1 KHUTBAH JUM‘AT TAJUK : KEMAKMURAN YANG DIKECAPI TARIKH : 12 JANUARI 2024 / 30 JAMADILAKHIR 1445 _____________________________________________________________________________________________________ : ٱلۡ حَ مد ُ لِ لَّه ِ الۡقَ ائِل ۡ وَلَو ۡ ۡ َ أَن َّ ۡأَهل ۡ ٱلقُرَى ۡ ۡ َ ءَامَنُوا ْ ۡو ۡ ْ ٱتَّقَوا ۡ ۡ َ لَفَتَحنَا ۡعَلَيهِم ۡبَرَكَ َٰت ٖ ۡمِن ۡ ِ ٱلسَّ مَآء ۡ ۡ َ و ۡ ِ لۡ َ رۡض ٱ ۡ ۡ َ ۡ كََ نُوا ْ ۡيَكسِبُون وَلَ َٰكِن ۡكَذَّبُوا ْ ۡفَأَخَذنَ َٰهُم ۡبِمَا ٦٩ ۡ (Surah al- A’raf : ayat 96) ُ ُ لَّ َ شَ رِيك َ لَ ه ُ لَّ َّ الله ُ وَ حۡ دَ ه ِ لَّ َّ إِ لَــٰه َ إ أَشۡ هَ د ُ أَ ن ، وَ أَشۡ هَ د ُ أَ ن َّ مُ حَ مَّ دً ا عَ بۡ دُ ه ُ وَ رَ سُ ولُهُ . ٍ اللَّهُ ـم َّ صَ ـل ِ وَ سَ لِ م ۡ عَ لَ ى سَ يِدِ نَ ا مُ حَ مَّ د ٍ وَ عَ لَ ى آلِ ه ِ وَ أَ صۡ ـحَ ابِ ه ِ وَ مَ ن تَبِعَهُ ـم بِ إِ حۡ سَ ان إِ لَى يَ وۡ م ِ الدِ ينَ . ُ ُ أَمَّ ا بَعۡ د ، فَ يَا عِ بَ اد َ الله ُ ِ ، اِ تَّ قُ وا الله َ حَ ق َّ تُ قَ اتِ ه لَّ َّ وَ أَنتُم مُّ سۡ لِ مُ ونَ . ِ لَّ َ تَ مُ وتُ ن َّ إ َ ، و SIDANG JUM‘AT YANG DIRAHMATI ALLAH AZZAWAJALLA, Bertaqwalah kepada Allah Azzawajalla dengan memelihara diri, keluarga dan masyarakat daripada melakukan perkara yang dilarang oleh Allah Azzawajalla. Jangan bercakap atau bermain dengan gajet agar pahala Jumaat tidak menjadi sia-sia. Mimbar pada hari ini membicarakan topik “KEMAKMURAN YANG DIKECAPI.” 2 SIDANG JUM‘AT YANG DIMULIAKAN, Kehidupan manusia dipenuhi dengan kepelbagaian nikmat daripada Allah Azzawajalla. Ada manusia yang memahami nikmat itu hanyalah dari sudut material, sedangkan nikmat itu dirasai pada setiap detik manusia bernafas. Bayangkanlah jika manusia tidak mampu menarik nafas atau menghembuskannya, tentulah badan dan nyawa akan berpisah. Antara nikmat yang dilimpahkan oleh Allah Azzawajalla kepada kita termasuklah kemakmuran. Kemakmuran bermaksud suatu tempat yang mempunyai ramai rakyat dan segala keperluan rakyat dari segenap aspek kehidupan pula mencukupi. Allah Azzawajalla berfirman dalam Surah al- A'raf ayat 96 yang telah saya bacakan pada awal khutbah tadi yang bermaksud : “ Sekiranya penduduk negeri itu beriman serta bertaqwa, tentulah Kami, yakni Allah, membuka kepada mereka kurniaan yang melimpah dari langit dan bumi. Akan Tetapi mereka mendustakan para rasul, lalu Kami, yakni Allah, menimpakan azab seksa disebabkan perbuatan mereka. ” Menurut Imam Ibnu Kathir, golongan yang beriman mempercayai dan mengikut ajaran yang disampaikan oleh para rasul. Mereka juga bertaqwa melakukan suruhan Allah Azzawajalla dan meninggalkan larangan-Nya. Natijahnya, Yang Maha Berkuasa memberikan kebaikan dan memudahkan segala urusan mereka. SIDANG JUM‘AT YANG DIMULIAKAN, Antara faktor kedamaian di sesebuah negeri termasuklah para pemimpin dan rakyat yang mentaati Allah Azzawajalla dan Rasulullah SAW. Pemimpin yang mencintai Allah Azzawajalla mengajak rakyatnya bersama-sama mensyukuri nikmat, mengingatkan rakyat supaya meninggalkan segala perkara yang dilarang serta mencegah 3 kemungkaran. Hal ini penting bagi menghindari sesebuah negeri daripada ditimpa bala atau musibah. Pemimpin sesebuah negeri yang membudayakan nilai murni dalam pemerintahan seperti keadilan, ketelusan, kejujuran dan kebertanggungjawaban, menjadi faktor kedamaian yang dinikmati oleh rakyat. Kepimpinan sebuah negeri juga perlu menjauhi dan menolak nilai yang negatif seperti kezaliman, kemalasan, rasuah, kecintaan dunia yang melampau, ketirisan dan yang paling buruk ialah pengkhianatan. Nilai- nilai yang baik ini selari dengan firman Allah Azzawajalla dalam Surah al- Hajj ayat 41: ۡ َ ٱ لََّّ ِين ۡ ۡ ِ فِ ۡ إِن ۡمَّكَّنَّ َٰهُم ۡ ِ لۡ َ رۡض ٱ ۡ ۡ ْ أَقَامُوا ۡ َ ٱلصَّ لَوَٰة ۡ ۡ ْ وَءَاتَوُا ۡ َ ٱلزَّكَوَٰة ۡ ۡ ِ وَأَمَرُوا ْ ۡب ۡ ِ ٱلمَعرُوف ۡ ۡ ِ وَنَهَوا ْ ۡعَن ۡ ِ ٱلمُنكَر ۡ ۡ ُ ۡعَ َٰقِبَة ِ َّ ِ لِلّ َ و ۡ ِ ٱ لُۡمُور ۡ ١٤ ۡ Maksudnya: “ Golongan Muslimin yang Kami, yakni Allah, anugerahkan kepada mereka kekuasaan untuk memerintah di dunia ini. Mereka juga menyempurnakan solat serta mengeluarkan zakat, melakukan amar makruf dan nahi mungkar. Bagi Allah SWT jualah kesudahan sega la urusan.” SIDANG JUM‘AT YANG DIMULIAKAN, Bersempena dengan Hari Keputeraan yang ke-76 Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir pada 14 Januari 2024, mimbar mengajak seluruh rakyat mendoakan kesejahteraan untuk Duli Yang Maha Mulia Tuanku sebagai raja dan pemerintah yang menaungi negeri yang kita kasihi. Sebagai rakyat, kita menyanjung tinggi kesaksamaan Duli Yang Maha Mulia Tuanku dalam pemerintahan. 4 Atas sikap keprihatinan baginda, agama Islam yang suci terus dipelihara dan rakyat juga dapat menjalani kehidupan beragama dengan penuh ketenangan dan kesyukuran. Sebagai rakyat, kita hendaklah bekerjasama dan bergandingan bagi mengekalkan kesejahteraan negeri ini. Amalkan akhlak yang mahmudah, iaitu akhlak terpuji dan hindarilah akhlak mazmumah, yakni akhlak yang dikeji. Semoga Allah Azzawajalla mengekalkan limpahan rahmat-Nya kepada Negeri Sembilan agar rakyat dapat mengecap kehidupan yang saadah dan bahagia. Mengakhiri khutbah minggu ini, marilah kita bersama mengamalkan doa seperti hadis yang diriwayatkan oleh Sayidina Abdullah bin Mas’ud radiallahuanhu: ْ لََ م ِ وَ نَ جِ نَا مِ ن َّ اللَّهُ م َّ أَلِ ف ْ بَيْن َ قُ لُوبِ نَ ا وَ أَ صْ لِ ح ْ ذَ ات َ بَيْنِ نَ ا وَ اهْ دِ نَا سُ بُل َ الس ُ ُّ الظُّلُمَ ات ِ إِ لَى الن ُ َ ور ِ وَ جَ نِبْ نَ ا الْ فَ وَ احِ ش َ مَ ا ظَهَ رَ مِ نْهَ ا وَ مَ ا بَطَن Maksudnya: “Ya Allah, satukanlah antara hati kami, baikilah hubungan antara kami, tunjukilah kami jalan yang lurus, selamatkanlah kami daripada kegelapan kepada cahaya, hindarkanlah kami daripada perbuatan yang keji, sama ada yang nampak mahupun yang tersembunyi.” (Riwayat Abu Daud) ُ ِ بَارَك َ الله ُ لِ ـي وَ لَ كُ م ۡ فِ ـي الۡ قُ رۡآن ِ الۡ عَ ظِ يم ِ الۡۡ يَ ات َ ، وَ نَ فَ عَنِــي وَ إِ يَّ اكُ م ۡ بِمَ ا فِيه ِ مِ ن ُ ِ وَ الذِ كۡ ر ِ الۡـحَ ـكِ يـم ، وَ تَ قَ بَّـل َ مِ نـ ُ ُ ـِي وَ مِ نكُ م ۡ تِـ لََ وَ تَ ه ُ إِ نَّ ه ُ هُ و َ السَّ مِ يع ُ الۡعَلِ يم ُ ، أَ قُ ول ُ ۡ قَ وۡ لـِي هَ ذَ ا وَ أَسۡ تَغۡ فِ ر ُ الله َ الۡعَظِ يم َ لـِي وَ لَكُ م ُ ِ ، وَ لِ سَ اۤئِر ِ الۡـمُ سۡ لِ مِ ين َ وَ الۡـمُ سۡ لِ مَ ات ، ُ ِ وَ الۡـمُ ؤۡ مِ نِين َ وَ الۡـمُ ؤۡ مِ نَ ات َ ، فَ اسۡ تَغۡ فِ رُوه ُ فَ يَ ا فَ وۡ ز الۡـمُ سۡ تَغۡ فِ رِين َ وَ يَا نَجَ اة َ التَّ اۤئِبِينَ .