1 KHUTBAH JUM‘AT TAJUK : GURU MENDIDIK GENERASI BERAKHLAK TARIKH: 19 MEI 2023 / 28 SYAUWAL 1444 : ٱلۡ حَ مد ُ لِ لَّه ِ الۡقَ ائِل َ َ قَال َ َ ه َ ل ۥ َ َ َ ٰٓ َأَن َتهعَلِمَن ِ َمِمَّا َعهلِمۡت َ َرهشۡ دٗ ا َ عَل َ َ ٰ َهَل ۡ َأَتَّبِعهك َ سَ مهو ٦٦ َ (Surah al-Kahfi : ayat 66) ُ ُ الله ُ وَ حۡ دَ ه َّ لَّ ِ إِ لَــٰه َ إ َّ لَّ أَشۡ هَ د ُ أَن و ُ شَ رِيك َ لَهُ ، وَ أَ شۡ هَ د ُ أَ ن َّ مُ حَ مَّ دً ا عَ بۡدُ ه َ لَّ وَ رَ سُ ولُهُ . اللَّهُ م َّ صَ ل ِ وَ سَ لِ م ۡ عَ لَ ى سَ يِ دِ نَا مُ حَ مَّ د ٍ وَ عَ لَ ى آلِ ه ِ وَ أَصۡ حَ ابِ ه ِ وَ مَ ن تَبِعَهُ م بِإِ حۡ سَ ان ٍ إِ لَى يَوۡ م ِ الدِ ينَ . لَّ َّ وَ أَنتُم مُّ سۡ لِ مُ ونَ . ِ لَّ َ تَ مُ وتُ ن َّ إ َ أَ مَّ ا بَعۡدُ ، فَ يَا عِ بَاد َ الله، اِ تَّقُ وا الله َ حَ ق َّ تُقَ اتِهِ ، و SIDANG JUM‘AT YANG DIRAHMATI ALLAH AZZAWAJALLA, Bertaqwalah kepada Allah Azzawajalla dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala tegahan-Nya. Marilah kita memelihara diri, keluarga dan masyarakat daripada segala perkara yang mengundang kemurkaan Allah Azzawajalla. Mimbar berpesan kepada jemaah sekalian agar memberikan tumpuan terhadap khutbah ini. Jangan bercakap, berbual-bual atau bermain dengan sebarang bentuk gajet supaya pahala Jumaat kita tidak menjadi sia-sia. Mimbar pada hari ini membicarakan khutbah yang bertajuk “ GURU MENDIDIK GENERASI BERAKHLAK .” 2 SIDANG JUM‘AT YANG DIMULIAKAN, Guru, muallim , mudarris, murabbi, ustaz dan ustazah ialah istilah yang mempunyai maksud yang hampir sama. Tugasan mereka tak lain dan tak bukan adalah untuk memastikan manusia menerima pendidikan sepanjang zaman. Tidak kiralah di mana jua kita berada, sama ada di sekolah, madrasah, pondok, kolej, universiti dan sebagainya, guru tetap mencurahkan ilmunya walaupun anak murid silih berganti. Kecekalan guru dalam berbakti menyebabkan mereka dipandang mulia oleh segenap lapisan masyarakat. Hakikatnya, guru bukan hanya memberikan ilmu dalam lapangan akademik, bahkan guru turut menekankan aspek tatasusila, adat sopan santun dan budi pekerti yang baik. Hal ini demikian kerana para guru tidak mahu anak-anak didik mereka membesar tanpa mengenal erti adab yang seharusnya menjadi pakaian orang yang bertaqwa. Pelajar yang gagal mengamalkan adab dalam menuntut ilmu diibaratkan “mencari sungai yang tiada berhulu” . Dia menuntut ilmu tetapi dalam masa yang sama melakukan perbuatan yang sia-sia. Dalam Islam, ilmu dan adab tidak boleh dipisahkan sama sekali. Tidak ada gunanya jika pelajar memiliki ilmu yang hebat namun tidak mempunyai adab atau etika yang baik. Adab yang baik sebenarnya menjadi cerminan keilmuan seseorang. Semakin tinggi ilmu seseorang itu maka semakin baiklah adabnya. Tugasan guru pada zaman kini menjadi lebih mencabar kerana berdepan dengan perkembangan yang pesat dalam teknologi komunikasi dan arus globalisasi yang berupaya mempengaruhi sistem komunikasi antara guru dengan murid. Kalau dahulu kita selalu mendengar istilah menadah ilmu yang bermaksud murid mengadap guru untuk menerima ilmu daripadanya. Kini, menadah ilmu itu dilaksanakan dengan kaedah yang berbeza. Dengan adanya kaedah pengajaran dalam talian misalnya, 3 mungkin sebahagian murid mulai melupakan adab-adab dalam menuntut ilmu. Hal ini tidak sepatutnya berlaku kerana usaha yang dilakukan oleh guru adalah untuk memastikan manusia dapat kekal sebagai makhluk yang sempurna sebagaimana diciptakan oleh Allah Azzawajalla. Firman Allah Azzawajalla dalam surah at-Tin ayat 4: َ لَقَد ۡ َخَلَقۡنَا ٱ َ َ لۡۡ ِنسَ ٰن َ َ ٖ فِ ِ ٓ َأَحۡسَ ن ِ َتَقۡوِيم ٤ َ Maksudnya : “Sesungguhnya Kami (yakni Allah) telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. ” Menurut Imam Ibnu Kathir dalam tafsiran beliau berkaitan dengan ayat ini, manusia dikurniakan penglihatan, pendengaran dan hati yang membolehkan dia berfikir perkara yang bermanfaat. Cuba kita fikirkan, adakah manusia dapat menggunakan akalnya untuk membezakan antara perkara yang baik dengan buruk tanpa bimbingan guru? SIDANG JUM‘AT YANG DIMULIAKAN, Guru ialah insan yang beruntung kerana dapat mengamalkan sunnah Rasulullah SAW. Sebagai pendidik yang ulung, Baginda SAW mewariskan al-Quran dan as-Sunnah sebagai pegangan seluruh umat. Ganjaran sebagai pendidik juga amatlah besar. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Mas’ud ‘Uqbah al -Ansari (أبو مسعود عقبة الأنصاري) radiallahuanhu, Nabi SAW bersabda: َ َ مَ ن دَ ل َّ ع َ َ ل َ َ ى خَ يْرٍ فَ لَ ه ُ مِ ثْل ُ أَ جْ رِ ف َ ِ اعِ لِ ه Maksudnya: “ Sesiapa yang menunjukkan jalan kebaikan, dia mendapat ganjaran sebagaimana yang diperoleh oleh orang yang mengerjakannya. ” (Riwayat Muslim) 4 Menurut Imam Nawawi, seorang ulama fiqah mazhab Shafi’e yang terkenal, hadis ini menjelaskan betapa besarnya kelebihan yang diperoleh oleh orang mengajar, mengingatkan dan membantu orang lain khususnya dalam perkara yang baik. Selain hadis ini, dalam hadis yang biasa kita dengar, iaitu tentang tiga perkara yang menjadi jariah manusia selepas dia meninggal dunia. Abu Hurairah radiallahuanhu meriwayatkan: ْ إِ ذَ ا مَ ات َ الإِ نْ سَ ان ُ اِ َنْ قَ طَع َ عَ نْ ه ُ عَ مَ لُه ُ إِ لا َّ مِ ن ْ ثَلاَثَة ٍ إِ لا َّ مِ ن ْ صَ دَ قَ ة ٍ جَ ارِيَ ة ٍ أَ و َ ُ عِ لْم ٍ يُنْتَ فَ ع ُ بِ ه ِ أَ و ْ وَ لَ د ٍ صَ الِ ح ٍ يَ دْ عُ و لَ ه Maksudnya: “ Apabila mati seorang manusia, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara, iaitu sedekah jariah (yakni wakaf), ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakannya. ” (Riwayat Muslim) SIDANG JUM‘AT YANG DIMULIAKAN, Sebagaimana yang telah ditegaskan pada awal khutbah tadi, ilmu tidak sempurna tanpa adab yang diamalkan oleh penuntutnya. Oleh itu, mimbar mengingatkan para pelajar supaya menjaga akhlak dengan guru seperti menghindari perbuatan mengumpat, mencerca dan mengaibkan guru sama ada menerusi media sosial atau medium-medium yang lain. Hapuskanlah perasaan dendam terhadap guru kerana kebaikannya kepada murid amatlah banyak berbanding kesilapannya. Selain itu, sentiasalah menghormati guru sama ada semasa berada di dalam kelas atau di luar kelas, mengucapkan salam kepada guru dan membantu guru sekiranya diperlukan. Semasa guru sedang mengajar, usahlah berbual kosong atau melakukan perkara yang tidak disukai oleh guru. Berikanlah perhatian terhadap ilmu yang diajar kerana setiap kalimah yang keluar dari mulut guru ibarat mutiara yang berharga. 5 Jika ada guru yang sakit atau uzur, berpakatlah dengan rakan-rakan agar dapat menziarahi guru tersebut. Jika tidak dapat melawat, berdoalah kepada Allah Azzawajalla agar guru yang sakit dikurniakan kesihatan dan keafiatan. Walaupun ada dalam kalangan kita yang sudah menjawat jawatan yang tinggi serta memiliki gelaran yang tertentu, sentiasalah merendahkan diri dan jangan takbur terhadap guru. Ingatlah, tanpa pengorbanan para guru yang mendidik mulai prasekolah hingga peringkat yang tertinggi, siapalah kita. Mengakhiri khutbah pada minggu ini, marilah bersama-sama kita mengangkat martabat para guru. Ingatlah, pengorbanan guru yang mendidik kita tidak dapat dibayar dengan wang ringgit. Pastikan ilmu yang kita pelajari diterapkan bersama adab terhadap guru kerana itulah jaminan keberkatannya. Marilah kita menadah tangan untuk mendoakan guru-guru yang pernah mengajar ilmu kepada kita. اَللَّهُ م َّ اغْ فِ ر ْ لِِ َشَ ايِ خِ نَ ا و َ لِِ َن ْ عَ لَّمَ نَ ا َ وَ ارْحَ مْ هُ م ْ وَ أَ كْ رِمْ هُ م ْ بِ رِضْ وَ انِ ك َ الْ عَ ظِ يْ م ِ فِ ي مَ قْ عَد ِ الصِ دْ ق ِ عِ نْ دَ ك َ َ يَا أَ رْحَ م َ الرَّاحِ مِ يْن Bermaksud: “ Ya Allah, ampunilah guru-guru kami dan orang yang telah mengajar kami. Sayangilah mereka, muliakanlah mereka dengan keredhaan-Mu yang agung, di tempat yang disenangi di sisi- Mu, Wahai Tuhan Yang Amat Penyayang. ” ُ ِ بَارَك َ الله ُ لِ ي وَ لَكُ م ۡ فِ ي الۡقُ رۡ ءَ ان ِ الۡۡ يَ ات َ الۡعَظِ يمِ ، وَ نَفَ عَنِ ي وَ إِ يَّاكُ م ۡ بِمَ ا فِيه ِ مِ ن ُ وَ الذِ كۡ ر ِ الۡ حَ كِ يمِ ، وَ تَقَ بَّل َ مِ نِ ي وَ مِ نكُ م ۡ ت ِ لََ وَ تَه ُ إِ نَّه ُ هُ و َ السَّ مِ يع ُ الۡعَلِ يمُ ، أَ قُ ول ُ ِ قَ وۡ لِ ي هَ ذَ ا وَ أَسۡ تَغۡفِ ر ُ الله َ الۡعَظِ يم َ لِ ي وَ لَكُ مۡ ، وَ لِ سَ اۤئِر ِ ا لۡۡ ُسۡ ل ُ َ مِ ين َ وَ ا لۡۡ ُسۡ لِ م اتِ ، ُ َ وَ ا لۡۡ ُؤۡ مِ نِ ين َ وَ ا لۡۡ ُؤۡ مِ نَ اتِ ، فَ اسۡ تَغۡفِ رُوه ُ فَ يَا فَ وۡ ز َ ا لۡۡ ُسۡ تَغۡ فِ رِين َ وَ يَ ا نَجَ اة َ التَّاۤئِبِ ين