TOPIK 12 : PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA Pengurusan murid pelbagai upaya yang berkeperluan khas merujuk kepada pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran, cacat bahasa (percakapan), mengalami gangguan emosi, autisma, kecacatan mental, anggota, trauma, cacat penglihatan, pendengaran, dan lain-lain yang berpunca dari kesihatan serta termasuklah pelajar yang memiliki pelbagai upaya (pintar cerdas). Menurut Sterberg dan Zhang (1995), menjelaskan kanak-kanak yang berkerluan khas mempunyai kemahiran mereka yang tersendiri. Golongan pelajar-pelajar ini lebih gemar menjalankan aktiviti pembelajaran yang lebih ke arah bersifat santai misalnya seperti aktiviti melukis, menyanyi dan sebagainya. KATEGORI MURID BERKEPERLUAN KHAS DI MALAYSIA DI BAWAH JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT BAGI MENDAPATKAN KAD OKU 1. Kurang upaya pendengaran 2. Kurang uoaya penglihatan dan fizikal 3. Cerebral palsi 4. Masalah pembelajaran 5. Dan lain lain yang berkaitan Menurut Akta Pendidikan 1996, merupakan Kanak-kanak Down Syndrom, Kanak- kanak Autistik Ringan, Kanak-kanak kurang keupayaan mental, Kanak-kanak bermasalah emosi, Kanak-kanak bermasalah kesihatan, dan Kanak-kanak kecelaruan bahasa dan pertuturan. Seorang guru perlu menjadi pengajar yang terbaik buat pelajarnya misalnya guru perlu mendidik pelajarnya dengan ikhlas. Guru perlu menggunakan cara pendekatan pembelajaran yang tersendiri dalam menarik pelajarnya untuk belajar. Guru yang mengajar pelajar yang mengalami salah pembelajaran, mereka lebih banyak menggunakan pendekatan pembelajaran berasaskan bahan-bahan yang berwarna yang mempunyai gambar. 1 Secara rumusnya, para murid yang mempunyai pelbagai upaya dalam pembelajaran mereka perlulah diajar pada kelajuan yang sesuai. Standard prestasi yang realistik dan memberi peluang yang sesuai mengikut bakat mereka untuk mencapai potensi secara positif. Kepimpinan sekolah sepatutnya memainkan peranan yang lebih penting daripada hanya menjalankan fungsi pentadbiran dan penyelenggaraan untuk memastikan murid sederhana turut mencapai prestasi yang baik dalam akademik dan kokurikulum. 2 RUJUKAN David Mitchell. (2008). What Really Works In Special and Inclusive Education. London And New York : Routledge Florence Production Ltd George Giuliani & Roger Pierangelo. (2006). The Big Book Of Special Education Resources. California : CORWIN PRESS A SAGE Publications Company. Rajpal Kaur. (2005). Special Education New Trends And Innovations. New Delhi : DEEP & DEEP PUBLICATIONS PVT. LTD 3 LAMPIRAN 4
Enter the password to open this PDF file:
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-