Doa Musim Penciptaan (1hb September – 4 hb Oktober 2023) Allah Pencipta segalanya, melalui persekutuan kasih-Mu, terbitlah Firman-Mu untuk menciptakan simfoni kehidupan yang menyanyikan pujian bagi-Mu. Melalui Kebijaksanaan Kudus-Mu, Engkau menciptakan bumi untuk membawa pelbagai jenis hidupan memuji-Mu dalam keberadaan mereka. Hari demi hari mereka menlafazkan ucapan syukur; di malam hari mereka menampakkan ilmu pengetahuan. Engkau memanggil manusia untuk mengusahakan dan menjaga taman-Mu. Engkau menempatkan kami bersama dengan setiap makhluk ciptaan-Mu dalam hubungan yang akrab agar kami dapat mendengarkan suara mereka, dan belajar untuk menjaga keakraban ini seumur hidup. Tetapi kami berpaling kepada diri sendiri dan menjauh dari sesama makhluk yang lain. Kami menutup telinga terhadap nasihat sesama makhluk ciptaan. Kami gagal mendengar tangisan orang miskin dan keperluan mereka yang dipinggirkan. Kami menyekat suara mereka yang berpegang kepada tradisi dan mengajar kami untuk menjaga bumi ini. Kami menutup telinga daripada seruan Sabda kreatif-Mu yang menghidupkan dan mendamaikan. Kami meratapi kepupusan spesis dan habitat yang tidak akan pernah bersuara lagi. Kami berduka atas hilangnya budaya manusia, bersama dengan kehidupan dan mata pencarian yang telah dipindahkan atau dimusnahkan. Alam Ciptaan-Mu menjerit saat hutan berderak, dan haiwan-haiwan melarikan diri dari api ketidakadilan yang telah kami nyalakan oleh kerana keengganan kami untuk mendengarkan. Dalam Musim Penciptaan ini, kami berdoa agar Engkau memanggil kami, seperti dari semak yang menyala, dengan api Roh-Mu yang menopang. Hembuskanlah Roh-Mu kepada kami. Bukalah telinga kami dan gerakkanlah hati kami. Pulihkanlah pandangan kami yang terbatas. Ajarilah kami untuk menghayati karya penciptaan- Mu, dan mendengarkan suara setiap makhluk yang menyatakankan kemuliaan-Mu kerana “iman itu lahir dari pendengaran.” Berikan kami hati yang mendengar khabar baik akan janji-Mu untuk membaharui muka bumi ini. Terangilah kami dengan rahmat untuk mahu mengikuti Jalan Kristus saat kami belajar untuk berjalan langkah demi langkah diatas tanah kudus ini. Penuhilah kami dengan harapan untuk memadamkan api ketidakadilan dengan cahaya kasih-Mu yang menyembuhkan demi memelihara rumah kami bersama. Di dalam nama Yesus Kristus yang datang untuk mewartakan Kabar Baik kepada semua ciptaan. Amin. Minggu Biasa Ke-Dua Puluh Tiga Pekan III - Tahun A 10 hb September 2023 ___ LITURGI SABDA Pembacaan 1: YEHEZKIEL 33: 7-9 Mazmur Sahutan : PADA HARI INI, KALAU KAMU MENDENGAR SUARA TUHAN, JANGANLAH BERTEGAR HATI. Pembacaan 2: ROMA 13: 8-10 Injil: MATIUS 18: 15-20 ___ Pembacaan Minggu Hadapan Minggu Biasa Ke-Dua Puluh Empat Pekan IV - Tahun A Pembacaan 1: SIRAKH 27: 30- 28: 7 Mazmur: MAZ 102: 1-4. 9-12 Pembacaan 2: ROMA 14: 7-9 Injil: MATIUS 18: 21-35 ___ JADUAL MISA HARIAN & ADORASI DI SHC Misa Harian 6.00 pagi (Isnin-Sabtu) Pengakuan Individu 10.00 - 11.00 pagi (Isnin-Jumaat) Saat Teduh 8.00 malam (Khamis) Devosi Kerahiman Ilahi 3.00 petang (Jumaat) ___ JADUAL MISA HUJUNG MINGGU & ADORASI SABTU Pengakuan Individu 4.30 - 5.30 petang Novena Devosi 5.00 petang Misa 6.00 petang (ING) AHAD Misa 7:00 pagi (CINA) 9.00 pagi (ING) 11.00 pagi (BM) Katedral Hati Kudus MEDITASI HARIAN Apa yang kamu ikat di dunia ini akan terikat di syurga dan apa yang kamu lepaskan di dunia ini akan terlepas di syurga. (Matius 18:18) Kata-kata Yesus sudah biasa didengar, bukan? Itu kerana dua hari Minggu yang lalu, kita mendengar Dia mengatakan perkara yang sama kepada Petrus. Kemudian, Yesus memberikan Petrus kunci kerajaan dan menetapkan dia sebagai pemimpin Gereja (Matius 16:18-19). Seiring dengan jawatan itu, Dia memberikan Petrus satu pelayanan khusus dengan kuasa dan rahmat yang istimewa: kuasa untuk mengikat dan melepaskan. Pelayanan itu berterusan hingga ke hari ini melalui pengganti Petrus. Dalam Injil hari ini, bagaimanapun, Yesus nampaknya melakukan sesuatu yang berbeza. Dia bercakap dengan semua murid-Nya, dan Dia memanjangkan panggilan untuk mengikat dan melepaskan ini kepada mereka semua—dan bahkan kepada kita. Walaupun kebanyakan kita bukan paderi yang mendengar pengakuan, kita semua dipanggil untuk memaafkan. Yesus mahu kita memahami bahawa kedua-dua pengampunan kita dan kegagalan kita untuk memaafkan mempunyai kesan pada orang. Dengan kata-kata dan fikiran di dalam hati kita, kita boleh membuat seseorang terikat dalam kutukan atau penghakiman. Tetapi kita juga boleh "melepaskan" mereka dengan memaafkan mereka. Dan pengampunan sentiasa membebaskan manusia daripada belenggu kesalahan atau keaiban. Ini bermakna kita boleh membantu mereka mengalami kebebasan yang Yesus inginkan untuk mereka. Kita boleh meneruskan “pelayanan pendamaian” Nya di dunia kita (2 Korintus 5:18). Sungguh menakjubkan bahawa Yesus mempercayai kita untuk mengambil bahagian dalam panggilan suci ini! Dia tidak mahu sesiapa pun tetap terperangkap dalam dosa atau dalam ketidakampunan. Dia tahu bahaya yang ditimbulkan oleh dosa kepada jiwa kita. Itulah sebabnya Dia menggesa kita untuk "memotong" dan "membuang" apa sahaja dalam kehidupan kita yang menyesatkan kita (Matius 18:8). Itulah sebabnya Dia tidak pernah berhenti mencari dombanya yang hilang (18:10-14). Dan itulah sebabnya Dia memanggil kita untuk mengampuni “tujuh puluh kali tujuh kali . . .segenap hati [kita]” (18:22, 35). Kerana apabila kita memaafkan orang yang bersalah kepada kita, kita bukan sahaja membebaskan mereka. Kita juga "melepaskan" diri kita dari ikatan tersebut juga. “Yesus, bantulah aku untuk mengampuni hari ini.” www.shckk.org atau www.facebook.com/shckk PADERI CUTI BELAJAR: FRIAR GERALD TERENCE SAIMEL OFM Friar Gerald akan mengikuti kursus belajar sepenuh masa selama 5 bulan bermula bulan Oktober 2023. Dia berhenti menjalankan kerja pastoral di Paroki kita tetapi terus membantu dalam merayakan Misa pada hari Minggu. TIDAK ADA PENGAKUAN INDIVIDU Tarikh: 12 hb September 2023 (Selasa) Bersambung: 13 hb September 2023 (Rabu) MISA HARI MALAYSIA 2023 (B. MALAYSIA) Tarikh: 16 hb September 2023 ( Sabtu ) Masa: 8.00 AM di Katedral Hati Kudus Semua digalakkan untuk menyertainya. PERHIMPUNAN PASTORAL PAROKI 2023 Tarikh: 28 hb September 2023 (Khamis) Masa: 8.00 AM di Sacred Heart Parish Centre Peringatan: Semua kumpulan, pelayanan atau komuniti diminta menghantar nama ke Pejabat Paroki (Johnny Chong) sebelum 20 hb September 2023 PEMBAPTISAN BAYI DALAM BM TARIKH MASA PROGRAM TEMPAT 14 Sep 2023 (Khamis) 7.30 PM Taklimat Bilik F7 17 Sep 2023 (Ahad) 4.00 PM Pembaptisan Bayi SHC (Terhad kepada 50 orang) Pendaftaran: 4 hb - 13 hb September 2023 ( Pendaftaran ditutup jam 3.00 PM pada 13 hb September 2023 ) pada waktu pejabat. Kehadiran ibubapa & penanggung semasa Taklimat adalah WAJIB ( Pendaftaran akan di batalkan sekiranya salah satu ibu-bapa atau penanggung gagal untuk menghadiri taklimat ini ) PELAYANAN BELIA EFATA Dijemput semua belia datang ke sesi perkongsian daripada peserta PBK-14 melalui pengalaman mereka sepanjang PBK-14 berjalan. Tarikh: 10 hb September 2023 (Ahad) Masa: 2.00 PM di Bilik F8, SHPC CATHOLIC PARENTS FOCUS GROUP DISCUSSION Tarikh: 17 hb September 2023 (Ahad) Masa: 11.30 AM di bilik F2 SHPC (Had untuk 20 orang saja) Keterangan lanjut, sila layari Facebook Page kita. KEMPEN DREMA DARAH Tarikh: 23 hb September 2023 (Sabtu) Masa: 8.00 AM – 1.00 PM di CMI, Bukit Padang Semua umat di alu-alukan. BAZAAR HARI KELUARGA: MERAYAKAN ULANGTAHUN & PENUBUHAN GEREJA MARY IMMACULATE (CMI) KE 30 Tarikh: 23 hb September 2023 (Sabtu) Masa: 7.00 AM – 1.00 PM di Dewan Paroki CMI SEMINAR PEMBAHARUAN DAN PENYEMBUHAN 2023 (DWIBAHASA: ENG & BM) Tarikh: 13 hb – 15 hb Oktober 2023 (Jumaat – Ahad) Tempat: Sacred Heart Cathedral, Kota Kinabalu Penceramah: Rev. Fr. Hans Jeharut, Ibu Esther Kandou, dan Mike C Lolong Saluran Pendaftaran: https://bit.ly/daftarseminarshc atau imbas KURSUS PRA-PERKAHWINAN DALAM B. MALAYSIA Tarikh: 19 hb – 21 hb Oktober 2023 Tempat: Bilik F7, SHPC Maklumat lanjut untuk pendaftaran, sila layari www.shckk.org/marriage KAPELAN HOSPITAL Sila hubungi Fr. Russell Lawrine 0149512131, Fr. Terans Thadeus 0138842493, Pejabat Paroki SHC 223618, Fr. Gilbert Marcus 0168023946. KOLEKSI KE 3 BAGI TABUNG BANGUNAN GEREJA ST. PAUL Jumlah Kutipan: RM15,568.05 SUMBANGAN PAROKI (2 HB & 3 HB SEPTEMBER 2023) Hitam RM 16,453.00 Merah RM 13,758.05