفِ رُوه ُ فَ يَا فَ وۡ ز َ الـۡمُ سۡ تَغۡفِ رِين َ وَ يَا نَجَ اة َ التآاۤئِبِين