0 Tarikh Dibaca: 02 JUN 2023M l 13 ZULQA’DAH 1444H Tajuk: “ ISLAM AGAMA KASIH SAYANG ” *** Terbitan: Unit Khutbah Bahagian Pengurusan Masjid JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR Khutbah Jumaat 02 Jun 2023M /13 Zulqa’dah 1444H: “ ISLAM AGAMA KASIH SAYANG ” Jabatan Agama Islam Selangor 1 “ISLAM AGAMA KASIH SAYANG” اَلْ حَ مْ د ُ لِ لَّه ِ الْقَ آئِل : ُ تُظۡ لَم َ لَ َ لِِ َوۡم ِ ٱلۡقِيَ َٰمَة ِ ف َ وَنَضَ ع ُ ٱلۡمَوَ َٰزِين َ ٱلۡقِسۡ ط ۡ شَ ي ٞ نَفۡس ئ َٰ بِنَا َ فَ َ حَ بَّة ٖ مِن ۡ خَ رۡدَل ٍ أَتَيۡنَا بِهَا ۗ وَك َ كََ ن َ مِثۡقَال وَإِن ۖ ا َ حَ َٰسِبِين ٧٤ 1 َّ لَّ ْ أَ شْ هَ د ُ أَ ن َٰ َ إِ ل َٰ َ ه َٰ ُ لَّ َّ اللَّ ه ُ وَ حْ دَ ه ِ إ و َّ لَّ َ شَ رِيك َ لَه ُ وَ أَ شْ هَ د ُ أَ ن سَ يِ دَ نَ ا َٰ ُ مُ حَ مَّ دً ا عَ بْ دُ ه و وسَ لِ م ْ وَ بَ ارِك ْ عَ لَ ى سَ يِ دِ نَا ِ وَ رَ سُ وْ لُ هُ . اَ للَّهُ م َّ صَ ل َٰ ِ مُ حَ مَّ د ٍ وَ عَ لَ ى آلِ ه ے َٰ ِ وَ صَ حْ بِ ه ے َٰ َ أَ جْ مَ عِيْن أَمَّ ا بَعْدُ ، فَ يَ آ َٰ َ أَيُّ هَ ا ا لْْ ُسْ لِ مُ ون ، اِ تَّ قُ وا ْ اللَّ هَ ، أُوْ صِ يكُ م ْ وَ إِ يَّ اي َ بِ تَقْ وَ ى الله ِ فَ قَ د ْ فَ ازَ ا لْْ ُتَّ قُ ونَ . َٰ قَ ال َ اللَّه ُ تَ عَ الَى: َ لَ َ تُقَاتِهِۦ و َّ َ حَق َّ للَّ يَ َٰأَيُّهَا ٱ لََّّ ِين َ ءَامَنُوا ْ ٱتَّقُوا ْ ٱ ُ لَ َّ وَأَنت ِ تَمُوتُن َّ إ َ م مُّسۡ لِمُون ٢٠١ 2 Muslimin yang dirahmati Allah SWT sekalian, Saya berpesan kepada diri saya dan para jemaah agar bertakwa kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi hamba Allah SWT yang diredai di dunia dan di akhirat. Pada hari yang mulia ini mimbar akan membicarakan khutbah bertajuk: “ ISLAM AGAMA KASIH SAYANG .” 1 al- Anbiya’: 47 2 ali-Imran: 102 Khutbah Jumaat 02 Jun 2023M /13 Zulqa’dah 1444H: “ ISLAM AGAMA KASIH SAYANG ” Jabatan Agama Islam Selangor 2 Hadirin sidang Jumaat sekalian, Islam sebagai agama berkasih sayang yang memberi rahmat kepada seluruh alam. Rahmat atau kasih sayang dalam Islam meliputi sekalian makhluk yang mana ianya tidak hanya terbatas kepada manusia bahkan menjangkau kepada haiwan, tumbuhan dan sekalian alam. Islam merupakan agama yang benar-benar memerintahkan penganutnya untuk saling mengasihi dan menyayangi sesama makhluk. Hadis daripada Abdullah bin Amr Radiallahuanhuma bahawa Rasulullah SAW bersabda: َٰ َ يَرْحَ مُ هُ م ُ الرَّحْ م َ الرَّاحِ مُ ون َٰ ُ ن ، َٰ ِ ا ِ فِ ي الأَرْض ْ رْحَ مُ وا مَ ن َٰ َ يَرْح مک َٰ ِ م ْ مَ ن ْ فِ ي السَّ مَ اء َٰ “ Orang-orang yang penyayang itu dikasihi Yang Maha Penyayang, maka sayangilah makhluk yang ada di bumi nescaya kalian akan disayangi makhluk yang ada di langit .” (Riwayat al-Tirmizi). Syeikh Nawawi al-Bantani dalam kitabnya 'Nasa'ih al-Ibad' sewaktu menghuraikan hadis di atas menyatakan bahawa orang-orang yang penyayang kepada makhluk yang ada di bumi iaitu manusia dan haiwan. Beliau menyarankan agar menyayangi semua makhluk Allah SWT dengan kadar kemampuan yang ada walaupun terhadap makhluk yang tidak berakal dengan kasih sayang serta mendoakan agar diperoleh limpahan rahmat dan keampunan Allah SWT. Dengan itu, kita akan mendapatkan kasih sayang daripada penduduk langit iaitu para malaikat yang mana jumlahnya melebihi penduduk bumi. Al-Mubarakfuri menukilkan huraian al-Tibi dalam kitab 'Tuhfat al- Ahwazi' terhadap hadis yang sama bahawa beliau menyatakan lafaz 'makhluk yang ada di bumi' iaitu ( َٰ ِ فِ ي الأْ َرْض ْ مَ ن ) meliputi semua jenis makhluk Khutbah Jumaat 02 Jun 2023M /13 Zulqa’dah 1444H: “ ISLAM AGAMA KASIH SAYANG ” Jabatan Agama Islam Selangor 3 maka berkasih sayanglah kepada orang yang baik mahupun kepada yang tidak bermoral (fajir), orang yang berakal atau pun juga kepada orang yang jahil dan kepada binatang liar atau burung. Hadirin yang dikasihi Allah SWT sekalian, Berkasih sayang atau berbuat baik terhadap haiwan adalah ibadah kepada Allah SWT. Banyak nas yang menunjukkan ianya dihitung sebagai amal kebaikan bahkan boleh menjadi sebab kepada pengampunan dosa dan peningkatan darjat di sisi Allah SWT. Hadis riwayat Abu Hurairah Radiallahuanhu bahawa Rasulullah SAW menceritakan seorang lelaki kehausan yang sangat lalu turun ke perigi mendapatkan air. Ketika keluar dari perigi dilihatnya seekor anjing menjelirkan lidah menjilat-jilat tanah kehausan. Kasihan terhadap haiwan tersebut lelaki tadi turun kembali mengisi air dengan kasutnya kemudian digigit lalu dibawa naik ke atas dan diberikan anjing itu minum. Usaha murni yang dibuat oleh lelaki itu menyebabkan dosanya diampunkan bahkan dalam riwayat Abdullah bin Dinar serta Ibn Hibban menyatakan lelaki tersebut dimasukkan ke dalam syurga kerana usahanya. Para sahabat yang mendengarkan kisah ini bertanya kepada Rasulullah SAW: ٍ يَا رَسُ ول َ اللَّه ِ وَ إِ ن َّ لَنَا فِ ي الْبَهَ ائِم ِ أَجْ رًا؟ قَ ال َ فِ ي كُ ل ِ كَ بِد َٰ رَطْبَة ٍ أَجْ ر “ Wahai Rasulullah, apakah kami mendapatkan pahala dengan berbuat baik kepada haiwan?” Baginda SAW menjawab: “Pada setiap yang bernyawa ada pahalanya .” (Riwayat al-Bukhari). Sebaliknya, siapa yang tidak berbuat baik terhadap haiwan serta menzaliminya boleh menjadi sebab kepada kemurkaan Allah SWT dan Khutbah Jumaat 02 Jun 2023M /13 Zulqa’dah 1444H: “ ISLAM AGAMA KASIH SAYANG ” Jabatan Agama Islam Selangor 4 sebab masuk ke neraka. Hadis riwayat al-Bukhari daripada Abdullah bin Umar Radiallahuanhu bahawa Rasulullah SAW menceritakan seorang wanita dimasukkan ke neraka kerana mengurung seekor kucing tanpa diberikan makanan dan minuman sehingga mati kelaparan tanpa dibiarkan ianya bebas mencari makanan sendiri dengan menangkap serangga. Hadirin yang dirahmati Allah SWT sekalian, Penguatkuasaan Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772) yang mengenakan hukuman keras termasuk penjara kepada yang bersalah menzalimi haiwan di negara ini masih lagi dilihat belum berjaya membendung penganiayaan terhadap haiwan. Akhbar Sinar Harian 26 Mac 2023 yang lalu mencatatkan kes-kes kezaliman terhadap kucing seperti berikut: November 2019, tular video seorang lelaki memasukkan seekor kucing bunting dalam pengering pakaian di sebuah dobi layan diri; Mei 2020, rakaman video memaparkan tindakan kejam sekumpulan wanita mendera dan memijak seekor anak kucing sehingga mati; Februari 2021, seekor kucing ditemukan mati dalam keadaan tragis dengan keempat-empat kakinya hilang dipercayai dikerat individu tidak bertanggungjawab; Mac 2023, seorang lelaki tergamak menjadikan anak kucing menerusi pengambilan ( adoption ) sebagai hidangan ular sawa peliharaannya; dan Mac 2023, puluhan rangka, bangkai, cebisan organ dan daging kisar dipercayai kes kezaliman kucing ditemukan di sebuah kondominium di ibu kota. Kes-kes di atas adalah khusus berkaitan kucing namun wujud kes-kes kezaliman yang dilakukan terhadap haiwan belaan atau jalanan lain seperti anjing bahkan terhadap haiwan liar di mana Akhbar Harian Metro 25 Oktober Khutbah Jumaat 02 Jun 2023M /13 Zulqa’dah 1444H: “ ISLAM AGAMA KASIH SAYANG ” Jabatan Agama Islam Selangor 5 2021 mencatatkan sejumlah monyet liar ditemukan mati dipercayai akibat diracun. Kezaliman terhadap haiwan berlaku apabila tidak diberi makan dan minum, ditinggalkan oleh pemilik yang berpindah, kurungan kotor, diikat dengan rantai yang pendek dan terdedah kepada panas serta hujan. Kaum Muslimin yang berbahagia, Sesungguhnya Islam telah menerapkan konsep ihsan, berbuat baik dan berkasih sayang dalam kehidupan terhadap sekalian makhluk. Umat Islam sejak pengutusan Rasulullah SAW yang disifatkan ‘rahmat kepada sekalian alam’ telah bekerja ke arah membela hak asasi manusia dan haiwan yang telah dicabuli dengan pelbagai jenis pelanggaran seperti kehambaan, kezaliman, pembunuhan dan sebagainya. Ketika itu, tidak ada orang lain yang menyedari perkara ini kecuali pada zaman kemudian di mana institusi, badan dan organisasi ditubuhkan bagi melindungi, membela dan menjaga kebajikan haiwan. Rasulullah SAW mengingatkan sebagaimana hadis riwayat al-Nasa'i daripada al-Sharid Radiallahuanhu bahawa siapa yang membunuh burung pipit ( usfur ) bukan untuk dimakan atau dimanfaatkan maka burung tersebut akan mengadukannya pada Allah SWT di hari kiamat. Rasulullah SAW mengajarkan sebagaimana hadis riwayat Muslim daripada Shaddad bin Aus Radiallahuanhu bahawa siapa yang mahu membunuh atau menyembelih haiwan maka sempurnakan secara baik dengan menajamkan alatannya dan mempermudahkan sembelihannya. Rasulullah SAW ketika melihat seekor unta yang sangat kurus menegaskan sebagaimana hadis riwayat Abu Daud daripada Sahl bin al-Hanzaliyyah Radiallahuanhu bahawa Rasulullah SAW bersabda “B ertakwa atau takutlah kalian kepada Allah SWT dalam menguruskan haiwan dengan menungganginya secara baik dan memakannya secara baik. ” Khutbah Jumaat 02 Jun 2023M /13 Zulqa’dah 1444H: “ ISLAM AGAMA KASIH SAYANG ” Jabatan Agama Islam Selangor 6 Abu Dzar Radiallahuanhu meriwayatkan Rasulullah SAW menyampaikan sebuah hadis kudsi bahawa Allah SWT berfirman: ْ يَا عِ بَادِ ي إِ ن ِي حَ رَّمْ ت ُ الظُّلْم َ عَ لَ ى نَفْ س ِ ي وَ جَ عَلْتُه ُ بَيْنَكُ م لَ َ تَظَا لَْ ُوا َ مُ حَ رَّمً ا ف “ Wahai hamba-Ku, Aku telah haramkan bagiku kezaliman dan Aku juga telah menjadikannya haram dalam kalangan kamu. Maka janganlah kamu saling berbuat zalim .” (Riwayat Muslim). Hadirin yang dimuliakan, Mengakhiri khutbah ini, marilah kita sama-sama menghayati dan mengambil pengajaran seperti berikut: 1. Umat Islam hendaklah mengetahui bahawa Islam adalah agama yang membawa rahmat kepada seluruh makhluk sama ada manusia, haiwan, tumbuhan dan sekalian alam. 2. Umat Islam hendaklah memahami bahawa berkasih sayang atau berbuat baik terhadap haiwan adalah ibadah yang boleh mengundang keredaan dan pengabaian terhadapnya boleh mengundang kemurkaan Allah SWT. 3. Umat Islam hendaklah menyedari bahawa Isu kezaliman dan penganiayaan terhadap haiwan dapat dibanteras dengan memupuk perasaan ihsan serta mewujudkan kesedaran dalam masyarakat. Khutbah Jumaat 02 Jun 2023M /13 Zulqa’dah 1444H: “ ISLAM AGAMA KASIH SAYANG ” Jabatan Agama Islam Selangor 7 ِ للَّ َّ ِ مِن َ الشَّ يْطَ ان ِ الرَّجِيْم أَعُوْذ ُ بِا لَ َّ ٓ أُمَم ٌ أَمۡثَالُكُ م ۚ مَّا ِ بِِ َنَاحَ يۡه ِ إ ُ لَ َ طَ َٰٓئِر ٖ يَطِير َ و ِ لۡ ۡ َ رۡض فِ ِ ٱ ٖ وَمَا مِن د َ آبَّة َ شََ ُ ون ۡ ُ يُ ۡ لَ َ َٰ رَب ِهِم ِ ء ٖ ۚ ثُم َّ إ ۡ َ شَ فِ ِ ٱلۡكِتَ َٰب ِ مِن فَرَّطۡ نَا ٨٣ “Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat- umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al- Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan).” (Al- An’am: 38). ْ بَارَك َ الله ُ لِي ْ وَ لَكُ م ْ فِ ي الْقُ رْآن ِ الْعَظِ يْمِ ، وَ نَفَ عَنِ ي ْ وَ إِ يَّاكُ م بِمَ ا ْ وَ تَقَ بَّل َ مِ نِ ي ْ وَ مِ نْكُ م ِ وَ الذِ كْ ر ِ الْ حَ كِ يْم ِ الآيَات َ مِ ن ِ فِيْه ت ِ لَوَ تَهُ ، إِ نَّه ُ هُ و َ السَّ مِ يْع ُ الْعَلِ يْ مُ . ِ أَقُ ول ُ قَ وْ لِي ْ هَ ذَ ا وَ أَسْ تَغْفِ ر ُ الله َ الْعَظِ يْم َ لِي ْ وَ لَكُ م ْ وَ لِ سَ آئِر َٰ ْ ا لْْ ُسْ لِ مِ يْن َ وَ ا لْْ ُسْ لِ مَ اتِ ، فَ اسْ تَغْ فِ رُو َٰ ُ ه ُ إِ نَّه ُ هُ و َ الْغَفُ وْ ر ُ الرَّحِ يْم َٰ Khutbah Jumaat 02 Jun 2023M /13 Zulqa’dah 1444H: “ ISLAM AGAMA KASIH SAYANG ” Jabatan Agama Islam Selangor 8 KHUTBAH KEDUA ا َٰ ُ لْ حَ مْ د َٰ ِ لِ لَّه ِ الَّ ذِ ي ْ جَ عَلَنَا مِ ن َ ا لْْ ُسْ لِ مِ يْنَ ، وَ رَ زَقَ نَا مِ ن َ الطَّي ِبَات َّ لَّ ْ أَ شْ هَ د ُ أَن َٰ َّ لَّ ِ إِ لَه َ إ َٰ ُ الله َٰ َ لَّ ُ وَ حْ دَ ه َّ لَهُ ، وَ أَشْ هَ د ُ أَن َ شَ رِيْك مُ حَ مَّ دً ا عَ بْدُ ه ُ وَ رَ سُ وْ لُهُ . ا للَّهُ م َّ صَ ل ِ وَ سَ لِ م ْ وَ بَارِك ْ عَ لَ ى سَ يِ دِ نَا ٍ مُ حَ مَّ د وَ عَ لَ ى َٰ ِ آلِ ه ِ إِ لَى يَوْ م ٍ تَبِعَهُ م ْ بِإِ حْ سَ ان ْ وَ مَ ن ِ وَ صَ حْ بِه َٰ ْ الدِ يْنِ . أَمَّ ا بَعْ دُ ، فَ يَا عِ بَاد َ اللهِ ، اِ تَّقُ وا َ اللَّهَ ، أُوصِ يكُ م ْ وَ إِ يَّاي فَ از َ ا لْْ ُتَّقُ وْ نَ . ْ بِتَقْ وَ ى الله ِ فَ قَ د Hadirin yang dirahmati Allah sekalian, Marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah SWT dengan melakukan ketaatan kepada-Nya dan menjauhkan diri daripada perbuatan keji dan maksiat. َّ إِن ٱ َ َّ للَّ ُ وَمَلَ َٰٓئِكَتَه ۥ َ َ عَل َ يُصَ لُّون ٱ لنَّبِ ِ ي يَ َٰأَيُّهَا ٱ َ لََّّ ِين ِ ءَامَنُوا ْ صَ لُّوا ْ عَلَيۡه ۡ وَسَ لِمُوا ْ تَس ليم ا ٦٥ ا ٍ وَ سَ لِ م ْ عَ لَ ى سَ يِ دِ نَا مُ حَ مَّ د ِ للَّهُ م َّ صَ ل َٰ َ وَ عَ لَ ى آلِ ه ِ و ِ أَصْ حَ ابِه َٰ َ أَجْ مَ عِيْن َٰ ا َّ للَّهُ م َٰ ِ وَ ا لْْ ُؤْ مِ نَات َ وَ ا لْْ ُؤْ مِ نِيْن ِ وَ ا لْْ ُسْ لِ مَ ات َ لِ لْمُ سْ لِ مِ يْن ْ اغْ فِ ر َٰ َ ْ الأ َٰ ِ حْ يَاء ْ مِ نْهُ م َٰ ِ وَ الأَمْ وَ ات ِ ، إِ نَّك َ سَ مِ يْع قَ رِيْب مُ جِ يْب ُ الدَّ عَ وَ ات Khutbah Jumaat 02 Jun 2023M /13 Zulqa’dah 1444H: “ ISLAM AGAMA KASIH SAYANG ” Jabatan Agama Islam Selangor 9 وَ يَا قَ اض ِ ي َ الْ حَ اجَ اتِ . َٰ َ ا َٰ َّ لل َٰ ُ ه َٰ َّ م َٰ َ أ َٰ ِ ع َٰ َّ ز َٰ ْ ال سلَم َٰ َ و َٰ ُ ْ لْ ا َٰ ْ س َٰ ِ ل َٰ ِ م َٰ ْ ي َٰ َ ن ، ِ وَ أَهْ لِ ك الْكَ فَ رَة َ وَ ا لْْ ُبْتَدِ عَ ة َ وَ ا لْْ ُشْ رِكِ يْنَ . َٰ َٰ ا َٰ َ بِنَبِيِ ك َ إِ لَيْك ُ وَ نَتَوَ سَّ ل َ إِ نَّا نَسْ أَلُك َّ للَّهُ م َٰ َ الأ َ مِ يْنِ ، وَ نَسْ أَلُك َٰ َ الْ حُ سْ ن َ بِأَسْ مَ آئِك ى، الْعُظْمَ ى َ وَ صِ فَ اتِك ، ِ بِعَيْن َ تَحْ فَ ظ ْ أَن َٰ ِ عِ نَايَتِك َ الرَّبَّانِيَّة ، َٰ َ وِق ِ وَ بِحِ فْ ظ َٰ َ لَ َ ايَتِك َ الصَّ مَ دَ انِيَّةِ ، ج َ لَة مَ لِ كِ نَا َٰ ِ ا لْْ ُعَظَّم ، َٰ لَ سُ لْطَان س َٰ ُ ڠ ور، سُ لْطَان شَ رَف ُ الدِ ين ادريس شاه َٰ َ لَ َ الحاج ابن ا لْرحوم سُ لْطَان ص ح ُ الدِ ين عبد العزيز شاه َ وَ التَّوْ فِيْقَ ، وَ الصِ حَّ ة َ وَ الْهِ دَ ايَة َ الْعَوْ ن ِ أَدِ م َّ الحاج. اَللَّهُ م وَ ا َٰ لسَّ ل مة َٰ لَ مِ نْ كَ ، لِ وَ لِى ِ عَ هْ د ِ س َٰ ُ ڠ ت ور، ڠ ِ كو أَمِ ير شَ اه اِ بْن السُّ لْطَان شَ رَف ُ الدِ ين ادريس شاه الحاج ، َٰ ِ ف َٰ ْ ي َٰ َ لَ َ أَمْ ن ٍ وَ ص ٍ ح ْ وَ الِ كْ رَامِ . اَللَّهُ م َّ أَ طِ ل ِ لَل َ وَ كَ رَمک يَا ذَ االْ ج َ بِمَ نِ ك ٍ وَ عَ افِيَة ِ مُ صْ لِ حَ يْن عُ مْ رَهُ مَ ا َٰ َ لَ ِ وَ الْب ِ وَ الرَّعِ يَّة َ لِ لْمُ وَ ظَّفِ يْن ْ وَ بلِ غ دِ ، َٰ َ مَ قَ اصِ دَ هُ مَ ا لِ طَرِيق ِ الْهُ د ى وَ الرَّشَ ادِ . َٰ Ya Allah! Kurniakanlah petunjuk kepada kami untuk mendirikan solat fardu lima waktu secara berjemaah, menunaikan zakat melalui Lembaga Zakat Selangor, mewakaf harta melalui Perbadanan Wakaf Selangor dan menginfakkan harta pada Tabung Infak Jariah Umat Islam Selangor (TIJARI) dan kepada anak-anak yatim melalui Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE). Khutbah Jumaat 02 Jun 2023M /13 Zulqa’dah 1444H: “ ISLAM AGAMA KASIH SAYANG ” Jabatan Agama Islam Selangor 10 Jadikanlah kami antara hamba-Mu yang menjaga amanah. Kuatkan iman kami agar menjauhi perbuatan khianat serta jauhkan kami termasuk dalam golongan yang mengabaikan tanggungjawab dan jauhi negeri dan negara kami daripada kehancuran disebabkan perbuatan rasuah. Serahkan tanggungjawab memimpin negara kami kepada hamba-Mu yang amanah dan jujur serta tegas lagi berani menegakkan kebenaran dan melaksanakan keadilan berlandaskan syariat. Jadikanlah Ya Allah masjid dan surau di Negeri Selangor rumah-rumah-Mu yang aman, mempersatukan dan menjadi nadi kekuatan ummah. ا َٰ َّ للَّهُ م َٰ َ لََ ء َ لََ ءِ ، اِ دْ فَ ع ْ عَ نَّا هَ ذَ ا الْوَ بَاء َ وَ الْب َ يَا دَ افِع َ الْب َ وَ ا لْْ َرَض ٍ ش َ ىْ ء ِ عَ لَ ى كُ ل َ إِ نَّك ُ يَا لَطِ يْف َ وَ الشَّ دَ ائِد َ وَ ا لْْ ِحَ نَ ، بِلُطْفِ ك قَ دِ يْر وَ بِالْ ِجَ ابَة ِ جَ دِ يْر. رَبَّنَا هَب ۡ لنَ َا مِن ۡ أَزۡوَ َٰجِنَا وَذُرِيَّ َٰتِنَا َ ٖ و ُ قُرَّة َ أَعۡ ين ٱ جۡ عَلۡنَا لِلۡمُتَّقِين َ إِمَاما ٤٧ ِ فِ ِ ٱ لۡأٓخِرَة ِ حَ سَ نَة ٗ وَقِنَا عَذَاب َ ٱلنَّار َ فِ ِ ٱلدُّنۡيَا حَ سَ نَة ٗ و رَبَّنَا ٓ ءَاتِنَا ١٠٢ ِ َّ للَّ عِبَاد َ ا ، َ وَي َٰ َ َب ۡ وَإِيتَآي ِٕ ذِي ٱلۡقُر ِ للَّ َّ َ يَأۡمُر ُ بِٱلۡعَدۡ ل ِ وَٱ لۡۡ ِحۡ سَ َٰن إِن َّ ٱ َٰ َ نۡه َ ِ ۚ يَعِظُ كُ م ۡ لَعَلَّكُ م ۡ تَذَكَّرُون ۡ عَن ِ ٱلۡفَحۡ شَ آء ِ وَٱلۡمُنكَر ِ وَٱ لۡۡ َغ ٠٩ Khutbah Jumaat 02 Jun 2023M /13 Zulqa’dah 1444H: “ ISLAM AGAMA KASIH SAYANG ” Jabatan Agama Islam Selangor 11 فَ اذْ كُ رُوا ْ الله َ الْعَظِ يْم َ يَذْ كُ رْكُ م ْ وَ اشْ كُ رُوْ ه ُ عَ لَ ى نِعَمِ ه ِ يَزِدْ كُ مْ ، ُ وَ اسْ أَلُوْ ه ُ مِ ن ْ فَ ضْ لِ ه ِ يُعْطِ كُ م ْ وَ لَذِ كْ ر ُ الله ِ أَكْ بَر ُ وَ اللَّه يَعْلَم ُ مَ ا تَصْ نَعُونَ .