1 KHUTBAH JUM‘AT TAJUK : SYA ‘BAN BULAN SELAWAT TARIKH: 10 MAC 2023 / 17 SYA‘BAN 1444 _____________________________________________________________________________________________________ : ٱلۡ حَ مد ُ لِ لَّه ِ الۡقَ ائِل َّ إِن َّ َّ ه للّ ٱ َّ َّ وهمهله َٰٓئِكهتهه ۥ َّ َّ ه ه عَل َّ ه يصه لُّون َّ ٱلنبِ ِ ي َّ َّ يه َٰٓأهيُّهها َّ ه ٱ لَِّين َّ َّ ْ ءهامهنوا ْ َّصه لُّوا ْ َّعهلهيۡه ِ َّوهسه لِموا َّ تهسۡ لِيمًا ٦٥ َّ َّ (Surah al-Ahzab, ayat 56) ُ ُ الله ُ وَ حۡ دَ ه آ لَّ ِ إِ لَــٰه َ إ آ لَّ أَشۡ هَ د ُ أَ ن و ُ ُ شَ رِيك َ لَه َ لَّ و ُ ُ ، وَ أَشۡ هَ د ُ أَ ن آ مُ حَ مآ دً ا عَ بۡدُ ه و ُ ُ وَ رَ سُ ولُه و ُ ِ وَ سَ لِ م ۡ عَ لَ ى سَ يِدِ نَ ا مُ حَ مآ د ٍ وَ عَ لَ ى آلِ ه ِ وَ أَصۡ حَ ابِه ِ . اللآهُ م آ صَ ل ے وَ مَ ن تَبِعَهُ م بِ إِ حۡ سَ ان ٍ إِ لَى يَ وۡ م ِ الدِ ينَ . ُ ِ أَمآ ا بَ عۡ دُ ، فَ يَ ا عِ بَ اد َ الله، اِ تآ قُ وا الله َ حَ ق آ تُ قَ اتِه ے لَّ آ وَ أَنتُ م مُّ سۡ لِ مُ ونَ . ِ لَّ َ تَمُ وتُ ن آ إ َ ، و SIDANG JUM‘AT YANG DIRAHMATI ALLAH ‘ AZZAWAJALLA, Bertaqwalah kepada Allah Azzawajalla dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala tegahan-Nya. Marilah kita memelihara diri, keluarga dan masyarakat daripada segala perkara yang mengundang kemurkaan Allah Azzawajalla. Mimbar ingin berpesan kepada jemaah sekalian agar memberikan tumpuan terhadap khutbah yang disampaikan. Janganlah bercakap, berbual-bual dan bermain dengan sebarang bentuk gajet agar pahala Jumaat kita tidak menjadi sia-sia. Mimbar pada hari ini akan membicarakan khutbah yang bertajuk “SYA‘BAN BULAN SELAWAT.” 2 SIDANG JUM‘AT YANG DIMULIAKAN, Kita masih berada dalam bulan Syaaban yang mulia dan masih berbaki 12 hari lagi sebelum kita memasuki bulan Ramadhan. Bulan Syaaban, selain bulan yang disukai oleh Rasulullah SAW untuk berpuasa sunat, pada bulan ini juga ayat yang mengandungi perintah Allah Azzawajalla kepada kita supaya berselawat ke atas Rasulullah SAW diturunkan. Firman Allah Azzawajalla dalam surah al-Ahzab ayat 56: َّ إِن َّ َّ ه للّ ٱ َّ َّ وهمهله َٰٓئِكهتهه ۥ َّ َّ ه ه عَل َّ ه يصه لُّون َّ ٱلنبِ ِ ي َّ َّ يه َٰٓأهيُّهها َّ ه ٱ لَِّين َّ َّ ْ ءهامهنوا ْ َّصه لُّوا ْ َّعهلهيۡه ِ َّوهسه لِموا َّ تهسۡ لِيمًا ٦٥ Maksudnya: “ Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya sentiasa berselawat ke atas Nabi. Wahai orang yang beriman, berselawatlah ke atas Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepada baginda. ” Al-Imam al-Qastallani ( َ َ الق َ س َ َ ط َ َّ لّ َ ِ ن ي ) menukilkan dalam kitab al-Mawahib pandangan daripada sebahagian ulama bahawa ayat ini diturunkan pada bulan Syaaban. Selain itu, al-Imam Ibnu Hajar turut menyatakan pendapat daripada al-Imam Abu Zar al-Harawi, seorang perawi hadis, bahawa perintah berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW berlaku pada tahun yang kedua hijrah. Syeikh Jamal Ali Yusuf Fayyadh pula menyatakan, menerusi ayat ini Allah Azzawajalla mengingatkan hamba-hamba-Nya bahawa kedudukan Nabi SAW amatlah tinggi sehingga Dia memuji baginda di hadapan para malaikat. Sebagai makhluk yang taat, para malaikat lantas berselawat ke atas Nabi SAW. Perintah berselawat itu kemudiannya ditujukan kepada manusia pula. 3 Selawat daripada Allah Azzawajalla ke atas Rasulullah SAW bermaksud kemuliaan dan rahmat, manakala selawat daripada malaikat bermaksud doa permohonan supaya Baginda SAW dilimpahkan dengan rahmat. Berselawat sebenarnya termasuk dalam satu zikrullah. Saiyid Muhammad ‘Alawi al -Maliki menyatakan bahawa Allah Azzawajalla memuliakan umat Islam dengan mengurniai mereka ganjaran pahala yang sangat besar melalui amalan selawat. Maka tidak hairanlah sahabat Nabi SAW seperti Sayidina Ibnu Mas‘ud r adiallahuanhu pernah berpesan kepada salah seorang muridnya yang bernama Zaid bin Wahb agar tidak meninggalkan amalan selawat sebanyak seribu kali pada setiap hari Jumaat. Marilah kita bertanya kepada diri kita sendiri, berapa kalikah kita berselawat pada hari Jumaat yang mulia ini? Alangkah ruginya kita kalau dalam tempoh 24 jam sehari semalam, bilangan selawat kita amat sedikit. Mungkin masa kita banyak dihabiskan untuk membaca mesej dan berita yang belum tentu kesahihannya, bermain permainan dalam talian, bercakap merapu, mengumpat dan sebagainya. SIDANG JUM‘AT YANG DIMULIAKAN, Sesungguhnya amalan berselawat memiliki kelebihan yang tidak terhingga. Antara kelebihan berselawat termasuklah yang dinyatakan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Sayidina Abu Hurairah radiallahuanhu: َ مَ ن َ َ صَ لَّ ى عَ لَ ي َّ و َ َ احِ د َ َ ة ً صَ لَّ ى اللَّ ه ُ ع َ َ ل َ ي َ ِ ه عَ شرًا Maksudnya: “ Sesiapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat, Allah berselawat untuknya sebanyak sepuluh selawat. ” 4 Manakala dalam hadis yang diriwayatkan oleh Sayidina Anas bin Malik radiallahuanhu pula, Nabi SAW bersabda: مَ ن صَ لَّ ى ُ لَّ ة ً وَ احِ دَ ة ً صَ لَّ ى اللَّ ه ُ عَ لَيه ِ عَ شر َ صَ لَوَ ات ٍ ، وَ حُ طَّت عَ نه َ عَ لَ ي َّ ص َ ٍ عَ شرُ خَ طِ يئَات ٍ ، وَ رُ فِعَ ت لَه ُ عَ شرُ دَ رَجَ ات Maksudnya: “ Sesiapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat, Allah berselawat untuknya sepuluh kali selawat, dihapuskan sepuluh kesalahannya dan ditingkatkan darjatnya sebanyak sepuluh darjat.” Berdasarkan hadis ini, dapatlah difahami sekiranya kita berselawat, bermakna kita mendoakan agar Nabi SAW dimuliakan oleh Allah Azzawajalla. Sebagai ganjarannya, Allah Azzawajalla memuji orang yang berselawat sebanyak sepuluh kali. Syeikh Ibnu ‘Atoillah pernah berkata, “ Sedangkan satu selawat sahaja daripada Allah Azzawajalla sudah memadai untuk mengubah kehidupan seseorang, inikan pula sepuluh selawat daripada-Nya. Hal ini disebabkan manusia berselawat dengan kadar kehambaannya yang terbatas, sedangkan Allah berselawat dengan kadar ketuhanan-Nya yang Maha Luas.” Antara keadaan yang dikehendaki kita berselawat adalah seperti yang berikut: Pertama : Dalam tasyahud akhir yang termasuk dalam salah satu rukun solat. Kedua : Dalam tasyahud awal yang termasuk dalam salah satu sunat ab ’adh. Ketiga : Ketika melangkah masuk ke dalam masjid. 5 Keempat : Ketika melangkah keluar dari masjid. Kelima : Selepas azan yakni s ebelum membaca doa selepas azan. Keenam : Pada waktu pagi dan petang yakni sepuluh kali pada waktu pagi dan sepuluh k ali pada wa ktu petang. Ketujuh : Ketika mendengar nama Rasulullah S AW disebut. Oleh itu, mimbar menyeru sidang Jumaat sekalian agar sentiasa membanyakkan selawat ke atas Nabi SAW. Sesungguhnya faedah selawat kembali kepada orang yang berselawat. Selawat itu juga tanda terima kasih kita kepada Rasulullah SAW yang telah banyak berjasa membimbing manusia keluar daripada kegelapan kekufuran kepada sinaran cahaya keimanan. SIDANG JUM‘AT YANG DIMULIAKAN, Bersempena sambutan Hari Pengguna Kebangsaan 2023 yang disambut sepanjang bulan Mac 2023 dengan tema “Pengguna Berdaya, Negara Rahmah Seja htera,” mimbar mengajak sidang Jum‘at sekalian untuk mengetahui, memahami dan mempraktikkan lapan hak pengguna, iaitu hak untuk mendapatkan keperluan asas, hak untuk mendapat barangan dan perkhidmatan yang selamat, hak untuk mendapatkan maklumat, hak untuk membuat pilihan, hak untuk menyuarakan pendapat, hak untuk mendapat ganti rugi, hak untuk mendapat pendidikan pengguna dan hak untuk hidup dalam alam sekitar yang sihat dan selamat. 6 َ َ بَارَك َ الله ُ لِ ي وَ لَكُ م ۡ فِ ي الۡقُ رۡ ءَ ان ِ الۡعَظِ يمِ ، وَ نَفَ عَنِ ي و ِ الۡۡ يَ ات َ إِ يَّاكُ م ۡ بِمَ ا فِيه ِ مِ ن وَ الذِ كۡ رِ الۡ حَ كِ يمِ ، وَ تَ قَ بَّل َ مِ نِ ي وَ مِ نكُ م ۡ ت ِ لَّ وَ تَه ُ إِ نَّ ه ُ هُ و َ السَّ مِ يع ُ الۡعَلِ يمُ ، َ لِ ي وَ لَكُ مۡ ، وَ لِ سَ اۤئِر ِ ا لۡۡ ُسۡ لِ مِ ين َ قَ وۡ لِ ي هَ ذَ ا وَ أَسۡ تَغۡفِ ر ُ الله َ الۡ عَ ظِ يم ُ أَ قُ ول َ َ وَ ا لۡۡ ُسۡ لِ مَ اتِ ، و َ َ ا لۡۡ ُؤۡ مِ نِ ين َ وَ ا لۡۡ ُؤۡ مِ نَ اتِ ، فَ اسۡ تَ غۡفِ رُوه ُ فَ يَا فَ وۡ ز َ ا لۡۡ ُسۡ تَغۡفِ رِين وَ يَا نَ جَ اة َ التَّاۤئِبِ ينَ .