0 Tarikh Dibaca: 09 Februari 2024M l 28 Rajab 1445H Tajuk: “ KELEBIHAN UMAT MUHAMMAD SAW ” *** Terbitan: Unit Khutbah Bahagian Pengurusan Masjid JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR Khutbah Jumaat 09 Februari 2024M l 28 Rajab 1445H : “ KELEBIHAN UMAT MUHAMMAD SAW ” Jabatan Agama Islam Selangor 1 “ KELEBIHAN UMAT MUHAMMAD SAW ” ا لْ حَ مْ د ُ لِ لَّه ِ الْ قَ ائِل ... َ ي لََّّ يين م ء ٖۚ فَسَ أَكم تلبلهَا ل َ شَ َّ ل كُ م وَسيعَت ي تِ َ م حۡ َ وَر َ يَتَّقلون َ وَيلؤم تلون ٱ َ لزَّكَوٰة َ و ٱ َ لََّّ يين بَِٔا هلم يََ ٰت ي ََا َ يلؤمم ي َلون ٦٥١ 1 َّ لَّ ْ أَ شْ هَ د ُ أَن َ َ إِ لَه َّ لَّ ِ إ ا لَّ َ شَ رِيك َ لَه ُ وَ أَ شْ هَ د ُ أَن َّ مُ حَ مَّ دً ا ُ للَّ ه ُ وَ حْ دَ ه عَ بْ دُ ه ُ وَ رَ سُ وْ لُهُ . ا وسَ لِ م عَ لَ ى سَ يِ دِ نَ ا مُ حَ مَّ د ٍ وَ عَ لَ ى ِ للَّهُ م َّ صَ ل َ ِ آلِ ه ے َ ِ وَ صَ حْ بِ ه ے َ َ أَجْ مَ عِيْن َ َ أَمَّ ا بَعْدُ ، فَ ي ا أَيُّ هَ ا ا َ َ لْْ ُسْ لِ مُ ون ! َ َ اِ تَّ قُ وا ْ اللَّ ه ! أُ وْ صِ يكُ م ْ وَ إِ يَّ اي َ بِتَ قْ وَ ى َ ِ الل َ فَ قَ د ْ فَ ا ا . َُتَّ قُ ون ْْل َ َ قَ ال ا للَّه ُ تَ عَ الَى: َ لَ َ تلقَاتيهيۦ و َّ َ حَق َّ للَّ يَ َٰٓأَيُّهَا ٱ لََّّ يين َ ءَام َ َلوا ْ ٱتَّقلوا ْ ٱ َ لَ َّ وَأَنتلم مُّسم ليملون ي تَملوتلن َّ إ ٢٠١ 2 Muslimin yang dirahmati Allah SWT sekalian, Saya menyeru agar kita bersama-sama meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Marilah kita memberi sepenuh tumpuan kepada khutbah yang disampaikan. Janganlah berbual-bual dan berleka-leka dengan telefon bimbit. Semoga khutbah ini memberi manfaat kepada kita semua. Mimbar Jumaat pada hari ini akan membicarakan khutbah yang bertajuk “ KELEBIHAN UMAT MUHAMMAD SAW .” 1 Al- A’raaf : 1 56. 2 ali-Imran : 102. Khutbah Jumaat 09 Februari 2024M l 28 Rajab 1445H : “ KELEBIHAN UMAT MUHAMMAD SAW ” Jabatan Agama Islam Selangor 2 Hadirin Jumaat yang dirahmati Allah, Imam Ibnu Jarir al-Tabari menukilkan dalam Tafsirnya “al - Tabari” sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radiallahuanhu bahawa ketika peristiwa Israk dan Mikraj Nabi Muhammad SAW bersabda dengan maksudnya: Sesungguhnya Engkau Ya Allah telah menjadikan Nabi Ibrahim Alaihissalam sebagai kekasih, Engkau juga telah bercakap dan berbual dengan Nabi Musa Alaihissalam, Engkau telah memberikan kerajaan yang besar terhadap Nabi Daud Alaihissalam dan telah melenturkan besi untuknya serta telah menundukkan gunung baginya. Engkau juga telah memberikan kerajaan yang agung untuk Nabi Sulaiman Alaihissalam, telah menundukkan jin, manusia dan syaitan bagi Nabi Sulaiman Alaihissalam, Engkau juga telah menundukkan angin baginya dan Engkau juga telah memberikan kekuasaan kepada Nabi Sulaiman Alaihissalam, iaitu kekuasaan dan kedudukan yang tidak patut bagi seseorang yang lain setelah itu. Engkau telah mengajarkan Taurat kepada Nabi Musa Alaihissalam dan Injil kepada Nabi Isa Alaihissalam dan menjadikan dia dapat menyembuhkan orang buta dan penyakit sopak serta dapat menghidupkan kembali orang yang meninggal dunia dengan izin-Mu. Engkau juga telah melindunginya dan ibunya daripada syaitan hingga akhirnya tiada jalan bagi syaitan untuk menggoda Nabi Isa Alaihissalam. Lalu Allah SWT berkata kepada Nabi SAW: “ Sesungguhnya Aku telah menjadikanmu sebagai kekasih, telah termaktub dalam kitab Taurat bahawa Nabi Muhammad SAW adalah kekasih Tuhan Yang Maha Pengasih, Aku telah mengutusmu untuk semua manusia bagi membawakan khabar gembira dan untuk memberi peringatan kepada mereka, Aku juga telah melapangkan dadamu dan Aku juga telah mengampunkan kesalahanmu serta meninggikan namamu dengan selalu disebut. Diri-Ku tidak akan pernah disebut kecuali kamu juga disebut bersama-Ku. Khutbah Jumaat 09 Februari 2024M l 28 Rajab 1445H : “ KELEBIHAN UMAT MUHAMMAD SAW ” Jabatan Agama Islam Selangor 3 Allah SWT berfirman lagi: Aku juga telah menjadikan umatmu sebagai umat yang terbaik dikeluarkan untuk semua umat manusia. Aku juga telah menjadikan umatmu sebagai umat yang pertengahan (wasath) serta menjadikan mereka sebagai umat yang terdahulu masuk syurga sedangkan umat yang terakhir. Aku jadikan umatmu tidak harus bagi mereka berhujjah sehingga mereka bersaksi bahawa kamu adalah hamba-Ku dan utusan-Ku. Aku jadikan daripada kalangan umatmu kaum-kaum yang hati mereka selalu lembut. Aku telah memberikan kamu tujuh ayat dalam surah al-Fatihah yang tidak pernah diberikan kepada Nabi-nabi sebelum kamu, Aku berikan kamu penutup Surah al-Baqarah daripada perbendaharaan yang terdapat di bawah Arasy, hal ini tidak pernah Aku berikan kepada Nabi sebelum kamu, dan Aku berikan Telaga Kauthar kepadamu. Selain itu, Aku telah kurniakan kepadamu lapan keutamaan, iaitu Islam, hijrah, jihad, solat, sedekah, puasa Ramadhan, amar makruf dan nahi mungkar (memerintahkan hal yang baik dan melarang hal yang mungkar). Aku juga telah menjadikan kamu sebagai pembuka dan juga sebagai penutup dan telah diwajibkan ke atas kamu lima puluh kali solat. Setelah itu perawi menyebutkan kisah berulang aliknya Nabi SAW antara Nabi Musa Alaihissalam dan Tuhannya untuk meminta pengurangan bilangan solat yang diperintah dalam sehari sehingga menjadi 5 kali sahaja. Hadirin jumaat yang dikasihi Allah, Dialog Allah Taala dengan Nabi Muhammad SAW dalam peristiwa Mikraj ini memperincikan kelebihan umat Nabi Muhammad SAW. Walaupun Nabi dan umat terdahulu diberikan keistimewaan tertentu, namun kelebihan umat ini terlalu istimewa yang tidak diberikan kepada umat yang lain. Ini kerana Allah SWT sendiri telah menegaskan sedemikian. Satu ketika Abu Ubaidah Radiallahuanhu bertanya kepada Rasulullah SAW, apakah ada orang yang lebih baik daripada kami, sedangkan kami Khutbah Jumaat 09 Februari 2024M l 28 Rajab 1445H : “ KELEBIHAN UMAT MUHAMMAD SAW ” Jabatan Agama Islam Selangor 4 masuk Islam dan berjihad bersamamu?. Jawab Nabi SAW: Ada! Mereka adalah orang-orang yang datang setelah kamu, mereka beriman kepadaku, sedangkan mereka tidak pernah melihatku. (Riwayat al-Tobarani). Hadirin Jumaat yang dikasihi Allah, Terdapat banyak lagi kelebihan umat Nabi Muhammad SAW. Sebahagian darinya adalah dimurahkan keampunan, ahli batil tidak dapat mengalahkan umat ini. Umat ini diberi kelebihan solat dan puasa. Solat antara kelebihannya adalah keampunan, bebas dari sifat nifaq dan selamat dari neraka. Puasa pula kelebihannya bersih tubuh daripada perkara yang haram, dekat dengan rahmat Allah SWT, beramal yang baik-baik, terpelihara daripada lapar dan dahaga, mendapat cahaya dan melintasi titian dengan mudah serta mendapat kemuliaan-kemuliaan di syurga. Berbeza Rasulullah SAW daripada Nabi-Nabi yang lain ialah menyimpankan doa mustajabnya untuk memberi syafaat kepada umatnya. Kelebihannya lagi adalah pahala umat ini diganda-gandakan pahalanya berbanding umat yang lain. Umat ini dianugerahkan Istirja ’ iaitu sebutan ( إِ نَّا لِ له َ وَ إِ نَّا إِ لَيْه ِ رَاجِ عُون ) dan kerananya mereka mendapat selawat, keampunan dan rahmat. Selain itu, Allah SWT menutup aib maksiat yang kita lakukan, sedangkan maksiat yang dilakukan oleh umat terdahulu akan tertulis dosa dan kafarahnya di depan pintu-pintu rumah mereka. Nabi Isa Alaihissalam yang turun dan membunuh dajjal nanti bukan sebagai Nabi, tapi sebagai umat Nabi Muhammad SAW. Selain itu, Rasulullah SAW akan memberi minum umat ini daripada air Telaga Kauthar. Sebuah Hadis daripada Abu Hurairah Radiallahuanhu bahawa Rasulullah SAW bersabda: Khutbah Jumaat 09 Februari 2024M l 28 Rajab 1445H : “ KELEBIHAN UMAT MUHAMMAD SAW ” Jabatan Agama Islam Selangor 5 ِ الْكَ لِ م َ جَ وَ امِ ع ُ أُعْ طِ يت ٍ بِسِ ت ِ عَ لَ ى الأَنْبِيَاء ُ فُ ضِ لْت ُ لِي َ الأَرْض ْ وَ جُ عِلَت ُ لِي َ الْغَنَائِم ْ وَ أُحِ لَّت ِ بِالرُّعْ ب ُ وَ نُصِ رْت َ طَهُ ورً ا وَ مَ سْ جِ دً ا وَ أُرْسِ لْت ُ إِ لَى الْ خَ لْق ِ كَافَّ ة ً وَ خُ تِم َ بِي َ َ النَّبِيُّون “ Aku diberi keutamaan atas para nabi dengan enam perkara. Pertama: aku diberikan Jawami' al-Kalim الْكَ لِ م َ جَ وَ امِ ع . Kedua: Aku ditolong dengan rasa takut (yang dihunjamkan di dada-dada musuh aku). Ketiga: Ghanimah dihalalkan untukku. Keempat: bumi dijadikan suci untukku dan juga sebagai masjid. Kelima: Aku diutuskan kepada seluruh makhluk. Keenam: Para nabi ditamatkan dengan kerasulanku. (Riwayat Muslim) Hadirin jumaat yang dikasihi Allah, Pengajaran dan penghayatan khutbah ini ialah: 1. Umat Islam hendaklah bersyukur menjadi umat Muhammad SAW dengan menggunakan seluruh nikmat Allah yang Allah kurniakan kepada kita untuk mencari keredaan-Nya, mematuhi suruhan-Nya dan menjauhi larangan-Nya secara fizikal dan amalan hati. 2. Umat Islam hendaklah mengamalkan semampu mungkin sunnah Rasulullah SAW dan berpeluang besar meneguk air daripada Telaga Kauthar Rasulullah SAW. 3. Umat ini telah dimuliakan kerana tugas yang dipikulnya. Umat ini akan sentiasa dalam keutamaan, kebaikan dan dalam pertolongan Allah SWT selagimana menjalankan tugas para Nabi, mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah mereka daripada kemungkaran. Khutbah Jumaat 09 Februari 2024M l 28 Rajab 1445H : “ KELEBIHAN UMAT MUHAMMAD SAW ” Jabatan Agama Islam Selangor 6 ي للَّ َّ ي مين َ الشَّ يْطَ ان ي الرَّجييم أَعلوذ ل بيا م ك ل َتلم ي تَأمملرلون َ ب ي يۡ م َ ألمَّة ٍ ألخم ريجَ ت م ليل ََّاس َ خ ٱ ي لممَعمرلوف ي وَت َ َمهَومن َ عَن ٱ ي لمم ل َكَر ي وَتلؤمم ي َلون َ ب ٱ للََّّ يه ل وَلَو م ءَامَن َ أَهمل ٱ ي لمكيتَ ٰب ل يۡم ٗا لَّهلم ٖۚ م ي َمهلم َ كََ ن َ خ َ ل ٱ َ لمملؤمم ي َلون ل ثََ لهلم م وَأَك ٱ َ لمفَ ٰسيقلون ٠١١ “Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik -baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar- benar iman) dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang- orang yang fasik.” (Al i ‘ Imran : 110). ْ بَارَك َ الل ُ لِي ْ وَ لَكُ م ْ فِ ي الْ قُ رْآن ِ الْعَظِ يْمِ ، وَ نَ فَ عَنِ ي ْ وَ إِ يَّاكُ م ْ وَ تَقَ بَّل َ مِ نِ ي ْ وَ مِ نْكُ م ِ وَ الذِ كْ ر ِ الْ حَ كِ يْم ِ الآيَات َ مِ ن ِ بِمَ ا فِيْه َ َ تِل ُُ و َ السَّ مِ يْع ُ الْعَلِ يْ مُ . ُ وَ تَهُ ، إِ نَّه َ َ ْ أَقُ ول ُ قَ وْ لِي ذَ ا َُ َ ِ وَ أَسْ تَغْف ِ ر ُ الل َ الْعَظِ يْم َ لِي ْ وَ لَكُ م ْ وَ لِ سَ آئِر ُُ و َ الْغَفُ وْ ر ُ الرَّحِ يْمُ . ُ ا لْْ ُسْ لِ مِ يْن َ وَ ا لْْ ُسْ لِ مَ اتِ ، فَ اسْ تَغْ فِ رُوْ ه ُ إِ نَّه Khutbah Jumaat 09 Februari 2024M l 28 Rajab 1445H : “ KELEBIHAN UMAT MUHAMMAD SAW ” Jabatan Agama Islam Selangor 7 KHUTBAH KEDUA الْ حَ مْ د ُ لِ لَّه ِ الَّ ذِ ي ْ جَ عَلَنَا مِ ن َ ا لْْ ُسْ لِ مِ يْنَ ، وَ ر َ َقَ نَا مِ ن َ الطَّي ِبَاتِ . َّ لَهُ ، وَ أَشْ هَ د ُ أَن َ لَّ َ شَ رِيْك ُ الل ُ وَ حْ دَ ه َّ لَّ ِ إِ لَه َ إ َّ لَّ ْ أَشْ هَ د ُ أَن مُ حَ مَّ دً ا عَ بْدُ ه ُ وَ رَ سُ وْ لُهُ . اللَّهُ م َّ صَ ل ِ وَ سَ لِ م ْ وَ بَارِك ْ عَ لَ ى سَ يِ دِ نَا ِ إِ لَى يَوْ م ٍ تَبِعَهُ م ْ بِإِ حْ سَ ان ْ مُ حَ مَّ د ٍ وَ عَ لَ ى آلِ ه ِ وَ صَ حْ بِه ِ وَ مَ ن َ ْ الدِ ي َ نِ . أَمَّ ا بَعْ دُ ، فَ يَا عِ بَاد َ اللِ ! اِ تَّقُ وا ْ اللَّهَ ! أُوصِ يكُ م ْ وَ إِ يَّاي . َا لْْ ُتَّقُ وْ ن َ فَ ا ْ بِتَقْ وَ ى الل ِ فَ قَ د Hadirin yang dirahmati Allah sekalian, Sekali lagi khatib ingin mengingatkan kita supaya sentiasa bertakwa kepada Allah SWT dengan mengawasi diri dan keluarga kita daripada melakukan perbuatan keji dan maksiat. Dalam masa yang sama kita terus berdoa agar sentiasa dirahmati dan dilindungi daripada segala bentuk ancaman serta penularan wabak Covid-19. Umat Islam dinasihatkan terus berhati-hati dan menjaga keselamatan diri, persekitaran dengan mematuhi SOP ditetapkan bagi mengelak penularan. ي يََ ٰأَيُّهَا ٱ لََّّ يين َ ءَام َ َلوا ْ صَ لُّوا ْ عَلَيمه ِّۚ ي ي َ ٱلنَّب َ عَل َ للَّ َّ َ وَمَلَ َٰٓئيكَتَهلۥ يلصَ لُّون إين َّ ٱ وَسَ ليملوا ْ تَسم ليمًا ٦٥ ِ وَ سَ لِ م ْ عَ لَ ى سَ يِ دِ نَا مُ حَ مَّ د ٍ وَ عَ لَ ى آلِ ه ِ وَ أَصْ حَ ابِه ِ اللَّهُ م َّ صَ ل أَجْ مَ عِيْنَ . Khutbah Jumaat 09 Februari 2024M l 28 Rajab 1445H : “ KELEBIHAN UMAT MUHAMMAD SAW ” Jabatan Agama Islam Selangor 8 ِ وَ ا لْْ ُؤْ مِ نَات َ وَ ا لْْ ُؤْ مِ نِيْن ِ وَ ا لْْ ُسْ لِ مَ ات َ اغْ فِ ر ْ لِ لْمُ سْ لِ مِ يْن َّ اللَّهُ م َ ُ الأْ َحْ يَاء ِ مِ نْهُ م ْ وَ الأَمْ وَ اتِ ، إِ نَّك َ سَ مِ يْع ٌ قَ رِيْب ٌ مُ جِ يْب ِ الدَّ عَ وَ ات َ ِ ْ وَ يَا قَ اض ِ ي َ الْ حَ اجَ اتِ . اَللَّهُ م َّ أَعِ ز َّ ال َ ْ س َ َ ل َ َ م ِ وَ ا لْْ ُسْ لِ مِ يْنَ ، وَ أ َ ُْ لِ ك الْكَ فَ رَة َ وَ ا لْْ ُبْتَدِ عَ ة َ وَ ا لْْ ُشْ رِكِ يْنَ . َ الأَمِ يْنِ ، وَ نَسْ أَلُك َ بِنَبِيِ ك َ وَ نَتَوَ سَّ ل ُ إِ لَيْك َ اللَّهُ م َّ إِ نَّا نَسْ أَلُك َ َ بِأَسْ مَ آئِك ِ تَحْ فَ ظ َ بِعَيْن ْ الْعُظْمَ ى، أَ ن َ الْ حُ سْ نَ ى، وَ صِ فَ اتِك َ الصَّ مَ دَ انِيَّةِ ، جَ لَلَة َ وِقَ ايَتِك ِ الرَّبَّانِيَّةِ ، وَ بِحِ فْ ظ َ عِ نَايَتِك الدِ ين ُ مَ لِ كِ نَا ا لْْ ُعَظَّمِ ، سُ لْطَان سلڠُ ور، سُ لْطَان شَ رَف َ ِ ادريس شاه الحج ابن ا لْرحوم سُ لْطَان صَ لَح ُ الد ين عبد الْعَوْ ن َ وَ الْهِ دَ ايَة َ وَ التَّوْ فِيْقَ ، ِ العزيز شاه الحج. اَللَّهُ م َّ أَدِ م تڠكو أَمِ ير وَ الصِ حَّ ة َ وَ السَّ لَ مَ ة َ مِ نْكَ ، لِ وَ لِى ِ عَ هْ د ِ سلڠُ ور، ٍ شَ اه اِ بْن ِ السُّ لْطَان شَ رَف ُ الدِ ين ادريس شاه الحج، فِ ي ْ أَمْ ن َ ِ وَ صَ لَح ٍ وَ عَ افِيَة ٍ بِمَ ن َّ ك َ وَ كَ رَمک يَا ذَ االْ جَ لل ِ وَ الِ كْ رَامِ . اَللَّهُ م ْ لِ لْمُ وَ ظَّفِ يْن َ وَ الرَّعِ يَّة ِ وَ الْبِلَدِ ، وَ بلِ غ ِ أَطِ ل ْ عُ مْ ر َ ُُ مَ ا مُ صْ لِ حَ يْن مَ قَ اصِ د َ ُُ مَ ا لِ طَرِيق ِ الْهُ دَ ى وَ الرَّشَ ادِ . Khutbah Jumaat 09 Februari 2024M l 28 Rajab 1445H : “ KELEBIHAN UMAT MUHAMMAD SAW ” Jabatan Agama Islam Selangor 9 َ َّ اللَّهُ م يَا عَ زِيْز ُ يَا مُ نْتَقِ م ُ يَا جَ بَّارُ ، يَا ذَ ا الجَ لَ ل ِ وَ الِ كْ رَامِ . َّ اَللَّ هُ م فِ ي َ وَ ا لْْ ُسْ تَضْ عَفِ يْن َ وَ ا لُْجَ ا ُِ دِ يْن َ انْصُ ر ْ إِ خْ وَ انَنَا ا لْْ ُسْ لِ مِ يْن فَ لَسْ طِ ين. َ Ya Allah Ya Tuhan kami! Selamatkanlah saudara-saudara kami kaum muslimin yang ditindas di bumi Palestin dan di mana sahaja mereka berada. Kau hapuskanlah kezaliman yang ada di muka bumi ini. Berikanlah keadilan kepada mereka yang dianiaya serta dizalimi. Ya Allah! Jadikanlah kami antara hamba-Mu yang menjaga amanah. Kuatkan iman kami agar menjauhi perbuatan khianat serta jauhkan kami termasuk dalam golongan yang mengabaikan tanggungjawab dan jauhi negeri dan negara kami daripada kehancuran disebabkan perbuatan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. Serahkan tanggungjawab memimpin negara kami kepada hamba-Mu yang amanah dan jujur serta tegas lagi berani menegakkan kebenaran dan melaksanakan keadilan berlandaskan syariat. Jadikanlah Ya Allah masjid dan surau di Negeri Selangor rumah- rumah-Mu yang aman, mempersatukan dan menjadi nadi kekuatan ummah. َ َُ ذَ ا الْوَ بَاء َ وَ الْبَلَ ء َ وَ ا لْْ َرَض اللَّهُ م َّ يَا دَ افِع َ الْبَلَ ءِ ، اِ دْ فَ ع ْ عَ نَّا ٍ ش َ ىْ ء ِ عَ لَ ى كُ ل َ يَا لَطِ يْف ُ إِ نَّك َ وَ الشَّ دَ ائِد َ وَ ا لْْ ِحَ نَ ، بِلُطْفِ ك قَ دِ يْرٌ وَ بِالْ ِجَ ابَة ِ جَ دِ يْرٌ . يُ َ إيمَامًا ي وَٱجم عَل م ََا ليلمملتَّق ل يُ م رَب َّ ََا هَب م لنَ َا مين م أَزموَ ٰج ي ََا وَذلر ي يََّ ٰت ي ََا قلرَّة َ أَع ٤٧ ي فِ ي ٱ لۡأٓخيرَة ي حَ س َ ََة ٗ وَق ي ََا عَذَاب َ ٱلنَّار َ فِ ي ٱلدُّنميَا حَ س َ ََة ٗ و رَب َّ ََا ٓ ءَات ي ََا ١٠٢ Khutbah Jumaat 09 Februari 2024M l 28 Rajab 1445H : “ KELEBIHAN UMAT MUHAMMAD SAW ” Jabatan Agama Islam Selangor 10 عِ بَاد َ اللَّهِ ، م َ يَأمملر ل بيٱل َّ للَّ إين َّ ٱ ٰ َ بَ م ذيي ٱلمقلر ِٕ وَإِيتَآي ي عَدم ل ي وَٱ لۡم يحم سَ ٰن َ ي ٖۚ يَعيظل كل م م لَعَلَّكل م م تَذَكَّرلون م ٰ عَن ي ٱلمفَحم شَ آء ي وَٱلمم ل َكَر ي وَٱ لۡم َغ َ هَ م َ َ وَي ٠٩ فَ اذْ كُ رُوا ْ الل َ الْعَظِ يْم َ يَذْ كُ رْكُ م ْ وَ اشْ كُ رُوْ ه ُ عَ لَ ى نِعَمِ ه ِ يَزِدْ كُ مْ ، َ ْ وَ اسْ أَلُوْ ه ُ مِ ن ْ فَ ض لِ ه ِ يُعْطِ كُ م ْ وَ لَذِ كْ ر ُ الل ِ أَكْ بَر ُ وَ اللَّه ُ يَعْلَم ُ مَ ا تَصْ نَعُونَ .