1 KHUTBAH JUM‘AT TAJUK : ISTIQAMAH DALAM BERAMAL TARIKH : 7 JULAI 2023 / 18 ZULHIJJAH 1444 : ٱلۡ حَ مد ُ لِ لَّه ِ الۡقَ ائِل َ َ قَال َ َ َ قَد ۡ َأُجِيبَت َدَّعۡوَتُكُ مَا َف ٱ سۡ تَقِيمَا َ َ َ لَ َ َتَتَّبِعَآن ِ َسَ بِيل َ و ٱ َ َ لََّّ ِين َ َ ُ لَ َ َيَعۡلَم َ َ ون ٩٨ َ َ (Surah Yunus : ayat 89) لَّ َ شَ رِيك َ لَ هُ ، وَ أَ شۡ هَ د ُ أَ ن آ مُ حَ مآ دً ا عَ بۡدُ ه ُ وَ رَ سُ ولُهُ . ُ لَّ آ الله ُ وَ حۡ دَ ه ِ لَّ آ إِ لَــٰه َ إ أَشۡ هَ د ُ أَ ن ٍ اللآهُ م آ صَ ل ِ وَ سَ لِ م ۡ عَ لَ ى سَ يِدِ نَا مُ حَ مآ د ٍ وَ عَ لَ ى آلِ ه ِ وَ أَ صۡ حَ ابِه ِ وَ مَ ن تَبِعَهُ م بِإِ حۡ سَ ان إِ لَى يَ وۡ م ِ الدِ ينَ . َّ آ أَم لَّ آ وَ أَنتُم مُّ سۡ لِ مُ ونَ . ِ لَّ َ تَمُ وتُ ن آ إ َ ا بَ عۡ دُ ، فَ يَ ا عِ بَ اد َ الله، اِ تآ قُ وا الله َ حَ ق آ تُ قَ اتِهِ ، و SIDANG JUM‘AT YANG DIRAHMATI ALLAH ‘AZZAWAJALLA, Bertaqwalah kepada Allah ‘Azzawajalla dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala tegahan-Nya. Marilah kita memelihara diri, keluarga dan masyarakat daripada segala perkara yang mengundang kemurkaan Allah ‘Azzawajalla. Mimbar ingin berpesan kepada jemaah sekalian agar memberikan tumpuan terhadap khutbah yang disampaikan. Janganlah bercakap, berbual-bual dan bermain dengan sebarang bentuk gajet agar pahala Jumaat kita tidak menjadi sia-sia. 2 Mimbar pada hari ini akan membicarakan khutbah yang bertajuk “ ISTIQAMAH DALAM BERAMAL .” SIDANG JUM‘AT YANG DIMULIAKAN, Islam menuntut umatnya supaya beristiqamah dalam setiap perbuatan kebaikan. Melalui Kamus Dewan, bermaksud ketaatan menjalankan sesuatu suruhan secara terus-menerus khususnya dalam urusan agama. Istiqamah yang juga mempunyai persamaan maksud dengan konsisten bermaksud keteguhan yang bersifat tetap dalam mengikuti sesuatu jalan. Al-Imam an-Nawawi, salah seorang ulama dalam mazhab Shafie menyatakan bahawa istiqamah boleh dilakukan dengan mentaati Allah Azzawajalla dengan berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah. Maknanya, sebarang amalan yang mungkin dipandang baik tetapi terpesong daripada kehendak al-Quran dan as-Sunnah, adalah tidak selari dengan maksud istiqamah yang sebenar. Manusia sering bersikap tamak dalam melakukan perkara yang baik dan menguntungkan. Akan tetapi ada juga segelintir manusia yang suka akan sikap tunggu dan lihat. Dia hanya menunggu dan melihat amalan orang lain tetapi dia sendiri tidak tahu dari mana dia hendak memulakan amalannya. Hal ini terjadi kerana kejahilan yang membelenggu diri atau sikap malas yang tidak berkesudahan. Manakah yang lebih baik kita melakukan amalan yang banyak tetapi amalan tersebut hanya ibarat tidak berkekalan, hanya bersungguh- sungguh pada peringkat permulaan tetapi tidak sampai ke penghujungnya, atau kita melakukan amalan yang sederhana tetapi sifatnya berterusan? Jawapan untuk persoalan ini terkandung dalam hadis yang diriwayatkan oleh Sayidatina Aishah radiallahuanha: 3 َّ َ ي َّ َ ا أ َّ َ يُّ ه َّ آ ا الن َّ َ اس ُ ع َّ ْ لَ يْ كُ م َّ َ مِ ن َ ال َّ ْ ع م َّ َ ال ِ م َّ َ ا تُ طِ يقُ ونَ ، ف َّ آ إن َّ َ لَّ َ الله ُّ يَ مَ ل َّ َ ح َّ آ ت َّ ْ ى تَمَ لُّو ا، َّ َ و َّ آ إن َّ َ أ َّ َ ْ حَ ب آ ال َّ ْ ع َّ َ م َّ ِ ال ِ إ َّ َ ل َّ َ ى الله ِ م َّ ْ ا دُ و َّ َ وِ م َ ع َّ َ ل َّ ْ ي َّ ِ ه ، َّ َ و َّ ِ إ َّ ْ ن قَ لآ . Maksudnya: “ Wahai manusia, hendaklah kamu beramal menurut kemampuan kamu kerana Allah SWT tidak pernah bosan sehingga kalian sendiri yang berasa bosan. Sesungguhnya amalan yang paling disukai oleh Allah SWT, ialah amalan yang dikerjakan secara berterusan meskipun sedikit. ” (Riwayat Muslim) Hadis ini menjelaskan kepada kita bahawa amalan yang tidak banyak tetapi amalan itu dilakukan secara berterusan adalah lebih bernilai di sisi Allah Azzawajalla berbanding dengan amalan yang banyak tetapi tidak konsisten. Kita sepatutnya tekun melakukan amalan ibadat sekalipun pada peringkat permulaan amalan tersebut mungkin agak rumit. Bak kata pepatah “ selembap-lembap puntung di dapur, ditiup menyala juga .” SIDANG JUM‘AT YANG DIMULIAKAN, Menghadiri kuliah ilmu di masjid dan surau adalah salah satu amalan yang memerlukan istiqamah. Tanpa kesungguhan, kita tidak mampu menggagahkan diri menghadirinya sekalipun masjid dan surau itu terletak hanya beberapa langkah dari rumah kita. Di negeri kita ini, boleh dikatakan hampir semua masjid dan surau istiqamah menganjurkan majlis ilmu sama ada dalam bentuk ceramah, pengajian menggunakan kitab tertentu, seperti fiqah, aqidah, tasawuf, tajwid al-Quran dan sebagainya. Di sebalik kesungguhan masjid dan surau mengadakan majlis ilmu, kita agak sedih dengan sikap segelintir umat Islam yang kurang berminat menghadirinya walaupun mempunyai kemampuan dari sudut masa dan tenaga. 4 Bahkan ada juga masjid dan surau yang kelihatan seperti hambar dan sepi lantaran sikap penduduk dan ahli qaryah yang kurang memberikan sambutan terhadap majlis ilmu. Ada juga ahli qaryah yang hanya menghadiri ceramah perdana atau ceramah khas yang menampilkan individu yang popular. Mereka lebih mengutamakan kemasyhuran seseorang berbanding dengan kandungan yang disampaikan. Sikap seperti ini seharusnya dihindarkan kerana ilmu ialah mutiara yang amat berharga. Ilmu juga ibarat hikmah yang tersembunyi daripada penglihatan manusia. Sesiapa yang dapat mendahului orang lain dalam merebut ilmu, dialah yang berhak memilikinya. Bagi merawat penyakit malas yang membelenggu diri, kita memerlukan istiqamah dalam amalan. Firman Allah Azzawajalla dalam surah Yunus ayat 89, yang telah saya bacakan pada awal khutbah ini: َ َ قَال َ َ َ قَد ۡ َأُجِيبَت َدَّعۡوَتُكُ مَا َف ٱ سۡ تَقِيمَا َ َ َ لَ َ َتَتَّبِعَآن ِ َسَ بِيل َ و ٱ َ َ لََّّ ِين َ َ ُ لَ َ َيَعۡلَم َ َ ون ٩٨ َ َ Maksudnya: “ Sesungguhnya telah dikabulkan doa kamu berdua. Oleh itu hendaklah kamu istiqamah dan janganlah kamu mengikut jalan orang yang tidak mengetahui. ” Firman Allah Azzawajalla ini ditujukan kepada Nabi Musa alaihissalam dan Nabi Harun alaihissalam. Allah Azzawajalla mengingatkan Nabi Musa alaihissalam dan Nabi Harun alaihissalam supaya konsisten dalam berdakwah dan menjauhi jalan orang yang sesat dan terpesong dari melakukan istiqamah. SIDANG JUM‘AT YANG DIMULIAKAN, Selain menghadiri majlis ilmu, solat fardu secara berjemaah di masjid dan surau juga memerlukan kesungguhan dan istiqamah. 5 Kita juga sedia maklum bahawa solat berjemaah mempunyai kelebihan 27 kali lebih banyak berbanding dengan solat secara bersendirian. Kelebihan solat berjemaah juga disebarkan menerusi media sosial dan disampaikan oleh tuan guru dan ustaz dalam kuliah mereka. Akan tetapi mengapakah masih ada umat Islam yang liat mengerjakan solat berjemaah walaupun dia sangat berkemampuan? Badan sihat, pancaindera sempurna, kenderaan pun ada, rumah tak berapa jauh dari masjid atau surau, cuaca pun bagus...tetapi masih lagi dirantai oleh s ikap malas. Kenapakah ini boleh terjadi? Ya...jawapannya ada dalam istilah istiqamah. Kita susah untuk istiqamah melakukan kebaikan. Akhirulkalam, mimbar mengingatkan jemaah sekalian supaya istiqamah dalam amalan. Usahlah ikutkan sangat kemalasan yang selalunya berpunca daripada syaitan yang sentiasa ingin menyesatkan kita dan menjauhkan kita dari kebaikan. Syaitan suka akan manusia yang jahil agar mudah dipengaruhi dan disuntik dengan perasaan hubb ad- dunya )الدُّ َّنْ َّيَ َّا َّ ُّ حُ َّب ( atau terlampau mengasihi dunia yang akhirnya menyusahkan kita di akhirat. Marilah kita amalkan doa yang diriwayatkan oleh Sayidina Anas bin Malik radiallahuanhu dalam hadis yang berikut: َّ َ يَا مُ قَ لِ ب َ الْ قُ لُوب ِ ثَبِ ت ْ قَ لْبِ ي عَ لَ ى دِ ينِ ك Maksudnya: “ Wahai Tuhan yang berkuasa mengubah dan membalikkan hati, teguhkan dan istiqamahkanlah hati kami atas agama-Mu. ” 6 ِ الۡۡ يَات ِ وَ الذِ كۡ ر َ بَارَك َ الله ُ لِي وَ لَكُ م ۡ فِ ي الۡقُ رۡ ءَ ان ِ الۡعَظِ يمِ ، وَ نَفَ عَنِ ي وَ إِ يآاكُ م ۡ بِمَ ا فِيه ِ مِ ن َ الۡ حَ كِ يمِ ، وَ تَقَ بآل ُ مِ نِ ي وَ مِ نكُ م ۡ ت ِ لََ وَ تَه ُ إِ نآه ُ هُ و َ السآ مِ يع ُ الۡعَلِ يمُ ، أَقُ ول ُ قَ وۡ لِي هَ ذَ ا وَ أَسۡ تَغۡفِ ر َّ ُ الله َ الۡعَظِ يم َ لِي وَ لَكُ مۡ ، وَ لِ سَ اۤئِرِ ا لۡۡ ُسۡ لِ مِ ين َ وَ ا لۡۡ ُسۡ لِ مَ اتِ ، وَ ا لۡۡ ُؤۡ مِ نِين َ وَ ا لۡۡ ُؤۡ مِ نَاتِ ، فَ اسۡ تَغۡفِ ر َّ و ُ ه َّ ُ ۡ لۡ فَ يَا فَ وۡ ز َ ا َّ ِ سۡ تَغۡف رِين َ وَ يَا نَجَ اة َ التآاۤئِبِينَ .