MEDITASI HARIAN Berbahagialah orang yang lemah lembut. (Matius 5:5) Jika seseorang memanggil anda lemah lembut, adakah anda akan menganggapnya sebagai pujian atau penghinaan? Adakah anda digambarkan sebagai rendah diri dan sabar atau terlalu patuh dan lemah? Dalam bacaan Injil hari ini, Yesus menyebut orang yang lemah lembut “berbahagia”, dengan begitu jelas, menurutnya itu adalah sesuatu yang patut diperjuangkan. Dia juga menyebut diriNya “lemah lembut dan rendah hati” (Matius 11:29). Dan Dia: Dia patuh, tetapi hanya pada kehendak Bapa surgawi-Nya Inilah ertinya menjadi lemah lembut: patuh kepada kehendak Allah. Kelemahlembutan semacam ini memerlukan kekuatan, bukan kelemahan, dan kesediaan untuk memercayai dan mematuhi Tuhan. Dalam bacaan pertama dari nabi Zefanya hari ini, nampaknya kelemahan adalah kekurangan orang-orang Yerusalem. Kerajaan utara Israel telah dikuasai oleh Asyur hanya satu atau dua generasi sebelum Zefanya menulis kata-kata ini. Nasib serupa menanti kerajaan selatan karena mereka menyembah dewa lain dan melanggar perintah Tuhan Dan siapa yang akan selamat dari “hari murka Tuhan” (Zefanya 2:3)? Hanya “sisa” dari orang-orang yang “rendah hati dan lemah”, yang akan mematuhi hukum Allah dan mencari “keadilan” dan “kerendahan hati” (2:3; 3:12). Mereka akan diberkati karena kesediaan mereka untuk menjadi lemah lembut di hadapan Tuhan. Dan begitu juga kita. Ketika kita mematuhi perintah-perintah Allah, bahkan ketika nafsu dan hasrat kita mendorong kita ke arah yang berlawanan, kita akan menikmati kebebasan dari dosa. Ketika kita mencari kehendak Tuhan dalam semua yang kita lakukan— khususnya ketika kita berhadapan dengan keputusan penting—kita akan merasa damai dan aman bahawa kita mengikuti jalan yang benar. Apakah ada ruang dalam hidup anda yang anda perjuangkan untuk patuh kepada Tuhan? Jika demikian, bertobatlah dan mintalah rahmat untuk diberikan kepadanya. Dan bahkan jika anda tidak langsung melihat berkat- berkat itu, percayalah bahawa itu akan datang, seperti yang Yesus janjikan. “ Tuhan, bantulah aku menjadi seperti Mu, lemah lembut dan rendah hati ” Minggu Biasa Keempat Pekan IV - Tahun A 29 hb Januari 2023 ___ LITURGI SABDA Pembacaan 1: ZEFANYA 2:3, 3:12-13 Mazmur Sahutan : BERBAHAGIALAH ORANG YANG MISKIN DI HADAPAN ALLAH, KERANA MEREKALAH YANG EMPUNYA KERAJAAN SURGA. Pembacaan 2: 1 KORINTUS 1: 26 - 31 Injil: MATIUS 5: 1- 12 ________________________ Pembacaan Minggu Hadapan Minggu Biasa Ke 5 Pekan I - Tahun A Pembacaan 1: YESAYA 58: 7 - 10 Mazmur Tang: MAZMUR 111: 4- 9 Pembacaan 2: 1 KORINTUS 1: 2 - 5 Injil: MATIUS 5: 13- 16 JADUAL MISA HARIAN & ADORASI DI SHC Misa Harian 6.00 pagi (Isnin-Sabtu) Pengakuan Individu 10.00 - 11.00 pagi (Isnin-Jumaat) Saat Teduh 8.00 malam (Khamis) Devosi Kerahiman Ilahi 3.00 petang (ING) (Jumaat) JADUAL MISA HUJUNG MINGGU & ADORASI SABTU Pengakuan Individu 4.30 PM - 5.30 PM Novena Devosi 5.00 petang Misa 6.00 petang (ING) AHAD Misa 7:00 pagi (CINA) 9.00 pagi (ING) 11.00 pagi (BM) Makluman dan acara lanjut boleh dilihat di E-Bulletin kita di www.shckk.org atau www.facebook.com/shckk DEVOSI MINGGU PERTAMA (SETIAP BULAN) TARIKH DEVOSI MASA & TEMPAT 1 Feb 23 (Rabu) St. Yosef 7.30PM, SHC 3 Feb 23 (Jumaat) Hati Kudus Yesus 7.30PM, SHC 4 Feb 23 (Sabtu) Hati Maria yg Tak Bernoda 11.00AM, Chapel PENGAKUAN INDIVIDU DI ADAKAN SEMULA Pengakuan Individu sebelum Misa Senja Bahasa Inggeris akan di adakan semula bermula 29 hb Januari 2023 dari jam 4.30 pm - 5.30 pm. PESTA YESUS DIPERSEMBAHLAN DI BAIT ALLAH Tarikh: 2 hb Februari 2023 (Rabu) Masa/Tempat: 6.00 am di Katedral Hati Kudus Bagi memperingati misteri hari tersebut peberkatan lilin dengan perarakan akan di adakan. Umat yang mahu lilin mereka diberkati boleh membawa lilin masing-masing pada hari tersebut. PERAYAAN SAKRAMEN PENGURAPAN KUDUS Sempena Hari Orang Sakit Sedunia, Perayaan Sakramen Pengurapan Kudus akan diadakan pada hari Sabtu, 11 hb Februari 2023 , bermula jam 9.00 pagi di Gereja Mary Immaculate. Umat paroki yang mempunyai ahli keluarga yang sakit, berumur (70 tahun ke atas), sakit tenat dan bersiap sedia untuk sebarang operasi besar dijemput untuk mengambil bahagian. Sila mendaftar di Pejabat Paroki CMI, tel. No. 088- 222345 / 244345. HARI RABU ABU Tahun ini Rabu Abu jatuh pada hari Rabu, 22 hb Februari 2023 Ia adalah hari Pertaubatan yang ditandai dengan Pusa dan pantang dari daging. Jadual MIsa adalah seperti berikut: TEMPAT MASA BAHASA SHC 6.00 AM INGGERIS 12.00 PM INGGERIS 7.30 PM B. MALAYSIA Bagi CMI, sila rujuk buletin gereja mereka. KURSUS PRA-PERKAHWINAN DALAM BM TARIKH MASA TEMPAT 16 Feb 2023 Khamis 5.45PM Bilik F7 SHPC 17 Feb 2023 Jumaat 7.00PM Bilik F7 SHPC 18 Feb 2023 Sabtu 8.00AM-4.00PM Bilik F7 SHPC Tarikh Tutup: 11 hb Februari 2023 (Sabtu) Sumbangan: RM50.00 Sila daftar di Pejabat Paroki pada waktu pejabat. PEMBAPTISAN KANAK-KANAK DI KATEDRAL HATI KUDUS (BM) TARIKH MASA TEMPAT 19 Feb 2023 (Ahad) 3.00 PM SHC (Terhad kepada 50 orang) Pendaftaran dibuka dari 30 hb Januari - 14 hb Februari 2023 ( Pendaftaran ditutup jam 3.00 PM pada 14 hb Februari 2023 ) pada waktu pejabat. Ibu bapa dan penanggung diminta menghadiri taklimat pada hari Khamis, 16 hb Februari 2023 jam 8.00 malam di Bilik F6. Kehadiran ibu bapa & penanggung adalah WAJIB Borang Permohonan Pembaptisan (Kanak-kanak): https://bit.ly/31R9mbg PENDAFTARAN KATEKUMEN BM Hari: Setiap Ahad (Bulan Februari 2023) Masa: 9.00 pagi - 10.00 pagi Tempat: Tingkat 1, Pusat Paroki SHC (depan bilik F8) Pertanyaan: Richard 019 830 4433 (whatsapp) KEKOSONGAN DI PEJABAT ST. JOSEPH BENEVOLENT FUND St. Joseph Benevolent Fund (SJBF), yang mentadbir dan menjaga semua tanah perkuburan di bawah Keuskupan Kota Kinabalu mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk jawatan berikut: 1. PEGAWAI TEKNIKAL – 1 JAWATAN 2. KERANI AKAUN & ADMIN – 1 JAWATAN Untuk butiran lanjut, sila hubungi Pejabat St. Joseph Benevolent Fund (088-216321) atau laman web, www.shckk.org TAYANGAN GAMBAR SOCCOM Tarikh Tajuk Masa & Tempat 5 Feb 2023 (Ahad) The Two Popes 7.30PM Bilik F6, SHPC SAKRAMEN PERKAHWINAN Pengaturan perkahwinan Gereja di S acred Heart Cathedral hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 4 BULAN sebelum tarikh cadangan perkahwinan dengan paderi di Paroki ini Dokumen yang diperlukan boleh dilihat di www.shckk.org/sacraments/marriage/ Bagi perkahwinan Gereja di Church of Mary Immaculate, sila hubungi Pejabat Paroki CMI no. 088-222345. MISA/PERKHIDMATAN PENGEBUMIAN Umat diminta ambil perhatian perkara berikut semasa membuat pengaturan untuk Misa Pengebumian atau Perkhidmatan Pengebumian: 1. Rujuk Pejabat SJBF - untuk pembelian kubur atau tanah perkuburan. 2. Rujuk Pejabat Paroki SHC - untuk Misa Pengebumian di Sacred Heart Cathedral atau Perkhidmatan Pengebumian. 3. Rujuk Pejabat Paroki CMI - untuk Misa Pengebumian di Church of Mary Immaculate. SUMBANGAN PAROKI (21 HB & 22 HB JANUARI 2023) ( Hitam ) RM 20,556.35 (Merah) RM 17,703.80