1 DIKELUARKAN OLEH JABATAN MUFTI PERLIS BEBERAPA AMALAN YANG MEMBAWA KE SYURGA (TEKS KHUTBAH JUMAAT 9 FEBUARI 2024/ 28 REJAB 1445) 2 BEBERAPA AMALAN YANG MEMBAWA KE SYURGA ُ اَلحْ َمْد ِ ﻟﻠﻪ ُ نحَ ْمَدُه ُ وَنَسْتَعِيـْنُه وَنَسْتـَغْفِرُه ُ وَنـَعُوذ ﻟﻠﻪِﺑﺎ ْ مِن ِ شُرُور أَنـْفُسِ نَا ْ وَمِن ِ سَيِّئَات أَعْمَالِنَا، ْ مَن ِ يـَهْدِه ُ ﷲ َ فَلا َّ مُضِل ُ لَه ْ وَمَن ُ يُضْلِلْه َ فَلا َ هَادِي ، ُ لَه ُ أَشْهَد أَن لاَّ َ إِلِه إِلاَّ ُ ﷲ ُ وَحْدَه َ لا َ شَرِيْك لَهُ، ُ وَأَشْهَد َّ أَن ًا َّ د محُ َم ُ عَبْدُه ُ وَرَسُوْلُه َّ اللَّ هُم ِ ّ صَل ْ وَسَلِّم عَلَى ٍ َّ د محُ َم وَعَلَى ِ آلِه ِ وَأَصْحَابِه ْ وَمَن ْ تَبِعَهُم ٍ ﺑﺎِِحْسَان َ اِلى ِ يـَوْم الدِّيْن �َ َيـّهَا َ الّذِين ْ آمَنُوا ْ اتـّقُوا َ ّ اﻟﻠﻪ ّ حَق ِ تـُقَاتِه َ وَلا ّ تمَُوتُن ّ إِلا ْ وَأَنـْتُم َ مّسْلِمُون َّ ا أَم بـَعْدُ، َّ فَاِن َ أَصْدَق ِ الحَدِيْث ُ كِتَاب ،ﷲ َ ْ وَخَير ِ الهَْدْي ُ هَدْي ٍ َّ د محُ َم صَلَّ ى ُ ﷲ ِ عَلَيْه وَسَلَّ مَ، َّ وَشَر ِ الأُمُوْر ا، َ ُ ﺗﻬَﺛﺎَمحُ ْد َّ َكُل و ٍ محُ ْدَثَة بِدْعَةٌ، َّ َكُل و ٍ بِدْعَة ضَلاَ لَةٌ، َّ َكُل و ٍ ضَلاَ لَة ِ فى ِ النَّ ار Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah Sekalian, Saya menyeru kepada tuan-tuan dan diri saya sendiri, marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala tegahan-Nya. Semoga kita mendapat kebahagiaan di dunia dan juga di akhirat. Tajuk khutbah Jumaat pada hari ini ialah: “BEBERAPA AMALAN YANG MEMBAWA KE SYURGA”. Sidang Jumaat Yang Dikasih Allah SWT, Syurga yang indah merupakan suatu tempat yang amat diingini oleh semua orang. Jika kita diberikan pilihan untuk masuk ke syurga atau neraka, maka pasti kita semua akan memilih untuk memasuki syurga. Tidak ada seorang pun yang mahu masuk ke dalam neraka. Syurga hanya akan didiami oleh para hamba-Nya yang benar-benar beriman dan beramal soleh sahaja. Hal ini, dinyatakan sendiri oleh Allah SWT di dalam al-Quran: 3 Maksudnya: “Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, merekalah ahli syurga, mereka kekal di dalamnya” (Surah al-Baqarah, ayat 82) Syurga adalah suatu tempat yang dipenuhi dengan segala kenikmatan yang kekal abadi. Kenikmatan yang terdapat di dalam syurga adalah sesuatu yang tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga, tidak pernah terlintas oleh jantung hati dan tidak pernah terbayang oleh akal fikiran. Rasulullah SAW bersabda: ُ َّ قَال َ اﻟﻠﻪ ٌ ٌ رَأَت ْ وَلا َ أُذُن ْ َّ الحِ ِين َ مَ ا لا َ عَين تـَبَارَك َ وَتـَعَالى َ أَعْدَدْت ُ لِعِبَادِ ي الص ُ سمَ ِعَت ْ وَلا َ خَطَر َ عَلَى قـَلْب ِ بَشَر ٍ قَال َ أَبُو هُرَيـْرَة َ اقـْرَءُوا إِن ْ شِ ئـْتُم ْ }فَلا َ تـَعْلَم {ٍ ُة ِ أَعْين َّ نـَفْس ٌ مَا أُخْفِي َ لهَُم ْ مِن ْ قـُر Ertinya; “Allah SWT berfirman: Aku menyiapkan untuk hamba-hamba-Ku yang soleh apa-apa yang belum pernah dilihat oleh mata, didengar oleh telinga dan belum pernah terlintas dalam benak manusia. Oleh kerana itu bacalah kamu ayat: {Seorang pun tidak mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka yaitu (bermacam-macam nikmat) yang menyedapkan pandangan mata}” Surah As- Sajdah, ayat 17. (Hadis Riwayat Al- Bukhari) Sidang Jumaat Yang Dimuliakan, Kita yang mengaku beriman dan melaksanakan titah perintah Allah SWT amat mendambakan syurga yang dipenuhi dengan segala keindahan, kesempurnaan, kebahagiaan dan kehidupan yang kekal abadi. Oleh itu, apakah yang boleh kita lakukan untuk mendapatkan syurga yang dijanjikan?. 4 Apa yang boleh kita lakukan ialah berusaha melaksanakan pelbagai amalan soleh, sepertimana yang telah disarankan oleh baginda Rasulullah SAW dengan pelbagai amalan yang boleh kita laksanakan, untuk menempatkan diri kita sebagai penghuni syurga-Nya. Antara amalan- amalan tersebut ialah: Yang Pertama: Membaca Ayat Al-Kursi setiap kali selepas menunaikan solat fardhu. Rasulullah SAW bersabda: مَن ْ قـَرَأ َ آيَة َ الْكُرْسِ ي ّ ِ دُبـُر َ كُل ّ ِ صَلاة ٍ مَكْتُوبَة ٍ لم َ ْ يمَْنـَعْه ُ مِن ْ دُخُول ِ الجْ َنَّ ةِ، إِلا ُ الْمَوْت Ertinya: “Barangsiapa yang membaca Ayat Kursi setiap kali selepas solat fardhu, maka tidak ada yang boleh menghalangnya daripada masuk syurga melainkan kematian”. (Hadis Sahih, Riwayat At-Tabrani) Yang Kedua: Melaksanakan solat sunat tatawwu’, iaitu solat sunat dua belas rakaat’ sehari semalam, ikhlas kerana Allah SWT dan dilakukannya secara berterusan. Sepertimana yang diajarkan oleh baginda Rasulullah SAW: ٍ كَعَات َ الجْ َنَّ ة ِ أَرْبَع ِ ر ِ َّ ُ لَه ُ بـَيـْتًا في ﻟﻠﻪنَّ ة ِ بَنى َ ا ُّ كْعَة ً مِن ْ الس َ مَن ْ ﺛﺎَبـَر َ عَلَى ثِنْتي َ ْ عَشْرَة َ ر ِ ِ بـَعْد َ الْعِشَاء ْ كْعَتَين َ وَر ِ ِ بـَعْد َ الْمَغْرِب ْ كْعَتَين َ ِ بـَعْدَهَا وَر ْ كْعَتَين َ قـَبْل َ الظُّ هْر ِ وَر ِ ِ قـَبْل َ الْفَجْر ْ كْعَتَين َ وَر Ertinya: “Barangsiapa bersungguh-sungguh (memelihara dan melaksanakan) solat sunat sebanyak dua belas rakaat’ (secara berterusan) dalam sehari semalam maka Allah membina untuknya sebuah rumah di syurga. (Solat sunat dua belas rakaat’ itu adalah) empat rakaat’ sebelum solat Zohor, dua rakaat’ setelah solat Zohor, dua rakaat’ setelah solat Maghrib, dua rakaat’ setelah solat Isyak dan dua rakaat’ sebelum solat Subuh”. (Hadis Sahih Riwayat al-Tirmizi) 5 Sidang Jumaat Yang Dihormati, Yang Ketiga: Bertakwa kepada Allah SWT dan berakhlak dengan akhlak yang baik lagi mulia. Rasulullah SAW pernah ditanya tentang sesuatu perkara yang paling banyak memasukkan manusia ke dalam syurga, maka (Rasulullah SAW) menjawab: ُ َّ ِ وَحُسْن ُ الخْ ُلُق ِ وَسُئِل َ عَن أَكْثَر ِ مَا يُدْخِ ل ُ النَّ اس َ النَّ ار َ فـَقَال َ الْفَم تـَقْوَى اﻟﻠﻪ ُ ْج وَالْفَر Ertinya: “Bertakwa kepada Allah dan akhlak yang baik." Dan (Rasulullah SAW) juga ditanya tentang sesuatu perkara yang paling banyak memasukkan orang ke dalam neraka, maka (Rasulullah SAW) menjawab: "Mulut dan kemaluan". (Hadis Sahih Riwayat Al-Tirmizi) Yang Keempat: Berwuduk dengan sempurna dan solat sunat wuduk dua rakaat. Menyucikan diri dari hadas kecil dengan cara berwuduk, sepertimana sifat wuduk yang telah diajarkan oleh Nabi SAW dan melaksanakan solat sunat wuduk, kerana wuduk dan solat adalah jalan ke Syurga. Nabi SAW bersabda: ِ ِ يـُقْبِل ُ بِقَلْبِه ِ وَوَجْهِه ْ كْعَتَين َ َّ أ ُ فـَيُحْسِ ن ُ الْوُضُوء َ وَيُصَلِّى ر مَا مِن ْ أَحَد ٍ يـَتـَوَض ُ عَلَيْهِمَا إِلاَّ وَجَبَت ْ لَه ُ الجْ َنَّ ة Ertinya: “Tidaklah seseorang itu berwuduk serta memperelokkan wuduknya, lalu dia mendirikan solat sebanyak dua rakaat, dalam (keadaan) dia menghadapkan akan keduanya iaitu jantung hati dan wajahnya (ketika solat, dalam keadaan khusyuk), melainkan layak (diberikan) syurga untuknya”. (Hadis Sahih Riwayat Abu Daud) Solat sunat wuduk adalah salah satu solat sunat yang disyariatkan dan sabit sandarannya di sisi syarak, berdasarkan beberapa nas dari Rasulullah SAW. 6 Sidang Jumaat Yang Dikasihi, Yang Kelima: Pergi ke masjid untuk solat secara berjamaah. Allah SWT menyediakan untuk mereka hidangan dari syurga setiap kali mereka pergi atau balik dari masjid. Sepertimana Rasulullah SAW bersabda: َ َّ ُ لَه ُ نـُزُلَه ُ مِن ْ الجْ َنَّ ةِ كُلَّ مَا غَدَا أَو ْ رَاح ﻟﻠﻪا َّ مَن ْ غَدَا إِلى َ الْمَسْجِ د ِ وَرَاح َ أَعَد Ertinya: “Barangsiapa pergi ke masjid dan balik (dari masjid), maka Allah sediakan baginya hidangan dari syurga setiap kali dia pergi atau balik”. (Hadis Riwayat Al- Bukhari) Yang Keenam: Membaca surah Al-Ikhlas sebanyak sepuluh kali dan menghayati isi kandungannya. Rasulullah SAW bersabda: ِ َّ ُ لَه ُ قَصْرا ً فى ِ الجْ َنَّ ة َّ ات ٍ بَنى َ اﻟﻠﻪ َّ يخَ ْتِمَهَا عَشْر َ مَر َّ ُ أَحَدٌ( حَتى مَن ْ قـَرَأ َ )قُل ْ هُو َ اﻟﻠﻪ Ertinya: “ Barangsiapa membaca ( ْ قُل َ ھُو ُ َّ � ٌ أَحَد ) sehingga khatam (selesai semua ayatnya) sebanyak sepuluh kali, maka Allah akan bina untuknya sebuah istana di dalam syurga ”. (Hadis Sanadnya Sahih, Riwayat Ahmad) Yang Ketujuh: Membina masjid ikhlas kerana Allah SWT. Memang tidak dinafikan, perbelanjaan untuk membina masjid itu bukannya murah dan tidak semua yang berkemampuan. Akan tetapi bagi yang tidak berkemampuan untuk membina sebuah masjid, masih berperluang meraih kelebihan dan mendapat ganjaran pahala membina masjid, iaitu dengan menghulurkan bantuan kewangan sekadar yang mampu kepada tabung-tabung pembinaan masjid. Nabi SAW bersabda: ُ َّ ُ لَه ُ فى ِ الجْ َنَّ ة ِ مِثـْلَه ﻟﻠﻪبَنى َ ا ِ َِّ مَن ْ بَنى َ مَسْجِ دًا ﻟﻠﻪ Ertinya: “Barangsiapa yang membinan masjid (ikhlas) kerana Allah, maka Allah akan membina untuknya (rumah) seperti itu di syurga”. (Hadis Riwayat Al- Bukhari). 7 Sidang Jumaat Yang Dihormati Sekalian, Untuk mengakhiri khutbah yang pertama pada hari Jumaat yang mulia ini maka khatib ingin membuat kesimpulan dari apa yang telah disampaikan sebentar tadi. Inilah antara beberapa amalan yang memiliki kelebihan tersebut, sepertimana yang diberitahu oleh baginda Rasulullah SAW. Terdapat banyak lagi amalan-amalan lain yang boleh kita amalkan untuk membawa kita ke syurga, sepertimana yang disebut dalam Al-Quran dan Hadis-hadis yang sahih. Amalan-amalan tersebut boleh membawa ke syurga bagi mereka yang benar-benar beriman dan mengamalkannya dalam keadaan ikhlas kerana Allah SWT serta istiqamah. Syurga itu juga boleh diperolehi dengan kita banyak berdoa kepada Allah SWT, supaya Allah SWT memasukkan kita ke dalam syurga-Nya. Sepertimana yang telah dianjurkan oleh baginda Rasulullah SAW: ِ َّ َ فَاسْأَلُوه ُ الْفِرْدَوْس َ فَإِنَّ ه ُ أَوْسَط ُ الجْ َنَّ ة ِ وَأَعْلَى الجْ َنَّ ة إِذَا سَأَلْتُم ُ اﻟﻠﻪ Ertinya: “ Apabila kamu meminta kepada Allah mintalah kepadanya syurga Al- Firdaus kerana ia merupakan syurga terbaik serta yang paling tinggi”. (Hadis Riwayat Al-Bukhari) Mudah-mudahan dengan keimanan yang benar dan segala amal ibadah yang kita lakukan itu menepati seperti apa yang diperintahkan-Nya, dan kita semua tergolong dalam golongan orang-orang yang dimasukkan ke dalam syurga-Nya, serta mendapat segala kenikmatan di dalam syurga-Nya yang kekal abadi buat selama-lamanya. ِ َّ كُم ْ بمِ َا فِيْه ِ مِن َ الآ�َ ت ِ وَالذِّكْر ْ وَلَكُم ْ في ِ ْ الْقُرْآن ِ الْعَظِيْم ِ وَنـَفَعَني ِ ْ وَإ�ِ ِ ليﷲ َ رَك َﺑﺎ الحْ َكِيْم 8 KHUTBAH KEDUA ُ الحْ َمْد ِ َِّ ﻟﻠﻪ الَّ ذِي َ أَنـْزَل عَلَى ِ عَبْدِه َ الْكِتَاب ْ َ وَلم ْ يجَ ْعَل ُ لَه عِوَجًا ُ وَأَشْهَد ْ أَن َ لا َ إِلَه إِلاَّ ُ َّ اﻟﻠﻪ ُ وَحْدَه َ لا َ شَرِيك ُ لَه ُ وَأَشْهَد َّ أَن َّ دًا محُ َم ُ عَبْدُه ُ وَرَسُولُه َّ اَللَّ هُم ِ ّ صَل ْ وَسَلِّم ْ وﺑﺎََ رِك ى َ عَل ٍ َّ د محُ َم وَعَلَى ِ آلِه ِ وَصَحْبِه أَجمْ َعِينْ َ، َّ ا أَم بـَعْدُ، فـَيَا أَيـُّ هَا الْمُسْلِمُوْنَ، َّ قُوْا اِتـ َ ﷲ َّ حَق ِ تـُقَاتِه َ وَلا َّ تمَُوْتُن َّ إِلا ْ وَأَنـْتُم .َ مُسْلِمُوْن Sidang Jumaat Yang Dikasihi Sekalian, Perjuangan membebaskan Baitulmaqdis dan Masjid Al-Aqsa di Palestin dari penjajah Yahudi Zionis adalah perjuangan yang tiada noktah hentinya buat kita umat Islam. Maka, berjihad dengan pelbagai cara yang dibenarkan oleh syarak untuk membebaskan tanah suci Baitulmaqdis dan Masjid Al-Aqsa di Palestin adalah suatu kewajipan dan kemuliaan. Oleh itu, Umat Islam yang mati syahid kerana berjihad atau berperang di jalan Allah untuk mempertahankan Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis, di Palestin akan mendapat kelebihan dan ganjaran yang luar biasa serta amat istimewa. Allah SWT berfirman: Maksudnya: “Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi tuhan mereka dengan mendapat rezeki;(dan juga) mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam yang sedang berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita”. (Surah Ali ‘Imran, Ayat 169-170) Kenyataan bersama ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis tentang jihad di Palestin. Pada 2 Rabiul Akhir 1445 Bersamaan 17 Oktober 2023 (iaitu); “ Perjuangan rakyat Palestin menentang Zionis Yahudi yang menceroboh dan memerangi umat Islam di watan mereka adalah satu jihad. Mereka berhak menerima kelebihan yang layak diterima para mujahidin seperti zakat, bantuan umat Islam, doa dan jenazah mereka diuruskan sebagai syuhada’. Menjadi kewajipan umat Islam membantu mereka dengan sedaya yang mampu sebagai tanggungjawab sesama muslim” Oleh itu, tiada sebab kita perlu berhenti berjihad memerangi musuh-musuh Islam, melainkan Allah memberhentikan nikmat hidup kita yang terbesar iaitu nyawa. 9 Sidang Jumaat Yang Dihormati Sekalian, Sesungguhnya, Allah SWT berfirman dalam surah Al-Ahzab ayat 56: ، Maksudnya:“ Sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat ke atas Nabi, maka wahai orang-orang yang beriman hendaklah kamu berselawat dan salam ke atas Nabi”. َّ د ٍ كَمَا صَلَّ يْت َ عَلَى َّ د ٍ وَعَلَى آل ِ محُ َم َّ صَل ّ ِ عَلَى محُ َم اَللّهُم ِ إِبـْرَاهِيم َ وَعَلَى آل َ كْت َ عَلَى إِبـْرَاهِيم َ ر َﺑﺎ د ٍ كَمَا َّ َّ د ٍ وَعَلَى آل ِ محُ َم إِبـْرَاهِيْم َ وﺑﺎََ رِك ْ عَلَى محُ َم ِ ى آل َ وَعَل ِ إِبـْرَاهِيْم َ فى ٌ َ إِنَّ ك َ حمَ ِيْد ٌ مجَ ِيْد ْ الْعَالَمِين ِ َ وَالْمُسْلِمَات ْ َّ اغْفِر ْ لِلْمُسْلِمِين أَللّهُم ُ َ وَالْمُؤْمِنَات ِ ، الأَحْيَاء ِ مِنـْهُم ْ وَالأَمْوَات ِ . إِنَّ ك َ سمَ ِيْع ٌ قَرِيْب ٌ مجُ ِيْب ْ وَالْمُؤْمِنِين َّ عْوَات ِ وَقَاضِى َ الحْ َاجَاتِ . الد Ya Allah!, Ya Ghaffar! Engkau ampunilah seluruh kaum muslimin sama ada yang hidup ataupun yang telah mati. Ya Allah! Engkau berikan petunjuk hidayah serta rahmat-Mu kepada kami sekalian hamba-hamba-Mu dan kepada pemimpin kami terutamanya Raja pemerintah Negeri Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail serta kaum kerabat Baginda, supaya sentiasa beramal dengan kitab-Mu dan sunnah nabi-Mu Muhammad SAW dan Engkau lanjutkanlah usia baginda berdua dalam keadaan selamat, sihat sejahtera dan dengan kesihatan yang baik yang telah Engkau kurniakan kepada baginda berdua maka tertegaklah pemerintahan yang adil lagi diredhai oleh-Mu. Ya Allah!, Ya Rahman! Kami memohon kepada-Mu dengan segala kerendahan diri sebagai hamba-Mu. Engkau indahkanlah akhlak kami. Engkau perbaikilah pergaulan antara kami. Engkau jadikanlah kami umat Islam yang bermentaliti kelas pertama dalam tindakan. Engkau peliharalah kami dari penyakit lemah, malas, berfikiran dangkal dan buruk budi pekerti. 10 Ya Allah!, Ya Raafi’! Engkau angkatlah martabat setiap hamba-Mu yang berpegang dengan Al-Quran dan sunnah Nabi-Mu. Berilah kekuatan kepada kami untuk menghindari amalan syirik, bid’ah, khurafat dan maksiat. Ya Allah!, Ya Rahim! Engkau limpahkanlah Negeri Perlis ini dengan keberkatan. Engkau bimbinglah kami penduduknya kepada amalan soleh yang engkau redha. Penuhi jiwa kami dengan mencintai agama-Mu. Ya Allah!, Ya Raqib! Engkau jauhkanlah kami dari bala dan kerosakan. Engkau tambahkanlah nikmat-Mu kepada kami. Engkau berikanlah kepada kami kebahagiaan hidup di dunia dan di hari akhirat. Ya Hayyu!, Ya Qayyum! Engkau selamatkanlah umat Islam yang dizalimi, ditindas, dijajah dan diperangi di di Palestin. Ya Allah!, Ya Nasiir! Engkau berikanlah pertolongan dan kemenangan kepada para pejuang yang berjihad untuk membela agamaMu dan memerangi musuh-musuh- Mu di Palestin. Ya Allah!, Ya Qahhar! Engkau kenakanlah kecelakaan kepada musuh-musuh saudara kami di Palestin, dan timpakanlah ke atas mereka balasan kemurkaan-Mu pada hari ini, esok dan seterusnya. Ya Allah! Engkau cerai-beraikanlah kumpulan mereka, Ya Allah! Engkau pisahkanlah kesatuan mereka, Ya Allah! Engkau kurangkanlah jumlah mereka. ِ الآخِ رَة ِ حَسَنَة ً وَقِنَا عَذَاب َ النَّ ار ِ ُّ نـْيَا حَسَنَة ً وَفي الد ِ رَبـَّ نَا آتِنَا في ُ َّ ى اﻟﻠﻪ وَصَلَّ عَلَى ِ ّ نَبِي نَا ٍ َّ د محُ َم َ و َ َِّ ِ رَب ّ ِ الْعَالَمِين الحْ َمْد ُ ﻟﻠﻪ ِ إ ِ َّ ﷲ َ �َ ْمُر ُ ﺑﺎِ لْعَدْل ِ وَالإِحْسَان ن ِ وَيـَنـْهَى عَن ِ الْفَحْشَاء ِ وَالْمُنْكَر ِ وَالْبـَغْي َ وَإِيـْتَاء ِ ذِي الْقُرْبى ، ْ يَعِظُكُم ْ لَعَلَّ كُم .َ َّ رُوْن تَذَك