1 PENGAJARAN KISAH KARUN 2 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Teks Khutbah Jumaat Tahun 2023 KHUTBAH : PENGAJARAN KISAH KARUN ُ نََ حمَدُ ه ُ وَنَسح تَعّيحنُه سُ لحطَ انّهّ، ّ وَجح هّه ّ وَعَظّ يحم ّ لََ ل َ ّ بِ ُ حََ حدً ا يَلّيحق ّ ه ّ لِل ُ لْح َمحد َ ا ح شُُ ُ وحر ّ أَنحفُسّ نَا، وَمّن ح سَ يِّئَات ّ أَعح مَا لِّ َا، مَن ح وَنَسح تَهحدّيحه ّ وَنَسح تَغحفّرُهُ، وَنَعُوحذ ُ بّالله ّ مّن ُ لَ َّ اللهُ، وَحح دَ ه ّ لَ َ إ ّ لَ َ إ ح لََ ُ، أَشح هَد ُ أَن َ لَ َ هَادّي َ لََ ُ، وَمَن ح يُضح لّلحه ُ ف َّ لَ َ مُضّ ل َ يَهحدّه ّ الله ُ ف ح لَُ ُ، اللهم صَ ل ِّ وَسَ لِّم ح مُُ َمَّدا ً عَ بحدُ ه ُ وَرَسُ و لََ ُ، وَأَشح هَد ُ أَن َّ سَ يِّدَ نَا وَحَ بّيحبَنَا َ شَُ ّيحك َ لَ َ لَ ّ َ لَهُم ح بّإّحح سَ ان ٍ إ ح يْ ّ يْح َ ، وَتَابّع ّ التَّابّع ّ لَ ّ ّ وَأَصح حَ ابّه ّ وَالتَّابّع َ آ َ عَل َ مُُ َمَّد ٍ و َ سَ يِّدّنَا َ عَل يَوحم ّ ا لّه ّيحنّ ، أَمَّا بَعحدُ ، فَيَا عّبَاد َ اللهّ، اتَّقُوحا اللهَ، أُوحصّ يحكُم ح وَإّيَّاي َ بّتَقحوَى الله ّ ، فَقَد ح فَاز َ الحمُتَّقُوحنَ ، ي ْ يْ ي فِ ي الْقُرْ آن ي الْكَر َ لَ قَال َ الله ُ تَعَا ُّ ٱ نخ نم نى ني هج همهى هي يج يح يخ يم يى يي ذٰ رٰ ىٰ َّ ٍّ ٌّ َّ الحشر: ٨١ Sidang Jamaah yang dirahmati dan dikasihi oleh Allah SWT sekalian, Mimbar ini ingin mengajak sekalian tuan - tuan yang hadir, agar marilah kita berusaha, untuk meningkatkan ketaqwaan kita kehadrat Allah SWT, dengan cara kita melaksanakan segala titah perintahNya, dan pada masa yang sama kita berusaha sedaya upaya meninggalkan segala tegahan dan laranganNya. Mudah - mudahan yang demikian itu, Allah SWT menggolongkan kita, dalam kalangan hamba - hambaNya yang soleh, hamba - hambaNya yang bersyukur dan bertaqwa, yang selamat dan bahagia di dunia ini 08 SEPT 2023/22 Safar 1 445 3 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Sidang Jamaah Rahimakumullaah ... Alhamdulillah ... pada hari jumaat yang merupakan sayyidul ayyam, iaitu penghulu segala hari, kita masih diberikan ruang dan peluang oleh Allah SWT untuk meneruskan kehidupan di atas muka bumi Allah SWT ini, dan yang lebih besar lagi, Allah mengizinkan kita untuk melakukan amal ketaqwaan kepadaNya, mengucapkan Astaghfirullah memohon keampunanNya. Mudah - mudahan kita semuanya dirahmati dan diberkati oleh Allah SWT insya ’ Allah.. Aamin ya rabbal Aalamiiin. Sidang Jumaat yang berbahagia, Di dalam khutbah kali ini, khatib ingin memetik sepotong ayat suci al - Quranul karim yang merupakan firman Allah SWT menerusi surah Al - Qasas ayat yang ke 76 di mana firmannya: ڃ ڃ ڃ چ چ ٱ ُّ ٱ يي ئج ئح ئخ ئم ئه بج بحبخ بم به تج تح تخ تم ته ثم جحجم حج حم خج خم سج سح سخ سم صح صخ صم ضج ضحضخ َّ ٱٱٱٱٱٱ ٱ ُ ْ صَ دَ ق َ الله ُ الْعَظي ي Maksudnya: “ Sesungguhnya karun adalah ia dari kaum Nabi Musa, kemudian ia berlaku sombong dan zalim terhadap mereka; dan Kami telah mengurniakannya dari berbagai jenis kekayaan yang anak - anak kuncinya menjadi beban yang sungguh berat untuk dipikul oleh sebilangan orang yang kuat sasa. (Ia berlaku sombong) ketika kaumnya berkata kepadanya: "Janganlah engkau bermegah - megah (dengan kekayaanmu wahai karun), sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang - orang yang bermegah - megah. (seperti lagakmu itu) ”. Teks Khutbah Jumaat Tahun 2023 08 SEPT 2023/22 Safar 1 445 4 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Saudaraku sidang Jumaat yang dirahmati oleh Allah SWT sekalian, Berdasarkan kepada ayat yang telah khatib bacakan tadi, mimbar minggu ini akan membicarakan, berkenaan dengan sifat - sifat Karun, yang patut direnungi untuk kita teladani dan jadikan sempadan dalam kehidupan kita. Sifat - sifat mazmumah karun, yang Allah SWT rakamkan di dalam Surah Al - Qasas, ayat 76 sehingga 81 di mana akhirnya penghujung kepada pelaku sifat ini akan dibinasakan oleh Allah SWT seperti mana karun dibinasakan oleh Allah SWT (wal iyazu billaahi min zaalik) Sifat pertama, yang diceritakan di dalam Al - Quran, adalah karun itu, setelah dia mencapai kekayaan yang melimpah ruah, dengan jawatan yang tinggi dalam kerajaan, dia menzalimi orang - orang di bawahnya, orang - orang yang lemah, orang - orang yang miskin, dengan merampas harta - harta mereka dengan cara yang licik dan zalim. Justeru, janganlah ada dikalangan kita yang bersifat sedemikian, di kala kita mempunyai harta dan pangkat serta kedudukan, dek kerana amarah dan dendam barangkali, tidak puas hati atau benci dengan seseorang itu, akhirnya kita sanggup menzaliminya dengan pelbagai perbuatan yang menyusahkan diri bahkan boleh jadi seluruh keluarga orang yang kita zalimi itu. Syeikh Daud bin Abdullah Al Fathani Rahmatullahi alaih ada menyebutkan di dalam kitabnya Muniyyatul Musolli akan nasihat para ulamak yang berbunyi: إِ ذَا مَا كُنْت َ مُقْتَدِرًا َّ ظْلِمَن َ لَا ت ِ ى النَّدَم َ فْضِي ْ إِ ل ُ فَالظُّ لْم ُ مَصْ دَرُه ُ ي وْم ُ مُنْتَبِه ُ اك َ وَالْمَظْل َ تَنَام ُ عَيْن ِ نَم َ يْك َ وَعَيْن ُ الله ِ لَم ْ ت َ دْعُو ْ إِ ل َ ي Maksudnya: “ Janganlah kamu berlaku zalim di saat kamu kamu mempunyai kekuasaan, maka kezaliman itu jalan keluarnya adalah penyesalan semata - semata ”. Teks Khutbah Jumaat Tahun 2023 08 SEPT 2023/22 Safar 1 445 5 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Wahai si penzalim, barangkali kamu boleh lelapkan matamu di malam hari, namun orang - orang yang kamu zalimi, mereka berjaga malam bermunajat berdoa kepada Allah SWT. Ketahuilah wahai si penzalim, bahawa sesungguhnya Allah SWT sentiasa mengawasi akan setiap kezaliman yang kamu lakukan. Muslimin mukminin yang dikasihi oleh Allah SWT sekalian, Sifat karun yang kedua: Dia adalah seorang manusia yang sombong dan bermegah - megah dengan kekayaan yang dimilikinya dengan firman Allah SWT: ڃ ڃ ڃ چ چ ٱ ٱ ُّ ٱ حم خج خم سج سح سخ سم صح صخ صم ضج ضحضخ َّ القصص: ٦٧ Maksudnya: (Ia yakni karun berlaku sombong) ketika kaumnya berkata kepadanya: "Janganlah engkau bermegah - megah (dengan kekayaanmu wahai karun), sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang - orang yang bermegah - megah sombong (seperti lagakmu itu). Justeru hendaklah kita mengamalkan sifat tawadhu ’ atau merasakan diri kita punyai banyak kelemahan, dan merasakan orang lain lebih baik daripada kita. Nabi Muhammad SAW juga, adalah seorang yang amat tinggi tawadhunya, sehinggakan Baginda SAW berjalan dengan keadaan pandangan Baginda SAW sentiasa tertunduk, apabila bercakap dengan orang yang lain, Baginda SAW sentiasa bertentangan mata, dan Baginda SAW sentiasa bermanis muka apabila bersua muka dengan sesiapa sahaja yang baginda temui. Sidang Jamaah yang dirahmati oleh Allah SWT sekalian, Sifat karun yang ketiga adalah, dia seorang yang degil dan sukar menerima teguran daripada orang yang lain. Wahai para jamaah muslimin yang dirahmati Allah SWT sekalian, sekiranya kita merasakan, bahawa diri kita sahaja adalah betul, dan orang lain semuanya salah, ketahuilah bahawa, kita sebenarnya telah mewarisi salah satu sifat karun, yang pengakhirannya dimusnahkan oleh Allah SWT. Teks Khutbah Jumaat Tahun 2023 08 SEPT 2023/22 Safar 1 445 6 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Nabi SAW bersabda di dalam hadis yang dikeluarkan periwayatannya oleh Al Imam Muslim di dalam Sahihnya: قال رسول الله :ﷺ « ُ ا لِّّين ُ ا لَِّصّ يحَ ة » ّ لِّ َئّمَّة َ و ّ ّ َل ، قُلحنَا: لّمَنح ؟ قَالَ : لله ّ وَلّكّتَابّه ّ وَلّرَسُ و عََ مَّتّهّمح. َ يْ َ و ّ الحمُسح لّم Maksudnya: “ Agama itu adalah nasihat. Maka sahabat bertanya, wahai Rasulullah SAW, nasihat itu untuk siapa? Jawab Rasulullah SAW: nasihat itu untuk Allah yakni benar akidahnya dengan mengesakan Allah, dan beribadat kepadaNya. Nasihat itu untuk Al - Quran, yakni menjadikan Al - Quran sebagai panduan dan pedoman hidup, membaca serta bertadabbur, akan kehendak Al - Quran dalam kehidupan. Nasihat itu Rasul, yakni menjadikan Rasulullah SAW sebagai suri teladan dan ikutan, serta nasihat itu adalah, untuk pemimpin - pemimpin Islam dan seluruh umat manusia ”. Sidang Jumaat yang berbahagia, Sifat karun yang keempat, yang disebut oleh Allah SWT di dalam surah Al - Qasas tadi adalah, Karun seorang yang sangat sombong dengan tutur bicaranya di mana Allah SWT berfirman: ُّ ٱ لخ لم لى لي مج مح مخ َّ القصص: ٦١ Maksudnya: “ Karun menjawab (dengan sombongnya): "Aku diberikan harta kekayaan ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku". Di sinilah kemuncak kemurkaan Allah SWT, di mana Karun dengan sombongnya mengatakan bahawa, semua yang dia miliki daripada kepandaian ilmu pengetahuan dan harta yang melimpah ruah itu, segalanya adalah dengan sebab dirinya sendiri, dan kata - kata pujangga melayu juga pernah menyebutkan: “ Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa ”. Teks Khutbah Jumaat Tahun 2023 08 SEPT 2023/22 Safar 1 445 7 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Berwaspadalah dengan tutur bicaramu wahai kaum muslimin, kerana sesungguhnya umat - umat yang terdahulu, dibinasakan oleh Allah SWT dengan sebab keangkuhan tutur bicara mereka dengan para rasul, seolah - olah mencabar Allah SWT. Kaum Nabi Nuh, dimusnahkan Allah SWT setelah mencabar Nabi Nuh AS. Firaun, dibinasakan Allah SWT dengan kata - kata cabarannya kepada Nabi Musa AS, dan begitu juga iblis yang dilaknat oleh Allah SWT, dihukum menjadi penghuni neraka buat selamanya dengan sebab keingkaran dan tutur bicara sombongnya dengan Allah SWT. Saudaraku kaum muslimin, Kemuncak keangkuhan Karun itu, akhirnya Allah SWT perintahkan bumi, untuk menelan Karun dan semua hartanya dengan firmanNya menerusi ayat ke 81: ڃ ڃ ڃ چ چ ٱ ُّ ٱ مامم نر نز نم نن نى ني ىٰ ير يز يمين يى يي ئج ئح ئخ َّ القصص: ١٨ Maksudnya: “ Lalu Kami timbuskan Karun, bersama - sama dengan rumahnya di dalam tanah, maka tidaklah ia mendapat sebarang golongan yang boleh menolongnya dari azab Allah" dan ia pula tidak dapat menolong dirinya sendiri ”. Muslimin sidang Jamaah yang dirahmati oleh Allah sekalian, Sebagai kesimpulannya ambillah pengajaran daripada kisah Karun ini, dengan kita menjauhkan diri dengan perbuatannya kerana sesungguhnya, sifat - sifat seperti itu tidak akan membawa kebaikan kepada diri kita, bahkan dibenci oleh Allah SWT, dan menjadi penyebab kepada bala bencana daripada Allah SWT, di dunia dan di akhirat. wal iyazu billaahi min zaalik. Teks Khutbah Jumaat Tahun 2023 08 SEPT 2023/22 Safar 1 445 8 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah ڃ ڃ ڃ چ چ ٱ ٱ ٱُّ ٱ ثز ثمثن ثى ثيفى في قى قي كا كل كم كى كي لم لى لي ما مم نر َّ النحل: ٧٦ Maksudnya: Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan Ya Allah, jadikanlah kami sekalian hamba - hambaMu, di kalangan orang - orang beramal dengan sifat - sifat mahmudah yang diredhoi olehMu ya Allah, dan jadikanlah kami sekaliannya, hamba - hambaMu yang layak menjadi penghuni syurgaMu ya Allah, aamin ya rabbal aalamiiinn ... ّ ح وَإّيَّاكم ُ بّما َ فّيه ّ مّن َ ا لِح َيَات ّ نِ َ ح وَلَكم ُ فى ّ القُرآن ّ العَظّ يمّ ، وَنَفَع ّ لِ ُ باَرَك َ الله َ لَْكّيحمّ ، وَتَقَبَّل وَالذِّكحر ّ ا ح ّ لِ ّ لََ وَتَه ُ إّنَّه ُ هُو َ السَّ مّيع ُ العَليّمُ. أَقُول ُ قَو ح وَمّنحكُم ح ت ِّ نِ ّ م َ يْ ّ يْ َ وَالمُسح لّمَات ّ وَالمُؤمّن ّ ح وَلَكُم ح وَلّسَ ائّر ّ الَمُسح لّم ّ لِ َ هَذَا وَأَسح تَغحفّر ُ الله َ العَظّ يم . َْي ّ نََ َاة َ التَّائّب وَالمُؤمّنَاتّ ، فَاسح تَغحفّرُوحهُ، فَيَا فَوحز َ المُسح تَغحفّرّين َ وَيَا Teks Khutbah Jumaat Tahun 2023 08 SEPT 2023/22 Safar 1 445